Buah naga dimakan sejuk-sejuk memang sedap. Nak tahu khasiat buah naga?

Pengenalan

Buah naga atau pitaya merupakan buah jenis kaktus dari spesis Hylocereus dan Selenicereus. Buah naga berasal dari Amerika Latin yang kemudian tersebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur seperti Sri Lanka, dan akhirnya sampai ke Asia Tenggara.

Buah naga mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Di dalamnya terkandung zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine.

Jom kita ketahui apakah khasiat buah naga.

Imej via Bidadari

1. Melambatkan kesan penuaan pada kulit muka ( anti penuaan )

Ketahui banyak manfaat buah naga merah untuk diet. Buah naga kaya dengan vitamin c yang merupakan antioksida. Antioksida merupakan antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya dalam buah naga menentang radikal bebas pada kulit muka untuk melambatkan proses penuaan.

Hal ini menarik minat para penyelidik dari Itali pada tahun 2011 yang mengkaji kandungan antioksidan buah naga. Mereka mendapati bahawa bahagian isi dan menarik sekali, bahagian kulitnya, mengandungi kandungan antioksidan yang sangat tinggi.

Jom kami kongsikan resepi masker buah naga untuk menghilangkan jerawat dan parut merawat.

Caranya adalah ambil kulit dan isi buah naga lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu sapukan kewajah. Masker ini sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat dan parut jerawat.

2. Menghalang sel kanser daripada menjadi aktif

Antioksidan dalam buah naga menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.

Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor.

Kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.

Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.

3. Meningkatkan kesihatan jantung

Imej via Bidadari

Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

4. Mengatasi masalah sembelit

Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.

Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.

5. Meningkatkan sistem imun

Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.

Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.

Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.

6. Menurunkan tekanan darah tinggi

Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

7. Menstabilkan paras gula bagi pesakit diabetis

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.

Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes. Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam

8. Meningkatkan selera makan

Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan selera makan.
Dalam dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah selera makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

9.  Menguatkan tulang dan gigi

Kandungan fosforus dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi.
Sebagaimana kita tahu bahwa tulang dan gigi sangat memerlukan asupan fosforus dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sehat.

10. Mencantik dan menyuburkan rambut

Buah naga juga boleh dijadikan petua untuk mencantikkan dan menyuburkan rambut.

Makan buah naga dengan kerap atau boleh juga sapukan isi bush naga yang dihancurkan ke kepala. Biarkan selama 20 minit. Pastikan seluruh kulit kepala dan rambut diselaputi oleh isi buah naga.

11. Mencegah dan mengurangkan anemia

Di antara tanda anemia ialah kelesuan, sukar tidur malam, sukar menumpukan perhatian, dan berdebar-debar. Buah naga kaya dengan zat besi yang menggalakkan pembentukan sel darah baru.
Selain itu, buah naga juga kaya dengan vitamin c yang membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.

12. Mencegah glaukoma  kongenital

Imej via Bidadari

Glaukoma kongenital adalah suatu keadaan dimana terdapat tekanan pada bola mata lalu menyebabkan kerosakan mata. Makan buah naga dengan kerap membantu mencegah glaukoma kongenital.

Keadaan ini seringkali disebabkan kandungan gula akibat diabetes yang tidak terkawal yang memasuki organ mata.

Oleh itu, penyelidik dari UPM pada tahun 2014 ada melaporkan kesan perubahan kandungan rintangan insulin untuk penjagaan gula dalam sistem tubuh yang mengambil buah naga dalam diet pemakanan.

Kajian ke atas tikus makmal mereka selama 6 minggu berturut-turut, memperlihatkan kesan positif pengambilan buah naga segar dalam aktiviti insulin.

13. Menyembuhkan luka dengan Cepat

Kandungan vitamin C dalam buah naga membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Makan buah naga atau minum jusnya untuk lebih mendapatkan khasiatnya.

Penyelidik dari MARDI pula melaporkan bahawa kandungan nutrien dalam buah naga adalah lebih tinggi daripada jambu, betik dan nanas. Hal ini menunjukkan bahawa buah naga sangat elok diamalkan bagi mendapatkan khasiat-khasiat kesihatannya.

Imej via Bidadari

Rujukan

  1. Choo, J. C., Koh, R. Y., & Ling, A. P. K. (2016). Medicinal properties of pitaya: a review. Spatula DD6(2), 69-76.
  2. Khalili, R. M. A., Norhayati, A. H., Rokiah, M. Y., Asmah, R., Nasir, M. M., & Muskinah, M. S. (2006). Proximate composition and selected mineral determination in organically grown red pitaya (Hylocereus sp.). Journal of Tropical Agriculture and Food Science34(2), 269.
  3. Omidizadeh, A., Yusof, R. M., Roohinejad, S., Ismail, A., Bakar, M. Z. A., & Bekhit, A. E. D. A. (2014). Anti-diabetic activity of red pitaya (Hylocereus polyrhizus) fruit. RSC advances4(108), 62978-62986.
  4. Swarup, K. R. A., Sattar, M. A., Abdullah, N. A., Abdulla, M. H., Salman, I. M., Rathore, H. A., & Johns, E. J. (2010). Effect of dragon fruit extract on oxidative stress and aortic stiffness in streptozotocin-induced diabetes in rats. Pharmacognosy research2(1), 31.
  5. Tenore, G. C., Novellino, E., & Basile, A. (2012). Nutraceutical potential and antioxidant benefits of red pitaya (Hylocereus polyrhizus) extracts. Journal of functional foods4(1), 129-136.
  6. XU, H., WANG, Q. L., WEI, G., & MO, J. G. (2010). The health benefits and research progress of Pitaya [J]. Journal of Guangxi Academy of Sciences3.

Itulah dia 13 khasiat buah naga yang ingin kami kongsikan untuk kali ini. Jom kita makan buah naga. Jemput juga baca artikel penulisan kami seperti khasiat terung, khasia barli dan khasiat cekur.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.