Kebanyakan scrub badan diperbuat daripada kunyit, beras, kayu manis, susu dan pelbagai jenis lagi bahan semulajadi. Tahukah anda, scrub badan boleh dibuat sendiri secara organik dan boleh dijual di kedai-kedai kecantikan, pasaraya dan juga kedai runcit.

Dari segi harga pula, boleh didapati dengan harga mampu milik dan ada juga yang mahal harganya.

Apakah Fungsi Utama Scrub Badan

Fungsi utama scrub badan adalah membantu melindungi kulit agar tetap sihat, bersih, licin, lembab, lembut dan kelihatan segar. Scrub badan juga diperlukan untuk menjaga kesihatan kulit agar sihat dari luar dan dalam.

Scrub badan juga dapat membantu membersihkan badan, membuang pengelupasan sel kulit mati dan mengurut badan yang tidak dapat dilakukan dengan menggunakan sabun biasa.

Bagi anda yang masih mencari scrub badan yang terbaik untuk badan anda, di sini antara scrub badan terbaik yang boleh menjadi pilihan anda.

1. A Bonne’ Tomato Glutathione Shower Salt & Sugar Scrub

set berpantang

Scrub badan terbaik ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kusam, parut, kulit kering dan jerawat. Namun, ianya tidak boleh dipakai setiap hari kerana akan merosakkan lapisan kulit.

Scrub ini juga dikatakan mampu untuk mencerahkan kulit, menegangkan kulit dan segala masalah yang berkaitan dengan kulit. Walau bagaimanapun, produk ini tidak sesuai untuk kulit wajah.

2. Tree Hut Shea Sugar Scrub, Marula & Jasmine

set berpantang

Scrub badan ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menyukai bahan semula jadi seperti shea butter minyak marula oil, bunga melati dan juga gula sebagai unsur penghakis.

Scrub ini boleh digunakan selama berhari-hari tanpa menyebabkan calar pada kulit yang akan menjadikan kulit kasar. Ianya juga sesuai digunakan di kawasan kulit yang sensitif seperti di ketiak, paha, belakang leher, dada dan juga di bahagian belakang.

3. Cosway Bioglo Korean Red Ginseng Body Scrub

set berpantang

Scrub badan ini pula sangat sesuai jika anda mahukan khasiat anti-penuaan pada kulit. Bagi produk ini, ia menggunakan ginseng merah dari Korea yang kaya dengan nutrien Vitamin C, dan D yang akan membantu mengembalikan keanjalan kulit.

Scrub badan terbaik ini juga membantu anda menjaga kelembutan kulit. Jadi scrub badan ini tidak akan menyebabkan kerengsaan dan juga sangat sesuai untuk kulit sensitif seperti jerawat, ekzema dan psoriasis kerana kandungan ginseng merah yang kaya dengan khasiat.

4. Watsons Naturals Olive Body Scrub

set berpantang

Sekiranya anda merupakan seorang ibu yang mengandung atau berpantang yang mempunyai kulit sensitif, ini adalah scrub badan terbaik yang sesuai untuk anda.

Produk dari Watsons ini hanya mempunyai satu bahan aktif iaitu minyak zaitun organik yang sesuai untuk wanita hamil. Namun, scrub badan ini tidak sesuai untuk kegunaan seharian dan juga tidak sesuai untuk kulit wajah kerana akan merosakkan permukaan kulit yang akan menjadikan wajah menjadi kasar dan kusam.

5. Margaret River Exfoliating Body Scrub Rice

set berpantang

Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat, scrub badan ini dikatakan sangat sesuai untuk anda. Ini kerana nutrien beras dapat membantu menghilangkan jerawat dengan cepat, serta menghilangkan parut jerawat dan juga kesan gelap pada kulit badan.

Namun, scrub ini tidak sesuai digunakan dimuka kerana ramuannya agak kasar dan akan merosakkan kulit muka.

6. Biofinest Bamboo Charcoal Body Scrub

set berpantang

Dikuasakan dengan ramuan semula jadi, scrub badan ini akan membantu mengurangkan penampilan selulit dan juga stretchmark. Ia menggunakan 3 bahan scrub seperti serbuk arang buluh, gula dan garam laut.

Scrub badan terbaik ini sangat baik untuk kulit badan dan kulit psoriasis dan ekzema kerana ramuannya mengandungi shea butter dan vitamin E.

Khasiatnya adalah dapat melembabkan dan menghilangkan kesan kulit yang mengelupas. Produk ini juga dapat digunakan pada wajah dan sangat sesuai untuk kulit berminyak.

7. Good Virtues Co. Radiant & Renewing Body Salt Scrub

set berpantang

Scrub badan Good Virtue Co. ini menggunakan minyak biji hitam sebagai bahan aktif yang mampu merawat dan memperbaiki masalah kulit seperti kulit kusam.

Biji hitam juga mempunyai aroma khas dan sangat tahan lama pada badan. Awas, scrub ini tidak boleh digunakan berdekatan dengan kawasan kulit yang cedera kerana akan menyebabkan rasa yang amat menyakitkan.

8. Sumber Ayu Lulur Mandi / Body Scrub

set berpantang

Bagi mereka yang mahukan kulit licin dan cerah, scrub badan ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Scrub ini perlu digunakan secara konsisten dan boleh digunakan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang senantiasa segar.

Selain itu, scrub badan terbaik ini sesuai digunakan untuk membersihkan bahagian badan yang sukar dijangkau seperti paha, punggung, di bawah lengan, belakang badan dan juga di bahagian leher.

Namun tahukah anda, scrub badan ini tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana akan menyebabkan kegatalan?

9. Ginvera Alpine Rose & Edelweiss

set berpantang

Produk scrub badan ini pula dikatakan sangat berkesan untuk menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan. Scrub badan terbaik ini mengandungi vitamin E yang akan melembapkan badan dan juga bertindak sebagai antioksidan yang akan mengekalkan keremajaan kulit.

Produk ini sangat tahan lama baunya dan sesuai untuk kulit kering, berminyak dan mudah berpeluh.

10. Odeon Face & Body Scrub

set berpantang

Scrub badan ini sesuai untuk kulit kering, kusam, parut dan ia berfungsi mencerahkan kulit anda. Scrub badan terbaik ini juga menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan 100% semula jadi yang sangat sesuai digunakan pada wajah.

Namun, ia tidak sesuai untuk kegunaan seharian dan juga tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana penggunaannya akan menyebabkan kulit terkoyak.

Itulah antara scrub badan terbaik yang boleh anda cuba. Jom baca juga set berpantang, shampoo organik untuk rambut gugurlip balm terbaik dan toner terbaik untuk kulit kering.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.