Produk kecantikan memukau persis wanita Korea meletup sejak tahun 2013 lagi. Terdapat banyak skincare Korea yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Kini, skincare Korea menjadi sangat popular sehingga boleh didapati di seluruh kedai skincare seluruh negara. Namun, bagaimana untuk dapatkan skincare korea terbaik? Jom lihat senarai skincare terbaik boleh anda cuba.

1. Skinfood

skincare korea terbaik

Syarikat skincare Skinfood telah menghasilkan produk penjagaan kulitnya melalui makanan di seluruh dunia. Bahan yang digunakannya adalah madu, telur, avokado, sayur-sayuran dan banyak lagi bahan makanan dalam skincare tersebut. Demikian, kandungan semulajadi menjadikan produk ini skincare Korea yang terbaik.

2. Peach & Lily

skincare korea terbaik

Pengasas skincare Peach & Lily, Alicia Yoon telah memutuskan untuk menghasilkan skincarenya sendiri setelah berjuang dengan masalah ekzema.

Beliau terlibat dalam pembuatan setiap produk dan berkat usahanya, beliau memperkenalkan konsep kulit kaca kepada negara Barat. Sekiranya anda mencari skincare Korea yang membuatkan kulit menjadi bersinar, anda boleh mencuba skincare Peach & Lily ini.

3. Goodal

skincare korea terbaik

Dengan harga yang berpatutan dan penuh dengan bahan kecantikan, Goodal adalah salah satu skincare Korea terbaik yang menjadi kegemaran ramai. Club Clio, syarikat induk Goodal juga memiliki rangkaian alat solek Peripera yang terkenal.

4. IOPE

skincare korea terbaik

Salah satu daripada beberapa jenama penjagaan kulit Korea di bawah payung Aritaum adalah IOPE. Skincare ini sesuai untuk wanita yang berusia kerana ia sangat baik untuk kulit pertengahan umur yang menghadapi masalah.

Skincare IOPE dihasilkan dengan ramuan produk secara semula jadi. Skincare ini dijual di kesemua kedai kecantikan dan juga melalui online.

5. Sulwhasoo

skincare korea terbaik

Sekiranya anda mahukan skincare yang terbaik yang menawarkan penjagaan kulit seperti orang Korea, Sulwhasoo adalah jawapannya. Jenama utama Aritaum, Sulwhasoo diperbuat daripada ramuan fermentasi yang digunakan dalam perubatan tradisional Korea selama beratus-ratus tahun dahulu.

Walaupun ramuannya berbeza-beza dari produk ke produk, semuanya mengandungi polifenol, antioksidan, dan agen anti-karsinogenik. Harganya pula adalah sedikit mahal namun kesannya amat memukau.

6. Dr. Jart+

skincare korea terbaik

Sekiranya Dr. Jart+ tidak asing bagi anda, ia juga merupakan salah satu skincare jenama Korea pertama yang dikendalikan oleh Sephora beberapa tahun yang lalu.

Dr. SungJae Jung, seorang dermatologi muda Korea telah mengkaji dalam pembuatan skincare ini. Pada tahun 2004, beliau telah bekerjasama dengan seorang lagi rakannya untuk mewujudkan Dr. Jart dan merekrut pasukan dermatologi untuk menghasilkan skincare terbaik Korea ini. 

Skincare Dr. Jart+ memenuhi semua jenis kulit dan sangat baik untuk pencegahan penuaan. Produk pertama Dr. Jart adalah krim BB yang membuatkan mereka popular selepas itu.

7. Blossom Jeju

skincare korea terbaik

Walaupun beberapa jenama skincare Korea menggunakan pembungkusan yang bersih dan halus, Blossom Jeju memilih penampilan hiasan yang sangat ringkas.

Ditubuhkan pada tahun 2012, Blossom Jeju diilhamkan oleh Pulau Jeju yang terkenal di Korea Selatan. Bahan khasnya adalah Camellia Seed Oil yang memberikan aroma lembut dan memikat.

8. Banila Co

skincare korea terbaik

Slogan Banila ‘no-makeup makeup’ bukanlah perkara baru, tetapi pembersih balmnya iaitu Clean It Zero telah mengubah wanita untuk meninggalkan alat solek mereka dan menggunakan skincare mereka.

Skincare Banila Co telah disesuaikan untuk pelbagai jenis kulit sejak dilancarkan. Skincare Korea Terbaik ini juga mengandungi losyen Radiant Brightening dalam produk mereka.

9. Missha

skincare korea terbaik

Missha ditubuhkan pada tahun 2000 dan produk tersebut dikatakan sebagai klon daripada SK-II Facial Treatment Essence yang terkenal dengan harga yang rendah.

Sejak itu, Missha terus membina jenamanya sebagai skincare pilihan yang ideal untuk wanita dalam semua lapisan masyarakat. Baru-baru ini, mereka juga telah memperkenalkan produk yang ditujukan kepada pengguna yang lebih muda. A’pieu merupakan salah satu losyen pelindung matahari yang boleh anda gunakan.

10. COSRX

skincare korea terbaik

Ditubuhkan pada tahun 2014, COSRX terkenal dengan pembungkusannya yang sangat sederhana dan produknya yang amat berkesan. Berpusat di Seongnam, Korea Selatan, COSRX memilih untuk menjual produknya secara online untuk memastikan kosnya rendah.

Produk skincare Korea terbaik ini sangat sesuai untuk mereka yang memiliki jenis kulit sensitif atau berjerawat.

11. Etude House

skincare korea terbaik

Skincare Korea ini sangat popular di kalangan remaja perempuan dan wanita yang berusia dua puluhan. Konsep yang ditawarkan olehnya adalah “puteri” dan bungkusannya berwarna merah jambu, cantik dan comel.

Jenama ini mempunyai banyak kedai di seluruh Jepun. Ianya mempunyai pelbagai jenis produk solek dan skincare seperti solekan asas, foundation, lip gloss, pencuci muka dan toner.

12. The Face Shop

skincare korea terbaik

The Face Shop menawarkan pelbagai produk kecantikan termasuklah barangan solek yang murah. Walaupun produknya cukup berpatutan, mereka berusaha keras untuk tidak memasukkan bahan kimia ke dalam produk mereka dan menggunakan bahan semula jadi. Ini menjadikannya sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

13. Innisfree

skincare korea terbaik

Innisfree adalah jenama skincare semula jadi dari Pulau Jeju. Jenama ini membuat produk mereka dengan menggunakan pelbagai jenis bahan berasaskan tumbuhan. Produk penjagaan kulit mereka bukan sahaja baik untuk kulit, tetapi juga berfungsi merawat kulit dengan baik.

Serum mereka menggunakan biji teh hijau yang sangat digemari oleh ramai orang. Memakai losyen kulit selepas serum ini menjadikan kulit anda terasa lembut dan licin.

14. It’s Skin

skincare korea terbaik

Skincare Korea terbaik ini adalah salah satu “jenama kosmetik doktor” dan pakar dermatologi telah mengambil bahagian dalam proses perkembangan pembuatannya.

Jenama ini menggunakan bahan semula jadi dan mempunyai pelbagai jenis produk skincare yang unik yang dapat dipilih berdasarkan jenis kulit. Mereka juga mempunyai pelbagai jenis produk seperti losyen kulit, topeng muka, primer dan krim BB.

Berikut adalah antara day cream terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga Day Cream TerbaiSerum Murah Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Serum terbaik untuk whitehead.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.