Sekiranya anda seorang yang gemar mekap, pasti anda tahu kepentingan menggunakan makeup remover yang betul untuk kulit anda.

Dengan pelbagai jenis makeup remover yang terdapat di drugstore, pasti sukar untuk anda membuat pilihan. Mari kami senaraikan 11 makeup remover drugstore terbaik di Malaysia.

1. La Roche Posay Effaclar Micellar Water Ultra Makeup Remover

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

La Roche Posay Effaclar Micellar Water Ultra merupakan salah satu makeup remover terbaik berdasarkan teknologi micellar yang terdapat di pasaran. Ia dirumus khas untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.

Ia adalah pembersih tanpa bilas yang membersihkan kulit dengan lembut dari kekotoran hingga skala mikroskopik. Diperkaya dengan Zink, makeup remover ini dapat mengawal pengeluaran sebum di wajah yang menjadikan kulit kelihatan cerah dan kurang berkilat.

2. Hada Labo Cleansing Oil Make-Up Remover

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Dengan makeup remover Hada Labo, anda dapat membersihkan mekap tebal pada wajah. Malah maskara kalis air yang anda gunakan akan hilang dalam masa yang singkat.

Makeup remover drugstore terbaik Malaysia ini diperkaya dengan minyak zaitun yang membolehkan pembersihan kotoran, minyak dan alat solek yang sukar ditanggalkan.

3. Neutrogena Labs Hydrating Micellar Jelly Makeup Remover

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Neutrogena Labs Hydrating Micellar Jelly Makeup Remover dapat menghilangkan solek yang paling keras sekaligus membawa kulit kembali ke pH semula jadi.

Makeup remover ini diperkaya dengan asid Polyhydroxy dan Hyaluronic yang dapat menghilangkan kotoran dari wajah anda tanpa mengganggu penghalang kulit, serta menambah kelembapan kulit. Anda boleh dapatkannya di drugstore!

4. Garnier Micellar Water Even For Sensitive Skin

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Salah satu penghilang solekan yang paling popular di Malaysia adalah Garnier Micellar Water Even For Sensitive Skin. Bukan sahaja menghilangkan bekas solekan wajah, tetapi menjadi pembersih solek dan penghalang radikal bebas yang terbaik.

Setiap botol 400mL makeup remover drugstore terbaik Malaysia ini dapat bertahan sehingga 200 kali kegunaan untuk jangka masa yang lama. Makeup remover mengandungi bahan yang baik untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

5. Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm Purifying

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm Purifying dapat menanggalkan solekdengan mudah tanpa memerlukan pad kapas. Ia berfungsi sebagai pembersih muka yang berkesan untuk tanggalkan segala kotoran pada wajah.

Makeup remover drugstore terbaik Malaysia ini diperkaya dengan Zero Balance Technology, iaitu campuran khas yang berfungsi untuk membersihkan kulit tanpa mengganggu keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Menarik bukan? Pasti penggunaannya berkesan!

6. Biore Cleansing Oil In Cotton Wipes Travel Pack

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Biore Cleansing Oil In Cotton Wipes Travel Pack diformulasikan dengan asid Hyaluronik yang bakal menjadikan kulit terasa lembap dan terhidrat.

Wajah akan mendapat penjagaan yang betul dan lebih bersih dengan makeup remover ini. Jadi apa tunggu lagi, jom dapatkan makeup remover yang simple ini.

7. Laneige Lip & Eye Remover Waterproof EX

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Makeup remover jenama Korea, Laneige Lip & Eye Remover Waterproof menawarkan hasil yang memuaskan kepada anda. Ia mengandungi ekstrak aloe vera dan chamomile yang dapat menjaga dan melindungi kulit anda dari sebarang radikal.

Ia bukanlah sekadar makeup remover semata-mata. Makeup remover ini juga dikatakan terbaik bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

8. Kiss Me Heroine Make Speedy Mascara Remover

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Seperti namanya, KISS ME Heroine Make Speedy Mascara Remover dengan cepat dapat menghilangkan solek mata anda yang degil tanpa perlu digosok secara berlebihan.

Cukup hanya sapukannya pada hujung bulu mata dan tunggu selama 2 hingga 3 minit, ia akan hilang setelah anda membilasnya dengan air suam. Bukan sahaja dapat menghilangkan mascara dengan lancar, tetapi makeup remover drugstore terbaik Malaysia ini juga mampu melembapkan bulu mata anda yang terdedah kepada kerosakan.

9. Eucerin Dermo Purifyer Acne & Makeup Cleansing Water

makeup remover drugstore terbaik Malaysia

Sekiranya anda mempunyai kulit yang berjerawat, elakkan pembersih yang mengandungi bahan tambahan seperti pewangi, minyak dan alkohol yang boleh menyebabkan kerengsaan dan alergik.

Pilihan yang baik adalah dengan menggunakan makeup remover drugstore terbaik Malaysia yang dihasilkan oleh Eucerin ini. Ia direka sebagai makeup remover untuk kulit yang berjerawat.

Fungsinya adalah untuk mengecilkan liang roma bagi mengurangkan kemunculan semula jerawat dan mengandungi gabungan bahan aktif. Makeup remover ini tidak komedogenik dan dapat membantu menjaga wajah dan kulit anda agar bersih, lembut dan berseri-seri.

10. Nars Gentle Oil-Free Eye Makeup Remover

makeup remover drugstore terbaik malaysia

Bagi anda yang mempunyai sambungan bulu mata, anda harus berhati-hati menggunakan alat solek kerana dengan adanya minyak, ia akan melonggarkan gam pada bulu mata tersebut.

Formula Nars bebas minyak dan berkesan untuk menghilangkan kesan solek mata dan bibir dalam apa jua keadaan dan juga yang bersifat kalis air. Ianya diperkaya dengan timun dan lidah buaya yang dapat membuat kulit menjadi bersih dan segar tanpa rasa berminyak.

11. Clinique Take The Day Off Cleansing Oil

makeup remover drugstore terbaik malaysia

Makeup remover larut air oleh Clinique ini bersifat bebas minyak. Diformulasikan dengan bahan aktif dan pengemulsi, makeup remover ini dapat melarutkan alat solek yang susah ditanggalkan termasuklah solekan kalis air dan semua kekotoran lain.

Makeup remover drugstore terbaik malaysia juga bebas dari bahan wangian dan tidak mengandungi bahan-bahan yang berpotensi merosakkan kulit dan menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit yang bermasalah.

Itulah antara makeup remover drugstore terbaik malaysia. Jom baca juga Pisau Dapur Terbaik, Jenama travel backpack terbaik, Kamera mirrorless terbaik Malaysia dan Smartphone Android terbaik Malaysia.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.