Jom ketahui khasiat jintan manis.Jintan manis merupakan di antara herba yang paling dikenali oleh ibu-ibu yang biasa masuk ke dapur. Selain menyedapkan masakan, jintan manis juga terkenal dengan khasiatnya untuk melangsingkan badan.

Jintan manis kaya dengan vitamin A, B, dan C, garam galian seperti fosforus, zat besi, magnesium, mangan, potassium, kalsium, asid amino, serat yang tinggi dan rendah dengan kalori.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan kelebihan dan khasiat jintan manis.

Imej via Bidadari

1. Melangsingkan badan

Khasiat jintan manis yang paling terkenal ialah untuk melangsingkan badan. Jintan manis membantu membakar lemak, meningkatkan kadar metabolisma, dan menurunkan berat badan anda dengan cepat. Anda perlu minum teh jintan manis sekurang-kurangnya 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat.

Namun harus diingat, untuk mendapat kesan yang optimum dari teh jintan manis ini, anda perlu menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Cara untuk membuat teh jintan manis ialah:

Bahan-bahannya:

  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar halba
  • 1 biji lemon
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar madu asli

Cara-caranya:

  • Hiris lemon nipis-nipis
  • Ketuk halia dan serai
  • Cuci semua bahan sehingga bersih
  • Masukkan semua bahan kecuali madu ke dalam periuk yang berisi air
  • Rebus sehingga mendidih
  • Tunggu sehingga suam
  • Tapis. Masukkan madu
  • Minum satu cawan 3 kali sehari sebelum mengambil makanan berat
  • Air yang selebihnya boleh disimpan didalam peti sejuk. Apabila nakn diminum, keluarkan sedikit dan panaskan

Dari sudut sains pula, jintan manis sememangnya membantu proses pencernaan. Ini telah dibuktikan oleh kajian oleh Johri  pada tahun 2011. Kajian ini turut menyatakan bahawa jintan manis kaya dengan anti oksida yang sememangnya baik untuk untuk kesihatan.

Dalam kajian berlainan oleh Agah dan rakan-rakan pada tahun 2013 pula mendapati bahawa simpton pesakit yang mempunyai simpton  irritable bowel syndrome (IBS) diberi dengan rawatan jintan manis selama dua minggu berkurangan.

2. Anti penuaan

Wanita yang mengamalkan jintan manis dalam menu setiap hari akan mendapati bahawa garis halus akan lambat tumbuh diwajah mereka. Ia berlaku kerana jintan manis mengandungi bahan yang melawan radikal bebas dan memastikan sel kulit mendapat oksigen yang secukupnya.

Pada tahun 2007, sekumpulan penyelidik dari Iran berjaya mengenal pasti beberapa kandungan antioksidan dalam jintan manis yang mempunyai kuasa melawan radikal bebas yang tinggi.

Mereka menghasilkan minyak pati jintan manis yang mengandungi sebatian antioksidan seperti  α-pinene (29.1%), 1,8-cineole (17.9%) dan linalool (10.4%).

3. Mengatasi masalah kulit kering

Tahukah anda, anda boleh menggunakan jintan manis untuk mengatasi masalah kulit kering. Caranya:

  • Rendam jintan manis dalam air suam
  • Biarkan sehingga sejuk
  • Basahkan kulit yang kering dengan air rendaman jintan manis tadi, biar kering
  • Lakukan sehingga kulit lembab semula

4. Mencerahkan Kulit

Selain melembabkan kulit, jintan manis juga boleh digunakan untuk mencerahkan kulit. Hebat sungguh kan! Untuk mencerahkan kulit, anda boleh gunakannya sebagai toner homemade. Nak tahu cara membuatnya?

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 mangkuk kelopak mawar. Anda boleh membeli kelopak mawar dari kedai bunga

Cara-caranya:

  • Rendamkan jintan manis ke dalam 500 ml air selama 2 jam
  • Rebus kelopak mawar dalam 500 ml air sehingga mendidih
  • Tapiskan jintan manis dari air rendamannya selepas 2 jam
  • Tapis kelopak mawar selepas airnya sejuk
  • Campurkan kedua-dua air rendaman jintan manis & air rebusan kelopak mawar
  • Masukkan kedalam botol spray
  • Gunakan sebagai toner untuk disembur kewajah setiap kali selepas anda mencuci muka
  • Simpan toner homemade ini didalam peti sejuk
  • Tahan sehingga satu bulan

5. Scrub muka

Anda juga boleh gunakan jintan manis sebagai scrub muka homemade. Kosnya sangat murah dan mudah untuk disediakan. Cara-caranya:

  • Ambil 1 sudu besar jintan manis, rendam dalam 1 sudu besar air
  • Biarkan sehingga kembang
  • Jadikan sebagai scrub muka
  • Amalkan 2 kali seminggu

Penjagaan kulit melalui penggunaan jintan manis ini dipercayai boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian bioaktif dalam jintan manis seperti carvacrol, carvone, limonene dan linalool yang menghalang pertumbuhan mikroorganisma penyebab kulit kusam dan tidak bermaya.

6. Mencegah uban

Imej via Bidadari

Jintan manis mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, kalium, besi, zink, selenium dan mangan yang bertindak sebagai antioksidan untuk menguatkan dan menyihatkan akar rambut supaya lambat menjadi uban.

Menurut petua, minum air rendaman jintan manis setiap pagi.

7. Mengatasi masalah rambut gugur

Selain melambatkan uban, jintan manis juga membantu mengatasi masalah rambut gugur dengan cara menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang baru. Cara menggunakan jintan manis untuk melebatkan rambut ialah:

  • Rendam 1 sudu besar jintan manis dalam air panas
  • Apabila jintan manis sudah kembang, tapis airnya
  • Campurkan air rendaman tadi kedalam satu gayung air
  • Basahkan kulit kepala dan rambut dengan air tadi
  • Urut dan biar seketika

8. Menghilangkan bengkak, kemerahan atau kegatalan mata

Jika mata anda tiba-tiba bengkak, kemerahan, atau kegatalan, anda boleh gunakan jintan manis untuk melegakan mata anda. Caranya:

  • Kisar kering 1 sudu besar jintan manis sehingga menjadi serbuk
  • Campur dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Jangan terlalu cair
  • Tutup mata, alas dengan sehelai kain yang nipis
  • Tampalkan pes tadi ke atas kain nipis yang ditelak ke atas mata
  • Mata anda akan terasa sejuk dan lega

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Kelantan pada tahun 2016 melaporkan antara khasiat jintan manis yang bersifat anti radang.

Kajian PhD tersebut melaporkan antara kegunaan jintan manis, bunga lawang dan kulit kayu manis yang mempunyai sifat anti radang untuk mengelakkan berlakunya bengkak dan kegatalan.

9. Membuang toksin dari badan

Jintan manis juga boleh digunakan untuk membuang toksin yang terkumpul dalam badan. Di antara tanda badan anda mengandungi terlalu banyak toksik ialah selalu penat, mudah mengantuk, berasa malas, tidak bertenaga, dan tidur yang tidak lena. Jika anda mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan, anda boleh detox dengan cara:

  • Sangai 2 sudu besar jintan manis
  • Biarkan sejuk
  • Kisar sehingga halus
  • Campurkan dengan 1 gelas air suam
  • Minum sebelum tidur

Pembuangan toksin ini boleh dikaitkan dengan penyingkiran melalui ikatan bersama sebatian bioaktif dan antioksidan jintan manis seperti yang diterangkan dalam perenggan-perenggan di atas.

10. Menghilangkan selulit

Pes jintan manis juga digunakan secara tradisional untuk menghilangkan selulit degil pada kulit anda.

Caranya ialah:

  • Kisar kering 1 sudu besar jintan manis sehingga menjadi serbuk
  • Campur dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Jangan terlalu cair
  •  Sapukan pada kulit yang mengalami masalah selulit
  • Biarkan sehingga kering
  • Lakukan satu kali sehari. Sekiranya anda konsisten, pasti akan mendapat kesannya

11. Mengecilkan liang pori di muka

Imej via Bidadari

Jintan manis juga boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori di muka anda.

Petuanya:

  • Kisar kering 2 sudu besar jintan manis
  • Ambil satu biji tomato, cincang sehingga halus
  • Campurkan serbuk jintan manis & tomato yang telah dicincang halus
  • Jadikan masker untuk ditampal kewajah

12. Kaya Dengan Zat Besi

Jintan manis juga kaya dengan zat besi. Didapati sesudu teh jintan manis mengandungi 1.4 mg zat besi. Sekadar maklumat 1 daripada 5 orang dewasa biasanya didapati mengalami masalah kekurangan zat besi.

Ianya sangat membantu dalam pertumbuhan kanak-kanak dan masalah period wanita (Parker-Williams,2019). Walaupun sekadar penambahan perisa tambahan, ianya sangat membantu mencukupkan keperluan zat besi individu.

Kesimpulan

Itulah dia kelebihan jintan manis menurut sains yang ingin kami kongsikan.

Sekadar peringatan, ini sekadar input tambahan sahaja, untuk maklumat yang lebih jelas dan sesuai dengan anda, rujukan doktor diperlukan.

Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang:

Rujukan

  1. Agah, S., Taleb, A. M., Moeini, R., Gorji, N., & Nikbakht, H. (2013). Cumin extract for symptom control in patients with irritable bowel syndrome: a case series. Middle East journal of digestive diseases5(4), 217. (link)
  2. Gachkar, L., Yadegari, D., Rezaei, M. B., Taghizadeh, M., Astaneh, S. A., & Rasooli, I. (2007). Chemical and biological characteristics of Cuminum cyminum and Rosmarinus officinalis essential oils. Food chemistry102(3), 898-904. (link)
  3. Johri R. K. (2011). Cuminum cyminum and Carum carvi: An update. Pharmacognosy reviews5(9), 63–72. doi:10.4103/0973-7847.79101 (link)
  4. Parker-Williams, E. J. (2009). Investigation and management of anaemia. medicine37(3), 137-142. (link)
  5. Rozik, N. N. F. B. (2016). Antimicrobial activity of Star Anise, Aniseed and Cinnamon against foodborne bacteria (Doctoral dissertation, Faculty of Veterinary Medicine).(link)

Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.