Sedang mencari maklumat lanjut mengenai pelbagai jenis susu formula? Berikut adalah beberapa cara untuk beralih dengan lancar daripada satu jenis susu formula ke formula yang lain.

Proses mencari susu formula yang sesuai untuk si manja perlu diberi keutamaan. Memandangkan tubuh badan mereka masih membesar, anda perlu memahami dengan teliti bahan-bahan yang digunakan dalam susu formula anak anda sebelum membandingkan satu jenama dengan yang lain. Akhirnya, anda mahukan susu formula yang bukan sahaja menjamin kesihatan, malah lazat bagi anak anda! Sebagai peringatan, sentiasa semak dan pastikan sumber susu formula dan cara ia dihasilkan bagi ketenangan minda.

Berikut adalah jawapan kepada soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa tentang perbezaan susu formula dan cara yang sesuai untuk mengalih daripada  satu formula ke formula yang lain. Kami cadangkan agar anda dapatkan nasihat dan penjelasan daripada doktor anak anda jika anda mempunyai kemusykilan.

Adakah penukaran susu formula membahayakan kesihatan anak saya?

Ia tidak berbahaya sama sekali! Susu formula dihasilkan daripada susu lembu atau susu kambing. Perkara yang paling penting untuk dilakukan selepas bertukar susu formula anak anda adalah memantau si kecil  untuk memastikan susu formula baru tiada kesan sampingan terhadap sistem penghadaman mereka.

Bolehkah saya terus bertukar antara susu formula?

Ya, tentunya boleh! Memandangkan kebanyakan susu formula diperbuat daripada susu lembu, pertukaran antara susu formula biasanya tiada menjadi masalah. Jika ingin menukar susu formula yang mudah dihadam perut si manja, antara susu formula yang boleh dicuba adalah susu tepung Friso® Gold yang terdapat di Malaysia. Ia dihasilkan dengan Susu NOVAS™ Signature yang diimport dari ladang tenusu di Belanda. Setiap formula akan menjalani proses kawalan rantai ketat jenama yang dikenali sebagai “Grass to Glass”, dan setiap tin susu akan mempunyai kod QR TrackEasy dicetak padanya untuk pengesanan asal bahan.

Susu Signature NOVAS™ diperoleh dari ladang Belanda dengan lebih 140 tahun sejarah dan pengalaman. Lembu-lembu dipilih khas dan diberi makan untuk menghasilkan susu berkualiti tinggi yang digunakan bagi menghasilkan formula susu yang digemari ramai. Seiringan dengan Teknologi LocNutri jenama, anda boleh dapatkan sample formula susu Friso® Gold kaya dengan nutrien dan mudah dihadam.

Panduan langkah demi langkah tentang cara menukar formula

Jika anda telah memutuskan untuk beralih kepada susu formula, langkah seterusnya ialah peralihan secara beransur-ansur iaitu dalam tempoh satu hingga dua minggu. Jadual berikut menunjukkan panduan ringkas untuk beralih daripada formula semasa anda kepada, sebagai contoh, Friso Gold:

Sebagai peringatan, tiada tempoh yang tetap atau wajib untuk beralih dengan cepat dari satu susu formula ke formula yang lain. Jika anak anda mengambil masa yang lebih lama, maka bersabarlah dengan mereka. Sebaik sahaja mereka menerima sepenuhnya susu formula baharu, usaha anda akan berbaloi.

Tip menukar susu formula dengan lancar

Pertama, sentiasa baca dan ikuti arahan yang dicetak pada produk dengan teliti, kerana jenama yang berbeza mempunyai kaedah bancuhan dan pencairan masing-masing, yang merangkumi nisbah serbuk air kepada susu yang berbeza. Elakkan campuran serbuk dua jenama susu atau lebih dalam satu botol kerana perbuatan itu akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kedua, perhatikan anak anda selepas bertukar susu formula. Dalam tempoh 24 jam pertama, anda akan memahami cara sistem penghadaman mereka menerima susu formula baharu. Jika anda perasan kesan sampingan yang ditunjuk di bawah, ini bermakna susu formula baharu mungkin tidak sesuai untuk anak anda dan mungkin perlu ditukar:

  • Cirit-birit (najis berair)
  • Sembelit (Najis dengan konsistensi yang lebih keras dan tebal daripada biasa)
  • Gas berlebihan (Selalu kentut)

Perlu diingatkan juga bahawa perubahan kecil dalam tabiat buang air anak — seperti tekstur, kekerapan dan sedikit perubahan dalam warna najis mereka — tidak perlu dibimbangkan. Ini adalah kerana jumlah bahan tambahan (seperti zat besi dan prebiotik) yang terkandung dalam susu formula mungkin berbeza mengikut jenama. Anda patutlah mengekalkan jenis dan jenama susu formula yang sama selama sekurang-kurangnya seminggu untuk memahami bagaimanakah ia sebenarnya mempengaruhi sistem penghadaman dan pergerakan usus anak anda.

Seterusnya, anda perlu mengekalkan ketenangan dan sabar dalam proses penukaran susu formula. Anda juga perlu memahami bahawa pilihan anak anda mungkin berubah apabila mereka semakin membesar dan lebih mengikut deria rasa mereka. Oleh itu, anda haruslah mencuba formula baharu apabila diperlukan, kerana setiap formula yang anda cuba mendekatkan anda kepada formula yang sesuai untuk si manja.

Jika anak anda menghadapi masalah menukar susu formula, dapatkan nasihat daripada pakar pediatrik anda atau hubungi talian Friso Care di 1800-88-1647 untuk mendapatkan maklumat lanjut, tersedia setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Rujukan

https://www.mightymoms.club/baby-formula/switching-baby-formula

https://www.fhs.gov.hk/english/health_info/child/30008.html

https://www.babycenter.com/baby/formula-feeding/can-i-switch-formula-brands-and-if-so-how-do-i-ease-the-tran_1334521

https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/nutrition/Pages/milk-allergy-foods-and-ingredients-to-avoid.aspx

Penulis: Zafri Anuwar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.