Sebagai seorang ibu yang baru melahirkan, pastinya salah satu daripada keseronokan yang anda tunggu-tunggu adalah untuk menyusukan bayi terus dari kantung susu. Ikatan hati dan jiwa yang terjalin di antara ibu dan anak semasa menyusu adalah sangat berharga dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Namun begitu, tidak semua ibu diberikan rezeki susu yang banyak dan melimpah-ruah.

Ada ibu yang tida mempunyai susu sejak hari pertama melahirkan. Ada juga ibu yang mempunyai banyak susu pada awalnya namun secara tiba-tiba susu mula merudum dan akhirnya kering. Jika anda masuk dalam kategori ibu yang tidak mempunyai susu badan, artikel ini adalah ditulis khas untuk anda. Jom kami kongsikan cara keluarkan susu badan beserta petua dan tips sains yang terbukti berkesan.

Jangan stress

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah jangan stress. Ini kerana dari segi sudut pandangan sains, semakin stress seorang ibu semakin sedikit susu yang akan dikeluarkan oleh tubuh badannya. Kami faham, anda akan berasa stress dan tertekan apabila tidak dapat mengeluarkan susu yang secukupnya untuk mengenyangkan bayi anda, namun anda perlu ingat bahawa semakin anda stress semakin tak cukup susu untuk bayi anda.

Oleh itu, apabila susu anda tidak cukup, pesan diri untuk kekal bertenang. Anda boleh kekal bertenang dengan cara tidak terlalu memikirkan tentang susu yang tidak cukup dan lakukan perkara yang boleh menenangkan perasaan seperti menonton rancangan kegemaran, mendengar muzik kegemaran, bersembang dengan suami atau sahabat baik, dan sebagainya.

Elakkan daripada bersedih

Selain stress, kesedihan dan kemurungan juga boleh menyebabkan susu anda menjadi kering. Bagi ibu yang baru melahirkan, anda mungkin akan berasa sedih atau murung tanpa mengetahui apakah puncanya. Ia berlaku kerana kecelaruan hormone yang sedang berlaku dalam tubuh badan anda. Jangan dilayan kerana ianya boleh menjadi semakin teruk dan menyebabkan anda mengalami meroyan atau post partum depression.

Jika anda sedih disebabkan oleh perkara yang dapat dikenal-pasti, atasi masalah tersebut dengan kadar segera agar anda boleh kembali ceria dan gembira. Ibu yang gembira akan menghasilkan susu yang banyak untuk bayi kesayangan.

"

Pastikan anda makan dengan secukupnya

Salah satu punca susu badan menjadi kering atau tidak cukup adalah disebabkan oleh tubuh badan si ibu tidak mendapat nutrient yang secukupnya. Oleh itu jangan terlalu ketat dalam menjaga pemakanan terutamanya semasa tempoh berpantang. Kami faham bahawa anda tak sabar untuk kurus semula dan mendapat bentuk badan dan berat seperti sebelum mengandung, namun ingatlah bahawa keutamaan anda buat masa sekarang ialah memastikan bayi anda mendapat susu dengan secukupnya.

Jangan bercatu semasa makan. Makan setiap kali anda berlapar. Malah anda juga boleh makan sambil menyusukan bayi. Selain memastikan anda mendapat makanan yang secukupnya, pastikan juga anda makan makanan yang berkhasiat. Bila lapar anda boleh snacking makanan berkhasiat seperti buah-buahan, susu, granola, dan sebagainya. Dengan itu anda bukan sahaja dapat menghasilkan susu yang banyak malah dalam masa yang sama akan dapat menguruskan badan.

Sumber: Betterhealth

Minum air secukupnya

Selain memastikan anda mendapat makanan yang secukupnya, adalah sangat penting untuk anda memastikan tubuh badan mendapat air yang secukupnya. Jangan hadkan pengambilan air kosong setiap hari semata-mata kerana takutkan pantang-larang orang lama kononnya kalau minum air banyak semasa berpantang, rahim akan kembang. Air yang anda minum akan diserap oleh tubuh badan bukannya masuk terus ke dalam rahim lalu boleh menyebabkan rahim mengembang.

Jika anda tidak mendapat air yang secukupnya, tubuh badan akan kekeringan lalu penghasilan susu badan juga akan terjejas. Kurang minum air akan menyebabkan susu badan anda berkurangan. Itulah sebabnya kenapa ibu yang menyusukan diberi kelonggaran atau ruksyah dalam berpuasa.

Oleh itu, kalau anda nakkan susu badan yang banyak dan melimpah-ruah, banyakkan minum air kosong dan air suam. Amalan minum susu juga sangat membantu untuk membanyakkan air susu.

Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya

Cara keluarkan susu badan yang seterusnya ialah dengan memastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Tubuh badan yang mendapat tidur dan rehat yang secukupnya akan mengeluarkan susu yang banyak. Itulah sebabnya apabil anda berasa penat, susu juga akan merudum.

Ambil makanan yang boleh menambah susu atau milk booster

Pastinya anda biasa dengar tentang makanan yang boleh membanyakkan susu. Mungkin anda berasa ragu-ragu dan kurang percaya bahawa ada makanan yang boleh membanyakkan susu tapi percayalah bahawa sesungguhnya memang ada makanan yang terbukti membantu membanyakkan susu. Di antara makanan menambah susu yang boleh anda cuba ialah:

  • Halba. Anda boleh minum teh halba setiap hari untuk meningkatkan pengeluaran susu badan. Caranya rendam satu sudu kecil halba dalam satu gelas air panas. Biarkan sehingga suam dan minum. Ulang pada waktu malam. Susu anda akan banyak.
  • Kurma. Yang ini adalah makanan menambah susu yang sedap dan harganya pun tak mahal. Anda boleh jadikan kurma sebagai snack untuk dimakan semasa  lapar. Atau anda juga boleh kisar kurma bersama susu menjadi susu kurma yang sedap dan mengenyangkan.
  • Air horlicks. Anda suka minum air horlicks? Ia adalah salah satu makanan yang terbukti membantu menambahkan susu badan. Bila terasa lapar anda boleh bancur air horlicks. Kalau nak buat versi yang sihat, anda boleh bancuh dengan susu segar.
Sumber: Astroawani

Itulah dia info tentang cara keluarkan susu badan berserta petua dan tips sains yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara banyakkan susu badan, makanan tambah susu badan, dan tips penyusuan susu ibu.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.