Seterika menawarkan kekemasan dan menghilangkan sebarang kedutan pada pakaian sekaligus menampakkan lebih kemas dan cantik. Ia berfungsi apabila tapaknya yang diperbuat daripada besi dengan jumlah haba yang dipanaskan diletakkan di atas permukaan kain.

Dengan pelbagai jenis seterika yang terdapat di pasaran, jom lihat antara 10 seterika terbaik kepada anda.

1. Philips GC330

seterika terbaik

Philips GC330 adalah seterika kecil yang mempunyai pemegang untuk pengguna ketika menyeterika pelbagai jenis pakaian.

Kelebihan seterika Philips GC330 ini adalah ia mempunyai pegangan kecil yang memudahkan pengguna menyeterika pakaian walaupun pakaian tersebut digantung.

Selain itu, pengguna boleh membawanya ke mana sahaja seperti bercuti atau ke pejabat kerana saiznya yang amat kecil dan mudah dengan mudah.

2. Tefal IS3340

seterika terbaik

Seterika terbaik Tefal IS3340 ini memiliki sistem keselamatan hidup dan juga mati. Selain itu, tangki air seterika ini yang dapat memuatkan 1 liter air bagi memastikan pengguna tidak perlu berulang alik ke sinki untuk mengambil air dan mengisi semula ketika menggosok pakaian yang sangat banyak.

3. Philips GC122

seterika terbaik

Philips Iron GC122 adalah merupakan seterika terbaik pilihan ramai. Ia mempunyai permukaan dilapisi dengan anti-lekat bagi mengelakkan pakaian yang diseterika tersebut melekat pada tapak seterika tersebut.

Selain itu, ada juga pengaturan suhu yang mudah digunakan untuk menggunakan seterika pada jenis kain tertentu agar pakaian tidak mudah terbakar ataupun rosak.

4. Elba ESI-1196V

seterika terbaik

Elba ESI-1196V adalah seterika terbaik yang hanya menggunakan antara 1450 watt hingga 1750 watt untuk menjimatkan jumlah elektrik. Tambahan pula, sifat penjimatan elektriknya dipertingkatkan lagi dengan kawalan suhu dan permukaan yang bersalut bagi menghalang pakaian melekat pada permukaan seterika tersebut.

Dengan menggunakan seterika ini, pakaian akan lebih kemas dan kurangnya penggunaan elektrik. Anda perlu mendapatkan Elba ESI-1196V ini kerana ia dapat menjimatkan penggunaan elektrik rumah dan sesuai bagi pencinta alam sekitar.

5. Samtrick Mini Iron

seterika terbaik

Siapa yang suka seterika sekecil tapak tangan yang boleh dibawa ke mana sahaja? Jika anda salah seorang peminatnya, apa kata anda cuba gunakan Samtrick Mini Iron.

Ia adalah seterika mini terbaik kerana mempunyai tetapan suhu automatik sehingga 150 darjah Celsius yang dapat menghilangkan kedutan pada pakaian ketika menggosok pakaian.

Samtrick Mini Iron bersaiz kecil ini juga boleh disimpan di dalam poket seluar anda untuk dibawa ke mana sahaja ketika dalam perjalanan jauh ataupun dekat.

6. Electrolux ESI5226

seterika terbaik

Bagi yang mencari seterika wap air terbaik, anda boleh menggunakan seterika Electrolux ESI5226 ini. Seterika Electrolux ESI5226 ini mempunyai permukaan yang diperbuat daripada seramik yang lebih berkesan dengan haba.

Sebagai tambahan, permukaan seramik juga dapat memastikan bahawa kain yang digosok tidak akan melekat ketika menggosok pakaian tersebut. Seterika terbaik ini juga mempunyai tangki air sebesar 300ml yang sesuai untuk menyeterika lebih daripada 25 helai pakaian.

7. Panasonic NI-100DX

seterika terbaik

Seterika terbaik Panasonic NI-100DX ini merupakan seterika pertama tanpa wayar. Ia sangat disyorkan untuk pengguna yang mempunyai masalah wayar kusut dan tidak tersusun di dalam rumah mereka.

Mereka hanya perlu mengecas seterika tersebut dan setelah ia selesai dicas, bolehlah serika pakaian seperti biasa dan tidak perlu bimbang dengan wayar yang terpintal.

8. Panasonic NI-W410TS

seterika terbaik

Panasonic NI-W410TS merupakan seterika wap terbaik kerana ia mempunyai kelebihan output wap 360 darjah. Proses menggosok pakaian untuk menghilangkan kedutan berkesan dengan lebih cepat.

Selain itu, seterika Panasonic NI-W410TS ini mempunyai pecahan wap yang tegak sehingga memudahkan wap mengenai seluruh pakaian apabila digosok. Dengan ini, pengguna dapat menjimatkan lebih banyak masa ketika menggosok pakaian dan menghasilkan kemasan pakaian yang maksimum.

9. Black Decker Easy Steam Compact Iron

seterika terbaik

Seterika Black Decker Easy Steam Compat Iron ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang tinggal di rumah. Ia juga sesuai untuk kegunaan mereka yang berada di asrama, pangsapuri ataupun studio mini. Boleh dikatakan bahawa seterika ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menjimatkan ruang bilik mereka.

Seterika terbaik ini berukuran lebih kurang daripada 10.5 inci panjang dan beratnya hanya 2 paun. Ia berfungsi secara automatik dengan menyesuaikan output wapnya bergantung kepada tetapan jenis kain yang serta mengambil kira jumlah kelembapan yang diperlukan.

Walaupun saiznya boleh dikatakan kecil, seterika terbaik pilihan ramai ini cepat panas dan mudah digunakan oleh anda yang sering sibuk dengan tugasan harian anda.

10. Rowenta Perfect Pro Station

seterika terbaik

Seterika ‘heavy duty’ ini berada dalam kategori seterika yang lebih mahal, tetapi ia adalah pilihan terbaik untuk sesiapa sahaja yang serius dalam aktiviti menggosok, menjahit atau membuat kraf tangan dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun seterika Rowenta adalah seterika yang paling kuat dan padu, ia masih cukup ringan untuk diangkat oleh anda dengan sebelah tangan sahaja.

Tangki air seterika Rowenta Perfect Pro Station ini boleh ditanggalkan dan ia dapat menampung lebih kurang 37 auns jumlah isipadu airnya.

Itulah dia antara seterika terbaik pilihan ramai pengguna yang boleh kita cuba. Jom baca juga Microwave Oven terbaikPisau Dapur TerbaikJenama travel backpack terbaik dan Kamera mirrorless terbaik Malaysia.

Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.