Memasak masakan yang enak seperti sup, rendang atau dodol dengan menggunakan pressure cooker, boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 60 minit. Namun, jika anda memasaknya di atas dapur biasa, ia pasti memerlukan masa sekitar 2 hingga 5 jam. Jadi, boleh dikatakan bahawa pressure cooker ini akan memudahkan tugas memasak menjadi lebih cepat.

Bagi anda yang mencari pressure cooker terbaik, jangan risau, mari kami bantu anda. Jom lihat senarai 13 pressure cooker terbaik multifunction pelbagai kegunaan.

Midea Pressure Cooker MY-CH502A

pressure cooker terbaik

Dengan tekanan sehingga 40KPa, Midea Pressure Cooker MY-CH502A ini akan memasak makanan yang lazat dalam masa yang sangat singkat. Ia mempunyai pelbagai fungsi yang boleh memasak apa sahaja yang anda inginkan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 2 periuk tidak melekat yang berbeza iaitu untuk nasi dan sup atau daging.

Sesetengah daripada kita mungkin agak bimbang ketika menggunakan pressure cooker kerana dikhuatiri tidak selamat. Namun, dengan adanya pressure cooker ini, ia menjamin keselamatan kerana mempunyai 10 mekanisme keselamatan yang berbeza.

Dengan mekanisme keselamatan ini, terdapat perlindungan anti sekatan, perlindungan panas berlebihan dan peranti pelepasan tekanan. Oleh itu, pressure cooker ini dikatakan antara pressure cooker terbaik dalam memberi keselamatan kepada anda ketika memasak.

Ewant Electric Pressure Cooker

pressure cooker terbaik

Pressure cooker Ewant adalah merupakan salah satu pressure cooker terbaik dalam kualitinya dan harganya mampu milik. Ia berkebolehan memasak 8 menu berbeza berdasarkan sistem pratetapnya. Sistem tetapannya juga boleh diubah mengikut keinginan anda dalam penyediaan masakan.

Selain itu, pressure cooker ini mempunyai pemasa yang boleh ditetapkan untuk merancang waktu makanan anda masak mengikut masa yang diinginkan. Menarik lagi, ia juga dapat mengekalkan makanan yang disimpan agar tetap terus panas.

Primada Pressure Cooker PC6010

pressure cooker terbaik

Dengan pressure cooker Primada Pressure Cooker PC6010 ini, anda boleh memasak daging yang lembut dan sangat lazat dalam masa 30 minit. Ianya juga menawarkan mod masakan hidangan ala-ala masakan bertaraf chef dengan hanya menekan satu butang sahaja. Pressure cooker Primada yang menakjubkan ini memiliki kapasiti sebesar 6 liter.

Pressure cooker terbaik ini juga sangat menjimatkan tenaga elektrik sehingga 40 peratus yang sememangnya menakjubkan. Ia juga sesuai dimiliki oleh keluarga yang sederhana.

Sharp KQA60RD Pressure Cooker

pressure cooker terbaik

Pressure cooker ini memiliki warna merah cantik yang sememangnya menyerlah daripada pressure cooker yang lain. Ianya bukan sahaja cantik malahan fungsinya mudah digunakan. Jadi, anda boleh memasak pelbagai jenis masakan dengan sempurna.

Selain itu, ia dapat memasak dengan sendiri tanpa memerlukan tenaga daripada anda. Cukuplah dengan anda memasukkan bahan-bahan masakan dan tunggu sehingga siap dimasak. Jadi, pressure cooker terbaik daripada Sharp ini juga patut menjadi pilihan anda.

Butterfly Pressure Cooker

pressure cooker terbaik

Pressure Cooker Butterfly Pressure Cooker ini pula merupakan sejenis pressure cooker manual. Ia terdiri dari pelbagai saiz dan harganya jauh lebih murah berbanding pressure cooker elektrik. Menakjubkan, ia dapat membina tekanan dengan lebih cepat dan pantas. 

Jika anda peminat pressure cooker manual, kami cadangkan anda memiliki pressure cooker terbaik berjenama Butterfly ini. Pasti anda tidak akan menyesal dengan kehebatannya.

Pressure Cooker Breville BPR700

pressure cooker terbaik

Pressure cooker Breville BPR700 ini pula memiliki skrin LED dalam pemilihan program yang mudah digunakan untuk jenis masakan yang anda inginkan. Pressure cooker ini menggunakan fungsi yang bertukar secara automatik antara tekanan dan memasak secara perlahan-lahan untuk memberikan hasil masakan yang terbaik. Selain itu juga, ianya juga mempunyai sistem pelepasan wap 3 hala yang menjadikannya antara pressure cooker terbaik dalam keselamatan penggunanya.

Pressure Cooker Birkeshire PC-260-M

pressure cooker terbaik

Pressure cooker Birkeshire PC-260-M menawarkan 36 program pra-tetap untuk menghasilkan hidangan yang terbaik dan harganya yang mampu dimiliki. Pressure cooker terbaik ini dilapisi dengan sistem non stick yang memastikan pembersihannya mudah dilakukan.

Ia juga berfungsi sebagai kuali tumis, periuk nasi dan juga pemanas makanan yang terbaik. Pastinya anda tidak akan menyesal memiliki pressure cooker Birkeshire PC-260-M ini atau dijadikan sebagai hadiah.

Pressure Cooker Giselle Digital

pressure cooker terbaik

Anda boleh memasak pelbagai jenis masakan dengan menggunakan Pressure cooker Giselle Digital ini. Ia sebenarnya dapat menggantikan semua kuali dan periuk anda yang lain.

Pressure cooker ini memiliki 22 program pra-tetap dan anda hanya perlu tekan butang yang diinginkan untuk memasak masakan kegemaran yang anda mahukan!

Pressure cooker ini diperbuat daripada aloi aluminium untuk memastikan kualiti dan ketahanannya bertahan dengan lama. Dengannya, pasti hidangan menjadi sangat lazat seperti dihidangkan oleh seorang chef yang profesional.

Pressure Cooker Tefal Home Chef Smart Pro IH

Pressure cooker terbaik

Pressure Cooker Tefal Home Chef Smart Pro IH Multi Cooker ini didatangkan dengan periuk sfera yang mudah ditanggalkan untuk cucian pantas selepas menggunakannya. Dengan 19 program pratetapan, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis menu masakan untuk rakan dan keluarga anda yang tersayang. Pressure cooker terbaik daripada Tefal ini pasti menjadi teman baik anda kelak.

Cornel Pressure Cooker CPC-E60C

pressure cooker terbaik

Cukuplah memiliki semua fungsi peralatan di dapur anda, Pressure cooker Cornell CPC-E60C menjadi idaman ramai kaum wanita. Sekiranya anda masih baru dalam dunia masakan, disertakan dengan buku resipi yang pasti memberi pengalaman memasak yang sangat hebat buat anda.

Di dalam buku resepi ini, terdapat 16 resepi sedap yang mudah untuk diikuti oleh anda. Dengan pressure cooker Cornell ini, keyakinan anda pasti akan meningkat. Jika anda tidak percaya, cubalah memilikinya sekarang!

Pressure Cooker Noxxa

pressure cooker terbaik

Pressure cooker Noxxa adalah salah satu pressure cooker yang terbesar kerana anda boleh menyediakan keseluruhan hidangan untuk keluarga 6 hingga 8 orang. Anda juga boleh menggoreng di dalam pressure cooker ini. Selain itu, suhu masakannya juga dapat ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang diperlukan.

Pressure cooker Noxxa memiliki kemampuan seperti perkakas dapur yang lengkap. Ianya bukan sahaja antara pressure cooker terbaik, malah amat sesuai untuk anda yang berkeluarga besar.

Philips Pressure Cooker HD2137

pressure cooker terbaik

Pressure Cooker Philips HD2137 mempunyai banyak menu pratetap yang berbeza dan mampu memasak dua hidangan yang berbeza dalam satu pressure cooker ini. Selain itu, hidangan yang dimasak dengan pressure cooker ini lebih enak. Tambahan pula, fungsi tersebut pasti memudahkan kerja-kerja memasak anda seharian.

Russell Taylor Electric Pressure Cooker

pressure cooker terbaik

Jika anda sedang mencari pressure cooker terbaik yang murah, kami sarankan anda untuk memiliki pressure cooker Russell Taylors ini. Harganya hanya di bawah RM200 dan prestasinya setara dengan beberapa model yang lebih mahal. Selain itu, ia juga dapat menyiapkan masakan yang diinginkan dengan lebih cepat.

Berikut adalah pressure cooker terbaik yang pelbagai fungsi dan berkualiti pilihan ramai. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan Oven terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.