Anda selalu kena migrain? Sakit yang amat sangat sampai rasa nak hantukkan kepada ke dinding. Jom kami kongsikan 20 petua hilangkan migrain yang teruk dengan sepantas kilat.
Jika anda mula terkena migrain, jangan berlengah. Cepat-cepat sapukan minyak panas ke kepala, leher, belakang telinga & tengkok supaya migrain anda tidak menjadi semakin teruk. Dah sapu minyak, urut supaya darah dikepal dan leher berjalan dengan lancar.
Selain minyak panas, minyak aromaterapi juga membantu untuk menghilangkan migrain. Kalau anda tak suka bau minyak panas, boleh pilih minyak aromaterapi yang anda suka. Sama ada lavender, jasmine, green tea atau sitrus.
Urutan adalah petua menghilangkan migrain yang paling berkesan. Anda boleh urut sendiri atau minta orang tolong urutkan. Mulakan dengan bahagian bahu, diikuti leher, tengkok, belakang telinga, dan kepala. Tarik rambut bagi melepaskan haba yang terkumpul. Urutan membantu untuk membaiki perjalanan darah di kepala.
Urutan juga boleh mmbuatkan anda lebih relax dan selesa, di samping membantu menghilangkan stress yang menjadi punca migrain.
Bila dilanda migrain, segera berehat di dalam bilik yang gelap. Cahaya yang terlalu terang adalah di antara punca anda migrain. Cahaya juga boleh menyebabkan migrain menjadi semakin teruk. Oleh itu, duduk di dalam bilik gelap adalah sangat membantu. Elakkan cahaya. Kalau anda tak boleh nak pergi ke tempat gelap, tutup mata dengan kain untuk meminimumkan cahaya.
Suasana yang senyap, damai, sejuk, dan selesa sangat membantu menghilangkan migrain. Kalau anda terus duduk dalam keadaan yang bising, sesak, panas, berhimpit, dan merimaskan, migrain anda akan menjadi semakin teruk.
Bauan aromaterapi bukan sahaja menenangkan malah membantu menghilangkan migrain. Bau lavender sememangnya terkenal dengan efek mendamaikan. Kalau anda tak suka bau lavender, boleh pilih bau green tea. Bila anda berasa tenang, secara automatik migrain juga akan hilang.
Petua yang seterusnya adalah petua masyarakat cina. Apabila anda dilanda migrain, basahkan keseluruhan rambut dari hujung hingga ke kulit kepala. Tujuannya ialah untuk membebaskan haba yang terperangkap pada kulit kepala dan untuk menyejukkan kepala yang panas.
Ini kerana, kepala yang panas adalah antara punca kenapa anda terkena migrain. Kalau kami, lagi suka untuk duduk dibawah pancuran air. Air sejuk dari pancuran memang membantu menghilangkan migrain.
Anada juga boleh membalut kepala dengan tuala basah.
Kalau anda berada di luar & tak boleh nak basuh rambut atau mandi dibawah pancuran, boleh cari pek ais untuk diletakkan di kepala. Letakkan di bahagian yang paling sakit dan biarkan si situ. Lapik dengan kain supaya kepala anda tak basah. Boleh juga guna cool fever.
Petua yang kesembilan ialah perahan limau kasturi. Ini adalah petua orang lama masyarakat melayu. Caranya, ambil 3 biji limau kasturi & perahkan ke kepala. Kemudian ratakan perahan limau tadi supaya rata dan terkena ke seluruh kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala & ramas rambut supaya air perahan limau sampai ke rambut.
Kulit limau tadi masukkan ke dalam bekas berisi air kemudian basuh kepala selepas migrain anda hilang.
Kalau anda selalu sangat terkena migrain, mungkin ianya berpunca daripada makanan. Elakkan makanan tinggi MSG. MSG merangsang neuron yang menjadi punca migrain.
Semasa migrain, ambil epal hijau dan cium baunya. Bau epal hijau boleh menghilangkan migrain. Anda juga boleh makan epal hijau tadi.
Setiap kali migrain, minum air campuran 1 sudu cuka epal dan segelas air suam. Rasanya agak masam. Tapi percayalah, migrain anda akan hilang dengan sepantas kilat. Selain itu, anda juga boleh gunakan air campuran tadi untuk membasahkan rambut.
Minuman berlektrolit juga boleh menghilangkan migrain. Contohnya air Gatorade atau 100 Plus. Lain kali kalau anda migrain, cuba minum air berelektrolit.
Merendam kaki dalam air panas boleh membantu sekiranya anda sedang migrain. Apabila kaki direndam, anda menggalakkan peredaran darah pergi ke kaki dan mengurangkan bebanan di bahagian kepala. Selain itu, anda akan berasa relax dan secara automatik migrain anda akan hilang.
Kalau anda selalu sangat migrain, rawatan Akupuntur adalah pilihan yang baik. Jarum-jarum kecil akan dimasukkan ke bawah kulit untuk menyelaraskan kembali aliran tenaga dalam tubuh badan & mengurangkan migrain.
Campurkan satu sudu garam himalaya ke dalam segelas air suam. Minum semasa migrain.
Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat. Insya Allah, anda tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Bayangkan cas-cas negatif dari kepala mengalir masuk ke garam, lada dan kacang hijau yang dipijak.
Naik ke atas katil, duduk di sisi dan turunkan kepala ke bawah katil. Bunyi macam pelik. Tapi cubalah, insya Allah membantu.
Posisi bersujud membolehkan darah memasuki semua saluran darah yang ada didalam otak lalu membantu menghilangkan migrain. Setiap kali anda migrain, duduk dalam posisi bersujud sehingga migrain anda berkurangan.
Berbekam bukan sahaja membantu menghilangkan migrain malah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit lain. Dalam Islam juga disarankan untuk berbekam sabagai salah satu cara merawat penyakit. Sepertimana seorang khadam Rasullullah saw mengatakan:
“Tidak seorang yang mengadu sakit kepalanya kepada Rasulullah saw melainkan baginda mengatakan. “Berbekamlah” (Sahih Sunan Abi Daud). Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a., “Bahawa Rasulullah saw pernah berbekam ketika Baginda berada dalam keadaan berihram daripada sakit yag dirasakan di kepala Baginda”. (Sahih Ibn Khuzaimah dengan tahkik al-Azhami).
Itulah dia 20 petua hilangkan migrain yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.
Jemput juga baca artikel lain seperti petua sakit perut, cara hilangkan gastrik dan cara hilangkan parut jerawat.