Malaysia merupakan sebuah negara dengan iklim khatulistiwa di mana kita mengalami cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun. Sesekali kita akan mengalami musim tengkujuh namun ianya tidak lama. Kebiasaannya kita akan mengalami cuaca panas terik dan keadaa  semakin teruk apabila tiba musim kering dan panas sehingga air di empangan mongering dan bekalan air terpaksa dicatu di bebera negeri. Bila cuaca panas pastinya kita akan berasa tidak selesa. Nak tak kalau kami kongsikan cara sejukkan badan tanpa aircond?

Cara sejukkan badan

Sumber: Siraplimau

1. Pakai pakaian yang nipis dan longgar

Memakai pakaian yang tebal akan menyebabkan suhu tubuh badan menjadi panas dan kita berpeluh. Begitu juga halnya kalau kita memakai pakaian ketat. Boleh bayangkan betapa tak selesa dan rimasnya pakai baju tebal dan ketat dalam cuaca yang panas? Oleh itu, pakailah pakaian yang nipis dan longgar agar badan akan menjadi sejuk semasa cuaca panas.

2. Pakai pakaian dari kain kapas

Cara sejukkan badan tanpa aircond yang seterusnya ialah dengan memilih pakaian dari jenis kain kapas. Kain kapas adalah nipis dan membolehkan badan kita dianginkan. Kain kapas adalah fabric terbaik untuk dipakai semasa cuaca panas, nak-nak lagi kalau anda tiada penghawa dingin atau terpaksa berjemur di luar.

3. Air kelapa

Air kelapa juga adalah satu lagi cara untuk sejukkan badan tanpa aircond yang terbukti berkesan. Itulah sebabnya kenapa air kelapa banyak dijual di pulau-pulau dan di tepi pantai. Bayangkan betapa segarnya tekak apabila menyedut air kelapa muda. Nak-nak lagi kalau sejuk bersama ais. Oleh itu, kalau anda nak sejukkan badan jom minum air kelapa.

4. Air barli

Selain air kelapa, air barli juga sangat membantu untuk menyejukkan badan semasa cuaca panas atau pun demam. Cara untuk menyediakan air barli juga adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Berikut adalah cara untuk menyediakan air barli di rumah:

Bahan-bahan:

"
  • 1 peket barli
  • Air
  • Gula batu atau madu
  • Daun pandan kalau ada

Cara-cara:

  • Panaskan air dalam periuk
  • Masukkan sepeket barli bersama daun pandan
  • Biarkan sehingga mendidih. Lagi lama anda masak, semakin kembang biji barli tadi. Bergantung kepada selera anda, tutup apabila biji barli telah kembang.
  • Masukkan gula batu atau madu untuk rasa manis.
  • Anda boleh simpan air rebusan ini didalam peti sejuk dan minum sedikit demi sedikit. Air rebusan yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lama.
cara sejukkan badan

Sumber: Maskulin

5. Mandi air lemon

Satu lagi cara sejukkan badan tanpa aircond ialah dengan cara mandi air lemon. Ini adalah salah satu ikhtiar untuk menurunkan panas dalam badan semasa demam yang boleh dipraktiskan sekiranya cuaca terlalu panas. Apa yang anda perlukan ialah lemon dan air. Caranya:

  • Potong lemon kepada dua bahagian.
  • Masukkan ke dalam baldi atau besen berisi air. Perah jus lemon.
  • Anda boleh mandi dengan air lemon tadi.
  • Untuk kanak-kanak, boleh biarkan mereka berendam dalam air lemon sambil bermain air.
  • Air lemon akan membantu menyejukkan badan. Tidak perlu dibilas.

6. Bersihkan kipas

Kipas yang kotor dan dipenuhi habuk akan menyebabkan ia menjadi kurang sejuk. Seeloknya rajinkan diri untuk membersihkan kipas angin terutamanya di kawasan bilah dan motor. Selepas dibersihkan, anda akan terasa perbezaannya. Angin akan menjadi semakin kuat dan berasa lebih sejuk. Takdelah anda kepanasan lagi.

7. Minum air dengan banyak

Cara sejukkan badan tanpa aircond yang seterusnya ialah dengan minum banyak air. Ini adalah sangat penting kerana semasa panas badan akan berpeluh dengan banyak lalu menyebabkan tubuh badan kehilangan banyak air. Minum air dengan banyak bukan sahaja akan menyegarkan badan malah menyejukkan suhu badan.

8. Mandi dengan kerap

Rasa panas? Mandi dengan kerap. Ia adalah cara sejukkan badan yang paling berkesan. Bayangkan betapa segar tubuh badan apabila terkena air yang sejuk dan segar. Nak-nak lagi kalau anda tinggal di kampung yang mempunyai kolah mandi atau perigi. Sejuk sungguh airnya. Rasa taknak berhenti mandi.

9. Padam lampu semasa tidur malam

Tahukah anda bahawa lampu yang dipasang akan mengeluarkan haba dan menyebabkan anda semakin kepanasan. Oleh itu, amalkan tabiat untuk menutup semua lampu semasa tidur. Ia bukan sahaja akan menjimatkan elektrik malah akan membuatkan bilik tidur anda semakin sejuk. Malah kajian mendapati bahawa tidur dalam keadaan gelap adalah lebih baik daripada tidur dalam keadaan lampu menyala.

10. Buka tingkap dan pintu rumah

Cara sejukkan badan yang terakhir ialah dengan cara membuka pintu dan tingkap rumah agar udara sejuk boleh masuk ke dalam rumah dan dalam masa yang sama menolak udara panas keluar dari rumah kita. Aliran udara yang berlaku akan menyejukkan rumah kita tanpa perlu menggunakan aircond. Cuba perhatikan rumah-rumah lama, kesemuanya mempunyai lubang udara di bawah bumbung untuk membenarkan aliran udara berlaku. Itulah sebabnya rumah dulu-dulu berasa sangat sejuk dan nyaman pada waktu malam. Oleh itu, kalau anda nak sejuk bolehlah buka pintu dan tingkap untuk menyejukkan suasana rumah.

Itulah dia info tentang cara sejukkan badan tanpa aircond yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara servis aircond, cara buat racun organik, dan cara makan sushi dengan betul.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.