Tanpa Smartphone, sukar untuk kita berkomunikasi, mencari maklumat, bermain game, mendengar muzik dan banyak lagi kegunaan lain yang bermanfaat. Kini, smartphone digunakan oleh semua golongan tanpa mengira usia.

Terdapat pelbagai jenis smartphone yang boleh anda pilih berdasarkan ciri-ciri yang anda minat. Jom lihat antara 10 smartphone android terbaik di Malaysia, mungkin pencarian anda bakal tamat di sini.

Xiaomi 12

Smartphone Android Terbaik Malaysia ini lengkap dengan sistem unit pemprosesan Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm) yang menjadikannya antara smartphone pilihan pengguna masa kini.

Baterinya berkapasiti tinggi 4,500mAh dan dilengkapi dengan sistem pengecasan yang pantas dengan hanya 39 minit sahaja dari 0% hingga 100%. Skrinnya yang berukuran 6.28 inci pula bakal memudahkan anda menonton drama atau Netflix dengan selesa.

Bukan itu sahaja, ia dapat menghasilkan gambar dan video dengan kualiti tinggi kerana kamera utama dengan 50MP manakala kamera selfie 32MP. Ia juga dilengkapi dengan video portrait AI, rakaman HDR 10+ dan mode selfie pada waktu malam.

Samsung Galaxy S22 Ultra

Smartphone Samsung Galaxy S22 Ultra sesuai untuk anda yang berniaga melalui media sosial kerana ruang simpanan memorinya sangat besar. Chipset smartphone ini berkuasa tinggi dan mampu menyokong aplikasi yang terlalu banyak kerana dipadankan dengan Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm).

Berbanding dengan smartphone yang mempunyai ciri dan kemampuan yang sama, Samsung menawarkan harga yang rendah dan mengikut bajet yang mampu milik. Bateri pula pasti tahan dengan lebih lama kerana kapasitinya 5,000 mAh.

Paparan visual pada skrin 6.8 inci sangat jelas dan tidak menyakitkan mata anda. Bagi anda yang gemar menonton drama atau filem melalui telefon pintar, produk ini sesuai untuk anda.

Samsung Galaxy A73

Kelebihan smartphone ini tertumpu pada kualiti kamera. Samsung Galaxy A73 ini mempunyai 108MP kamera utama dan 32MP kamera hadapan. Selain itu, kualiti paparan layar sangat baik dan jangka hayat baterinya juga tahan lebih lama. Kapasiti bateri adalah 5,000 mAh dan penyokong pengecasan pantas.

Cipset pemproses Snapdragon 778G dipadankan dengan 8GB RAM serta 256GB ROM. Peranti ini juga menyokong rangkaian 5G, wifi serta LTE.

Smartphone Android Terbaik Malaysia ini juga berbeza dengan yang lain kerana menghasilkan rangkaian warna yang cukup menarik. Tambahan pula, skema warna campuran pada smartphone ini dapat menarik para pengguna untuk memilikinya.

Realme C21Y

Sekiranya anda ingin membandingkan dari segi harga, Realme lebih murah daripada jenama smartphone yang mempunyai spesifikasi yang sama. Jika anda mencari smartphone terbaik bawah RM 600, ini pasti menjadi pilihan anda.

Hayat bateri Smartphone Android Terbaik Malaysia ini juga hebat dan anda tidak perlu mengecasnya dengan kerap kerana boleh bertahan lebih dari 8 hingga 10 jam dengan kapasiti 5,000 mAh. Peranti ini menggunakan prosesor Octa-core 12 nm.

Google Pixel 6 Pro

Smartphone Android Terbaik Malaysia yang berjenama Google Pixel ini sesuai untuk dimiliki oleh anda yang gemarkan fotografi. Google pixel memang terkenal dengan smartphone yang dapat menghasilkan kualiti gambar yang menarik. Untuk peranti ini, kamera utama dengan 50MP manakala kamera selfie 11.1MP.

Telefon ini dikuasakan oleh cip Google Tensor dengan paparan skrin OLED 6.71” QHD 120Hz. 12GB RAM dipadankan dengan storan 128GB, 256GB atau 512GB. Pilihlah mengikut kesesuaian penggunaan anda. Berbanding dengan Google Pixel yang lain, model ini mempunyai saiz lebih besar.

Oppo Find X5 Pro

Oppo Find X5 Pro dilengkapi dengan pemproses Qualcomm SM8450 Snapdragon 8 Gen 1 (4 nm). Dengan 12GB RAM, 256GB ROM UFS3.1 storan, pasti sesuai untuk kegunaan harian anda.

Kamera utamanya mempunyai resolusi 50MP yang dapat merakam momen indah yang kelihatan lebih terperinci. Mod malam 4K Ultra Night Video pada Smartphone Android Terbaik Malaysia ini akan menjadikan gambar pada waktu malam anda kelihatan menawan.

Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas iaitu mengambil anggaran masa 12 minit untuk mencapai 50% dari kosong.

Oppo A76

Oppo A76 yang dilengkapi dengan sistem unit pemprosesan Qualcomm Snapdragon 680 4G ini dipadankan dengan 6GB RAM dan storan sebanyak 128GB ROM. Sesuai dengan harganya yang bawah RM 1000.

Baterinya yang sebesar 5,000 mAh ini boleh bertahan dengan lama untuk tempoh sehari tanpa perlu mengecasnya semula. Sistem audionya juga agak jelas yang sememangnya dapat melancarkan sesi bergaming atau menonton video tanpa perlu memakai fon telinga.

Skrin bersaiz 6.56 inci dengan paparan visual 90Hz Colour Rich Punch Hole Display. Pasti anda selesa melihat paparan skrin yang jelas dan tajam.

Redmi Note 11

Apa yang menjadikan Redmi Note 11 begitu istimewa ialah ia menawarkan harga yang mampu milik. Anda patut membelinya kerana harga bawah RM 1000 sahaja.

Smartphone ini mempunyai 6GB RAM dengan storan 128GB. Selain itu, peranti ini menggunakan sistem unit pemproses Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 (6 nm) dan hanya menyokong 4G selular.

Kamera utamanya yang beresolusi 50MP dan kamera selfie 13MP pasti dapat memberikan anda kelebihan pada fotografi dengan berkualiti dan baik.

Samsung Galaxy Z Flip 3

Bagi mendapatkan smartphone yang tahan lama dan unik, smartphone Samsung Galaxy Z Flip 3 adalah Smartphone Android Terbaik Malaysia. Jika anda mencari smartphone yang dapat menjimatkan ruang penyimpanan, model ini sangat sesuai kerana boleh dilipat.

Kapasiti bateri hanya 3300 mAh. Selain itu, model Samsung ini menawarkan 8GB RAM dengan storan 256GB. Paling menarik, peranti ini adalah smartphone pertama yang boleh dilipat dan kalis air. Terdapat empat pilihan warna menarik seperti krim dan lavender yang boleh anda pilih.

OnePlus 10 Pro

OnePlus 10 Pro adalah salah satu smartphone terbaik yang dilengkapi dengan pelbagai ciri boleh didapati dengan harga yang lebih berbaloi daripada smartphone lain. Peranti ini beroperasi menggunakan sistem Snapdragon 8 Gen 1.

Ia mampu menyaingi mana-mana smartphone terkemuka dan memiliki paparan indah dengan kadar penyegaran 120Hz yang cepat dan lancar. Skrin pula bersaiz 6.7 inci sahaja.

Di samping itu, OnePlus 10 Pro mempunyai jangka hayat bateri yang panjang kerana baterinya berkapasiti 5,000 mAh. Sekiranya anda mahukan smartphone Android yang hebat, OnePlus 10 Pro adalah salah satu smartphone yang anda harus miliki kerana banyak perincian menarik yang ada seperti Nightscape, Pro Mode dan Haselblad Camera for Mobile.

Berikut adalah 10 Smartphone Android Terbaik Malaysia yang boleh anda lihat. Jom baca juga Sejadah terbaik, hand mixer terbaik, oil cleanser terbaik dan pelan internet terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.