Mencari tempat menarik di Langkawi 2021 ini? Pulau dan pantainya yang memukau menjadikan Langkawi lokasi percutian terkenal bukan sahaja di dalam negara, malah kepada pelancong asing.
Aktiviti menaiki bot dari satu pulau ke pulau yang lain seringkali menjadi kewajipan pengunjung. Tapi, bukan itu sahaja sebenarnya tarikan di Langkawi. Berikut adalah lokasi unik pilihan penulis untuk dilawati pengunjung. Termasuklah tempat makan best dan pantai di Langkawi yang boleh anda kunjung.
Jika anda dan keluarga sukakan cabaran, cubalah mendaki kira-kira 600 anak tangga sebelum sampai ke lokasi unik yang terkenal di kalangan pelancong asing ini.
Imej via Foursquare
Ia digelar Telaga Tujuh kerana di sini terdapat 7 buah telaga kecil yang menurut mitosnya menjadi tempat puteri-puteri kayangan bermandi-manda. Dari telaga ini juga ada laluan bagi aktiviti merentas hutan.
Cuma, laluannya mungkin agak sukar bagi sesetengah individu yang baru atau tidak biasa dengan cabaran seperti ini.
Alamat: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah
Di Bird Paradise, anda dibenarkan memberi makanan kepada haiwan-haiwan seperti keldai, landak, dan burung. Keluarga anda juga pasti seronok kerana dapat membelai arnab-arnab yang jinak dan bergambar dengan ular sawa sambil menyaksikan 1500 ekor burung bebas berterbangan dalam taman berbumbung.
Dengan keluasan 5 ekar, taman ini menempatkan 2500 ekor burung dari 150 spesis berbeza. Di dalam taman ini juga dibina air terjun setinggi 15m.
Harga Tiket: RM24 (dewasa), RM16 (Kanak-kanak dan warga emas), RM39 (warga asing dewasa), RM22 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah.
Waktu Operasi: 830am-6pm setiap hari
Menyaksikan hijau hamparan padi dengan kira-kira 100 ekor kerbau, pasti satu pengalaman menarik kepada mereka yang jarang atau tidak pernah menyaksikannya sebelum ini.
Di sini jugalah anda boleh mendapatkan keju Mozarella yang diperbuat daripada susu kerbau selain yogurt dan aiskrim pelbagai perisa, segar dari ladang. Terdapat juga aktiviti menunggang kerbau serta kafe yang menyajikan hidangan termasuk daging kerbau.
Harga Tiket Masuk: RM3 (MyKad), RM5 (warga asing)
Alamat: Jalan Nyior Chabang, Kampung Nyior Chabang, 07000 Langkawi.
Waktu Operasi: 9am-5pm (Sabtu-Khamis)
Sumbangan Perdana Menteri ke-4 Malaysia ini bukanlah sedikit. Maka, anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara oleh Tun Dr Mahathir diabadikan di muzium ini di mana kita dapat melihat kesenian dan kebudayaan yang tercetak pada pemberian tersebut.
Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (kanak-kanak), RM3 (pelajar IPT) RM10 (warga asing dewasa), RM4 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 830am-530pm setiap hari
Ini antara tempat meanrik di Langkawi perlu anda pergi. Dari ketinggian 708m di atas paras laut, anda sekeluarga akan menyaksikan panorama indah hutan, gunung dan pulau sekitarnya.
Di samping itu, terdapat juga aktiviti lain termasuk SkyRex, SkyDome, SkyBridge, SkyTrail dan SkyGlide. Jadi, anda bukan sahaja melakukan satu aktiviti di sini tetapi lebih 6 aktiviti dalam satu tempat!
Harga Tiket: RM30-RM55 seorang (Normal) dan RM90-RM105 seorang (Express Lane) Pakej-pakej lain juga disediakan.
Alamat: Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin-Khamis), 930am-7pm (Jumaat-Ahad)
Telusuri sungai dengan bot sambil menyaksikan keindahan flora dan fauna di kawasan berkeluasan 100 km persegi. Anda juga dibawa ke lokasi-lokasi lain seperti Gua Kelawar, ladang ikan, Gua Buaya, memberi makan kepada helang, dan sebagainya mengikut pakej.
Harga Tiket: Mengikut jenis pakej bermula RM150 satu bot.
Alamat: Jetty Kilim, Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 9am-5pm setiap hari.
Makan buah-buahan secara percuma dan menyewa tapak prkhemahan bersama keluarga adalah aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Ada lebih 20 jenis pokok buah-buahan tempatan termasuk pulasan, buah naga dan belimbing.
Harga Tiket: RM7 (dewasa), RM3 (kanak-kanak), RM25 (warga asing dewasa), RM10 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Padang Gaong, Taman Harmoni, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 830am-5pm (Sabtu-Khamis)
Akuarium terbesar di Malaysia ini (60,000 kaki persegi) memuatkan lebih 500 spesis haiwan laut termasuk penguin, jerung, dan arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang.
Imej via Foursquare
Tarikan juga meliputi terowong dalam air sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.
Harga Tiket: RM36 (dewasa), RM26 (Kanak-kanak), RM46 (warga asing dewasa), RM36 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)
Imej via Anton Diaz
Bawa keluarga anda merasai permainan ilusi optik menerusi lukisan dan mural 3D. Pastikan ruang kamera anda cukup besar untuk merekodkan pengalaman di muzium 3D kedua terbesar dunia ini.
Harga Tiket: RM30 (dewasa), RM20 (Kanak-kanak), RM38 (warga asing dewasa), RM28 (warga asing kanak-kanak).
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: 9am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)
Mungkin apabila melihat namanya, anda merasakan yang restoran ini merupakan restoran nasi kandar biasa sahaja. Namun, jika anda mencuba menu-menu di restoran ini, anda pasti mengubah fikiran anda.
Imej via Foursquare
Hal ini kerana restoran ini menyajikan aneka jenis makanan di restoran mamak yang sedap-sedap belaka. Contohnya, garlic butter naan, nasi kandar berlaukkan kari kambing atau daging, dan banyak lagi!
Alamat: Jalan Pantai Chenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: 24 jam
Dikatakan pantai paling sibuk di Pulau Langkawi. Ini kerana terdapat banyak restoran, kedai-kedai cenderamata dan kedai-kedai bebas cukai di sini.
Pantainya yang cantik pula menjadikan ia tempat pilihan pelancong untuk bersantai dan merakamkan memori percutian mereka.
Tambahan pula, jaraknya hanya 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Langkawi. Di sini juga terletaknya resort dan hotel untuk kemudahan tempat tinggal bagi pelancong serta tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.
Dengan keluasan 100 kilometer persegi, Kilim Geoforest Park terkenal dengan pantainya yang bersih, hutan paya bakau serta bukit batu kapur berusia lebih 500 juta tahun.
Jaraknya hanya 5 minit pemanduan dari pantai Tanjung Rhu yang sememangnya sudah dikenali mempunyai pemandangan yang cantik.
Imej via Foursquare
Selain pohon-pohon hijau, air yang jernih, pantai yang bersih, banyak haiwan liar ditemui di sini termasuk pelbagai jenis burung seperti helang dan burung raja udang.
Pengunjung dapat menelusuri sungai dengan perkhidmatan bot yang disediakan untuk menikmati pemandangan sekitarnya.
Alamat: 3 kilometer Timur Laut Pantai Tanjung Rhu
Harga lawatan menaiki bot: RM200 – RM500 untuk sebuah bot
Watak lelaki dalam sebuah drama bersiri antarabangsa pernah memuji watak wanita dalam salah satu sirinya dengan mengumpamakan kecantikannya seperti matahari terbit di Tanjung Rhu.
Airnya sejernih kristal, pasirnya putih dan halus, sunyi dan tenang. Itulah tarikan utamanya. Apa yang ada di sekelilingnya adalah hiasan untuk menyerikan lagi kecantikan aslinya.
Contohnya, ada beberapa gerai di tepi jalan yang menjual makanan tempatan yang terkenal di sana iaitu mee gulung.
Alamat: Selepas Pantai Pasir Hitam
4000 ekor buaya ditempatkan di dalam taman seluas 20 ekar ini bagi tatapan pengunjung. Antaranya ialah spesis buaya terbesar iaitu Buaya Tembaga, di samping Buaya Siam dan banyak lagi.
Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan buaya, memancing buaya, memberi makan kepada buaya, dan pelbagai lagi termasuk pusat pendidikan yang memberi maklumat kepada pengunjung mengenai buaya.
Crocodile Adventureland terbahagi kepada beberapa bahagian, dan apa yang menarik juga adalah ia berlatarbelakangkan gunung.
Alamat: Jalan Datai, Mukim Air Hangat, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Harga Tiket: RM18 / RM25 (dewasa / antarabangsa), RM12 / RM18 (kanak-kanak / antarabangsa)
*Harga tidak termasuk aktiviti. Pakej juga disediakan yang merangkumi aktiviti dan makanan.
Imej via kuala-lumpur.ws
Jika anda pernah ke Skytrex Shah Alam, ini adalah cawangan mereka di Langkawi. Skytrex Langkawi terletak di Burau Bay. Mereka yang sukakan cabaran boleh menguji kecekapan diri mereka di sini.
Malah, kanak-kanak bermula usia 12 tahun juga dibenarkan untuk menyertai aktiviti di sini. Walaupun begitu, mereka yang berusia 17 tahun dan ke bawah memerlukan kehadiran ibu bapa.
Dengan aktiviti mencapai 30 meter dari tanah, di celah-celah hutan, kekuatan fizikal dan mental anda diuji semasa anda berdiri, berjalan, memanjat, dan bergayut. Pengunjung disyorkan untuk membuat tempahan awal kerana ia sering dikunjungi ramai.
Alamat: Barat Laut Langkawi, berhampiran Burau Bay
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 3pm)
Harga Tiket: RM53 (Little Legend Adventure), RM64 (Eagle Thrill), RM75 (Island Extreme) *Harga istimewa kepada yang membuat tempahan dalam talian.
Beras Terbakar merupakan lokasi bersejarah di mana pada tahun 1821, telah berlaku peperangan di antara Siam dengan Langkawi.
Padang Matsirat adalah kawasan yang mempunyai banyak sawah padi berbanding kawasan lain di Pulau Langkawi. Ia menjadi sumber keperluan utama penduduk di pulau itu. Jadi, bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan musuh, penduduk diarahkan untuk mengumpulkan dan membakar beras yang mereka ada.
Walaupun begitu, taktik tersebut tidak berjaya. Masyarakat percaya ia juga disebabkan oleh sumpahan yang dikenakan oleh Mahsuri beberapa tahun sebelum itu.
Alamat: Kediaman Ku Halim Bin Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 6pm)
Harga Tiket: PERCUMA
Tidak seperti namanya yang dikatakan diperolehi daripada sebuah legenda di mana anak-anak kapal ditemui mati lemas selepas ribut besar.
Hanya 4km dari timur Teluk Datai, Pantai Pasir Tengkorak merupakan pantai yang paling sesuai untuk berehat. Pasirnya putih, airnya jernih dan dikelilingi hutan dara.
Ia amat sesuai untuk bermandi-manda, berkhemah dan juga trekking. Bagi pelancong asing, inilah tempat yang mereka gemari untuk berjemur.
Di sini juga terdapat pembentukan batu yang menarik berusia lebih 500 juta tahun. Pengunjung turut menyamakan keindahan tempat ini dengan sebuah pulau indah di Thailand.
Alamat: Hutan Lipur Pasir Tengkorak
Imej via tempatmenarik.my
Durian Perangin ialah air terjun setinggi 14 tingkat! Ya, 14 tingkat di mana anda dapat melihat 14 kolam air terjun yang bersih dan jernih airnya.
Airnya turun dari gunung tertinggi di Pulau Langkawi iaitu Gunung Raya. Anda akan menyaksikan keindahan flora dan fauna semasa berjalan sampai di air terjun. Pokok durian merupakan salah satu daripadanya.
Malah, nama air terjun ini juga diperolehi kerana terdapat banyak pokok durian di sekitarnya. Air Terjun Durian Perangin menyediakan tempat letak kereta, gerai-gerai menjual makanan dan minuman dan gazebo untuk kemudahan pengunjung.
Oleh itu, ia sering dikunjungi penduduk tempatan yang datang bersama keluarga.
Alamat: 07000 Langkawi
Air terjun tertinggi di Pulau Langkawi ini mempunyai ketinggian kira-kira 200 meter. Ia meliputi 3 tingkat air terjun yang mana air terjun pada puncaknya adalah setinggi kira-kira 30 meter.
Batu syal dan batu pasirnya sudah pun berusia 500 juta tahun! Air Terjun Temurun terletak di Gunung Mat Cincang.
Dalam perjalanan menuju ke air terjun, anda akan menemui kumpulan monyet. Anda diingatkan agar tidak memberi monyet-monyet ini makan.
Selain itu, anda juga akan menemui banyak rama-rama, burung-burung dan haiwan-haiwan kecil di sekitar anda.
Alamat: 07000 Langkawi (42km dari Bandar Kuah)
Pantai ini mendapat namanya kerana ada habuk atau debu berwarna hitam yang bercampur dengan pasirnya.
Walaupun begitu, dari mana asalnya tidak dapat dipastikan walaupun ada kisah mistik dan kajian sains dikaitkan dengannya. Pantai inilah tempat hiburan seluruh keluarga.
Ada taman permainan untuk kanak-kanak, ada bot untuk aktiviti bot, ada gerai menjual makanan ringan sesuai untuk berkelah, dan kedai-kedai yang menjual pakaian, cenderamata dan sebagainya.
Ini juga lokasi sesuai untuk mereka yang suka memancing.
Alamat: Jalan Teluk Yu (20km dari Bandar Kuah), 07000 Kedah
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 4pm)
Ini adalah restoran yang sangat terkenal dengan masakan Melayu. jika anda gemarkan lauk-pauk Melayu, masakan kampung di sini pasti cocok dengan citarasa anda.
Imej via Foursquare
Selain menyajikan aneka jenis lauk-pauk, mereka juga turut menyediakan ulam-ulaman. Jika mahu kelainan, cuba kerabu bronok yang merupakan menu yang cukup terkenal di Langkawi.
Harga yang dikenakan pula amat berpatutan. Layanan pekerja pula tidak mengecewakan pelanggan. Tiada masalah semasa mencari tempat meletak kereta kerana ada banyak ruang disediakan.
Alamat: Jalan Teluk Yu (bertentangan dengan Kompleks Kraf Budaya)
Imej via Foursquare
Arca helang gergasi berwarna coklat kemerahan ini mempunyai ketinggian 12 meter. Ia menjadi mercu tanda bagi Pulau Langkawi. Ini kerana nama Langkawi merupakan gabungan Helang (Lang) dan Kawi (coklat kemerahan).
Lokasinya berhampiran dengan Jeti Kuah. Malah, anda perlu berjalan kaki sahaja untuk ke sini dari Jeti Kuah. Pelancong ‘mengesahkan’ kenangan mereka di Langkawi dengan merakamkan gambar mereka di sini.
Tambahan pula, laut terbentang luas dengan gunung-ganang menjadikan dataran ini tampak sangat indah.
Alamat: Kuah, 07000 Langkawi
Tak sahlah ke Langkawi kalau tidak terjah restoran makanan laut! Selera Lubuk Buaya merupakan salah satu restoran makanan laut yang popular sekitar sini.
Imej via Foursquare
Makanan laut seperti siakap masam manis, sotong goreng tepung, tomyam dan ketam cili merupakan antara yang laku keras. Rugi jika tak cuba!
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (3pm – 2am), Ahad (3pm – 12am)
Gunung Raya adalah gunung tertinggi di Langkawi pada ketinggian 881 meter. Ia berkeluasan 5000 hektar dan di dalamnya penuh dengan flora dan fauna yang menakjubkan.
Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat bertemu dengan burung enggang yang boleh mencapai 1.3 meter panjang.
Gunung yang menempatkan hutan hujan ini sudah tentu menjadi pilihan kepada mereka yang suka mendaki dan mendamaikan jiwa dengan alam semulajadi. Dari puncaknya, anda dapat melihat Laut Andaman dan Thailand.
Alamat: 07000 Langkawi
Dengan ketinggian 850 meter, ia menjadi gunung ke-dua tertinggi selepas Gunung Raya. Sebagaimana indahnya pemandangan di Gunung Raya, begitu juga dengan Gunung Mat Cincang.
Kerana itulah ia menjadi tempat untuk aktiviti menaiki kereta kabel yang terkenal di Langkawi. Pemandangannya yang menakjubkan memukau pengunjung yang menaiki kereta kabel dari ketinggian 709 meter dari aras laut.
Di sini juga letaknya Sky Bridge. Gunung Mat Cincang berjiran dengan Gunung Raya serta berkongsi lagenda yang sama iaitu mengenai dua gergasi bernama Mat Raya dan Mat Cincang.
Alamat: 07000 Langkawi
Selepas menaiki Sky Cable, anda akan berada di Sky Bridge yang panjangnya 410 kaki. Jambatan ini dibina melengkung di atas Gunung Mat Cincang. Jadi, anda berada pada ketinggian kira-kira 2300 kaki dari aras laut.
Imej via Foursquare
Siapa yang takut dengan tempat tinggi, mungkin akan merasainya juga di sini. Tapi, usah khuatir. Kerana ia dibina cukup selamat dan dengan lebar 1.8 meter. Sepertimana anda dapat menyaksikan pemandangan indah dari Sky Cable, begitu juga keadaannya di sini.
Amat rugi jika anda tidak mengambil gambabr atau merakamkan video anda di sini.
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, Teluk Burau, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 8pm)
Jika disebut sebagai kawasan membeli-belah terbuka, mungkin tiada apa yang menarik untuk dibayangkan. Namun, sebaliknya di sini. Di tengahnya ada tasik yang besar.
Ia dikelilingi kedai-kedai, galeri seni dan pameran haiwan. Harga yang dikenakan di kedai-kedai juga berpatutan terutama gerai-gerai kecil. Jadi, Oriental Village sentiasa sibuk dengan pengunjung.
Tambahan pula, ia juga adalah di mana terletaknya tempat membeli tiket bagi mereka yang mahu menaiki Sky Cable Car dan Sky Bridge.
Alamat: Teluk Burau, 07000 Langkawi
Pelabuhan dengan pangkalan khas tempat kapal layar ini mempunyai keluasan 27 ekar. Tempat yang asalnya sebuah perkampungan nelayan telah dibangunkan menjadi ruang mewah untuk kapal-kapal layar.
Di sini juga terletaknya restoran-restoran masakan antarabangsa seperti masakan Jepun, Itali dan Rusia. Jadi, Telaga Harbour Marina cukup terkenal di kalangan pelancong asing.
Kedudukannya yang berhadapan dengan lautan luas menjadikan ia sebuah tempat yang menarik dan sibuk terutama pada waktu malam.
Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi
Kisah Mahsuri merupakan kisah lagenda terkenal berasal dari Langkawi. Mahsuri menjadi mangsa fitnah rasa cemburu ibu mertuanya sendiri yang menuduhnya berzina dengan lelaki lain semasa suaminya pergi berperang.
Mahsuri kemudian dihakimi dengan tidak adil oleh penduduk kampungnya dan dihukum bunuh. Semasa tombak mengenai tubuhnya, darah putih mengalir daripada tubuhnya.
Mahsuri menyumpah Langkawi untuk tujuh keturunan. Tidak lama kemudian, Siam menyerang Langkawi dan ramai menganggap ia akibat sumpahan yang dikenakan oleh Mahsuri. Kini, makam mahsuri iaitu lokasi di mana Mahsuri dibunuh dijadikan lokasi bersejarah.
Alamat: Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka
Jika anda terlibat dengan aktiviti island hopping, anda sudah pasti akan dibawa ke pulau ini. Pulau Beras Basah mengekalkan kecantikan semulajadinya, Jadi, tiada pembangunan yang anda akan temui.
Hanya biru lautnya, pasir putihnya dan pepohon hijau. Di sini juga tiada penempatan kecuali kumpulan monyet-monyet liar yang anda perlu awasi kerana ia suka mencuri barang tetamu pulau. Maka, ini bukan pulau untuk anda bermalam.
Tapi, ia lokasi terbaik untuk anda mandi-manda, menaiki banana boat, parasail, dan menunggang jet-ski.
Imej via hmetro
Selain Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting juga bukan pulau yang berpenghuni. Ia mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai wanita hamil.
Ia mengambil masa 15 minit dari jeti untuk mendaki ke tasik yang paling digemari pelancong di pulau ini. Ramai pelancong tidak melepaskan peluang untuk mandi di tasik dengan kedalaman 10 meter dan dikelilingi hutan bakau dan batu kapur.
Kerana ia terlalu dalam, mereka yang tidak mahir berenang dan kanak-kanak disyorkan untuk memakai jaket keselamatan. Mereka yang suka jungle trekking pula boleh cuba meneroka hutannya.
Anda sudah menyelam dan sudah mendaki di Langkawi. Kini, masanya untuk sesuatu yang lebih menakjubkan – terbang di udara! Jangan khuatir jika anda tiada pengalaman.
Ini kerana anda akan berada di bawah bimbingan pengajar bertauliah sepanjang anda berada di udara. Jadi, aktiviti ini sesuai untuk sesiapa sahaja dan ia sudah pun meniti di bibir para pelancong yang berada di Langkawi.
Anda akan diberikan taklimat dan latihan, melihat keindahan Pulau Langkawi selama 20 minit di udara sebelum melompat di udara selama 30 saat dengan kelajuan 120 batu sejam!
Alamat: No. 7 Office, Kampung Bukit Nau, Padang Matsirat
Harga: RM1350 – RM2000 (berbeza mengikut musim dan pakej)
Mahu mencuba Nasi Arab yang terlajak sedap dan asli? Singgah sahaja di Kaki Gunung Cafe! Restoran ini merupakan antara restoran Nasi Arab yang cukup terkenal di sini.
Imej via Foursquare
Dagingnya yang lembut dan segar menjadi rahsia kelazatan menu tersebut. Di samping itu, servis yang bagus, kebersihan ruang restoran serta keluasan tempat parkir merupakan antara perkara yang patut dipuji. Terbaik!
Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat
Ini tempat yang digemari pelancong kerana di dalamnya ada pelbagai produk kraf tempatan seperti ukiran kayu, batik, anyaman dan seramik.
Ada tiga bahagian di dalamnya yang mempunyai fungsi masing-masing. One Stop Center disediakan khas untuk usahawan kraf tempatan menjual produk kraf mereka.
Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan menunjukkan budaya dan adat kaum-kaum utama di Malaysia. Aktiviti Interaktif Kraf pula khas buat pelancong yang mahu cuba mencanting batik, mendirikan keris dan menyumpit.
Alamat: Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 6pm)
Harga Tiket: RM10 (tempatan), RM15 (pelancong asing)
Gamat bukan nama asing bagi rakyat tempatan. Biasanya ia dijadikan minyak mengubat luka dan kini mulai berkembang sebagai produk kecantikan dan kesihatan.
Sepasang suami isteri di Langkawi telah mengasaskan Nusantara Maju Enterprise yang memiliki kilang gamat terbesar di Langkawi.
Ramai pelancong datang ke sini untuk mengenali dan mempelajari bagaimana proses menghasilkan minyak gamat dilakukan selain membeli produk mereka. Terdapat bilik pameran disediakan dengan kemudahan termasuk tandas, surau dan kafe.
Alamat: Lot 3042, Kg Mata Ayer, Jalan Bayas, Mukim Ulu Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (830am – 530pm), Ahad (830am – 7pm)
Harga Tiket: PERCUMA
Jika anda hendak ke Langkawi, pasti ada yang menempah coklat daripada anda. Ini kerana terdapat beberapa tempat yang menjual pelbagai jenis coklat dengan kadar harga yang lebih murah. Ini semua milik Haji Ismail Group.
HIG mempunyai 5 cawangan kedai yang menjual coklat, barangan dapur, bagasi batik, dan kain pelikat. Pengunjung amat teruja dengan pelbagai barangan bebas cukai ini yang terdapat di pasaraya mereka.
Alamat: Dua cawangan berada di Jalan Pandak Mayah, satu cawangan di Kompleks Jetty Point, dan satu lagi di Kompleks Cayman
Muzium 5D ini ialah muzium pertama yang seumpamanya di Malaysia. Tujuannya adalah untuk menguji deria bau, rasa, dengar, lihat dan sentuh sebagai salah satu satu cara mempelajari perkara baru.
Muzium ini mempunyai pelbagai karya seni termasuk lukisan, kraf 3D, seni cetak dan arca pelbagai tema. Pengunjung disyorkan untuk datang ke sini dan alami sendiri pengalaman ini.
Alamat: Lot No. FF 2 & FF 3, Phase 1, Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah, 07000 Langkawi
Harga Tiket: RM20 / RM25 (dewasa/ antarabangsa), RM15 / RM20 (kanak-kanak/ antarabangsa), RM15 (warga emas), RM60 / RM80 (pakej keluarga)
Pulau persendirian ini merupakan antara tumpuan pelancong di Langkawi. Aktiviti-aktiviti yang menarik merupakan antara punca ianya begitu terkenal di sini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menaiki jet ski, banana boat, menyelam dan juga zipline. Pasti cocok dengan jiwa individu yang gemar melakukan aktiviti mencabar!
Alamat: Paradise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am- 8 pm
Harga mengikut pakej: Silver RM 180 | Gold RM 245 | pLATINUM rm 375
Alamat: Batu 5 ¼, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (8am – 4pm)
Nah, satu lagi restoran yang terkenal dengan masakan kampung – Restoran Siti Fatimah! Anda juga boleh mencuba kerabu bronok, sejenis kerabu yang sangat terkenal di Langkawi.
Imej via Foursquare
Selain itu, menu lain seperti gulai nangka, ikan bakar, gulai talang ikan masin dan ayam goreng juga merupakan antara yang wajib anda cuba. Sudah mula rambang mata ke tu?
Beberapa sawah padi, taman-taman herba, galeri dan muzium berkaitan padi. Lawatan ke kompleks yang besar ini amat sesuai bagi mereka yang meminati bidang pertanian.
Lebih-lebih lagi jika anda mendapatkan lawatan berpandu dari Laman Padi. Anda dijamin akan pulang dengan ilmu penuh di dada.
Ia mungkin bukan untuk semua orang tetapi amat berbaloi kepada mereka yang benar-benar meminatinya. Kira-kira 2 jam lawatan berpandu memberikan anda ilmu tentang menanam padi secara tradisional.
Anda juga akan dibawa ke sawah padi dan muzium yang menyimpan sejarah padi. Laman Padi juga mempunyai dua buah restoran yang dikelilingi pepohon hijau bagi menamatkan penerokaan ilmiah anda.
Alamat: Laman Padi, Pantai Cenang, Mukim Kedawang
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 6pm)
Harga Tiket: PERCUMA
Taman Lagenda mempunyai landskap yang sangat indah. Pohon-pohon hijau dan 4 buah tasik dan pantai buatan menjadikan ia lokasi perkelahan pilihan penduduk tempatan dan pelancong asing.
50 hektar laman dihias dengan tema kisah-kisah lagenda atau kisah rakyat di Langkawi. 17 monumen indah disesuaikan dengan kisah gergasi, raksasa yang jahat, burung mistik, dan puteri-puteri yang rupawan.
Antaranya adalah kisah terkenal Mahsuri dan dua gergasi iaitu Mat Chincang dan Raya. Setiap kisah ditulis pada batu untuk bacaan dan pengetahuan pengunjung.
Alamat: Bersebelahan Dataran Lang dan Jeti Kuah
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 7pm)
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel telah diadakan di Langkawi pada bulan Oktober 1989.
Taman CHOGM dibina bagi memperingati peristiwa tersebut. Delegasi dari pelbagai negara itu telah menanam pelbagai jenis pokok di taman awam ini dengan setiap satunya ditandakan dengan nama negara yang diwakili.
Taman yang berkeluasan 10 ekar ini dihias dengan pepohon landskap untuk menjadikannya sebuah taman yang indah. Terdapat sebuah monumen yang dibina berpandukan logo CHOGM.
Suatu ketika dulu, bendera-bendera negara Komanwel diletakkan di situ.
Alamat: Persiaran Putra, Kuah
Imej via Foursquare
Pasar Malam bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Ia ada di seluruh negara dan dikunjungi pengunjung dari dalam dan luar negara.
Apa yang menarik mengenai pasar malam adalah barangan dan makanan tempatan yang dijual. Jika anda mahu ke Pasar Malam di Langkawi, berikut adalah lokasi dan masanya:
Pasar Malam Ulu Melaka
Lokasi: Ulu Melaka, Jalan Padang Matsirat
Waktu Operasi: Isnin (6pm -10pm)
Pasar Malam Padang Matsirat
Lokasi: Tempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat
Waktu Operasi: Ahad (6pm – 10pm)
Pasar Malam Air Hangat
Lokasi: Berdekatan Bulatan Simpang 4, Ayer Hangat
Waktu Operasi: Jumaat (6pm – 10pm)
Pasar Malam Padang Wahid
Lokasi: Simpang Tiga Dimat / Padang Wahid
Waktu Operasi: Selasa (6pm – 10pm)
Pasar Malam Kuah
Lokasi: Depan Hotel Baron, Kuah
Waktu Operasi: Sabtu dan Rabu (6pm – 10pm)
Anda mesti makan makanan yang terkenal di lokasi percutian untuk memastikan percutian anda lengkap. Hafiz Rojak nama yang cukup dikenali di kalangan penduduk tempatan dan penduduk luar Langkawi.
Malah, ia pernah muncul dalam rancangan makan terkenal Jalan-Jalan Cari Makan. Rojaknya memang sudah terkenal tapi anda juga boleh mencuba mee rebus, nasi lemak, laksa, pasemburn dan cendolnya.
Pemiliknya pernah memenangi beberapa pertandingan memasak. Jadi, ada jaminan untuk kelazatan makanannya. Lokasi Hafiz Rojak yang berada di tepi pantai memberikan satu lagi kelebihan kepada Hafiz Rojak.
Alamat: Pantai Kok, Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (2pm – 730pm)
Sesuai dengan namanya, Idaman Suri memang idaman hati semua suri rumah. Mereka menjual pinggan mangkuk, peralatan memasak, tuala, cadar, dan selimut dengan harga yang sangat murah.
Menurut mereka yang pernah ke sini, perancangan untuk berjimat-cermat sering berubah saat kaki melangkah ke sini.
Ini kerana barang-barang yang dijual cantik dan murah. Kerana itu jugalah, rombongan kaum hawa selalu memasukkan Idaman Suri dalam itinerari percutian mereka.
Alamat: No.1, Taman Seri Berlian, Taman Seri Berlian, 07000 Kuah
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (930am – 8pm), ditutup pada hari Jumaat
Saat menjejakkan kaki ke sini, Nasi Dagang Pak Malau sudah pun memenangi pandangan mata. Kedai makannya kecil tetapi sangat indah dengan bumbung nipahnya.
Ia tampak begitu serasi dengan pemandangan sawah dan gunung yang terbentang luas di belakangnya. Pemiliknya pula amat mesra dengan pengunjung. Nasi Dagang Pak Malau menyediakan, sudah tentu, nasi dagang yang berasal dari Timur dan Kelantan.
Biasanya ia hanyalah nasi dan kari ikan tapi bagi menyesuaikan ia dengan citarasa Langkawi yang pelbagai, mereka turut menyediakan kari-kari yang lain juga.
Alamat: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8am – 2pm)
Kepada pencinta makanan Thai, anda wajib singgah Wan Thai Langkawi Restaurant yang ada menyediakan makanan Thai yang asli dan sedap.
Imej via Foursquare
Ada berbagai menu yang boleh dicuba. Antaranya ialah ayam pandan, pulut mangga, kerbau mangga, nasi goreng nanas, tomyam dan sotong goreng tepung. Kami berani jamin kesemuanya tak terhingga!
Alamat: 80-82 Langkawi Mall Dundung Langkawi, 07000 Kuah
Waktu Operasi: 11am–3:30pm, 6:30–10:30pm
Nikmati suasana romantik bersama-sama yang tersayang dengan melihat matahari terbenam dari kapal.
Anda akan bertolak dari pangkalan kapal layar pada pukul 5 petang untuk membawa anda kepada lokasi yang memberikan anda petang yang mendamaikan.
Anda juga diberikan peluang untuk merendamkan diri di dalam laut Andaman dari jaring yang ditebarkan dari kapal. Seterusnya, anda disajikan dengan makan malam dan muzik. Pengalaman 3 jam di laut dan di atas kapal ini biasanya digemari oleh pelancong asing.
Alamat: 5, Sunmall Complex, Jalan Telok Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 8pm)
Harga: RM260 (dewasa), RM130 (kanak-kanak 4 – 12 tahun), PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.
Ada beberapa rumah terbalik di Malaysia. Tapi rumah terbalik di Langkawi ini merupakan yang terbesar di Asia dengan ketinggian 5 tingakt.
Rekabentuk rumahnya menarik, siap dengan laman yang cantik. Ia juga mempunyai restoran dan kedai cenderahati yang terbalik.
Alamat: Kampung Bayas, Jalan Padang Matsirat, Ulu Melaka, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 9pm)
Harga Tiket: RM18 (dewasa), RM12 (kanak-kanak), RM25 (pelancong asing)
Panas-panas begini enak juga jika kita pekena lauk yang dibuat kari, bukan? Untuk tujuan itu apa kata anda singgah di restoran Halim Gp Gulai Panas Airport ini.
Imej via Foursquare
Berita baik kepada yang ke Langkawi menaiki kapal terbang, sebaik sahaja mendarat, anda boleh menikmati kari yang disediakan di sini. Kari ikannya memang sedap, pekat dan beraroma!
Lauk yang boleh dipilih termasuklah ikan, udang, sotong, ketam yang segar-segar belaka. Anda wajib cuba!
Alamat: No. 4 Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari, 6pm – 12am
Kami tahu anda pasti ternganga melihat harga tiketnya, namun jika anda merasai sendiri pengalaman sepanjang berada di Umgawa Legendary Adventures ini, harga tiket itu semestinya berbaloi.
Imej via Caroline May Ling
Zipline di sini dikatakan bertaraf world-class. Anda akan merentas hutan di Gunung Raya menggunakan zipline di sini!
Di samping aktiviti yang mencabar, pihak mereka sangat mementingkan aspek keselamatan. Jadi, anda tidak perlu risau soal bahaya kerana zipline di sini dijamin selamat!
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 8.30 am – 4.30 pm
Harga tiket: RM 240
Ingin menaiki skybike? Singgah sahaja di Langkawi Skybike yang terletak di Kuah ini! Bukan senang nak jumpa tempat di Malaysia yang menawarkan skybike, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Imej via Langkawi VIRAL
Selain skybike, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti menaiki ATV dan memandu go-kart. Bagi yang sukakan aktiviti mencabar, inilah tempatnya buat anda!
Alamat: Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, 07000 Kuah, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 9.30 am – 5.30 pm
Harga tiket: RM 200 untuk 5 game
Salah satu tempat go-kart bertaraf antarabangsa yang patut anda kunjungi terletak di Langkawi, dan ianya adalah Morac Adventure Park!
Imej via Foursquare
Terletak berhampiran dengan lapangan terbang, rata-rata pengunjung memuji go-kart yang dikatakan canggih dan memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna. Dijamin menarik, anda wajib serbu!
Alamat: Lot 67, Pantai Cenang Mukim Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 – 12 am
Harga tiket mengikut sesi: 1 Sesi RM75 | 3 Sesi RM215 | 5 Sesi RM355 | 10 Sesi RM690
Antara masjid yang terbesar dan paling terkenal di Kuah ialah Masjid Al-Hana. Masjid ini bukan sahaja luas dan besar, malah cantik dan selesa untuk anda yang ingin beribadah di sini.
Imej via Foursquare
Dibina pada tahun 1959 dan mempunyai senibina gaya Moor, Masjid Al-Hana tidak sama seperti beberapa masjid lain di Malaysia tetapi strukturnya menarik perhatian.
Ia menggabungkan motif Islam dari Uzbekistan ke dalam seni bina gaya Melayu. Masjid ini juga mempunyai kubah utama berlapis emas dan beberapa kubah berwarna peach yang lebih kecil di sekelilingnya, sangat menarik!
Alamat: Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Alamat: 82 – 98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9am – 6pm), ditutup pada hari Jumaat
Jika anda mencari nasi ayam, apa kata cuba dapatkannya di Restoran Pak Hj. Ya Nasi Ayam? Restoran ini merupakan antara restoran nasi ayam yang terbaik sekitar sini.
Imej via Foursquare
Di samping rasanya yang sedap, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Saiz hidangannya juga besar, sangat berbaloi. Sup serta sambal memang wajib dicuba, dijamin enak!
Pulau Payar adalah lokasi snorkelling dan menyelam yang terkenal. Hidupan laut termasuk batu karang yang cantik dijaga dengan baik bagi mengekalkan kewujudannya.
Walaupun tiada penempatan di sini, pihak pengurusan tetap menyediakan meja perkelahan, alatan BBQ, gazebo dan tandas sebagai kemudahan kepada pengunjung.
Harga Tiket: RM120-RM200
Alamat: No.6 Kampong Bendang Baru, Kuah Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah
Tidak jauh dari Pantai Cenang, ada sebuah lagi pantai yang indah yang juga merupakan sambungan kepada Pantai Cenang. Pantainya yang panjang menjadi tempat banyak resort dan hotel yang terkemuka.
Antaranya adalah Ambong-Ambong, Resorts World Langkawi, The Frangipani Langkawi Resort, La Pari-Pari dan Villa Del Porto. Ini kawasan yang paling sesuai untuk berehat. Lebih-lebih lagi jika anda mahukan spa bagi menyegarkan tubuh.
Hendak mendapatkan perkhidmatan ke pulau-pulau dan lawatan ke hutan paya bakau juga mudah dari sini.
Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi
Bila anda ke Herbwalk, maksudnya anda mahu mempelajari tentang lebih daripada 500 spesis tumbuh-tumbuhan yang digunakan bagi tujuan perubatan.
Anda dijamin pulang dengan ilmu yang dikongsi oleh Dr Abdul Ghani Hussain atau lebih dikenali sebagai Dr Ghani. Dr Ghani merupakan seorang pengamal perubatan yang sudah menetap di Langkawi selama lebih 30 tahun.
Beliau kini memberi tumpuan kepada perubatan tradisional Melayu dan perubatan Islam.
Waktu Operasi: Setiap hari (9am – 11am) kecuali ketiada Dr Ghani tiada
Tempahan: 012-4523404 (Dr Ghani), 018-3973407 (Dayang), 04-9593378
Mereka yang mahu menunggang kuda, dijemput datang ke Island Horses. Apa yang menarik mengenai menunggang kuda di sini adalah anda mempunyai beberapa pilihan lokasi menunggang termasuk pantai, hutan dan pergunungan/perkampungan.
Ini pasti suatu pengalaman menunggang yang berbeza daripada kebiasaannya. Island Horses bukan sebarang lokasi. Mereka turut memiliki pusat ekuestrian yang dinamakan Perdana Stables.
Alamat: The Perdana Stables, Air terjun Telaga Tujuh, 07000 Langkawi
Waktu Operasi (Menunggang): Setiap hari (7am – 11am, 4pm – 6pm)
Harga Tiket: RM60 (Fun Ride selama 30 minit), RM240 (Beach Rides selama 1 – 2 jam), RM240 (Jungle Rides selama 1 – 2 jam), RM440 (Mountain Trail)
Geopark Hotel terletak di Oriental Village Langkawi di mana Sky Bridge dan Sky Cable Car yang khusus untuk menikmati kecantikan Gunung Mat Chincang berada.
Secara khususnya, Geopark Hotel berada di kaki gunung yang berusia lebih 550 juta tahun. Jadi, anda dapat membayangkan keindahan kawasan sekitar hotel ini.
Anda bukan sahaja tinggal dikelilingi kehijauan alam, tetapi ia juga berhampiran dengan lokasi pelancongan seperti Air Terjun Telaga Tujuh, Pantai Kok dan Perdana Quay.
Lawati www.geoparkhotel.com untuk tempahan.
Satu lagi masjid yang terkenal di Langkawi ialah Masjid Aishah. Dari luar sahaja anda pasti akan terpegun melihat rekaan masjid yang cantik ini.
Imej via Foursquare
Kebersihan masjid juga patut dipuji. Ramai pengunjung mengakui yang ianya memberikan keselesaan untuk mereka beribadah di sini. Jika berkesempatan, singgahlah solat di masjid ini.
Alamat: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Ingin menaiki helikopter dan mengelilingi Langkawi sambil menghayati kecantikan pulau-pulau di sini? Mungkin kedengaran mustahil, namun Helioutpost Langkawi ada menyediakan helicopter tour buat anda!
Imej via Instagram
Mereka mempunyai beberapa pakej untuk helicopter tour, dan yang paling terkenal ialah pakej South Langkawi Island Private Tour, Dayang Bunting Private Tour dan Cenang Private Tour.
Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 7 pm
Harga tiket: Bermula dari RM 398.00 – RM 3498.00
Siapa sahaja yag tidak sukakan bunga, tambahan pula bunga orkid. Di kalangan wanita terutamanya, bunga orkid ini memang sangat digemari.
Imej via Foursquare
Untuk itu, apa kata anda singgah di Langkawi Orchid Farm jika anda bercadang untuk ke Langkawi? Terdapat lebih 200 spesis orkid yang akan anda jumpa, dan semestinya semuanya cantik-cantik belaka!
Alamat: Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 6 pm
Tubotel memberikan anda pengalaman bermalam yang berbeza. Anda akan tidur dalam tiub konkrit yang comel berhadapan dengan pemandangan lautan luas yang indah.
Jika kelainan merupakan kesukaan anda dan tidak kisah berkongsi bilik mandi dengan pengunjung yang lain kerana anda mementingkan suasana tenang, ini adalah antara lokasi terbaik untuk anda di Langkawi.
Alamat: Pantai Cenang, Kuala Cenang. 07000 Langkawi
Pada waktu tengah hari, ramai pelanggan memenuhi warung Jom Ikan Bakar ini kerana terdapat aneka pilihan makanan yang sedap dan segar terutamanya ikan bakar.
Imej via Foursquare
Soal ruang makan yang penuh? Usah gundah, kerana ruang makan di sini agak luas dengan meja dan kerusi yang banyak. Lebih menarik lagi, ada minuman percuma disediakan!
Alamat: Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 5pm)
Ia tidak jauh dari Pantai Pasir Hitam dan boleh dikatakan merupakan sambungan kepada Pantai Pasir Hitam tapi tanpa pasir hitam.
Panjangnya hanya 200 meter sahaja tapi pantainya amat sesuai untuk bermandi-manda. Kawasan ini dipanggil Taman Awam Teluk Yu. Ada banyak pokok kelapa di sepanjang pantai lalu menjadikan laluan pejalan kaki di sini redup.
Banyak keluarga datang ke sini. Kanak-kanak, terutamanya, menyukai replika jerung yang ada di pantai. Tambahan pula, ada restoran di pantai untuk menjamu selera.
Ada pembaca di sini yang gemarkan aktiviti meluncur menggunakan payung terjun atau paragliding? Langkawi Gliders adalah tempat yang wajib anda serbu untuk tujuan itu!
Imej via The Trading Traveler
Anda akan menyaksikan pemandangan sekeliling yang cantik sambil anda meluncur. Soal keselaman, anda tidak perlu risau kerana pihak mereka semestinya menitikberatkan aspek itu. Jangan lupa singgah di sini nanti!
Alamat: 07000, Langkawi, Kedah
Berukuran 390 ekar, pulau ini merupakan pulau yang agak tersembunyi. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dan sejurus tiba, anda pasti akan terpegun dengan keindahan pulaunya.
Imej via Foursquare
Hotel 5 bintang yang terkenal iaitu Vivanta Langkawi terletak sekitar sini. Alang-alang bercadang ke Langkawi, menginap sahaja di resort ini.
Alamat: Pulau Rebak, 07000 Langkawi, Kedah
Mungkin jarang didengari, namun tidak bermaksud ianya tidak boleh dikunjungi. Datai Bay merupakan tempat yang terkenal dengan resort lima bintang.
Imej via Foursquare
Datai Langkawi adalah rumah kepada beberapa resort yang paling eksklusif dan mewah di Pulau Langkawi – The Datai dan The Andaman. Ianya terletak berdekatan dengan Langkawi Crocodile Farm, salah satu tarikan pelancongan di sini.
Imej via Facebook
Teringin makanan Jepun? Singgahlah di Unkaizen Japanese Restaurant yang merupakan satu-satunya restoran makanan Jepun di Langkawi. Ia dimiliki oleh satu keluarga dari Jepun yang berpindah ke Langkawi.
Semestinya makanan Jepun di sini sedap dan asli. Terdapat juga menu istimewa yang ditulis pada papan hitam yang mungkin memendekkan masa anda untuk membuat pilihan.
Restoran ini mendapat pujian pelanggan dari segi lokasi, hiasan dan keselesaan premis, layanan dan semestinya makanannya. Rugi jika anda tak serbu!
Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (6pm – 11pm), ditutup pada hari Rabu
Gua Maha ini bukan gua sebenarnya. Kawasan ini dibuat seperti sebuah gua dan ia menempatkan hasil kraftangan Cina yang berasaskan sarang burung layang-layang.
Kedengaran unik, bukan? Jika anda ingin menambah ilmu pengetahuan tentang kraftangan ini sambil melancong, lawati sahaja Gua Maha ini ya!
Alamat: : Lot 2836 Bukit Buluh Penyumpit, Langkawi Highway, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi: Setiap hari, 10.30 am – 7.30 pm
Pulau Dangali atau Pulau Dangli merupakan salah satu daripada puluhan pulau di Langkawi yang wajib anda lawati jika ke sini, terutamanya jika anda suka menerokai pulau-pulau.
Imej via Entree Kibbles
Keindahan pantai berpasir yang indah dan air yang jernih membuatkan ianya sesuai untuk para pengunjung berkelah, menyelam, menaiki bot dan mandi-manda bersama keluarga.
Ada banyak tempat bersejarah di Langkawi. Salah satunya ialah Makam Purba yang terletak di Kampung Padang Gaong. Jika anda pencinta sejarah, ini adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi.
Imej via Facebook
Makam Purba ini ditemui pada April 1975 yang berkemungkinan merupakan makam orang Acheh yang menetap di Langkawi.
Alamat: Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Unik nama pulau ini, kerana ianyanya berkaitan dengan kisah lagenda perkahwinan antara anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya.
Pulau ini terletak di barat daya Pulau Langkawi, dan di timur laut Pulau Beras Basah. Ada dua bahagian iaitu Pulau Kentut Kecil dan Pulau Kentut Besar.
Anda penggemar barangan kraftangan yang bukan sahaja cantik malah berpatutan harganya? Lekaslah singgah di Craft Center!
Imej via Facebook
Di sini ada macam-macam hasil kraftangan dan seni yang akan anda jumpa. Pendek kata, kalau bawa golongan ibu-ibu di sini, mesti berjam-jam kerana rambang mata!
Alamat: 07000 Langkawi, Kedah
Kami harap anda sukakan senari tempat menarik di Langkawi, tidak kisalah sama ada pantai di Langkawi, ataupun tempat makan best di Langkawi.
Selain tempat di menarik Langkawi, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan.