Mesin basuh di rumah sudah rosak? Jika ya, sudah pasti anda perlu mendapatkan mesin basuh baru terbaik dan berkualiti tinggi. Namun, sebelum membeli sebarang jenis mesin basuh, perlu diketahui bahawa harganya bergantung kepada jenis fungsinya.

Dari segi harga, mesin basuh muatan hadapan lebih mahal daripada mesin basuh muatan atas kerana penggunaan kuasa elektrik yang amat berbeza. Walaupun begitu, fungsi kedua-dua mesin ini adalah untuk menyelesaikan tugas seharian kita.

Jom lihat antara 13 mesin basuh terbaik berkualiti di Malaysia pasti anda suka!

LG F2721HTWV 21 / 12KG

mesin basuh terbaik

LGF2721HTWV 21 harus dipertimbangkan oleh sesiapa sahaja yang mahukan mesin basuh terbaik bagi muatan hadapan.  Sebab mesin basuh LG ini menjadi pilihan adalah kerana ia menggunakan teknologi Twin Wash yang membolehkan dua ruang berasingan dibasuh secara serentak. 

Selain itu, terdapat ruang cucian yang lebih kecil di bahagian bawah yang khusus untuk seluar dalam, pakaian bayi dan fabrik halus yang lain. Kurang daripada 50 minit sahaja, semua sudah siap dicuci. 

Teknologi TurboWash revolusioner menjadikan cucian pantas. Selain itu, mesin basuh ini juga dilengkapi dengan teknologi TrueSteam yang menjadikan pakaian 99.9% bebas alergen, anda takkan rasa gatal apabila memakai pakaian yang baru dibasuh. Ia juga boleh dikawal dengan smartphone dan mempunyai pelbagai mod pilihan.

Samsung WW80J54EOBW

mesin basuh terbaik

Samsung kekal sebagai salah satu jenama perkakas rumah yang paling tinggi mendapat permintaan di dunia, jadi tidak hairanlah salah satu model mesin basuh terbaik memang berkualiti. 

Samsung WW80J54EOBW direka dengan teknologi yang dipanggil EcoBubble yang membuatkan pencuci bercampur berbuih dengan udara dan air sebelum cucian dimulakan. Ini bermakna, buih yang dihasilkan oleh mesin basuh ini boleh menghilangkan kotoran dengan lebih cepat.

Istimewanya, 70% akan menjimatkan tenaga elektrik dan ia memerlukan 15 minit untuk menyelesaikan seluruh cucian serta sesuai untuk semua jenis fabrik. Sistem Eco Drum Clean juga berfungsi melakukan pembersihan kecil dengan sendirinya.

Bosch WAK20060SG

mesin basuh terbaik

Bosch WAK20060SG menawarkan pilihan untuk membasuh segala-galanya, daripada pakaian yang paling berat kepada yang diperbuat daripada bahan yang paling halus, seperti sutera. 

Kapasiti cuciannya hanya 7 kg dan tidak untuk membasuh longgokan besar pakaian kotor. Ianya mungkin mesin basuh terbaik untuk mereka yang tinggal bersendirian.

Sekiranya anda sedang mencari mesin basuh terbaik dengan harga yang berpatutan, maka Bosch WAK20060SG mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.

Electrolux EWF7525EQWA

mesin basuh terbaik

Salah satu jenama mesin basuh terbaik berkualiti yang dipercayai adalah Electrolux. Pintunya 12% lebih besar daripada mesin basuh muatan hadapan yang lain. Jadi, ia menjadikannya lebih mudah dan cepat untuk memuat dan memunggah pakaian yang dicuci.

Manfaat lain yang ada pada mesin basuh ini adalah ia tidak memerlukan seterika kerana menggunakan teknologi yang menamatkan setiap cucian dengan wap yang lembut untuk mengurangkan kedutan pada pakaian sehingga 22%. 

Electrolux EWF7525EQWA juga boleh membuang 99.9% kuman dan alergen pada suhu hanya 40°C, justeru ia tidak memerlukan banyak tenaga elektrik dalam proses pencucian. Namun dari segi harganya, ia sangat mahal.

Elba 9 KG

mesin basuh terbaik

Mesin basuh hadapan Elba 9KG adalah mesin basuh terbaik yang menjimatkan penggunaan elektrik dan air. Fungsi cuciannya cepat dimana muatan cucian 9 kg boleh dicuci dalam masa 28 minit sahaja. 

Selain itu, mesin basuh ini beroperasi secara senyap dan menggunakan kurang tenaga daripada tetapan biasa dengan menggunakan ‘night mod’.

Dari segi harganya, ia adalah mesin basuh muatan hadapan yang paling mahal dalam senarai mesin basuh terbaik. Tetapi dengan ciri dan kemampuannya, ia amat berbaloi dengan harganya.

Hitachi SF-100Xa

mesin basuh terbaik

Sangat mudah dikendalikan kerana mempunyai empat butang kawalan, Hitachi SF-100Xa merupakan mesin basuh terbaik. Walaupun terdapat mesin basuh lain yang memiliki panel kawalan yang kompleks dan ciri yang tidak berkesudahan, namun tidak dengan Hitachi SF-100Xa. 

Mesin basuh terbaik Hitachi ini menggunakan sistem pembersihan automatik di mana ia membersihkan ruangnya sendiri selepas mencuci pakaian. Mesin ini juga dilengkapi dengan ‘safe lock’ yang sesuai bagi mereka yang mempunyai anak. 

Sharp ESX905

mesin basuh terbaik

Khas untuk anda yang pentingkan kebersihan, Sharp ESX905KG direka khas untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat. 

Selain itu, mesin basuh ini tidak memerlukan anda menggunakan pencuci yang berlebihan kerana ia direka untuk menghasilkan pakaian berbau bersih dan segar. Cucian pakaian adalah secara sekata. Ia adalah mesin basuh terbaik berkapasiti tinggi yang hebat daripada Sharp.

Midea MT725B

mesin basuh terbaik

Sekiranya anda mencari mesin basuh terbaik mesra bajet, maka Midea MT725B sangat tepat. Bukan sahaja murah, ia juga menggunakan Teknologi Air Terjun 3D yang membolehkan air dan pencuci meresap ke dalam fabrik dengan lebih cepat. 

Tambahan pula, sistem pembersihan kuasanya menawarkan pelbagai mod basuhan yang disesuaikan kepada semua jenis fabrik. Mesin basuh ini sesuai untuk anda yang ingin berjimat cermat namun inginkan kualiti baju cucian yang terbaik.

Panasonic NA-F75S7WRQ

mesin basuh terbaik

Sistem aliran air pada mesin basuh Panasonic NA-F75S7WRQ ini dapat membersihkan pelbagai jenis fabrik dengan kuantiti air yang sedikir. Ciri penjimatan yang ditawarkan oleh Panasonic NA-F75S7WRQ juga didatangkan dengan mekanisme pencucian yang menjimatkan bahan pencuci. Walaupun mempunyai kelebihan dalam penjimatan air, ia tidak sesuai bagi mereka yang tinggal di ruangan kecil.

Fisher & Paykel Quicksmart WH7560J3

mesin basuh terbaik

Mesin basuh muatan hadapan yang menjamin pengalaman cucian yang selesa ialah Fisher & Paykel QuickSmart WH7560J3. Mesin basuh ini lengkap dengan kitaran cucian yang berbeza yang boleh memuatkan pelbagai jenis fabrik, termasuk fabrik yang halus dan besar. 

Ia juga datang dengan pelbagai teknologi cucian moden yang dapat menyelesaikan mencuci pakaian anda yang kotor dalam masa kurang daripada satu jam.

Selain itu, mesin basuh ini juga mesra pengguna kerana mempunyai sistem kawalan yang sangat mudah digunakan. Jadi, bagi anda yang sering sibuk dengan kerjaya, mesin basuh ini amat sesuai untuk anda.

Bosch WAV28L40SG

mesin basuh terbaik

Mesin basuh Bosch WAV28L40SG disyorkan oleh kebanyakan pengguna kerana mempunyai motor Eco Silence Drive yang berkuasa, tahan lama, senyap dan amat cekap. Berbanding dengan mesin basuh yang lain, ia mempunyai Speed Perfect yang berfungsi untuk mengurangkan masa mencuci anda sebanyak 65%. 

Terdapat juga sistem Allergy Plus yang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah alergi. Tidak hairanlah jika harganya juga agak tinggi.

Panasonic 10KG Econavi NA-120VX6

mesin basuh terbaik

Bagi mengurangkan masa membasuh anda secara drastik, Panasonic 10KG Econavi NA-120VX6 dapat membantu anda. Mesin basuh terbaik ini boleh mengurangkan masa cucian anda kepada kira-kira 49 minit dan dapat menghilangkan kotoran degil dengan lebih berkesan. 

Selain daripada menanggalkan pelbagai jenis kotoran, ia juga dapat menghapuskan 99.99% alergen dan bakteria dengan bantuan ciri BlueAg+.

LG FC1408S4W

mesin basuh terbaik

LG FC140S4W pula dapat mengurangkan getaran dan bunyi yang kuat. Anda tidak perlu risau tentang peningkatan bil elektrik kerana mesin basuh ini dilengkapi dengan sensor penjimatan tenaga. 

Sensor tersebut boleh mengesan muatan cucian dan mengira RPM yang tepat untuk mencuci setiap pakaian dengan cekap tanpa membazirkan kuantiti air dan jumlah tenaga elektrik.

LG FC140S4W adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menjimatkan wang. Selain itu, harganya juga sangat berpatutan dan mampu milik.

Berikut adalah 13 Mesin Basuh Terbaik Berkualiti Di Malaysia. Jom lihat juga Air Fryer terbaik, Vacuum Robot terbaik dan Blender Terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.