Pasti tak senang duduk kalau kulit semakin kering sehingga menampakkannya lebih kusam dan tidak bermaya. Bagi seseorang yang mengalami masalah kulit, terdapat toner terbaik untuk kulit kering yang boleh anda cuba.

Jangan skip untuk memakai toner kerana ia merupakan salah satu langkah asas penjagaan wajah. Tanpa mengikut cara penjagaan yang betul, kemungkinan kulit akan terdedah dan tidak mendapat hasil seperti yang anda mahukan.

Jom lihat antara toner terbaik untuk kulit kering.

1. BREYLEE Rose Water Toner

toner terbaik untuk kulit kering

Bukan sahaja untuk wanita tetapi lelaki juga sesuai gunakannya untuk melembabkan kulit wajah. Toner terbaik untuk kulit kering ini membantu membaiki sel kulit yang rosak dan menghasilkan sel kulit baru bagi memastikan kulit anda tampil lebih remaja dan muda.

Breylee Rose water toner ini juga diformulasikan oleh ekstrak bunga Rosa Rugosa yang akan menghalang kulit menjadi kering, malah menjadikannya lebih sihat dan cantik.

2. AHA.BHA.PHA 30Days Miracle Toner (Some By Mi)

toner terbaik untuk kulit kering

Toner berjenama Some By Mi ini menjadi pilihan ramai tatkala mereka mula mengetahui kandungannya. AHA, BHA, PHA toner ini sangat sesuai untuk kulit kering dan kulit yang hampir rosak. Ia dapat membaiki sel-sel kulit untuk lebih sihat, cantik dan segar sepanjang hari.

Mempunyai kadar pH yang seimbang untuk kulit, toner terbaik untuk kulit kering ini merupakan produk penjagaan wajah yang dipercayai ramai dan pastinya berkesan jika digunakan dengan cara yang betul.

3. Skin 1004 Madagascar Centella Toning Toner

toner terbaik untuk kulit kering

Sesuai disapukan ke kulit wajah mereka yang remaja, dewasa dan berumur kerana toner Madagascar Centella ini berfungsi sebagai anti penuaan wajah untuk seseorang itu tampil lebih muda dan cantik.

Skin 1004 toner ini diperbuat daripada centella asiatica iaitu daun pegaga. Khasiatnya terlalu banyak khasnya dalam merawat kulit yang bermasalah seperti kulit kering dan luka. Jom cuba toner ini untuk dapatkan kesan yang lebih lembab dan cantik.

4. Clinelle Purifying Soothing Toner 

toner terbaik untuk kulit kering

Khas untuk kulit yang kering sehingga menyebabkan minyak dan berjerawat, Clinelle membantu anda membersihkan secara keseluruhan pada setiap bahagian kulit wajah.

Dengan kesegaran dan kandungan zat dari toner terbaik untuk kulit kering ini, ia mengawal rembesan minyak dari kulit wajah dan menjadikan kulit lembab sentiasa. Dengan itu, tak mudah untuk jerawat kembali tumbuh!

5. ALWAYS BE PURE Toner

toner terbaik untuk kulit kering

Kulit kering, tak risau lagi kerana Toner Always Be Pure ini membekalkan hyaluronic acid dan forest complex yang berfungsi memberi kelembapan terbaik untuk kulit wajah.

Ia memastikan kadar pH kulit seimbang pada tahap 5.5 dan dapat melindungi seluruh kulit wajah. Selain melembabkan kulit, ia mencegah daripada berlakunya kotoran whitehead dan blackhead dan mengatasi masalah kulit kering.

6. AZULENE Soothing Toner

toner terbaik untuk kulit kering

Sekiranya kulit sensitif dan kering, jangan ragu-ragu lagi untuk gunakan Azulene Soothing Toner. Toner terbaik untuk kulit kering ini lengkap dengan nutrisi hebat yang diperlukan untuk kulit wajah yang cantik.

Ia juga mengandungi ekstrak Chamomile dan ekstrak Portulaca Oleracea yang berfungsi untuk menyuburkan kulit dan mengembalikan keseimbangan PH secara semulajadi setiap hari. Sama ada kulit sensitif atau tidak, anda akan terasa kelembapan yang sangat menyenangkan wajah.

7. NOIR Glowing & Firming Face Mist

toner terbaik untuk kulit kering

Sesuai untuk semua jenis kulit, Noir Cosmetic Face Mist Glowing dan Firming ini menjadi pilihan ramai para wanita terutamanya yang mengalami masalah kulit kering.

Bukan sahaja dapat melembabkan kulit wajah, namun toner ini berkesan untuk anda yang inginkan kulit lebih licin, flawless dan hilangkan jerawat yang bertapak pada wajah anda.

Face Mist Glowing ini juga mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang mudah disimpan. Anda boleh cuba Face Mist Noir ini untuk dapatkan seri wajah yang sangat cantik dan bersih.

8. Exuviance Professional Soothing Toning Lotion PHA

toner terbaik untuk kulit kering

Fokus bagi toner terbaik ini adalah ia membantu anda yang mengalami masalah kulit kering dan kulit sensitif. Jangan terkejut jika anda benar-benar selesa memakainya kerana sememangnya ia sesuai untuk kulit anda walaupun bermasalah.

Tanpa alkohol, toner terbaik ini mengandungi kandungan botanical seperti bunga rosemary, aloe, chamomile, timun dan bahan yang dapat melembabkan kulit wajah dan membaik sel kulit untuk lebih baik lagi. Khas untuk anda yang berkulit kering, jom cuba gunakannya!

9. L’oreal Rose Toner

toner terbaik untuk kulit kering

Khas untuk kulit sensitif dan kulit kering, Loreal Rose Toner dikaji dibawah dermatologi dan terbukti berhasil dalam membersih dan melembabkan kulit wajah.

Kulit akan lebih licin, halus dan segar setelah menyapu toner terbaik untuk kulit kering ini setiap pagi. Pastikan anda tidak tertinggal untuk memakainya pada setiap hari, barulah kulit dapat kekalkan kelembapannya!

10. EssenHerb Bulgarian Rose Toner 

toner terbaik untuk kulit kering

Bagi kulit wajah yang cantik dan sihat, pastinya nutrisi sesebuah produk memainkan peranan penting. EssenHerb Bulgarian Rose adalah beauty booster yang boleh anda gunakan sebagai toner untuk kulit wajah yang kering.

Kandungan alam semulajadi seperti 84% air Rosa Damascena Flower (dengan konsentrasi tinggi) serta (Rosa Damascena-based Formulation & Rosa Damascena Flower Water) akan membantu kulit untuk lebih lembab, halus, putih dan bersinar. Masalah kulit kering tiada lagi.

Itulah dia antara 10 toner terbaik untuk kulit kering boleh anda cuba. Jom baca juga toner terbaik untuk kulit kusam, toner untuk kulit jerawat dan serum terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.