Dewasa ini garam bukit semakin mendapat tempat dihati ibu-ibu di Malaysia. Makin ramai yang mula menggantikan garam biasa & garam putih di dapur kepada garam bukit untuk digunakan dalam masakan seharian.

Apa keistimewaan garam bukit berbanding garam biasa? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan khasiat garam bukit.

khasiat garam bukit

Sumber: Dmssweetie

Apakah perbezaan di antara garam bukit & garam biasa?

  • Garam biasa yang kebanyakannya merupakan garam yang diambil dari laut dihasilkan dengan kaedah penyejatan air laut. air laut yang kering akan menjadi garam. Kandungan mineral, warna, dan tahap kemasinan garam tersebut bergantung kepada air laut yang digunakan.
  • Garam bukit pula dihasilkan dengan kaedah perlombongan di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam yang diperolehi akan diproses menggunakan bahan kimia untuk menjadikan teksturnya lebih halus. Dari segi rasa, ianya lebih masin daripada garam biasa.

Bagaimanakan cara untuk menggunakan garam bukit?

Garam bukit boleh digunakan dengan pelbagai cara seperti:

  • Masukkan dalam makanan
  • Masukkan dalam minuman
  • Disapu pada badan
  • Dijadikan sebagai air mandian
  • Dijadikan sebagai air rendaman kaki
  • Dijadikan sebagai lampu
  • Dimasukkan ke dalam bekas

Apakah khasiat garam bukit?

Garam bukit kaya dengan 1001 kebaikan dan khasiat. Di antara kebaikan garam bukit yang telah dikenal-pasti ialah seperti berikut:

1. Garam bukit yang dimasukkan ke dalam bekas

Garam bukit yang diletakkan ke dalam bekas lalu diletakkan ke dalam bilik akan membantu memberikan aura positif kepada mereka yang berada di dalam bilik tersebut. Ia akan membantu menghilangkan caj-caj negatif yang menjadi punca selalunya berlaku pergaduhan, pertengkaran, dan perselisihan faham.

Jika rumah atau penghuni dalam rumah mengalami gangguan jin atau sihir, anda boleh berikhtiar dengan memasukkan garam bukit & lada hitam ke dalam bekas dan diletakkan di setiap penjuru rumah, terutamanya di kawasan paling banyak gangguan.

Dakwaan ini merupakan cetusan daripada sifat kimia garam bukit yang mengandungi cas positif. Namun, belum ada pembuktian saintifik atau klinikal yang dilakukan untuk mengesahkannya.

2. Garam bukit yang dijadikan sebagai lampu

Imej via Bidadari

Lampu garam bukit mampu memberikan mood dan persekitaran yang tenang dan membantu menghilangkan stress. Ia juga membantu menghilangkan keletihan & lenguh-lenguh badan.

Dalam masa yang sama membantu memberikan aura positif kepada rumah anda.

Meletakkan lampu garam bukit di sebelah katil membantu anda lebih mudah tidur dan mendapat tidur yang lebih berkualiti. Selain memberikan aura positif kepada anda & suami. Jika anda dan pasangan yang mula mengalami ketidak sefahaman, dan sering bertelagah, kami cadangkan anda berikhtiar dengan membeli sebuah lampu garam.

Sekiranya pertelingkahan anda disebabkan oleh sihir dan khianat orang ketiga, insya Allah akan membantu. Sekiranya anda bergaduh kerana masing-masing stress dan kepenatan, garam bukit juga membantu mempositifkan semula mood anda berdua.

Terapi lampu garam bukit ini ada diulas oleh penyelidik dari Oregon, Amerika Syarikat dalam bukunya, Alternative and Complementary Therapies yang menekankan terapi berasaskan persekitaran yang harmoni khususnya dari lampu garam bukit ini.

3. Garam bukit yang dijadikan sebagai air mandian

Mandian air garam bukit memberikan aura positif kepada diri anda. Membantu menghilangkan segala sifat-sifat negatif dan menggantikan dengan aura positif yang akan menjadikan anda lebih bersemangat, yakin diri, positif dengan diri sendiri, dan lebih rajin untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Anda boleh juga campurkan bahan-bahan lain selain garam bukit. Di antara bahan yang sesuai dimasukkan ialah:

  • 3 biji limau purut atau limau nipis yang dipotong 4
  • Bunga-bungaan yang berbau wangi seperti mawar
  • Sedikit ais
  • Caranya: Campurkan kesemua bahan tadi kedalam satu baldi air. Biarkan seketika sehingga air menjadi sejuk, gunakan air tadi untuk mandi.

Kandungan mineral yang tinggi dalam garam bukit sebagaimana yang dilaporkan oleh analisis makmal, mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk membunuh mikrob berbahaya yang terdapat pada permukaan kulit.

Hal ini menunjukkan bahawa garam bukit berpotensi menjadi bahan antimikrob yang baik selain membantu membersihkan kulit.

4. Garam bukit yang dijadikan sebagai air rendaman kaki

Menurut amalan tradisional, garam bukit yang dijadikan sebagai air rendaman kaki membantu:

  • Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan
  • Membuang toksin & kotoran dari badan
  • Melegakan sakit otot, kekejangan, lenguh-lenguh, serta sakit sendi
  • Mengurangkan sakit kaki akibat terlalu banyak berdiri atau berjalan
  • Melembutkan tumit kaki merekah
  • Menghilangkan sakit kepala, pening, dan migrain
  • Membuang angin dari badan
  • Membuang lemak dari badan
  • Mengatasi masalah kegatalan
  • Mengatasi masalah kulat air
  • Menghilangkan bau kaki
  • Mengurangkan sakit gout
  • Memberikan kesegaran
  • Mengurangkan kepenatan
  • Mengurangkan stress

5. Garam bukit yang disapu pada badan

Garam bukit juga boleh disapukan ke bahagian badan yang memerlukan rawatan seperti gatal-gatal, kulat air, kurap, panau, dan kelemumur. Caranya, larutkan garam bukit ke dalam air dan sapukan ke bahagian terbabit. Biarkan sehingga kering.

Hal ini menarik minat penyelidik dari India dan Perancis yang membentangkan hasil kajian bersama mereka dalam jurnal Science of The Total Environment.

Mereka menyimpulkan bahawa kandungan sodium yang rendah dan kandungan magnesium dan ferum yang tinggi merupakan kunci utama kelebihan dan khasiat yang dimiliki oleh garam bukit.

6. Garam bukit yang dimakan & diminum

Garam bukit juga boleh dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Di antara khasiat yang akan ada perolehi ialah:

  • Memberikan tenaga
  • Mengurangkan ketegangan dan stress
  • Mengurangkan kepenatan
  • Mengurangkan sakit badan & sendi
  • Menyeimbang asid & alkali dalam tubuh badan
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Melancarkan aliran jus hempedu yang sangat penting untuk mengawal berat badan
  • Mengurangkan sakit gout dengan cara membuang toksin & asid urik yang berlebihan dari dalam badan
  • Mengurangkan risiko keracunan makanan
  • Menyerap gas-gas lengai yang terdapat dalam usus dan perut
  • Merangsang kelenjar tiroid untuk mengelakkan penyakit yang berpunca dari masalah kelenjar tiroid
  • Melancarkan sistem saraf
  • Membantu pesakit kanser
  • Menambah kandungan oksigen dalam darah
  • Meneutralkan asid dalam perut.
  • Mendapan yang boleh menjadi punca pembentukan batu karang, batu dalam hempedu
  • Meningkatkan kadar metabolisma
  • Memecahkan lemak dan kolesterol
  • Mengurangkan ketagihan merokok
  • Mengurangkan ketagihan gula dan alkohol

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan ujian-ujian klinikal ke atas pesakit yang diberikan larutan tepu garam bukit setiap hari untuk tempoh masa yang tertentu.

Hasil kajiannya mendapati bahawa pesakit yang mengambil garam bukit setiap hari mengalami kehilangan logam-logam merbahaya seperti plumbum, merkuri dan racun arsenik. Enapan kalsium yang menjadi punca batu karang & batu hempedu berkurangan, pH darah yang seimbang & proses detox yang berkesan.

khasiat garam bukit

Sumber: Hellosehat

Rujukan

  1. Carapeto, C., Brum, S., & Rocha, M. J. (2018). Which table salt to chose?. Journal of Nutrition & Food Sciences, 1-4.
  2. Chander, V., Tewari, D., Negi, V., Singh, R., Upadhyaya, K., & Aleya, L. (2020). Structural characterization of Himalayan black rock salt by SEM, XRD and in-vitro antioxidant activity. Science of The Total Environment, 141269.
  3. Horowitz, S. (2010). Salt cave therapy: rediscovering the benefits of an old preservative. Alternative and Complementary Therapies16(3), 158-162.
  4. Zsigmond, P. A. P. P. (2016). Morphological and microchemical characterization of Himalayan salt samples. Rev. Roum. Chim61(3), 169-174.

Itulah dia khasiat garam bukit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang  khasiat peria katak, khasiat petai, dan khasiat rebung.

 

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.