Menggunakan applikasi editor video dalam smartphone biasanya memerlukan smartphone yang berkelajuan tinggi dan store penyimpanannya juga mestilah besar.
Jika menggunakan smartphone biasa, ia pasti akan menjadi panas dan kapasiti baterinya tidak akan tahan lama. Mari kami kongsikan smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000 yang bakal menjadikan urusan anda lebih produktif.
Realme X7 Pro adalah salah satu model smartphone yang bagus tetapi tidak dipasarkan secara rasmi di Malaysia. Perkara yang menarik mengenai smartphone Realme X7 Pro adalah dilengkapi dengan skrin AMOLED dengan 120Hz, pengecasan pantas 65W dan chipset MediaTek Dimensity 1000 plus.
Smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000 ini didatangkan dengan pilihan RAM 6GB (Storan 128GB) dan 8GB (Storan 256GB). Kamera selfienya menggunakan kamera 32MP dan kamera belakangnya menggunakan quad kamera yang kamera utamanya 64MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP.
Sebelum ini, Samsung telah dikatakan mempunyai reputasi yang kurang jika dibandingkan dengan smartphone seperti Realme dan Xiaomi. Namun, kini mereka mulai mengubah strategi mereka dengan memasukkan spesifikasi yang lebih kompetitif dan Samsung Galaxy A71 adalah salah satu model yang berharga di bawah harga RM2,000.
Berfokuskan pada chipset Snapdragon 730, skrin AMOLED serta kapasiti bateri 4,500 mAh dan pengisian pantas 25W. Dengan reputasi Samsung sebagai pembuat skrin AMOLED terbaik, Galaxy A71 tidak akan mengecewakan anda dengan kualitinya.
Xiaomi Mi Note 10 Lite merupakan pilihan alternatif bagi pengguna yang ingin merasakan Mi Note 10 yang harganya jauh lebih mahal. Namun, smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000 ini tetap dilengkapi dengan spesifikasi menarik seperti paparan skrin AMOLED, chipset Snapdragon 730G dan juga bateri berkapasiti besar 5,260 mAh.
Keluaran smartphone Realme terbaru adalah model paling berkuasa antara telefon yang terbaru pada tahun ini. Ia diperkasa MediaTek Dimensity 920 5G. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.4” AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Pengimbas cap jari untuk pengenalan biometrik adalah yang jenis disebalik paparan disamping ciri face unlock yang boleh digunakan untuk membuka telefon.
Vivo memperkenalkan teknologi Eye Autofocus terbaru pada selfie untuk fokus yang lebih pantas pada keluaran smartphone Vivo V20 Pro ini. Ia cukup berguna dan amat sesuai digunakan untuk pelbagai tujuan terutama sekali untuk pengguna vlog.
Vivo V20 Pro yang merupakan smartphone terbaik malaysia bawah RM 2,000 ini dilengkapi dengan chipset Snapdragon 765G. Selain itu, spesifikasi lain yang ditawarkan pada smartphone ini juga cukup baik dengan paparan AMOLED Full HD plus, 8GB RAM, kapasiti bateri 4,000 mAh, dan banyak lagi.
Ia juga lengkap dengan pengisian pantas 33W, kamera utama 44MP, juga kamera selfie duo (menggunakan kamera 44MP dan 8MP) dan pelbagai fungsi dan mod fotografi.
Oppo biasanya jenama yang dicari oleh penggemar telefon pintar untuk kegunaan fotografi. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mahukan reka bentuk dan pegangan telefon yang sangat selesa, Oppo Reno4 adalah pilihan yang ideal.
Oppo Reno4 hadir dengan chipset Snapdragon 720G, paparan skrin AMOLED, dan kamera utama 48MP. Bagi pengguna yang mahukan pelbagai sudut menarik semasa mengambil gambar, ini adalah antara smartphone yang tepat buat anda.
Pada mulanya ianya secara rasmi dijual dengan harga RM1,699, tetapi setelah beberapa bulan dilancarkan, potongan harga dari Oppo Malaysia telah diberikan serendah RM1,499.
Bagi pengguna yang mahukan perisian yang lebih kemas dan minimum, anda disarankan untuk memilih smartphone OnePlus Nord. Dilancarkan Julai lalu, OnePlus Nord didatangkan dengan penggunaan chipset Snapdragon 765G yang juga menyokong rangkaian 5G.
Kelebihan utama smartphone ini adalah dari segi paparan skrin AMOLED 90Hz, bateri berkapasiti 4,100 mAh, pengecasan pantas 30W, kemas kini pantas dan merupakan smartphone OnePlus pertama yang hadir dengan kamera sudut lebar di bahagian depan.
Idea menggunakan telefon pintar tanpa akses Google cuba dilakukan oleh Huawei. Bagi sebilangan pengguna yang sering bergantung pada aplikasi seperti Foto Google, Google Drive dan sebagainya, perkara ini sememangnya amat sukar buat mereka.
Namun, bagi pengguna yang kurang bergantung pada akses Google, Huawei Nova 7 adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Huawei Nova 7 hadir dengan reka bentuk dan pilihan warnanya yang menarik.
Smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000 ini juga menawarkan chipset Kirin 985, RAM 8GB, quad kamera 64MP dan bateri 4,000 mAh. Skrin yang digunakan juga adalah jenis OLED Full HD plus dan ianya juga menyokong rangkaian 5G.
Tarikan utama smartphone Xiaomi Mi 10T Pro selain harganya yang berpatutan adalah skrin 144Hz dengan HDR10 plus, kamera utama 108MP, chipset Snapdragon 865, pembesar suara stereo dan juga bateri berkapasiti 5.000 mAh dengan pengisian pantas 33W.
Jadi, tidak salah untuk memanggil Xiaomi Mi 10T Pro sebagai telefon paling terbaik jika anda mahukan spesifikasi tertinggi dengan harga di bawah RM2,000.
Pembaharuan utama di iPhone SE gen-3 ini adalah penggunaan cip terbaru Apple A15 Bionic. Ia adalah naik taraf dua generasi berbanding iPhone SE gen-2 yang menggunakan cip Apple A13 Bionic. Cip baru yang dipertingkat kuasa ini, membolehkan iPhone SE ditambah dengan fungsi kamera hebat seperti Deep Fusion, Smart HDR 4 dan Photographic Styles, serta berupaya menterjemah teks masa nyata Live Text.
Smartphone bawah RM2000 terbaik 2022 di Malaysia datang daripada jenama Samsung iaitu Samsung Galaxy S20 FE.Samsung Galaxy S20 FE menawarkan rupa yang elegan dan dinilai kalis air. Telefon ini mampu bertahan di dalam air selama kira-kira 30 minit dan sedalam kira-kira 1.5 meter.
Dari sektor kamera, Samsung Galaxy S20 FE dilengkapi dengan kamera ultra lebar 12MP, kamera sudut lebar 12 MP, dan kamera telefoto 8 MP. Di samping itu, telefon ini mempunyai ciri HDR10+ yang dapat meningkatkan kualiti kontras dan warna.
Akhir sekali, smartphone bawah RM2000 terbaik 2022 di Malaysia datang daripada jenama Vivo iaitu Vivo X50.
Telefon Vivo X50 dilengkapi dengan skrin AMOLED HDR10+ yang menjadikan skrin kelihatan terang dan menyenangkan mata.
Ciri dan prestasi unggul tidak seimbang jika tidak seimbang dengan reka bentuk badan premium. Bahan badan yang digunakan oleh telefon ini adalah aluminium dengan kaca yang boleh menjadikannya lebih elegan.
Namun, smartphone terbaik Malaysia bawah RM 2,000 ini masih mempunyai kelemahan besar seperti jangka hayat bateri rendah, layarnya masih LCD beresolusi 750p dan juga reka bentuk smartphone daripada era 5 tahun yang lalu.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.