Anda nak tak idea DIY rak baju yang boleh dibuat sendiri di rumah? Selain nampak menarik dan kreatif, kos membuatnya juga jauh lebih murah. Kini, terdapat pelbagai jenis cara yang boleh dilakukan untuk membuat DIY apa saja barangan penting.
Cakap saja nak DIY apa. Dari sekecil-kecil benda seperti kad kahwin hinggalah ke perabot besar juga boleh DIY. Kadangkala, almari baju boleh patah dan roboh setelah lama digunakan. Hendak beli yang baru bukannya murah bukan?
Kebanyakan wanita paling malas nak lipat kain. Betul tak? Baik ngaku cepat! Dengan DIY sendiri di rumah, kaum wanita bolehlah meminta suami, abang atau adik buatkan rak baju. Rak DIY tersebut boleh digunakan untuk meletakkan kain yang dilipat atau boleh saja digantung.
Lebih mudah tugas melipat kain nanti kerana lebih banyak rak gantung boleh dibuat. Anda pun nanti tidaklah malas sampai menggunung kain di dalam bakul nanti. Jadi, untuk memudahkan tugas para isteri dan juga untuk jimatkan kos, jom DIY rak baju di rumah.
Terdapat pelbagai idea untuk rak baju DIY. Di sini, penulis akan kongsikan 6 idea yang kreatif dan menjimatkan untuk anda. Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, pautan video juga disertakan. Jom tonton!
Papan plywood juga dikenali sebagai papan lapis. Jika anda pergi ke kedai hardware terdapat pelbagai jenis papan plywood yang dijual. Yang membezakannya ialah ketebalan papan. Lebih tebal papan, lebih tinggilah harganya.
Namun, untuk membuat rak baju DIY, anda boleh membeli papan plywood yang murah saja. Harganya jauh lebih murah dari jenis kayu yang lain. Selain tidak berat, ia juga mudah diuruskan ketika membuat rak kayu nanti. Terdapat beberapa cara untuk membuat rak kayu menggunakan papan plywood. Anda boleh tontonnya di sini:
Penggunaan batang paip pvc sangat popular dalam pembuatan pelbagai jenis barangan DIY. Ada yang menggunakan batang paip ini untuk membuat tempat bermain anak-anak, hiasan rumah, pagar dan sebagainya.
Harganya yang murah, berkualiti dan struktur yang kukuh menjadikan paip pvc antara pilihan utama. Ini termasuk juga untuk membuat rak baju DIY. Terdapat pelbagai idea yang boleh ditiru iaitu sama ada rak biasa atau untuk tempat menggantung baju. Saksikan video kreatif ini.
Kebanyakan kayu pallet yang terdapat di negara kita diimport dari luar negara. Ia diperbuat daripada kayu pine. Kini, menjadi 1 trend mengubah suai perabot menggunakan kayu pallet.
Kayu pallet terpakai boleh dibeli di kedai-kedai hardware atau menjual kayu. Harganya juga murah dan tahan lama. Kayu pallet biasanya lebih tebal daripada papan plywood. Jika anda hendak rak kayu yang heavy duty, bolehlah gunakan kayu jenis ini. Saksikan idea menarik ini.
Kepingan kadbod biasanya digunakan untuk membuat barangan kraftangan. Namun, ia juga boleh dijadikan idea menarik untuk membuat rak baju DIY. Selain senang dibuat, kosnya juga sangat rendah. Taklah susah anda nak bersihkan rumah kerana rak kadbod ini ringan saja.
Dari segi ketahanan ia mungkin tidak begitu tahan lama berbanding paip pvc dan papan. Namun, dengan penjagaan yang baik tidak mustahil anda boleh menggunakannya selama bertahun-tahun. Jom tengok video di bawah.
Siapa sangka botol plastik boleh dijadikan rak baju DIY yang sangat cantik. Selain itu, anda juga boleh menggunakan baldi atau besen besar yang cantik. Selain murah, ia juga tahan lama dan mudah dibersihkan.
Lepas ni, jangan buang botol air mineral atau air bikarbonat. Anda akan perlukan ia untuk membuat rak ini. Gunakan idea anda sendiri untuk mencantikkan lagi rak tersebut. Nak lebih penjelasan, sila tonton pautan di bawah.
Sama seperti kepingan kadbod, anda boleh menggunakan kotak-kotak terpakai untuk membuat rak baju DIY. Antara kotak yang boleh digunakan ialah kotak televisyen, kotak kertas A4, kotak barangan runcit dan sebagainya.
Pastikan kotak tersebut tebal, keras dan kukuh. Jangan pula gunakan kotak yang sudah lembik dan tidak stabil. Jenuh anda nak siapkan rak baju DIY. Nak lebih jelas, tonton video berikut:
Bagaimana dengan idea-idea yang diberikan ini? Menarik untuk dicuba? Anda boleh jadikan video-video tersebut sebagai rujukan dan inspirasi untuk membuat rak baju DIY. Gunakan daya kreativiti yang tersembunyi untuk membuatkan isteri anda terpukau. Isteri tersenyum, anda juga tentu akan lebih bahagia.
Diharapkan anda gembira dengan perkongsian ini. Jika ada di antara pembaca Bidadari.my dah cuba idea DIY rak baju ini, kongsikan dengan kami. Kami mengalu-alukan kiriman anda itu. Moga menjadi inspirasi kepada orang lain juga.
Jemput baca tentang DIY hiasan cermin dinding dan idea DIY rak kasut yang mudah. Moga bermanfaat.