Serum wajib digunakan oleh wanita bagi rawatan dalaman dan luaran kulit wajah yang bermasalah selain dapat menyihatkan kulit. Hampir 90% wanita dalam kalangan remaja mengalami masalah kulit muka berminyak dan berjerawat.

Maka penting untuk amalkan serum. Serum juga terbaik dalam memudarkan jeragat dan bintik hitam. Jom lihat antara 15 serum terbaik yang berkesan untuk kulit wajah anda.

1. Wardah C-Defense Serum

serum terbaik

Wardah Cosmetik adalah penjagaan kulit wajah halal yang dikeluarkan di Malaysia. Serum Wardah C-Defence ini sangat sesuai untuk anda yang berkulit normal, berjerawat dan berminyak. Ia membantu menghalang radikal bebas dan kotoran sekaligus mengelakkan pertumbuhan jerawat baru.

2. L’Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Plumping Serum

serum terbaik

Terdapat banyak khasiat Hyaluronic Acid serum ini untuk mereka yang berusia. Ia dapat mengurangkan penuaan atau kedutan pada wajah. Selain bebas dari paraben, serum terbaik ini juga sangat sesuai dipakai walaupun kulit sensitif. Ia juga dapat memudarkan bintik hitam serta jerawat.

3. Olay White Radiance Light Perfecting Essence 

serum terbaik

Serum terbaik yang tak dinafikan lagi adalah Olay White Radiance Light. Rasanya lebih ringan di wajah, mudah menyerap dan lebih segar. Ia dapat mencerahkan wajah dan menghilangkan kulit kusam dengan menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat.

4.  NUTOX Advanced Serum Concentrate (30ml)

serum terbaik 2019 dan popular

Nutox Advanced serum amat terkenal dan menjadi rebutan ramai tambah-tambah lagi para isteri yang berumur 28 tahun dan ke atas. Serum ini membantu menghilangkan garis-garis dan kedutan di wajah serta membentuk wajah lebih runcing dan cantik.

Tak salah jika anda nak mencuba Nutox Advance Serum ini,  kandungannya tiada paraben dan mempunyai 2 kali ganda Bird Nest. Jenama antarabangsa ini pastinya berkesan untuk kulit wajah anda!

5. Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum Whitening 

serum terbaik

EUCERIN Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ini sangat berkesan dalam memudarkan bintik hitam dan masalah kulit cela. Kulit akan lebih segar, sihat dan cantik setelah sel kulit mati keluar. Amalkan pemakaian serum terbaik ini setiap hari.

6. SOMEBYMI AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum

serum terbaik

Serum terbaik dari Some By Mi ini diformulasikan dari ekstrak Tea tree dan boleh dikatakan agak semulajadi. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk kulit wajah, tetapi juga untuk tubuh badan.

Kulit tampak lebih berseri dan lembab sepanjang hari. Tambahan pula, jerawat akan mengecut dan ia dapat mengawal kadar minyak berlebihan pada kulit muka.

7. NANOWHITE Dark Spot Corrective Serum

serum terbaik 2019 dan popular

NANOWHITE Dark Spot Corrective Serum yang mempunyai sukatan 30ml ini sebenarnya amat sesuai untuk wanita yang berusia muda ataupun remaja. Kebaikannya adalah ia dapat menghilangkan jeragat, jerawat, bintik-bintik hitam dan putih di wajah serta banyak lagi.

Serum ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang juga membantu menghalang penghasilan minyak kulit wajah berlebihan. Setiap lapisan kulit akan dirawat dengan baik sekaligus memberikan toner warna kulit yang sekata.

8.  Clinelle Whiten Up Brightening Serum

serum terbaik 2019 dan popular

Selain itu, Serum terbaik berjenama Clinelle Whiten Up Brightening yang bersukatan 20ML ini menjadi pilihan ramai para isteri dan semua wanita.  

Serum ini berfungsi mencerahkan wajah, melembabkan kulit wajah dan mengatasi masalah kulit kering. Jika anda was-was dengan serum di luar sana, Clinelle serum ini amat dipercayai ramai dan terbukti selamat oleh pakar kulit (Dermatologically Tested).

9.  Pure Vitamin C Hyaluronic Acid Serum Anti Aging

serum terbaik 2019 dan popular

Percaya atau tidak, serum yang sarat dengan Vitamin C sangat berkesan untuk mengelakkan penuaan kulit wajah. Salah satu serum terbaik dan popular dalam kalangan wanita dan para isteri adalah Serum Pure Vitamin C Hyluronic Acid.

Serum terbaik dan popular ini adalah 100% daripada vitamin C yang mempunyai banyak manfaatnya. Menariknya, kesan parut di wajah menjadi pudar dan hilang sekiranya anda mengamalkannya secara berterusan.

10.  Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence

serum terbaik 2019 dan popular

Tak sabar nak dapatkan kulit wajah yang lebih anjal dan cerah. Bio-Essence Bio Bounce Collagen Essence ini adalah serum terbaik dan popular boleh anda gunakan untuk cerahkan kulit. Kulit mendapat vitamin dan mineral yang secukupnya dengan serum ini.

Serum terbaik ini juga bersifat antioksida, melembabkan wajah dengan sempurna dan memutihkan wajah. Nak ph kulit seimbang dan sihat, kenalah pakai Bio Essence Bounce Collagen ini setiap hari!

11.  Bio-Essence Tanaka Bio White Advance Whitening Serum

serum terbaik 2019 dan popular

Pernah dengar Tanaka serum? Inilah dia serum terbaik dan popular yang turut dikenali sebagai pemutih dan penghilang segala jeragat dan jerawat.

Menariknya, serum ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit wanita sama ada kulit kasar, licin, sensitif dan sebagainya. Bio-Essence Tanaka Bio White Advance menjadikan kulit anda lebih cerah dan bersih dengan selamat.

12.  Dr. Beau Serum

serum terbaik 2019 dan popular

Para wanita pasti tak sabar lagi memakai serum ini. Dr Beau serum ini cukup popular dan terkenal sebagai serum terbaik di Malaysia. Pakar kecantikan pun memakainya.

Ia diperbuat daripada Roseship Oil dan Argan Oil yang segar dan menjadikan kulit wajah berseri-seri. Banyak manfaat argan oil dalam mencantikkan kulit wajah boleh anda nikmati dengan memakai Dr. Beau Serum.

13. Innisfree Green Tea Seed Serum

Beauty Green Tea, ramuan kaya asid amino yang membantu mengekalkan kelembaapan kulit. Mempunyai kandungan ekstrak teh hijau Jeju dan campuran minyak biji teh hijau, membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit yang tidak menentu serta meningkatkan pengekalan kelembapan. Penggunaan produk ini mampu menjadikan kulit lebih licin dan lembut.

Selain itu, reka bentuk botol yang menarik dan menggunakan penutup skru pintal menjadikannya tidak mudah rumpah walaupun terbalik. Serum ini juga mempunyai bau bunga yang menyegarkan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitive atau kombinasi. Serum ini juga mengurangkan minyak di muka anda.

14. MUGWORT Serum

Serum ini mempunyai warna putih bersih dan mudah diratakan pada kulit. Teksturnya yang cair dan tidak meninggalkan kesan yang melekit menjadikannya antara serum pilihan ramai. Serum ini menjadikan kuit anda lebih lembap dan sangat sesuai bagi mereka yang biasanya terdedah dengan cahaya matahari.

Serum ini bebas dari wangian. Sebagai tambahan kepada ekstrak mugwort dan ekstrak teh hijau untuk sifat antioksidannya, ia juga mengandungi panthenol dan sodium hyaluronate untuk penghidratan, dan madecassoside, asiaticoside dan asid asiatik untuk menenangkan. Jika anda mencari serum yang menarik, apa kata cuba serum ini!

15. Dr.brandon Brightening Face Serum

Jenama serum ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Kandungan bahan serum ini juga sangat baik untuk kulit termasuk dengan kandungan collagen yang pastinya dapat merawat kulit anda. Bungkusan serum ini juga sangat cantik dengan menggunakan botol kaca dan warna putih.  

Antara kebaikan menggunakan serum ini ialah anda dapat mencerahkan kulit, mengurangi bintik hitam dan bekas jerawat, mengurangi masalah kulit berminyak, melembabkan, memperbaiki tekstur kulit, dan menjadikan kulit anda kekal muda. Serum ini mampu mencegah hiperpigmentasi pada kulit dan dapat meningkatkan elastisitas kulit. 

Berikut adalah serum terbaik dan berkesan yang boleh anda cuba. Pilih sahaja mana yang anda suka. Jom baca juga Smartphone terbaik di Malaysia, laptop terbaik dan Vitamin C terbaik.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.