Jom lihat tips petua manfaat daun sirih.

Pengenalan

Daun sirih dianggap simbolik penting dalam upacara pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu. Sirih junjung yang dihias cantik dengan bunga-bungaan segar akan diletakkan pada kedudukan depan sekali berbanding hantaran yang lain.

Begitu pentingnya sirih junjung dalam tradisi masyarakat Melayu. Namun, dalam artikel ni, penulis bukan nak mencungkil makna simbolik sirih junjung. Contoh ni diberikan untuk memberi gambaran bahawa pentingnya sirih dalam kehidupan kita.

Fakta Tentang Daun Sirih

daun-sirih

Imej via suara

Sirih atau nama saintifiknya ialah Piper betel Linn berasal dari keluarga Piperaceae. Biasanya selain digunakan dalam upacara adat, ia juga menjadi snek yang cukup terkenal dalam kalangan orang tua.

Khasiatnya dalam bidang perubatan tak perlu dipertikaikan lagi. Di negara kita, masyarakat Melayu dan India banyak menggunakan sirih dalam pelbagai aspek kehidupan.

Daun sirih sangat kaya dengan tannin, protein, karbohidrat, kalium, mineral, kalsium, zat besi, vitamin A, B dan C. Siapa sangka di dalam sehelai daun sirih mempunyai sebegini banyak khasiat.

Menurut Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Penyelidikan Sebatian Semula Jadi dan Penemuan Dadah, Universiti Malaya, Nor Hisam Zamakshshari, daun sirih telah digunakan sejak zaman-berzaman seperti yang tertulis dalam Kitab Tibb.

Lazimnya, daun sirih hanya sinonim dengan kaum wanita. Itulah sebabnya banyak produk kesihatan dan kebersihan diri khas untuk wanita yang menggunakan sirih sebagai bahan utama.

Sebenarnya, sirih juga mempunyai banyak khasiat bagi kaum lelaki. Oleh itu, bagi menjelaskan perkara ni dengan lebih lanjut, kami akan senaraikan petua manfaat daun sirih bagi kaum wanita dan lelaki.

#1 Menghilangkan Bau Kurang Menyenangkan

Ada sesetengah orang yang mempunyai bau badan yang kuat disebabkan masalah berat badan, hormon, pemakanan, penyakit, ketagihan rokok dan sebagainya. Daun sirih mampu mengatasi masalah ni.

Kandungan antioksidan betiephenol, eugenol dan chavicol mampu membunuh kuman dan mencegah bau kurang enak. Bau kurang enak di mulut, badan dan organ intim juga dapat diatasi.

Caranya minum air rebusan daun sirih yang telah tua.

#2 Menyembuhkan Luka

Imej via Bidadari

Daun sirih mempunyai antioksidan dan bersifat antimikrob yang mempercepat penyembuhan luka. Jika ada kecederaan pada tangan misalnya, bersihkan luka tersebut. Letakkan daun sirih yang telah ditumbuk. Kemudian, balut luka dengan kain yang bersih.

Menurut para penyelidik dari India, daun sirih kaya dengan eugenol yang memberi sifat antimikrob dan antikeradangan bagi proses penyembuhan luka yang lebih cepat.

#3 Kurangkan Pedih Perut

Kandungan chavicol yang tinggi berfungsi sebagai zat antiradang untuk orang yang ada masalah pencernaan. Masalah pencernaan akan menyebabkan muntah, perut kembung, pedih dan loya .

Cara atasi masalah ini menurut petua tradisi ialah minum air rebusan daun sirih.

#4 Mengubati Masalah Ereksi Zakar

Lelaki yang mempunyai masalah di bahagian zakar akan membuat mereka berasa rendah diri. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin.

Masalah ereksi menyebabkan zakar tak mampu menegang atau mempertahankan ereksi ketika melakukan hubungan seks.

Masalah ni boleh diubati dengan cara minum air rebusan daun sirih dengan kerap. Daun sirih dilaporkan mampu mengembangkan pembuluh darah di bahagian zakar.

#5 Atasi Masalah Berat Badan

Imej via Bidadari

Tahukah anda dengan mengamalkan air rebusan daun sirih, metabolisme badan dapat  ditingkatkan. Dengan cara ni berat badan akan mudah turun. Anda juga akan berasa cergas dan sihat.

Selain itu, ada kajian yang melihat pengaruh kandungan bahan fenolik dalam bentuk allylpyrocatechol yang meningkatkan kepekaan pankreas bagi metabolisme karbohidrat yang lebih baik.

Selain mengawal berat badan melalui kawalan kandungan karbohidrat, daun sirih ternyata mampu mengawal tahap gula dalam darah.

#6 Kurangkan Gatal-Gatal

Jika anda mempunyai alergi atau digigit serangga, daun sirih ada jalan penyelesaian. Caranya ialah rendam beberapa helai daun sirih ke dalam air panas. Biarkan sehingga benar-benar sejuk. Kemudian, guna air tersebut untuk mandi.

Sebatian bioaktif dalam sirih mampu melawan serangan mikrob dan alahan yang disebabkan bisa serangga melalui kehadiran banyak kumpulan fenolik.

Kajian seawal tahun 1984 lagi dari Amerika Syarikat melaporkan sebatian seperti chavicol, chavibetol, allylpyrocatechol, chavibetol acetate dan allylpyrocatechol diacetate yang berkesan melawan serangan kulat dan nematoda (ulat/cacing).

#7 Melawan Kanser

Hasil kajian Institute of Chemical Biology (IICB), Institute of Haematology & Transfusion Medicine, Kolkata dan Piramel Life Sciences, Mumbai menyatakan bahawa daun sirih bagus untuk pesakit kanser.

Dengan mengunyah daun sirih mampu menjadi potensi untuk mencegah dan mengatasi kanser sumsum tulang dan leukemia.

#8 Atasi Masalah Gusi Berdarah

Masalah gusi berdarah disebabkan oleh jangkitan dan keradangan gingvitis yang boleh diatasi dengan komponen-komponen bioaktif yang bersifat anti radang.

Bagi mereka yang ada masalah ni, anda boleh merebus 10 helai daun sirih. Air rebusan boleh digunakan untuk kumur 3 kali sehari.

#9 Ubati Keradangan Prostat

Daun sirih mengandungi saponin, tanin dan hydroxychavicol yang mampu mengaktifkan sel-sel di kelenjar prostat.

Caranya ialah rebus beberapa helai daun sirih yang masih muda bagi mengeluarkan ekstrak bioaktif dalam sirih. Minum bersama-sama air masak sebanyak 3 kali sehari.

#10 Membantu Kawal Tekanan Darah

Bagi pesakit darah tinggi, mereka perlu sentiasa mengawal tekanan darah daripada melepasi paras normal. Apa kata anda cuba petua ni. Campurkan air rebusan daun sirih dengan sedikit madu asli. Minum 2 kali sehari.

Kandungan minyak pati dan fenol di dalamnya mampu menstabilkan tekanan darah. Namun, jangan lupa untuk makan ubat yang diberikan oleh doktor dan sentiasa jaga pemakanan.

#11 Atasi Bengkak Payudara

Bagi wanita yang mengalami masalah bengkak susu, pasti berasa terseksa dan tak selesa sepanjang masa. Bengkak susu berlaku apabila payudara mengeras dan membengkak tetapi susu hanya keluar sedikit atau tak keluar langsung.

Selain mengurut dan menuam payudara yang bengkak, anda juga boleh mencuba petua menggunakan daun sirih.

Caranya ialah bakar daun sirih hingga layu. Kemudian, tampalkan pada payudara yang bengkak ketika daun masih sedikit panas.

#12 Melawaskan Air Kencing

Berbanding kaum lelaki, wanita paling mudah hadapi masalah jangkitan saluran kencing (UTI). Penyakit ni boleh berlaku apabila saluran kencing dijangkiti bakteria. Jika dibiarkan, air kencing menjadi tak lawas, sakit sekitar pinggang dan menjejaskan aktiviti harian.

Jangan risau. Anda boleh mencuba petua mudah ni.

Ambil beberapa helai daun sirih dan kisar halus.. kemudian, tapis air sirih dan campurkan dengan segelas susu dan sesudu madu. Minum seminggu sekali.

#13 Merawat Penyakit Jantung Koroner

Imej via Bidadari

Kajian membuktikan golongan lelaki lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding wanita. Selain menjaga pemakanan, menjalani gaya hidup sihat dan bebas stres, anda juga boleh mencuba petua tradisional ini.

Caranya ialah kisar 3 helai daun sirih, 3 biji bawang merah dan secubit jintan. Kemudian, tuangkan air mendidih ke dalam bahan-bahan kisa tadi. Biarkan hingga suam. Minum airnya 2 kali sehari.

Diharapkan 13 tips petua manfaat daun sirih yang dikongsikan tentang manfaat daun sirih bagi kaum lelaki dan wanita ni menambahkan ilmu tentang perubatan tradisional. Jelas terbukti daun sirih mempunyai banyak khasiatnya kepada kita.

Tak hairanlah masyarakat zaman dulu, menganggap sirih sebagai simbolik yang positif. Kajian demi kajian perlu terus dijalankan untuk membuktikan khasiatnya bagi kesihatan manusia.

Jemput juga baca artikel khasiat kacip fatimah dan khasiat arabic gum

Rujukan

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Zuraidah Muhidden

Seorang penulis bebas yang tak pernah jemu menulis.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.