Kamera 360 ini dicipta untuk memberi pengalaman menyeluruh seolah-olah kita berada di tempat tersebut dalam lingkungan 360 darjah. Iasangat sesuai digunakan ketika anda dalam perjalanan dan ingin merakam kenangan indah dalam bentuk video yang menarik.

Terdapat pelbagai jenis kamera 360 yang boleh anda beli dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Jom lihat 9 kamera 360 terbaik Malaysia.

1. Insta360 Air

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Kehadiran kamera Insta360 Air ini membolehkan anda merakam video berkualiti 360 di telefon pintar Android anda. Kamera ini dikatakan mampu untuk merakam resolusi video sehingga 2K serta gambar dalam kualiti beresolusi setinggi 3K.

Kamera 360 Terbaik Malaysia ini juga menyokong fungsi VR jika anda mempunyai VR Box. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kamera 360 ini untuk membuat live streaming secara langsung.

2. Ricoh Theta V

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Jurugambar profesional dan jurugambar video akan membuat tetapan manual di kamera mereka sendiri untuk mendapatkan gambar yang bagus. Kamera 360 Ricoh Theta V sangat sesuai untuk fungsi ini.

Lensa kamera ini mempunyai tahap kepekaan yang tinggi dengan ISO 3200 bagi gambar pegun dan ISO 64000 untuk video serta live streaming. Anda juga boleh menyesuaikan cahaya yang akan masuk ke lensa kamera ini mengikut kesesuaiannya.

Kemudian, Kamera 360 Terbaik Malaysia ini juga mempunyai kelajuan shutter 1 / 25,000 hingga 60 saat. Dengan kelajuan tersebut, anda dapat menyesuaikan jenis shooting yang akan dilakukan.

Digabungkan dengan teknologi pemprosesan gambar yang amat canggih, hasil tangkapan gambar pada kamera ini juga sangat berkualiti.

3. Insta360 One X

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Fungsi rakaman pada kamera Insta360 One X ini membolehkan anda merakam persekitaran secara keseluruhan dengan baik. Anda juga boleh merakam video dan gambar unik dengan video berkualiti tinggi dengan resolusi setinggi 5.7k.

Kamera 360 Terbaik Malaysia ini juga sesuai untuk dibawa ke mana sahaja kerana sangat ringan dan mempunyai reka bentuk yang sangat menarik.

Gambar yang dihasilkan oleh kamera 360 ini juga cukup bagus dengan ukuran lensa beresolusi 18MP. Ia mempunyai sistem penstabilan yang cukup bagus.

4. Kandao QooCam

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Sekiranya anda inginkan dashcam yang mampu menangkap semua pemandangan di sekitar anda, pilih sahaja kamera Kandao QooCan ini. Ia tidak hanya memiliki kamera untuk merakam foto 360 atau video 360 tetapi juga berfungsi untuk merakam video seperti versi 3D.

Dengan menggunakan dua kamera yang sama persis kedudukan mata manusia, fungsi unik ini sangat jarang berlaku pada kamera lain dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki.

5. GoPro Max 360

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Kamera GoPro Max 360 ini adalah antara kamera sukan 360 yang paling popular di pasaran kita. Ia mampu merakam video berkualiti tinggi dengan resolusi sehingga 5.7k dan juga kalis air.

Kamera ini juga dilengkapi dengan sistem penstabilan seperti gimbal yang membolehkan anda gunakannya sukan seperti berbasikal dan juga aktiviti menunggang motosikal.

6. Insta360 One

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Bagi memastikan kualiti gambar terbaik, resolusi 4K pastinya menjadi pilihan utama bagi anda! Kamera Insta360 One ini mampu merakam gambar pada resolusi 4K tanpa masalah dan ia mempunyai fungsi penstabilan yang sangat baik ketika video dirakam.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Kamera 360 Terbaik Malaysia ini untuk disambungkan secara terus dengan telefon pintar jenis iOS.

7. Ezviz Ez360 Pano

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Kamera 360 jenama Ezviz Ez360 Pano ini agak murah dan sesuai digunakan sebagai CCTV kerana mempunyai sudut pandangan yang luas. Ia mampu merakam hingga resolusi 1080 pixel.

Dengan mempunyai fungsi Wi-Fi yang dapat memudahkan anda menonton rakaman dari telefon pintar , ia juga dilengkapi dengan penglihatan malam yang membolehkan anda menonton di kawasan gelap.

Apa yang menariknya, kamera ini boleh disambungkan terus kepada smartphone anda tanpa perlu mempunyai komputer atau laptop.

8. GoPro Fusion

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Seluruh badan GoPro Fusion ini dilapisi dengan getah nipis yang membuatkannya tidak licin ketika dipegang dan dapat dikendalikan dengan sangat mudah.

Kamera 360 Terbaik Malaysia ini sangat sesuai untuk anda yang sering pergi ke tempat basah atau ketika musim hujan kerana ianya kalis air. Selain itu, ianya juga mempunyai penstabil dalaman dengan 6 paksi. 

Paksi tersebut akan memastikan video yang diambil tetap stabil walaupun kamera sering bergoncang. Anda juga dapat merakam pelbagai aktiviti luar yang melampau dengan lebih optimum dan kamera ini juga agak kukuh.

9. Garmin VIRB 360

Kamera 360 Terbaik Malaysia

Garmin VIRB 360 direka khas untuk anda yang gemar melakukan vlog perjalanan ataupun mengambil gambar. Ia adalah kerana kamera 360 ini mampu merakam dalam jangka masa yang lama tanpa mengalami kepanasan.

Bukan itu sahaja, rakaman video juga sangat elok kerana adanya stabilizer di dalamnya. Kamera 360 ini dilengkapi dengan alat pengesan suara yang membolehkan anda memberi arahan melalui suara sahaja.

Ciri ini tentunya sangat bermanfaat bagi anda yang kadangkala sukar untuk mencapai butang rakaman pada kamera. Contohnya, semasa berbasikal, menunggang motor dan membawa barang.

Itulah dia antara 9 Kamera 360 Terbaik Malaysia yang boleh anda lihat. Jom baca juga Smartphone android terbaik, pelan internet terbaik, Sejadah terbaik dan hand mixer terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.