6 Jenis Permainan Yang Bagus Untuk Anak Bermain Dan Belajar
Setiap ibu bapa pasti mesti akan membelikan permainan yang diminta oleh anak-anak mereka. Kanak-kanak yang bawah 4 tahun, mereka mudah dan cepat belajar…

Nota: artikel ini mungkin mengandungi pautan afiliasi. Bidadari.my mungkin memperoleh komisen kecil tanpa kos tambahan kepada anda.
Setiap ibu bapa pasti mesti akan membelikan permainan yang diminta oleh anak-anak mereka. Kanak-kanak yang bawah 4 tahun, mereka mudah dan cepat belajar daripada aktiviti harian mereka. Sebagai contoh, lagu-lagu yang dimainkan di kaca televisyen atau radio.
Tahukah anda setiap permainan ada manfaatnya jika dimain oleh anak-anak. Tetapi, apakah permainan yang bagus untuk anak-anak kita? Jenis permainan yang mana sesuai dan selamat untuk mereka bermain?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 jenis permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.
6 Jenis permainan yang bagus untuk anak-anak
Knob puzzle

Image via ibudoakan.com
Jangan bagi puzzle ABC, Nombor atau aliff ba ta dulu. Puzzle abc, 123 dan aliff ba ta boleh beri untuk anak speech delay 4 tahun ke atas.
Pemilihan knob puzzle kena ada latar belakang yang kosong atau tidak serabut.
Kebaikan knob puzzle :
-
Melatih anak meminta.
-
Melatih anak develop motor halus- jika anak sudah boleh masukkan objek dalam puzzle, fine motor anak sudah ok.
-
Melatih mengenal gambar.
-
Meniru bunyi.
Kitchen roleplay suitcase, Bermain masak- masak

Image via ibudoakan.com
Target meniru percakapan. Paling mudah minta anak tanya mak dan ayah nak makan apa, anak masak. Mama nak air sirap, minta anak sebut sirap, jus, oren, nasi dan sebagainya.
Wood cutting fruit and vegetable

Image via ibudoakan.com
Target anak dapat menyamakan objek, untuk fine motor, meminta objek dan mengenal warna/ objek.
Lacing bead

Image via ibudoakan.com
Target belajar meminta, kenal benda/ objek/ warna, latih fine motor jika anak boleh memasukkan tali dalam lubang pada objek
Genius button art/ mushroom nail

Image via ibudoakan.com
Target untuk melatih daya tumpuan anak, mengenal warna.
Mengambil giliran selepas ibu letak bead anak ambil bead lain dan letak. Jika anak cabut balik bead maksudnya anak belum mencapai tahap boleh mengambil giliran.

Image via ibudoakan.com
Anak akan belajar berkongsi, meminta. Fine motor- anak menolak button tu keluar dari. Matching egg- kemahiran menyamakan benda.
Pemilihan Buku

Image via ibudoakan.com
Perlu memilih buku board book bagi memudahkan untuk anak yang mempunyai masalah kemahiran motor membelek buku.
Ciri-ciri buku yang sesuai :
-
Buku tidak boleh melebihi 10 karektor.
-
Cerita kena mudah/ simple.
-
Background/ gambar dalam buku tidak serabut.
-
Mulakan mengenal anak dengan gambar baru kosa kerja.
*Setiap permainan yang dibeli untuk anak-anak ada kebaikannya. Anak-anak di usia bawah 4 tahun ini sesuai untuk dididik mengenali beberapa objek dan perkataan sebelum masuk ke tadika.
Sekurang-kurangnya, mereka telah mengenali beberapa perkara yang telah diajari di rumah. Jadi, mereka tidak akan rasa susah semasa belajar di tadika. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel di sini.