Mencari tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikunjungi? Ini senarai tempat menarik di KL boleh anda teroka. Mari kita lihat 75 tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi bersama keluarga sepanjang berada di sini.

Pintasan Saloma

Imej via [ Vision KL ]

Pintasan Saloma yang turut dikenali sebagai Saloma Bridge merupakan jambatan sepanjang 69 meter yang mula dibuka pada orang ramai pada tahun 2020. Jambatan yang menjadi ikonik Kuala Lumpur ini memang sering menjadi tempat tumpuan pengunjung terutama pada waktu malam kerana dihiasi lampu LED berwarna-warni.

Ketinggian jambatan ini bersamaan dengan tingkat empat bangunan. Anda juga boleh bergambar berlatarbelakang KLCC. Apa yang menarik, jambatan ini menghubungkan antara KLCC dan Kampung Baru dengan hanya 15 minit sahaja.

Jambatan yang diinspirasikan dari sirih junjung ini juga menjadi laluan pejalan kaki serta penunggang basikal. Bayaran masuk adalah percuma.

Alamat: Saloma, Between and Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

River of Life

Imej via [ Tripadvisor ]

River of Life merupakan tempat pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Kawasan ini dibangunkan semula bertujuan untuk membersihkan kualiti air sekaligus menjadi tempat tumpuan pelancong yang singgah di ibu kota Malaysia.

Merupakan salah satu tempat menarik di KL pada waktu malam, sungai ini dikelilingi lampu berwarna-warni yang menghiasi pokok-pokok dan jambatan kecil. Tidak jadi masalah jika anda datang pada siang hari kerana masih mempunyai panorama yang cantik dipenuhi landskap menghijau dan menarik.

Alamat: Unnamed Road, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur.

Menara Kuala Lumpur

Imej via [ KLIA2 ]

Turut dikenali sebagai KL Tower, rugi jika anda tidak mengunjungi tempat menarik ini jika ke Kuala Lumpur. Hanya dalam satu tempat anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bergambar, melihat hidupan akuatik, melawat mini zoo dan macam-macam lagi.

Tengok pemandangan dari tingkat tertinggi KL Tower pun mesti memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Anda boleh melihat pandangan seluruh kota sama ada di observation deck, sky deck atau skybox. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai latar berbeza.

Setiap sudut dikenakan bayaran berbeza. Nak lagi jimat sambil melihat kota raya di setiap ruang, beli tiket sahaja mengikut pakej yang disediakan.

Alamat: No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

Street Art Jalan Alor

Imej via [ Jotaro Foot Steps ]

Jika anda mencari tempat untuk berswafoto, bolehlah datang ke Street Art Jalan Alor yang terletak di Bukit Bintang. Dinding bangunan serta laluan turut dihiasi mural besar yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk. Kebanyakan mural adalah berkonsepkan alam flora dan fauna.

Merupakan tempat awam dan tidak memerlukan sebarang bayaran untuk masuk. Dah penat bergambar, bolehlah pusing sekitar Bukit Bintang atau membeli-belah di Pavilion, Lot 10, Sephora dan macam-macam lagi.

Alamat: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Icescape Ice Rink

Imej via [ IOI City Mall ]

Tak tahu nak buat apa hujung minggu? Apa kata bawa anak-anak atau keluarga meluangkan masa bersama dan meluncur penuh keriangan. Gelanggang luncur ais ini mempunyai keluasan seperti gelanggang sebenar di sukan Olimpik.

Jika anda datang pada hari minggu atau cuti umum dan cuti sekolah, terdapat lima sesi untuk meluncur berbanding hari biasa. Setiap sesi adalah dua jam sahaja. Nak lagi jimat, bawa stoking dan sarung tangan sendiri. Jika tidak, anda perlu membelinya di kaunter.

Waktu operasi:

  • Isnin – Ahad (10.00 pagi – 10.00 malam)

Tiket masuk:

  • Isnin – Jumaat ( RM 28)
  • Sabtu & Ahad, cuti umum & cuti sekolah ( RM 33)

Alamat: IOI City Mall, Ioi Resort, 62502, Putrajaya.

SuperPark

Imej via [ Klook ]

Sesuai untuk anda yang suka akan aktiviti lasak, SuperPark pasti tidak akan menghampakan percutian penuh aktiviti yang menarik. Nak luangkan bersama keluarga pun boleh kerana semua permainan di sini tanpa batasan umur.

Antara aktiviti yang menyeronokkan adalah flying fox, tube slide, hot stepper, street basketball dan 13 permainan yang lain. Banyak kan? Memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.

Dibuka mengikut empat sesi dan setiap sesi selama dua jam.

Waktu operasi:

  • Selasa – Ahad (10.00 pagi – 7.30 petang)

Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Souq Shoppe

Imej via [ Chocolate Souq Putrajaya ]

Khas untuk penggemar coklat, anda memang perlu ke Souq Shoppe iaitu kedai coklat terbesar di Lembah Klang. Anda boleh pilih dan dapatkan lebih 500 coklat sama ada jenama tempatan atau coklat terkenal dari luar negara dengan harga yang murah dan berbaloi.

Sebut sahaja nak coklat apa, Hershey, Kinder Bueno, Loacker semua ada. Tak perlu susah-susah ke Langkawi untuk beli coklat yang murah. Di Putrajaya pun ada. Jangan lupa untuk bergambar di blok Reese’s dan Hershey gergasi dan yang pertama di Malaysia.

Waktu operasi:

  • Setiap hari ( 9.00 pagi – 9.00 malam)

Alamat: Souq Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya (Di bawah Masjid Putra).

Beast Park Sungei Wang

Imej via [ Bestpark ]

Nama pun Beastpark, sudah tentu ianya sesuai untuk anda yang ganas, lasak, aktif dan sukakan cabaran. Kanak-kanak lima tahun dan ke atas juga boleh mencuba pelbagai aktiviti yang ada namun mereka yang berumur 8 tahun ke bawah perlulah dipantau atau ditemani dengan penjaga.

Antara aktiviti yang harus anda cuba adalah e-walls, fun cave, lil’ beast dan banyak lagi. Anda boleh pilih pakej yang sesuai dan setiap pakej mempunyai sesi dan tempoh bermain yang berbeza.

Waktu operasi: Setiap hari ( 12.00 tengahhari – 2.30 petang, 4.30 petang – 7.00 petang )

Alamat: Level 3, JUMPA @ Sungei Wang, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Arte Mont Kiara

Imej via [ Booking.com ]

Arte Mont Kiara memang terkenal dengan penginapan yang menarik dan cantik dari luar dan dalam. Sesuai untuk anda yang kaki selfie kerana banyak sudut yang instaworthy. Menginaplah di sini dan rasai kemewahan seperti tinggal di Eropah.

Harga murah dan sangat berbaloi. Banyak fasiliti yang disediakan seperti taman, kolam renang, gymnasium dan lain-lain. Kalau anda mencari ruang outdoor untuk selfie, anda perlu naik ke level R.

Alamat: Arte Mont Kiara, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Taman Rekrasi 99 Wonderland Park, Selayang

Taman Rekreasi 99
Imej via kosmo

Taman ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada baru-baru ini. Terletak di Tasik Sri Murni, Selayang telah menjadikannya salah satu mercu baru bagi ibu kota Kuala Lumpur.

Taman rekreasi ini dibuka secara percuma selama sebulan sehingga 13 April 2018 kepada warganegara Malaysia. Waktu operasinya pula ialah :

  • Isnin-Khamis (6:00 pm sehingga 9:30 pm)
  • Jumaat-Ahad dan Cuti Umum (6:00 pm sehingga 10:00 pm)

Antara daya tarikan Taman Rekrasi 99 ini adalah Sky Fountain, T-Rex Ring, Magical Bridge dan pelbagai taman haiwan seperti burung kasawari dan rusa.Merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur waktu malam.

KL Tower Mini Zoo

KL Tower Mini Zoo
Imej via kitapunye.com

KL Tower Mini Zoo terletak di tengah-tengah ibu kota iaitu di Menara Kuala Lumpur. Lokasinya mudah diakses dan dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Salah satu tempat riadah yang sangat sesuai untuk anak-anak kerana sambil beriadah mereka dapat belajar pelbagai perkara tentang hidupan haiwan.

KL Tower Mini Zoo ini berkonsepkan mesra haiwan dimana pengunjung boleh melihat dan memegang haiwan-haiwan yang jinak dengan lebih dekat lagi. Pengunjung juga boleh memberi makan kepada haiwan seperti arnab, burung dan ikan. Pengalaman seperti ini pasti menyeronokkan buat anak-anak!

Waktu operasi:

  • Isnin-Ahad (10:00am sehingga 9:00pm)

Harga Tiket:

  • Kanak-Kanak : RM27
  • Dewasa: RM32
  • Warga Emas: RM27

**Kemasukan percuma bagi kanak-kanak mempunyai ketinggian 90cm ke bawah.

Farm in The CityFarm in the city

Imej via facebook

Juga berkonsepkan petting zoo, kebanyakkan haiwan di Farm In The City akan dibiarkan bebas dan para pengunjung akan boleh melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat lagi.

Anak-anak pasti seronok dapat memberi makan kepada burung, kura-kura gergasi, memeluk arnab yang jinak dan menyaksikan burung kakak tua membuat silap mata.

Para pengunjung juga berpeluang menangkap ikan di kawasan longkang fish. Pengalaman ini pasti dapat mengimbau kenangan kanak-kanak kita dahulu dan akan memberi pengalaman yang baru kepada anak-anak pula.

Harga tiket:

  • Dewasa: RM39
  • Kanak-kanak dan Warga Emas: RM32

* PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm.

Rubinga Heritage, Gombak

Rubinga Heritage
Imej via jelajahmaya.com

Lokasi Rubinga Heritage  yang hanya terletak di Gombak, Kuala Lumpur telah menjadikannya salah satu tempat rekreasi sesuai untuk seisi keluarga beriadah di waktu petang. Pelbagai kemudahan yang terdapat di sini seperti:

  • Walk in Joyride
  • Walk in Rabbit Farm
  • Aktiviti Memanah Tradisional

Rubinga Heritage dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang sahaja.

Hutan Simpan Bukit Nanas

Hutan lipur bukit nanas
Imej via zazaiman.com

Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu-satunya kawasan hutan asli jenis Dipterokarp Pamah yang masih wujud di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan lipur ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Weld dan merupakan Hutan Simpan yang tertua di Semenanjung Malaysia.

Pengunjung-pegunjung juga berpeluang melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh dengan semulajadi dan melihat fauna seperti burung-burung yang terdapat di kawasan ini sambil bersiar-siar.

Selain itu, terdapat beberapa kemudahan seperti padang permainan, kawasan perkhemahan serta trek jogging disediakan untuk para pengunjung. Memang tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib anda lawati!

Waktu Operasi:

  • Setiap hari (7.00 pagi hingga 6.00 petang)

Bayaran Masuk:

  • Percuma

Taman Cabaran, Putrajaya

Taman cabaran
Imej via lancareno.com

Tempat ini memang sesuai sangat untuk anak-anak yang sukakan aktiviti lasak. Mereka boleh memanjat, melompat dan berlari sepuas-puasnya! Taman Cabaran ini terletak di Presint 5, Putrajaya.

Terdapat pelbagai fasiliti sukan disediakan di sini antaranya rock wall climbing, skate park dan thrill park. Ruang rock wall climbing dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak. Manakala, kawasan untuk skate park dan thrill park adalah sesuai bagi latihan skateboard, basikal, BMX dan roller blade.

Rock Wall Climbing

Waktu Operasi :

  • Isnin, Selasa, Khamis & Ahad : 10.00 pagi – 8.00 malam
  • Rabu, Jumaat & Sabtu : 10.00 pagi – 10.00 malam
  • Jumaat: 12.30 t/hari – 3.00 petang

Bayaran Masuk:

  • Dewasa: RM6.00
  • Pelajar: RM3.00
  • Kanak-Kanak : Percuma

Skate Park & Thrill Park

Waktu Operasi :

  • Isnin – Khamis : 10.00 pagi – 7.00 malam
  • Jumaat – Ahad : 10.00 pagi – 11.00 malam

*Laluan basikal dibuka  sehingga jam 7.00 petang sahaja.

Bayaran Masuk :

  • Percuma

Jungle Gym Bangsar

Jungle gym

Imej via lookp.comJungle Gym terletak di Bangsar Shopping Centre adalah merupakan indoor playground yang terbesar di Malaysia. Fasiliti yang disediakan sesuai dari usia bayi (2 tahun ke bawah) dan kanak-kanak yang dari usia 2 tahun hingga 12 tahun.

Antara ruang bermain yang disediakan ialah:

  • BABYLAND
  • FUNLAND
  • OHANA MOVIE ROOM
  • LITTLE EXPLORER

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat (10.30am – 9.30pm)
  • Sabtu -Ahad (10.30am-10.30pm)

Ibu bapa juga boleh beristirehat di kafe yang disediakan sambil melihat anak-anak bermain.

Jungle gym atria
Imj via /joeychowzhuyi.wordpress

Pusat Sains Negara (PSN)

Lokasinya hanya terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur merupakan satu institusi pembelajaran tidak formal yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, minat dan penghargaan orang ramai terhadap Sains dan Teknologi.

PSN menyediakan dua aras Galeri dan Pameran serta sebuah taman pendidikan yang dinamakan Science Wonderland. Bahan pameran yang disediakan disini lebih berbentuk selfexploration membolehkan pengunjung untuk memahami dan mempelajari semua pameran yang disediakan.

Waktu Operasi:

  • Sabtu – Khamis (9:00 am – 5:00 pm)

***Ditutup pada hari Jumaat.

Pusat Sains Negara
Imej via google image

District 21

Salah satu taman tema sukan lasak yang sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Lokasinya terletak di IOI Mall Putrajaya dan bertemakan indoor obstacle course yang sangat menarik bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak.

District 21 juga menyediakan ruang kids friendly yang sesuai bagi golongan kanak-kanak  seperti GoPedal, Corousel dan Low Ropes Obstacle Course.

Waktu operasi:

  • Isnin sehingga Jumaat (12pm -10pm)
  • Sabtu sehingga Ahad (10am-10pm)

Tiket masuk:

  • Hari Biasa : RM58
  • Hari Minggu : RM78
District 21
Imej via google image

LCCT Lama

Nak lihat kapal terbang secara dekat? Ini adalag tempat terbaik untuk bawa anak-anak di hujung minggu. Mereka akan berpeluang melihat kapal terbang berlepas dan mendarat dengan jarak dekat!

Memang berdesing telinga dengar bunyi enjin kapal terbang di atas kepala😁. Anak-anak pasti teruja melihat saiz sebenar kapal terbang yang besar dan mereka pasti melambai-lambai ke arah kapal terbang sambil melompat girang.

LCCT Lama
Imej via google image

Kidzania

Apa itu Kidzania?. Satu bandar interaktif yang direka khas untuk kanak-kanak berusia 4 sehingga 14 tahun untuk merasai sendiri pengalaman sebenar dunia pekerjaan. Berkonsepkan role play, kanak-kanak berpeluang  meneroka hampir 60 fungsi pekerjaan seperti ahli bomba, doktor dan juruterbang.

Kidzania
Kidzania
Imej via google image

Muzium Cokelat

Lihat sahaja tajuk pun dah terbayang kesedapan cokelat yang menjadi kegilaan setiap lapisan umur. Muzium cokelat ini terletak di Kota Damansara yang telah dibuka secara rasminya pada tahun 2014.

Muzium ini berkonsepkan ‘3E’ yang membolehkan pengunjung memperoleh:

  • Education – pelbagai info menarik tentang cokelat
  • Experience – pembuatan cokelat
  • Enjoyable Shopping – belajar sambil membeli-belah

Waktu Operasi:

  • Setiap Hari (10am – 5pm)

Bayaran Masuk:

  • Percuma
Muzium Coklat
Imej via siakap keli

KL Hop On Hop Off

Menikmati keindahan tempat menarik di Kuala Lumpur dengan menaiki bas TANPA BUMBUNG! Seronoknya! Bas ini berkonsepkan free & easy kembara bandar yang mempunyai 23 tempat perhentian dan akan membawa pengunjung ke  hampir 70 daya tarikan yang terdapat di ibu kota.

Tiket boleh dibeli di dalam bas, kaunter hop on hop  off, online atau melalui agen dan hotel yang diiktiraf. Manakala, harganya pula adalah seperti berikut:

  • Pakej 24 jam

Dewasa: RM55

Kanak-Kanak: RM30

  • Pakej 48 jam

Dewasa: RM95

Kanak-Kanak: RM50

Kl hop
Imej via google image

Jom bawa anak-anak meneroka dan menjelajah pelbagai tempat, permainan dan pengalaman baru agar cuti hujung minggu ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan yang pasti menyeronokkan!

Taman Rimba Bukit Kerinchi

Ada banyak pusat rekreasi yang menjadi tumpuan ramai di KL, dan Taman Rimba Bukit Kerinchi adalah salah satu daripadanya.

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Di sini, anda boleh melakukan aktiviti seperti bermandi-manda, berjalan di jambatan besi, berkhemah dan mendaki. Di samping mercegaskan badan, anda juga dapat merehatkan minda.

Muzium Diraja

Terletak di Jalan Istana, kami yakin anda pasti sudah tahu tentang tempat ini, bukan? Muzium Diraja ini semestinya wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda ingin kunjungi.tempat menarik di kuala lumpur

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Sebelum ditukarkan kepada muzium, ianya merupakan tempat bersemayam Yang di Pertuan Agong. Kini, ianya menjadi muzium yang mempamerkan ruang dalaman istana.

Harga tiket: Kanak-kanak RM 2 | Dewasa RM 5 | Warga emas RM3

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 5 pm

Aquaria KLCC

Tak sahlah ke Kuala Lumpur kalau anda tak singgah di salah satu tempat yang sangat popular di sini – Aquaria yang terletak di KLCC.
tempat menarik di kuala lumpur

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Aquaria KLCC merupakan aquarium terbesar di Asia Tenggara. Ianya menempatkan pelbagai jenis spesis hidupan laut, ada sekitar 5000 spesis. Rugi jika anda tak singgah!

Harga tiket: Kanak-kanak 3-12 tahun RM 59 | RM 69 Dewasa | RM 49 Warga Emas | RM 16 OKU

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm

Muzium Telekom

Muzium ini siap dibina pada tahun 1928 lagi. Ianya merupakan muzium yang merupakan bekas pusat telekomunikasi pada suatu ketika dahulu, sebelum ditukarkan kepada muzium pada tahun 1985.

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Kini, muzium ini menempatkan dua galeri – galeri sejarah berada di aras satu manakala galeri moden di aras dua. Terdapat pameran yang sangat informatif di setiap galeri ini berkaitan dengan perihal komunikasi.

Harga tiket: Kanak-kanak RM 3 | Dewasa RM 6

National Visual Art Gallery adalah galeri seni awam di Kuala Lumpur Galeri ini terletak di Jalan Tun Razak, di pinggir utara pusat Kuala Lumpur.

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Galeri ini mempunyai koleksi tetap 4000 karya seni oleh seniman Malaysia dan luar yang terkenal. Ianya juga turut memaparkan seni lain seperti seni batik.

Dibuka pada tahun 1958, ianya terletak bersebelahan dengan Istana Budaya.

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm

Kuala Lumpur Butterfly Park

Kuala Lumpur Butterfly Park atau Taman Rama-rama Kuala Lumpur memang sesuai dikunjungi oleh pencinta alam. Terdapat lebih 120 spesis rama-rama yang akan anda temui di sini.

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Berkeluasan 80,000 kaki persegi, ianya merupakan taman rama-rama terbesar di dunia. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan singgah sahaja jika ke KL.

Harga tiket: RM 6 Kanak kanak | RM 13 Dewasa

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 5.30 pm

Petrosains, The Discovery Centre

Petrosains, The Discovery Centre atau Petrosains adalah sebuah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas.

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Ditubuhkan pada tahun 1999, muzium ini dibahagikan kepada 11 pameran interaktif utama, yang boleh dikunjungi mengikut turutan. Jika anda peminat tegar sains, inilah tempat yang cocok dengan jiwa anda.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Jumaat (9.30 am – 5.30 pm) manakala Sabtu & Ahad (9.30 am – 6.30 pm)

Harga tiket: Percuma Kanak-kanak bawah 3 tahun | RM 7.50 Kanak-kanak 3-12 tahun | RM 18.50 Dewasa 18-60 tahun | RM 9 Warga Emas

Muzium Bank Negara

KL memang kaya dengan muzium. Jadi, satu lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda lawati ialah Muzium Bank Negara. Ianya ditubuhkan pada tahun 1962.

tempat menarik kuala lumput
Imej via Foursquare

Muzium ini bertujuan untuk memberi orang awam pembelajaran tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam dan perancangan kewangan, bersama dengan peranan yang dimainkan oleh Bank Negara dalam pembangunan negara.

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm

National Textile Museum

Muzium Tekstil Negara atau National Textile Museum merupakan muzium tekstil yang terletak di Pusat Bandar, Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Selain daripada mempamerkan kain dan baju bersejarah, muzium ini turut mempamerkan aksesori tradisional dan aksesori diraja. Kemasukan ialah percuma, jadi jangan lupa untuk melawati muzium ini.

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm

Planetarium Negara

Planetarium Negara adalah planetarium negara Malaysia. Ia terdiri daripada struktur kubah berwarna biru yang terletak di atas bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana.


Imej via Foursquare

Ada pelbagai ruang pameran yang menarik dan interaktif yang boleh ditemui. Ruang teater yang memaparkan perihal angkasa lepas merupakan antara yang popular di sini.

Waktu operasi:

Harga tiket:  Tayangan Planetarium – Kanak-Kanak RM 4 | Dewasa RM 6

Berjaya Times Square Theme Park

Taman tema indoor di Berjaya Times Square ini juga dikenali sebagai Berjaya Times Square Theme Park. Ianya terletak di tingkat 5 dan 7 di bangunan pusat membeli-belah itu.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Aktiviti yang paling menyeronokkan di sini ialah menaiki roller coaster yang dikenali dengan nama Supersonic Odyssey.

Harga tiket: RM 45 Kanak-kanak | RM 55 Dewasa

Waktu operasi: Hari minggu 12 – 10 pm | Hujung minggu 11 am – 10 pm

Sky Bridge KLCC

Bukan ada di Langkawi sahaja, malah di KLCC pun anda akan jumpa Sky Bridge. Bagi yang tidak ada masalah gayat, bolehlah anda singgah dan beli tiket di sini.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Ianya terletak di tingkat 41 dan 42 pada bangunan KLCC. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke sini, anda akan menyaksikan panorama bandar Kuala Lumpur yang cantik dan luas. Sangat berbaloi!

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 9 pm manakala Jumaat (9 am – 1 pm, 2.30 – 9 pm)

Harga tiket: Kanak-kanak & Warga Emas RM 14 | Dewasa RM 28

Masjid Wilayah Persekutuan

Siapa sahaja yang tidak pernah melihat masjid ini? Walaupun tak pernah singgah secara depan-depan, semestinya anda pernah melihat Masjid Wilayah di kaca televisyen atau di dada akhbar, bukan?

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Reka bentuk masjid ini adalah gabungan gaya seni bina Uthmaniyyah dan Melayu, yang dipengaruhi oleh Masjid Biru di Istanbul, Turki. Ia mempunyai 22 kubah yang diperbuat daripada bahan komposit kain serat kaca bercampur dengan resin epoksi.

Masjid Negara

Masjid Negara – ini juga wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang akan dilawati jika anda berpeluang ke sini. Ianya juga merupakan salah satu tarikan utama di KL.

kl
Imej via Foursquare

Ianya dapat memuatkan 15,000 orang di dalamnya dan ia terletak di antara taman seluas 13 ekar. Ianya menggunakan senibina Morocco dan Sepanyol, dan merupakan antara masjid yang terbesar di dunia.

Perpustakaan Negara

Adakah anda seorang ulat buku? Bukan senang untuk menemui perpustakaan yang menyimpan buku pelbagai genre. Salah satu perpustakaan terbaik di negara kita terletak di KL.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Perpustakaan tersebut ialah Perpustakaan Negara. Dibina pada tahun 1966, perpustakaan ini sememangnya syurga buku kerana terdapat lebih 4 juta buku, manuskrip dan barangan digital yang akan anda temui di sini.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali isnin, 10 am – 7 pm

Dewan Filharmonik Petronas

Inilah dia tempat yang cocok dengan jiwa mereka yang mencintai teater muzikal – Dewan Filharmonik Petronas yang terletak di KLCC.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Dewan ini adalah dewan konsert pertama Malaysia yang dibina khusus untuk muzik klasik. Ia adalah rumah  kepada Orkestra Filharmonik Malaysia, dan telah menganjurkan banyak orkestra terkemuka di dunia.

Jadi, jika ada sebarang muzikal yang dianjurkan di sini, anda boleh menempah tiket di laman web iniEnjoy the show!

Royal Malaysian Police Museum

Terletak di Tasik Perdana, Royal Malaysian Police Museum atau Muzium Polis merupakan antara tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib dikunjungi oleh pencinta sejarah.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

And juga boleh membawa anak-anak anda yang bercita-cita untuk menjadi polis. Di sini, anda akan didedahkan dengan pameran tenang sejarah polis di negara kita dan senjata serta seragam polis pada suatu ketika dahulu.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am – 6 pm

Galeri Petronas

Terletak di Suria KLCC, Galeri Petronas ini merupakan galeri seni yang ditubuhkan pada tahun 1993. Ianya ditubuhkan untuk mempromosikan seni dan budaya kepada pengunjungnya.

Imej via Foursquare

Ada pelbagai jenis pameran seni yang akan anda lihat di sini. Ada pameran bersejarah, lukisan, arca dan banyak lagi. Memang bertaraf antarabangsa! Bonus buat anda, kemasukan ialah percuma.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am – 8 pm

Istana Budaya

Istana Budaya – ini juga merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur. Bukan sahaja menarik, malah ianya memang terkenal. Kalau anda tak pernah dengar, anda memang ketinggalan.

Imej via Foursquare

Istana Budaya ini merupakan rumah kepada seni muzik dan teater. Persembahan teater, muzikal, nyanyian dan tarian selalunya akan diadakan di sini.

Maklumat tentang tempahan tiket boleh didapati di sini. Pengalaman sepanjang berada di dewan yang cantik dan canggih ini pasti akan menjadi memori yang manis buat anda dan keluarga.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan abad ke-19 yang terletak di sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Royal Selangor di Kuala Lumpur.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Ianya merupakan salah satu bangunan bersejarah yang paling terkenal di negara kita. Dibina pada tahun 1984, senibina bangunan ini berasaskan senibina Moghul dan Moorish, sangat cantik!

Taman Burung Kuala Lumpur

Kuala Lumpur bukan sahaja ada taman rama-rama, malah taman burung pun anda. Memang tempat yang terbaik untuk disinggah oleh para pencinta alam dan haiwan.

Di sini, anda dapat melihat lebih 200 spesis burung dan 3000 burung. Ianya dibuka pada tahun 1991 dan mempunyai keluasan tanah 20.9 ekar.

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm

Harga kemasukan: RM 6 Kanak-kanak & Warga Emas | RM 25 Warga Emas

Taman Tasik Titiwangsa

Salah satu taman rekreaasi yang paling popular di KL ialah Taman Tasik Titiwangsa. Bukti popularitinya ialah ianya sentiasa diserbu pengunjung terutamanya pada waktu petang setiap hari.

kl
Imej via Foursquare

Ianya dibuka semula pada tahun 2019 dengan wajah baru. Keindahan tasik serta keluasan taman rekreasi membuatkan pengunjung berasa selesa untuk beriadah dan merehatkan minda di sini.

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 7 pm

Tugu Negara

Tugu Negara adalah lambang kemerdekaan bagi memperingati mereka yang meninggal dunia dalam perjuangan Malaysia untuk kemerdekaan, terutamanya terhadap pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II dan Darurat Malaya.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Berketinggian 15 meter, ianya terletak di Kuala Lumpur dan dibina pada tahun 1966. Ianya juga merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal, jadi lawatilah jika anda berpeluang ke KL.

Museum of Asian Art

Terletak di Universiti Malaya, Museum of Asian Art atau Muzium Kesenian Asia ini mempamerkan seni dan budaya Asia yang pelbagai.

kl

Dalam tiga tingkat ruang pameran, muzium ini mewakili tiga tamadun; India, Cina dan Islam (budaya Melayu). Sangat sesuai disinggah oleh pencinta budaya dan sejarah!

Waktu operasi: Hari minggu, Isnin Khamis (9 am – 1 pm, 2 – 5 pm), Jumaat (9 am – 12.15 pm, 2.45 – 5 pm)

Rumah Penghulu Abu Seman

Sukakan senibina? Mungkin anda akan tertarik dengan senibina kampung di Rumah Penghulu Abu Seman yang terletak di Jalan  Stonor ini. Salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang popular!

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Konsep asal rumah ini ialah rumah kampung yang teletak di Kedah. Ianya dikelilingi oleh herba tradisional & taman warisan yang mempunyai lebih dari 50 spesies pokok & tumbuhan. Memang dekat dengan jiwa orang kita, bukan?

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 9.30 am – 5.30 pm

Taman Metropolitan Kepong

Ingin beriadah bersama keluarga di taman rekreasi yang bukan sahaja luas, bnyak kemudahan, malah cantik? Anda boleh singgah di Taman Metropolitan Kepong untuk tujuan itu.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan termasuklah berjogging, bersenam, bermain layang-layang dan sekadar merehatkan minda. Badan sihat, otak cerdas!

Waktu operasi: Setiap hari, 6 am – 8 pm

Bukit Tabur

Asyik ke pusat membeli-belah sahaja, teringin juga hendak mendaki bukit. Untuk itu, anda boleh melakukan aktiviti tersebut di Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati.

Imej via Foursquare

Ianya merupakan antara bukit yang terkenal di Kuala Lumpur. Pemandangan setelah sampai ke puncak pasti akan buat anda terpesona, percayalah!

Memorial Tunku Abdul Rahman

Memorial Tunku Abdul Rahman adalah sebuah muzium di Kuala Lumpur yang memperingati kehidupan dan pencapaian Tunku yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri pertama Malaysia.

kl
Imej via Foursquare

Kebanyakan kawasan pameran terdiri daripada paparan grafik meliputi peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan Malaya dari Britain dan peranan yang dimainkan Tunku di zaman bersejarah itu.

Bahagian lain terperinci mengenai ibu bapa beliau, zaman kanak-kanak, gambar kenderaan lamanya dan kerjaya awalnya sebagai peguam dan pentadbir. Sangat menarik untuk dilawati dan dipelajari!

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 am – 5 pm manakala Jumaat 9 am – 12 pm, 3 – 5 pm

Blastacars Malaysia

Yang sukakan aktiviti yang menguji adrenalin, Blastacars Malaysia ini adalah tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda serbu. Ianya terletak di Sungei Wang Plaza.

tempat menarik kl
Imej via Vision KL

Akviti yang boleh dilakukan di sini ialah menaiki go-kart. Go-kart mereka dibina di New Zealand dan mematuhi piawaian keselamatan mereka yang ketat, dijamin berkualiti!

Harga kemasukan: RM 60 – RM 100

Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)

Selain Istana Budaya dan Dewan Filharmonik Petronas, anda juga boleh menyaksikan teater dan muzikal di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

kl
Imej via Foursquare

Terletak di Sentul, KLPAC ditubuhkan untuk memupuk dan mengekalkan seni persembahan untuk rakyat Malaysia. KLPac juga adalah rumah untuk KLPac Orchestra, yang ditubuhkan pada tahun 2006.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempahan tiket, anda boleh rujuk di sini.

Taman Tasik Permaisuri

Taman Tasik Permaisuri ini dibuka pada tahun 1989 oleh Raja Permaisuri Agong ke-8. Mempunyai keluasan 49.4 hektar, ianya terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar KL.

kl
Imej via Foursquare

Selain mempunyai tasik, ianya juga mempunyai pancutan air. Ramai pengunjung datang ke sini untuk melakukan aktiviti rekreasi. Kadangkala, ada juga yang menganjurkan aktiviti outdoor seperti Hari Keluarga di sini.

Masjid Jamek

Anda pasti pernah terdengar nama Masjid Jamek ini. Boleh dikatakan ianya merupakan antara masjid yang paling popular di negara kita. Selain cantik dan bersih, ianya juga besar.

kl
Imej via Foursquare

Ianya merupakan salah sebuah masjid tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak dan boleh diakses melalui Jalan Tun Perak. Bolehlah anda singgah di sini untuk beribadah.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 10.30 am – 12.30 pm, 2.30 -4 pm

Zoo Negara

Tak sahlah jika anda melancong ke KL tapi tak singgah di Zoo Negara. Ianya merupakan zoo pertama yang dibuka di negara kita. Terletak di Ulu Klang, ianya ditubuhkan pada tahun 1963.

Zoo ini menempatkan sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Terdapat juga 16 pameran yang anda boleh lihat di sini.

zoo
Imej via Foursquare

Antaranya ialah Taman Reptilia, Taman Burung, Akuaria Air Tawar, Pusat Kera dan Zoo Serangga. Bolehlah anda datang ke sini bersama keluarga, pasti lebih menyeronokkan.\
Harga tiket: Kanak-kanak RM 18 | Dewasa RM 45 | Warga Emas RM 23

Royal Selangor Visitor Centre

Royal Selangor Visitor Centre merupakan pusat lawatan untuk syarikat Royal Selangor. Buat pengetahuan anda, Royal Selangor adalah sebuah syarikat  yang terkenal di seluruh dunia untuk kepakaran mereka dalam membuat piuter.

Di sini, anda akan belajar tentang pembangunan perlombongan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1800an serta melihat alatan pembuatan piuter, piuter antik dan mata wang timah purba.

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 5 pm

Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana, dahulunya Taman Tasik Perdana, adalah taman rekreasi berskala besar pertama Kuala Lumpur. Berukuran 91.6 hektar, ia terletak di tengah-tengah bandar dan ditubuhkan pada tahun 1888.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Seperti taman rekreasi yang lain, ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Ini termasuklah berkelah, berjogging dan bersenam.

Waktu operasi: Setiap hari, 7 am – 8 pm

Muzium Etnologi Dunia Melayu

Satu lagi muzium yang boleh anda lawati di KL ialah Muzium Etnologi Dunia Melayu. Ianya terletak bersebelahan dengan Muzium Negara. Wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang anda ingin lawati.

Imej via drsinga.com

Muzium ini mempamerkan koleksi dan penyelidikan mengenai dunia Melayu. Pameran koleksi termasuklah pelbagai jenis seperti tekstil, senjata, ukiran, alat logam dan teknologi, perhiasan diri, alat muzik dan banyak lagi.

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 6 pm

Harga tiket: Kanak-kanak Percuma | Dewasa RM 2 | Warga Emas RM 1

Pasar Malam Jalan Tunku Abdul Rahman

Kalau anda melancong ke KL namun tidak datang ke pasar malam Jalan TAR, anda meman rugi. Walaupun ianya terletak di bandar, barang-barang yang dijual di sini murah-murah belaka!

tempat menarik kl
Imej via Foursquare

Buat pengetahuan anda, ini adalah pasar malam terbesar di Malaysia. Setelah puas bejalan-jalan di pusat bandar pada waktu siang, datanglah membeli makanan dan barangan lain di sini pula.

Waktu operasi: Setiap hari Sabtu

G2G Animals Garden, MAEPS

Imej via Foursquare

Terletak di Seri Kembangan Selangor, G2G Animals Garden baru di buka pada bulan Disember tahun lepas. G2G yang bermaksud Goat to Go adalah taman yang berkonsepkan Eco dan Agro Tourism sangat sesuai dilawati seisi keluarga.

Terdapat lebih 200 spesies haiwan yang terdapat sini dan berkonsepkan petting zoo. Antara daya tarikan yang utama ialah Therapy Goat House. Di sini, pengunjung boleh melihat, memegang dan berswafoto bersama kambing dengan lebih dekat lagi. Malah, pengunjung juga diberi peluang untuk memberi susu kepada anak-anak kambing yang ada.

Tarikan lain yang ada di sini ialah pigeon house, rabbit garden, bird aviary dan rumah terapi. Wah! banyaknya haiwan di sini. Berbaloi bawa anak-anak dan keluarga musim cuti sekolah ini.

Kota Damansara Community Forest

KDCF
Imej via mysimchew.com

Seringkali kita lihat kebanyakkan orang akan mendaki bukit di luar kawasan bandar. Namun, inilah keunikkan Kota Damansara Community Forest (KDCF), orang awam boleh mendaki bukit di tengah-tengah bandar!

Keluarga yang suka akan aktiviti mencabar untuk anak-anak bolehlah menjadikan KDFC sebagai salah satu tempat riadah bersama mereka. Tiada bayaran masuk dikenakan dan dibuka setiap hari.

EnerZ Extreme Park

Enerz Extreme Park
Imej via enerz.my

Salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur untuk anak-anak yang sukakan aktiviti lasak. Enerz Extreme Park terletak di Subang Jaya merupakan taman trampolin yang terbesar di Asia. Pelbagai fasiliti disediakan yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak.

Antara kemudahan yang terdapat disini ialah:

  • Trampoline Park
  • Wall Climbing
  • Gut Builder
  • Dodgeball
  • Ninja Warrior
  • Meltdown

Pasti anak-anak puas bermain pelbagai jenis permainan yang mencabar dan menguji kekuatan fizikal dan mental mereka.

Enerz Park
Imej via enerz.my

Upside Down House

Upside Down House merupakan salah satu lagi daya tarikan di ibu kota. Terletak di Menara Kuala Lumpur, senibina ini direka berkonsepkan cottage house.

Bukan hanya rumah yang terbalik, semua perabot yang terdapat di dalamnya juga terbalik!. Anak-anak mesti terujakan apabila melihat keunikkan rumah terbalik ini buat pertama kali😁.

Waktu Operasi:

  • Setiap hari (9am sehingga 7pm)

Harga Tiket:

  • Dewasa: RM15
  • Kanak-Kanak: RM10
Upside down house
Imej via goticket.my

Min Nature

Min Nature adalah tempat pameran dan pembuatan model miniature yang terletak di Summit USJ, Subang Jaya. Anak-anak akan berpeluang melihat model rumah, pelbagai jenis landskap dan bangunan.

Apa yang menarik lagi ialah pengunjung boleh menghasilkan sendiri miniature anda. Pengunjung hanya perlu membeli modeling kit dengan harga yang sangat berpatutan!

Wah!menarik bukan? Anak-anak pasti teruja dengan pengalaman baru ini😊

Min nature
Imej via facebook

SkyTrex Taman Botani, Shah Alam

Ini adalah lagi satu tempat yang sesuai untuk keluarga yang sukakan aktiviti lasak. Jangan risau ya ibu ayah! Kebanyakkan aktiviti di sini direka bersesuaian dengan peringkat umur. Dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

  • Little Adventure – kanak-kanak
  • Big Thrill – dewasa
  • Extreme Challenge – dewasa
Skytrex
Imej via skytrex-adventure.org
Skytrex
Imej via skytrex-adventure.org

Escape Room @ Berjaya Times Square

Bagi yang sukakan aktiviti mencabar, apa kata anda cabar diri anda untuk bermain di Escape Room? Jika anda sukakan permainan minda, tempat ini memang kena dengan jiwa anda!

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Bersama-sama dengan rakan sepasukan, anda harus menyelesaikan serangkaian teka-teki menggunakan unsur-unsur yang terdapat di dalam bilik untuk cuba melarikan diri dalam batas waktu 45 minit yang diberikan.

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 11.30 pm

Harga tiket: RM32-RM36 (per individu)

P. Ramlee Memorial House

Pustaka Peringatan P. Ramlee merupakan bekas kediaman seniman tersebut di Kuala Lumpur. Banglo satu tingkat ini kemudiannya diperolehi oleh Kerajaan Malaysia dan dijadikan warisan kebangsaan.

Antara tarikan utama di sini ialah piano buatan Eropah yang berusia lebih 60 tahun. Ianya merupakan antara alat muzik kesayangan Tan Sri P. Ramlee. Kemasukan ialah percuma, jadi jangan lupa lawati memorial ini ya!

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Selasa – Ahad (10 am – 5.00 pm) manakala Jumaat (10 am – 12.00 pm, 3.00 pm – 5.00 pm)

Islamic Arts Museum Malaysia

Terletak di Jalan Lembah Perdana, Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium kesenian Islam yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara.

tempat menarik di kuala lumpur
Imej via Foursquare

Muzium ini dibina oleh Tan Sri Syed Mohamad Albukhary pada tahun 1998. Ia menempatkan lebih 7000 artifak dan buku berkaitan dengan kesenian Islam. Sangat menarik untuk dilawati!

Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 am – 6 pm

Harga tiket: RM 7 Kanak kanak & Warga Emas | RM 14 Dewasa

Breakout

Satu lagi tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi ialah Breakout yang terletak di Avenue K. Konsepnya sama seperti Escape Room.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Anda akan melakukan aktiviti secara berpasukan untuk menyelesaikan teka-teki dan permainan mencabar minda untuk melepaskan diri. Sangat menarik, rugi jika anda tak cuba!

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Harga tiket: RM 100 – RM 288, bergantung kepada jumlah pemain

Kalau anda ingin tahu tentang selok-belok bandar KL, mungkin anda boleh berkunjung ke Kuala Lumpur City Gallery yang terletak berdekatan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad ini.

kl
Imej via Foursquare

Di sini, anda dapat melihat pameran replika bandaraya Kuala Lumpur. Anda juga akan didedahkan dengan sejarah serta fakta tentangnya kerana ada infografik di sini.

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 6.30 pm

Harga tiket: RM 10

Galeri Batik JADI

Seni batik bukan sahaja digemari oleh rakyat Malaysia, malah pelancong luar turut memburunya jika ke sini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang seni batik, anda boleh singgah di Galeri Batik JADI.

tempat menarik kl
Imej via Foursquare

Dibuka sejak tahun 1976, anda dapat lihat dengan lebih dekat tentang demonstrasi & kelas batik, serta cenderamata & pakaian buatan Malaysia.

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 5.30 pm

Dataran Merdeka

Anda mungkin sudah biasa terdengar nama tempat ini – Dataran Merdeka. Selain daripada tempat bersejarah yang terkenal, ianya juga salah satu tarikan pelancongan di KL.

kl
Imej via Foursquare

Dataran Merdeka ini terletak berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Jika anda berkunjung ke sini semasa Hari Merdeka, bolehlah menyambut hari kemerdekaan di sini. Pasti menyeronokkan dan penuh nostalgia!

Pusat Pelancongan Malaysia

Pusat Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MATIC ini juga wajib masuk dalam senarai tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib anda lawati.

Tempat sekeliling MATIC ini yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Antaranya ialah kafe, perhentian bas hop on & off, kedai coklat dan banyak lagi.

Waktu operasi: Setiap hari, 8 am – 10 pm

Kiddomo Universe

Sangat kreatif dan inovasi indoor playland ini!. Lokasi hanya terletak di Starling Mall, Petaling Jaya. Tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.

Tempat ini memberi peluang kepada kanak-kanak merangsang deria mereka dan mengasah daya kreativiti dan imaginasi melalui konsep IMAGINE, PLAY dan LEARN.

Gabungan pendekatan classical play dan teknologi terkini mampu memberikan pengalaman yang mengujakan kepada kanak-kanak. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Selfie World
  • Glass House
  • Ocean Alive

Boleh layari laman web kiddomo.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang harga tiket dan waktu operasinya.

Kiddomo
Imej via kiddomo.com

Central Market Kuala Lumpur

Dibina pada tahun 1888, Central Market Kuala Lumpur ini adalah pusat budaya, seni dan kraf Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Pasar Seni.

tempat menarik kuala lumpur
Imej via Foursquare

Terdapat lebih daripada 350 kedai dan kiosk, menjual kraf tangan, batik, cenderamata, barangan antik, koleksi dan banyak lagi yang boleh didapati di sini. Ianya terletak di Jalan Hang Kasturi di Pusat Bandar.

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 9.30 pm

Selain tempat menarik di Kuala Lumpur, kami juga ada menulis artikel tempat menarik yang lain yang sesuai untuk bawa ahli keluarga. Jom baca.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.