Mencari jenama mesin basuh front load terbaik? Kalau ada yang tak tahu, terdapat dua jenis mesin basuh iaitu top load dan front load. Kedua-dua jenis mesin basuh ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Mesin basuh anda rosak atau anda nak beli mesin basuh baru untuk rumah yang baru? Kami galakkan anda untuk membeli mesin basuh front load kerana lebih berkualiti dalam mencuci pakaian, lebih jimat air, mudah untuk masuk dan keluarkan pakaian dan sebagainya.

Tanpa membuang masa, jom tengok 10 jenama mesin basuh front load terbaik untuk anda.

Mesin Basuh Front Load Midea MFl70-S1202E

Produk keluaran Midea sememangnya terkenal dan berkualiti termasuk mesik basuh front load. Mesin basuh keluaran Midea ini mempunyai kapasiti 7kg. Selain itu, mesin ini mempunyai pengawalan suhu dan dispenser secara automatik. Pakaian juga akan kurang kedutan.

Ciri paling menarik adalah mesin basuh ini mempunyai sistem quick wash yang mampu membasuh dan mencuci pakaian dengan hanya 15 minit sahaja. Sangat sesuai jika anda mempunyai masa yang suntuk untuk melakukan kerja rumah ataupun perlu menggunakan pakaian tersebut dengan cepat.

Sistem atau program keselamatan juga bagus lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak-anak kecil yang sering bermain atau membuka mesin basuh kerana terdapat child lock yang menghindarkan mesin dibuka apabila sedang beroperasi.

Toshiba 9.5kg Front Load Washing Machine

Toshiba juga merupakan antara jenama mesin basuh front load terbaik. Mempunyai sistem ‘invertor motor’, kelajuan putaran mesin mencecah 1400RPM. Kapasiti atau muatan lebih besar iaitu 9.5kg. Sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga besar.

Bukan itu sahaja malah mesin ini berfungsi dengan ekstra kitaran cucian yang membuatkan ianya hapuskan lebih kotoran pada pakaian serta sesuai untuk anda atau keluarga yang mempunyai kulit yang sensitif.

Toshiba 11KG Washer & 7KG Dryer

Toshiba washer dryer antara mesin basuh terbaik kerana mempunyai ‘real invertor motor’ yang mengurangkan bunyi mesin sewaktu beroperasi, lebih cekap dan tahan lama. Tempoh masa untuk mencuci pakaian juga lebih cepat kerana mengambil masa 12 minit sahaja.

Nak mesin basuh front load Toshiba yang lebih besar kapasitinya? Ini sesuai mengikut kemahuan anda kerana mempunyai kapasiti 11kg untuk pencucian pakaian manakala 7kg untuk pengeringan pakaian.

Paling istimewa, anda juga boleh mngeringkan pakaian dan boleh terus lipat. Sesuai anda yang mempunyai kulit sensitive kerana mesin ini mencuci pakaian dengan ciri anti-bakteria dan anti-alergik.

BOSCH WAJ20180SG Front Load Washing Machine

Berkapasiti dengan 8kg, mesin basuh dari Bosch ini mempunyai program ‘Eco-Silence Drive’ yang sangat cekap tenaga dan beroperasi tanpa sebarang bunyi. Jangka hayat juga dijamin tahan lama.

Bukan itu sahaja, mesin ini mempunyai program ‘speed perfect’ iaitu fungsi khas yang boleh mempercepatkan sehingga 65% masa cucian tanpa menjejaskan kualiti atau kebersihan pakaian. Anda juga boleh mencampur jenis kain, tekstil atau pakaian.

Sistem Allergy Plus yang terdapat pada mesin ini juga dicipta khas bagi mereka yang mempunyai alahan atau kulit sensitive kerana peringkat suhu yang lebih lama dan tambahan bilasan pada pakaian.

Electrolux EWF7524D3WB 7kg UltimateCare™ 300 Front Load Washer

Kelebihan utama jenama front load mesin basuh terbaik dari Electrolux adalah mempunyai program Hygienic Care yang mampu menyingkirkan 99.9% alahan dan kuman pada pakaian,kecekapan masa dan boleh laraskan suhu mengikut kesesuaian fabrik.

Berkapasiti sebanyak 8kg, mesin ini juga mempunyai motor eco inverter yang mampu mengurangkan bunyi geseran yang terhasil sewaktu mesin beroperasi. Dengan fungsi auto-sense dank unci keselamatan kanak-kanak bagus untuk anda yang mempunyai anak-anak yang suka membuka mesin basuh terutama apabila sedang berfungsi.

LG Front Load WD-MD800WM Washing Machine

Mempunyai kapasiti 8kg, mesin basuh keluaran LG mempunyai teknologi 6 motion DD iaitu gerakan secara tumbling, rubbing, swing, rolling, compression dan beat.  Ianya dapat mengawal kelajuan atau arah putaran mesin dan membasuh banyak pakaian tanpa merosakkan kualitinya.

Berfungsi tanpa bunyi dan getaran mesin pasti membuatkan anda selesa selain penjimatan penggunaan tenaga jika menggunakan mesin ini. Lain daripada yang lain, mesin ini mempunyai Program Smart Diagnosis.

Smart Diagnosis berfungsi yang akan mengenal pasti kerosakan mesin dan memberi jalan penyelesaian secara terus apabila anda menghubungkan panggilan telefon khidmat pelanggan dengan mesin basuh. Tak perlu lagi memanggil juruteknik jika berlaku kerosakan.

Samsung Front Load Washer Dryer 9.5kg Washer & 6kg Dryer

Mesin ini mempunyai sistem AI Control yang dapat memudahkan anda membasuh pakaian secara berkesan. Kitaran juga akan disesuaikan mengikut jenis kitaran yang anda sering gunakan. Aplikasi SmartThings pula membantu anda memberi panduan tentang kitaran, perancangan untuk menyelesaikan masalah.

Sistem Eco Buble yang berfungsi menukarkan bahan pencuci kepada buih yang dapat menembusi fabric dapat menyingkirkan kotoran dengan mudah tanpa memudarkan atau merosakkan pakaian.

Bahan pencuci juga dapat dijimatkan sekurangnya satu bulan kerana mempunyai sistem auto dispense. Tak perlu lagi mengisi atau meletakkan bahan pencucui kerana ianya berfungsi secara automatik.

Haier Inverter Front Load Washing Machine HWM70-FD10829

Anda yang berhijab pasti akan menyukai mesin basuh dari Haier kerana mempunyai mode hijab di mana anda tidak perlu lagi mencuci hijab dengan tangan. Dengan mesin basuh keluaran Haier, hijab dapat dicuci dengan bersih tanpa merosakkannya.

Dengan kapasiti 7kg mampu membersihkan pakaian keluarga kecil anda.  Fungsi pillow drum pada mesin ini akan mengurangkan geseran antara pakaian dengan mesin sekali gus mengelakkan kerosakkan pakaian. Pakaian juga akan kurang kedutan dan memudahkan anda untuk melipat setelah kering.

Panasonic Front Load Washing Machine 8KG NA-128XB1

Jika anda mencari mesin basuh yang boleh mencuci pakaian dengan cepat, mesin basuh keluaran Panasonic dengan kapasiti 8KG mampu membersihkan selama 15 minit sahaja dengan kelajuan putaran sebanyak 1200rpm.

Mesin basuh ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Penggunaan air hanyalah 60L setiap kali beroperasi. Walaupun reka bentuk yang eksklusif dan elegan namun cara penggunaannya sangat mudah. 99.9% bakteria dan alahan juga dapat disingkirkan dengan mudah.

Sharp 2 In 1 Front Load Washer Dryer ESFWV10088

Sharp adalah antara mesin basuh yang mempunyai dua fungsi iaitu pencucian dan pengeringan. Sesuai jika anda sedang mencari mesin basuh yang mampu mengeringkan pakaian dengan pantas tanpa merosakkan pakaian. Dengan kapasiti 10KG untuk pencucian dan 6KG untuk pengeringan pasti dapat memuatkan banyak baju.

Mempunyai sistem intelligent inverter dan intelligent sensor wash pasti membuatkan anda mudah untuk mengendalikan mesin basuh ini. Bukan itu sahaja malah dengan program Colour 15° pada mesin ini akan menghindarkan warna pakaian anda luntur.

Jenama mesin basuh front load terbaik di atas memang dijamin berkualiti dan menjadi pilihan ramai. Seperti anda sedia maklum, mesin basuh front load sememangnya kelihatan eksklusif, menjimatkan penggunaan air dan ruang serta boleh laraskan suhu membasuh pakaian.

Jom baca artikel Bidadari yang lain seperti:

Pendapat dan pandangan di atas tidak mewakili Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.