Smoothie atau adunan kuih adakalanya memerlukan kita menggunakan blender berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Tanpa menggunakan blender yang berkualiti tinggi, hasil kisaran bahan-bahan pasti tidak seperti yang kita harapkan.

Tekstur hasil kisaran perlu kasar atau lembut mengikut jenis makanan yang ingin kita sediakan. Selain itu, kualiti tahap blender juga dinilai melalui tahap gangguan bunyi mesinnya. Nak tahu blender apa yang terbaik dan berkualiti pilihan ramai? Jom kami senaraikan 13 blender terbaik yang diperlukan di rumah anda.

Black Decker Perfect Fusion 1.5L L600V

Blender keluaran Black Decker ini bukan sahaja berfungsi dengan baik, malah ia juga mempunyai pelbagai fungsi tambahan. Blender ini juga mempunyai 5 kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut kegunaan anda. Jadi, ia sangat mudah kerana bahan-bahan yang dikisar menjadi lebih bagus mengikut cita rasa anda tersendiri. 

Walau bagaimanapun, blender ini memerlukan adapter untuk menggunakannya di rumah kerana ia tidak menggunakan power plug yang sama seperti kita. Oleh itu, sekiranya memilih blender, jangan lupa untuk membeli adapternya juga ya!

Cuisinart SmartPower Duet Blender / Food Processor

blender terbaik

Blender Cuisinart yang sangat popular ini mempunyai balang kaca yang mempunyai kelebihan untuk tidak mengubah warna atau menyerap bau makanan seperti balang plastik yang lain. Dengan kuasa 500 watt, blender ini bukanlah berkuasa tinggi tetapi ia akan menawarkan tujuh pilihan pengadunan dan pemprosesan yang sangat mudah digunakan. Oleh itu, ramai pelanggan memilih blender ini kerana ia dapat memproses makanan dikisar dengan sempurna.

Vitamix A3500 Ascent Series Smart Blender

blender terbaik

Blender berjenama Vitamix ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana dikatakan blender terbaik dalam mengisar biji kopi, mengadun susu kocak dan smoothie. Ia mempunyai balang 64 auns yang sangat besar. Walaupun blender ini berkuasa tinggi tetapi ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang sangat bising. 

Untuk pengetahuan anda, blender terbaik kawalan skrin sentuh ini sangat mudah digunakan. Ia boleh disambungkan ke aplikasi telefon anda secara wayarles untuk membantu kerja anda menjadi lebih mudah. Bagi anda yang mencari blender terbaik dan moden, kami syorkan Vitamix A3500 Ascent Series Smart Blender.

Blender Instant Pot Ace 60 Cooking

blender terbaik

Jangan terkejut jika terdapat blender mampu memproses makanan seperti sup. Sekiranya anda tidak percaya, jom lihat blender serbaguna ataupun pengisar yang dikenali sebagai Instant Pot Ace 60 Cooking Blender ini. Ia bukan sahaja mampu menghancurkan buah-buahan untuk dijadikan smoothie, tetapi ia juga mampu memanaskan makanan di dalam balang pengisarnya hingga mencapai suhu sehingga 200°F.

Jadi, boleh dikatakan bahawa pengisar ini sangat ideal untuk memproses makanan seperti sup buatan sendiri, susu soya dan pelbagai jenis menu lain. Blender terbaik ini juga turut boleh diprogramkan untuk membuat ais krim, susu kacang dan banyak lagi. Namun, jenama ini tidak sesuai untuk mengisar sesuatu yang besar dan keras.

Breville 3X Bluicer Pro

blender terbaik

Blender Breville 3X Bluicer Pro ini merupakan blender terbaik untuk mengadun atau membuat jus. Blender terbaik pilihan ramai ini disukai oleh kebanyakan pengguna. Fungsinya sangat bagus mengisar epal, lobak merah dan pelbagai jenis buah-buahan tanpa meninggalkan sebarang pulpa dan menjadikannya jus yang sangat sedap. Khas untuk anda yang sukakan soothie, blender ini harus anda miliki!

Blender KitchenAid K400 Countertop

blender terbaik

Blender KitchenAid K400 Countertop ini mampu mengisar pelbagai jenis bahan yang sukar dikisar oleh blender lain. Pengaturan yang diberikan oleh blender ini sangat mudah digunakan. Bagi anda yang suka ais blend, blender ini mampu mengisar bongkah ais dengan senang.

Selain itu, ia mudah dicuci. Reka bentuknya pula kelihatan sangat cantik. Harganya lebih murah berbanding dengan blender berkuasa tinggi yang lain. Lebih menyeronokkan lagi, ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna yang menarik.

Blender Cuisinart Hurricane Compact Juicing

blender terbaik

Cuisinart Hurricane Compact Juicing merupakan blender terbaik dalam mengisar jus dan ia mudah digunakan. Sangat mudah dipegang serta mempunyai balang dan cawan pengisar adalah kemudahannya. Blender terbaik ini yang tidak memerlukan ruang yang besar adalah blender Cuisinart Hurricane Compact Juicing.

Oster My Blend

blender terbaik

Blender Oster My Blend adalah pilihan ramai pengguna untuk membuat protein shake semasa dalam perjalanan atau percutian. Caranya hanya cukup mengisi balang dengan bahan-bahan dan kemudiannya kisar sehingga sebati. Apabila sudah siap, tukarkan bilah blender tersebut dengan penutup botol.

Jadi, ia sangat senang digunakan! Namun apa yang mengecewakan adalah blender ini sangat terhad penggunaannya. Ia hanya mampu mengisar bahan lembut seperti smoothie, protein shake dan juga jus tetapi tidak mampu untuk mengisar bahan-bahan yang bertekstur keras.

Blender Vitamix E310 Explorian

blender terbaik

Dengan ketepatan dan kawalan yang berkualiti tinggi, blender terbaik ini mampu mengisar pelbagai jenis bahan seperti mentega, kacang dan banyak lagi. Motor ultranya berkuasa tinggi mempunyai 10 tetapan kelajuan yang berubah-ubah. Kawalan pada blender ini adalah intuitif dan bebas daripada pencemaran bunyi.

Blender pilihan ramai ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mengisar pelbagai jenis bahan-bahan yang kasar. Namun harganya juga agak mahal, maklumlah barang berkualiti dan tahan lama.

Samu Giken Multifunction Blender Set 7 Dalam 1 SG-MFB1400B

blender terbaik

Kini, terdapat banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan blender yang banyak kegunaan pada harga yang sangat berpatutan. Dengan blender Samu Giken ini, anda boleh mengisar bahan yang anda inginkan mengikut keperluan tanpa perlu menggunakan jenis blender yang berbeza-beza. Di samping itu, blender ini juga turut mempunyai kuasa 400W dan sangat sesuai dengan kegunaan harian. 

Namun, blender ini tidak sesuai digunakan untuk mengisar ketulan ais kerana akan menyebabkan kerosakan pada bilahnya. Harganya juga tidaklah mahal dan sesuai dijadikan hadiah kenang-kenangan untuk yang tersayang.

Butterfly B-592 Commercial Heavy Duty Blender

blender terbaik

Sekiranya anda mencari blender bagi kegunaan heavy duty, inilah blender terbaik yang sesuai untuk anda. Blender ini boleh mengisar ketulan ais dengan baik serta mempunyai 6 bilah yang tidak akan berkarat. Malah, bahagian bawahnya juga mempunyai anti slip yang dapat menahan daripada bergerak ketika mengisar. 

Bunyinya juga tidak mengganggu jika dibandingkan dengan pengisar biasa lain. Jika anda mempunyai perniagaan di gerai, blender Butterfly B-592 berkualiti ini sesuai untuk anda.

Philips Avance Collection 1400W 2.0L Blender HR3652

blender terbaik

Dengan kuasa 1,400W, pengisar ini mempunyai kebolehan untuk mengisar bahan-bahan dengan baik dan cepat. Menakjubkan, motornya boleh berputar sebanyak 35,000 pusingan bagi setiap minit. Tapaknya juga sangat kukuh dan kekal semasa digunakan.

Di samping itu, dengan reka bentuk yang menawan dan canggih, anda pasti inginkan blender ini berada di dapur rumah anda. Kapasitinya cukup besar dan tahan lasak.

Tefal Perfect Mix+ 1200W 2.0L Blender BL811D

blender terbaik

Produk keluaran Tefal sememangnya berkualiti tinggi dan tahan lama, begitu juga dengan blender terbaik keluaran mereka ini yang mempunyai sistem penyejukan. Ia dapat mengelakkan pengisar motor menjadi terlalu panas.

Putaran pengisar blender ini dikatakan mampu berputar pada tahap maksimum dengan 28,000 putaran setiap minit. Selain itu, ia juga mempunyai 6 bilah anti-karat serta didatangkan dengan kelajuan berbeza bagi memudahkan penggunaan harian anda.

Blender Tefal Perfect Mix+ 1200W ini sesuai untuk anda yang inginkan blender yang canggih dan tahan lama. Dari segi harga, ia cukup berbaloi dengan kualitinya yang sangat menakjubkan.

Berikut adalah 13 blender terbaik berkualiti pilihan ramai. Jom lihat juga Vacuum terbaik, Vacuum Robot terbaik dan Penutup muka Kn95.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.