Cili kisar atas cili boh adalah di antara bahan masakan yang sangat penting di dalam dapur. Banyak masakan yang menggunakan cili kisar, di antaranya sambal tumis dan asam pedas. Boleh saja beli cili kisar yang dijual di kedai namun ada masanya cili kisar yang dibeli tak menepati cita rasa kita.
Sekali beli cilinya pedas, lain kali beli cili kisarnya tak berapa pedas pula. Malah cili kisar yang dibeli tidak akan tahan lama walau pun dah dimasukkan bahan pengawet. Sekejap sahaja dah berkulat. Bagi kita yang beragama islam ada juga isu keraguan tentang tahap kebersihan semasam proses penghasilan cili kisar yang dibeli.
Sumber: Akuman999
Membuat sendiri cili kisar bukan sahaja menjimatkan duit malah ianya dijamin bersih dan menggunakan bahan yang suci. Jika anda tahu caranya, cili kisar yang dibuat sendiri akan membuatkan masakan anda terasa sangat sedap dan tahan lama. Tak mudah berkulat seperti cili kisar yang dijual di pasaran. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara buat cili kisar homemade dan tips serta petua agar cili kisar tahan lama.
Untuk buat cili kisar sendiri tak susah pun sebenarnya. Modalnya tak mahal. Malah tak ambil masa yang lama untuk siap. Sekali dah buat sendiri anda takkan mahu lagi beli cili kisar di kedai. Jom kami kongsikan cara untuk membuat cili kisar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-caranya:
Sumber: Yoy
Yang ini tak ramai yang tahu. Tak ramai yang tahu macam mana cara untuk pastikan cili kisar tahan lama dan tak mudah berkulat. Di antara petua dan tips yang boleh anda lakukan agar cili kisar tahan lama ialah:
Itulah dia info tentang cara sediakan cili kisar homemade dan tipa agar cili kisar tahan lama yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara buat stok ayam untuk bayi, jus prune untuk bayi sembelit, dan cara buat ikan pekasam.