Sebagai seorang ibu yang menyusukan, semestinya tiada lain yang bermain di fikiran melainkan sentiasa berfikir cara untuk membanyakkan susu badan supaya anak anda tidak kelaparan.

Bertambah risau bila susu anda drop akibat stress, kepenatan, atau demam. Jangan rungsing ibu, jom kami kongsikan makanan tambah susu yang boleh anda ambil setiap hari.

makanan tambah susu

Sumber: Hellosehat

1. Sawi

Sawi, harganya murah dan mudah dibeli. Di mana-mana kedai atau supermarket ada jual sawi. Tahukah anda, sawi merupakan antara makanan tambah susu yang sangat berkesan. Anda boleh masak sawi dalam pelbagai cara sama ada digoreng, sup sayur, tumis air, atau campurkan dalam nasi goren. Kalau nak banyakkan susu, jangan lupa makan sawi selalu.

2. Halba

Halba merupakan rempah-ratus yang biasanya ada dalam setiap dapur. Halba sangat sedap jika dimasukkan ke dalam nasi lemak dan nasi dagang. Selain itu, halba juga membantu membanyakkan susu badan. Ada pelbagai cara untuk anda mengambil halba sebagai makanan tambah susu. Di antaranya ialah:

  • Memasukkan halba dalam nasi untuk dimakan setiap hari
  • Merebus halba bersama lemon sehingga mendidih, dan minum airnya setiap pagi dan malam.
  • Menjadikan halba sebagai jamu homemade dengan menumbuk halba, bawang putih, madu, dan halia lalu digentel seperti makjun dan dimakan setiap hari.

3. Longan kering

Longan kering adalah makanan tambah susu yang sering menjadi sebutan para ibu kerana keajaibannya untuk membanyakkan susu. Kalau susu anda tiba-tiba kering, segera beli longan kering untuk direbus dan diminum airnya.

4. Kurma merah

Selain longan kering, kurma merah juga sangat berkesan untuk membanyakkan susu badan. Anda boleh rebus kurma merah bersama longan kering, dan tambahkan sedikit gula batu. Bukan saha membanyakkan susu malah ia juga memberikan tenaga. Rasanya pun sedap.

5. Horlicks

Air horlicks bukan sahaja sedap, mengenyangkan dan memberikan tenaga, malah dia juga merupakan makanan tambah susu. Apabila lapar, bancuh secawan horlicks panas untuk mengisi perut. Atau anda juga boleh minum secawan horlicks panas sambil mengepam stok susu atau menyusukan anak.

6. Durian

Ada peminat durian kat sini? Tahukah anda, durian merupakan makanan tambah susu yang ramai orang tak tahu. Sifat durian yang panas menggalakkan penghasilan susu badan dan menyebabkan payudara cepat penuh. Malah durian juga membuatkan air susu berbau harum.

makanan tambah susu

Sumber: Rojakdaily

7. Coklat

Apabila anda makan coklat, badan akan merembeskan hormon yang memberikan anda rasa bahagia. Apabila anda rasa bahagia, secara automatik penghasilan susu juga akan meningkat. Nak susu banyak, jom makan coklat.

8. Badam

Badam bukan sahaja lazat malah membantu menambahkan susu badan. Ia kaya dengan protein dan zat besi. Ada pelbagai cara untuk anda mengambil badam setiap hari. Di antaranya ialah:

  • Jadikan badam sebagai jajan semasa lapar
  • Jadikan badam sebagai salad dressing
  • Susu badam. Caranya kisar badam bersama air suam dan sedikit madu sehingga halus dan minum setiap pagi.

9. Oat

Oat kaya dengan serat dan terbukti sebagai makanan tambah susu yang terbaik. Jika anda amalkan memakan oat setiap hari, anda bukan sahaja akan membanyakkan penghasilan susu malah ia membantu merendahkah paras kolesterol dalam badan. Anda akan menjadi semakin sihat.

10. Kurma

Kurma merupakan makanan sunnah kegemaran Rasulullah. Tidak dinafikan, kurma mempunyai 1001 khasiat dan salam satu daripadanya ialah memberikan tenaga supaya anda tidak mudah penat. Badan yang penat akan menyebabkan penghasilan susu berkurangan sementara badan yang bertenaga dan segar akan menghasilkan banyak susu.

11. Madu

Seperti kurma, madu juga membantu memberikan tenaga supaya badan sentiasa menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak anda.

makanan tambah susu

Sumber: Medicalnewstoday

12. Bayam

Bayam kaya dengan zat besi, kalsium, folat dan vitamin A yang menggalakkan penghasilan susu ibu. Jadikan bayam sebagai sayur kegemaran anda, pastinya susu akan semakin meriah.

13. Bijan

Bijan kaya dengan kalsium. pengambilan kalsium yang mencukupi menjamin  anda terhindar dari masalah kekeringan susu.

14. Lobak putih

Sup lobak putih sangat enak kalau dimakan dengan nasi panas. Tahukah anda, lobak putih juga merupakan makanan tambah susu yang murah dan berkesan. Sekarang anda dah ada menu baru untuk dimasukkan ke dalam senarai makanan harian anda.

15. Lobak merah

Seperti lobak putih, lobak merah juga membantu membanyakkan susu badan. Lobak merah boleh dimakan sebagai sayur, ulam, malah boleh dibuat jus lobak susu.

16. Soya

Makanan berasaskan soya seperti air soya, tau fu fah, tempe, dah tauhu juga merupakan makanan tambah susu yang akan membantu membanyakkan susu badan anda. Kalau pergi ke pasar malam, jangan lupa untuk beli semangkuk tau fu fah. Sedap kan.

17. Kacang dal

Kacang dal kaya dengan vitamin B. Dan vitamin B sememangnya terkenal sebaga vitamin yang mencetuskan modd bahagia dan gembira. Apabila anda gembira, susu badan juga akan menjadi banyak.

18. Buah jambu batu

Buah jambu batu kaya dengan vitamin C dan membantu membanyakkan susu badan.

makanan tambah susu

Sumber: Lifestyle

19. Kucai

Daun kucai sedap dibuat cekodok atau digoreng sebagai sayur. Daun kucai juga adalah salah satu makanan tambah susu yang murah dan mudah dimasak.

20. Barli

Anda suka minum air barli? Ia bukan sahaja membantu menyejukkan badan dan mengatasi masalah seperti kencing kotor, kencing tak lawas dan keputihan, malah barli juga membanyakkan susu badan.

21. Pegaga

Pegaga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam gulai masak lemak. Kalau anda nakkan kelainan, boleh juga minum jus pegaga.

22. Teh hijau

Teh hijau sudah lama digunakan sebagai makanan tambah susu. Anda juga boleh masukkan longan kering atau kurma merah ke dalam teh hijau yang diminum.

23. Makanan yang mengandungi yis

Makanan beryis seperti donut dan roti juga dikatakan membantu menambah susu.

Itulah dia makanan tambah susu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda pasti akan sukakan perkongsian kami tentang bengkak susu, penjagaan gigi susu dan  perkembangan bayi 2 bulan

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.