Durian yang sering dikenali dengan gelaran raja buah ini merupakan buah yang sangat terkenal di negara kita. Rasanya amat sedap dan manis namun sesetengah orang tidak menyukai baunya yang kuat. Tetapi tahukah anda, buah ini bukan menjadi kegilaan orang kita sahaja, malah orang luar pun turut menyukainya seperti mereka dari Singapura dan Thailand.

Namun, penting bagi anda yang kaki durian untuk mengetahui jenis durian yang ada. Durian bukan hanya terdapat 2 atau 3 jenis saja malahan ianya lebih daripada apa yang anda jangka.

Berikut kami senaraikan 13 jenis durian yang paling terkenal dan harus kita ketahui.

1.  Durian Chanee (D-123)

 

jenis durian

Imej via [beritatvmalaysia]

Ramai keliru bahawa durian Chanee juga dikenali dengan nama Durian D-123. Jenis durian ini bentuknya sedikit lonjong jika nak dibandingkan dengan jenis durian yang lain. Kulit durian Chanee ini berwarna hijau keperangan-perangan dan teksturnya adalah lebih kasar.

Isi durian ini adalah berwarna kuning, tebal dan rasanya agak lemak-lemak manis. Baunya pula amat sederhana dan tidak terlampau kuat. Tahap kepejalan isinya juga dikategorikan sebagai lembik dan amat sesuai untuk anda yang meminati isi lembik.

2.  Durian Kan Yau (D-158)

jenis durian

Imej via [indonesian]

Durian Kan Yau atau durian D-158 ini merupakan durian yang berasal dari Thailand. Jenis durian ini bersaiz sederhana besar dan beratnya sekitar dalam 2 hingga 3 kilogram. Durian ini sangat terkenal dengan tangkainya yang panjang kira-kira 17 sentimeter. 

Warna isi durian ini selalunya berwarna kuning dan isinya sederhana besar. Isi durian ini juga boleh dikatakan amat lembik kepejalannya. Saiz durian ini pula berbentuk bujur dan sederhana besar. Begitulah ciri-ciri jenis durian ini. Menarik bukan?

3.  Durian Udang Merah (D-175)

jenis durian

Imej via [shopee]

Durian Udang Merah adalah antara durian yang boleh dikatakan agak terlaris juga selain durian Musang King. Saiz jenis durian ini amat sederhana besar dan berbentuk bujur. Kulitnya pula berwarna hijau perang dan durinya pula pendek. Isi durian Udang Merah ini amat tebal, lembik dan rasanya amat sedap. Ia seakan-akan bewarna merah.

4.  Durian Duri Hitam (D-200)

jenis durian

Imej via [durianinfo]

Selalunya kita melihat kulit durian berwarna hijau atau kuning, namun jenis durian ini kulitnya berwarna hitam. Durian ini berbentuk bulat dan saiznya agak sederhana. Isi durian Duri Hitam dikatakan tebal dan berwarna jingga. Rasanya sangat manis berkrim namun sedikit pahit. Tekstur isi jenis durian ini adalah lembut dan keanjalannya biasa sahaja.

5.  Durian Musang King (D-197)

jenis durian

Imej via [durianpower]

Jenis durian Musang King ini merupakan antara durian yang paling terkenal di negara kita. Kualitinya juga merupakan yang paling terbaik berbanding dengan jenis durian yang lain.

Keunikan durian terbaik ini terletak pada kualiti dan teksturnya yang lebih lembut berbanding dengan durian yang biasa dan rasanya juga berlemak serta mempunyai rasa berkrim.

6.  Durian Mon Thong (D-159)

jenis durian

Imej via [melur]

Namanya cukup pelik, Durian Mon Thong juga dikenali sebagai durian D-159 yang berasal dari Thailand. Untuk pengetahuan anda, durian ini merupakan Raja Durian Thailand! Buahnya bersaiz besar, berbentuk bujur serta di hujung buahnya tajam. 

Kulitnya berwarna hijau keperang-perangan dan tangkainya amat pendek. Isi durian jenis ini agak keras, manis dan tidak pahit. Rugi jika anda tidak mencuba durian ini!

7.  Durian D-24

jenis durian

Imej via [shopee]

Durian D-24 adalah antara jenis durian yang senang diperolehi dan murah harganya berbanding durian lain. Sememangnya, ia akan menjadi buruan ramai setiap kali tiba musim durian. Durian ini bersaiz sederhana besar, bulat dan warnanya kehijau-hijauan. Isinya pula berwarna kuning pucat, rasanya berlemak namun sedikit pahit.

8.  Durian Beserah / Durian Tuan Mek Hijau (D-145)

jenis durian

Imej via [facebook]

Jenis durian ini bersaiz besar dan berbentuk bulat. Kulitnya pula berwarna hijau dan licin. Isinya sederhana tebal dan berwarna kuning. Kepejalan isinya pula adalah lembik dan ia tidak terlampau manis.

9.  Durian D-13

jenis durian

Imej via [encikshino]

Bagi yang baru berjinak-jinak untuk mencuba makan durian, anda boleh mencuba makan durian kategori D-13 ini. Pasti amat sesuai dengan citarasa anda! Baunya pula tidaklah kuat sesuai untuk newbie seperti anda.

Durian ini bersaiz sederhana dan isinya pula tidaklah tebal. Warna isinya pula berwarna jingga dan tahap kemanisannya adalah sederhana. 

10.  Durian Tok Litok (D-169)

jenis durian

Imej via [duriotourism]

Nama lain bagi durian Tok Litok adalah durian D-169. Jenis durian kategori ini berbentuk bujur dan panjang. Warnanya pula hijau kekuningan. Kalau nak cerita tentang isinya, sememangnya amat manis dan sedikit pahit. 

Ketebalan isinya adalah sederhana dan isinya berwarna warna kuning.  Tahukah anda, durian ini juga agak ringan, sekitar 1.5 hingga 3 kilogram sahaja. Bolehlah makan untuk merasa.

11.  Durian Hajah Hasmah (D-168)

jenis durian

Imej via [duriotourism]

Nama lain bagi durian D-168 ini adalah durian Hajah Hasmah. Buahnya berbentuk bulat, bersaiz sederhana besar dan kulitnya berwarna hijau keperang-perangan. Jenis durian ini mudah dikopek berbanding durian yang lain. 

Isinya pula berwarna jingga dan tahap kepejalannya boleh dikatakan amat tinggi.  Ianya mempunyai rasa yang berlemak manis namun sedikit pahit. Namun, tak rugi untuk kita mencubanya.

12.  Durian D-99

jenis durian

Imej via [eztakaful]

Jenis durian D-99 ini agak mudah untuk dibezakan dari segi saiz buahnya. Ia selalunya bersaiz sederhana besar atau kecil dan bentuknya bulat. Durinya amat halus dan tajam dan berwarna hijau gangsa.

Untuk isinya pula, ia tidak terlampau manis dan baunya juga tidak kuat sepertii bau jenis durian yang lain. Pendek kata, ianya amat sesuai untuk anda yang tidak suka dengan bau durian yang kuat.

13.  Durian Tekka / Musang Queen (D-160)

jenis durian

Imej via [cracklewhite]

Durian ini berasal dari Banting, Selangor. Durian Tekka asalnya mempunyai banyak panggilan nama. Antaranya adalah Buluh Bawah, Chok Kiok dan Bambu Hijau. Sekarang ia dinamakan semula sebagai Musang Queen yang menjadikannya pasangan kepada durian Musang King. 

Isinya pula dikatakan berulas besar, tebal, dan berwarna krim kekuningan. Saiz durian ini juga amat sederhana dengan berat 1.5 hingga 3 kilogram setiap biji. Kulitnya yang tipis membuatkannya amat mudah untuk dikupas. Rasanya pula memang manis dan sedap.

Berikut adalah 13 jenis durian yang sangat terkenal dan sedap di Malaysia harus anda tahu. Jom baca juga Tips Hilangkan Bau Durian, Resepi Durian Crepe, Khasiat Durian Belanda dan Resepi Kek Durian.

Rujukan

  1. 12 Jenis Durian Yang Wajib Anda Ketahui.  https://saji.my/jenis-durian/
  2. 7 jenis durian popular kat Malaysia yang wajib diketahui hantu durian.  https://orangkata.my/makanan/7-jenis-durian-popular-kat-malaysia-yang-wajib-diketahui-hantu-durian/
  3. Kenali raja buah Malaysia: 7 jenis durian terbaik yang perlu dinikmati sekarang.  https://blog.traveloka.com/ms/makanan-halal-serata-dunia/7-jenis-durian-terbaik-yang-perlu-dinikmati-sekarang/

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.