Amalan berkhatan ini diwajibkan dalam islam bagi lelaki dan wanita. Perbezaannya, wanita dikhatankan ketika bayi manakala lelaki dikhatankan ketika berusia lebih 6 tahun. Kajian juga telah menunjukkan bahawan berkhatan bagus dan dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang merbahaya.

Apabila tiba musim berkhatan, ibu bapa akan sibuk untuk daftar anak berkhatan. Sekarang klinik juga menyediakan tempat untuk berkhatan. Tidak seperti dulu-dulu, berkhatan beramai-ramai di kampung yang begitu meriah sekali. Bermacam ragam kita dapat lihat kelakuan anak-anak lelaki, ada yang menangis, lari dan ada yang tenang sahaja.

Masalah pertama untuk menghantar anak untuk berkhatan tidak begitu merisaukan ibu bapa. Masalah yang merisaukan ibu bapa adalah ketika menjaga anak yang sedang berkhatan. Bagi ibu bapa yang kurang pengalaman, mereka tidak tahu cara yang betul untuk menjaga luka berkhatan.

Apakah cara yang betul untuk menjaga luka berkhatan?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips bagi ibu bapa menjaga luka anak yang sedang berkhatan. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

tips jaga luka khatan
Image via freemalaysiatoday

10 Tips penjagaan luka anak yang sedang berkhatan

Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh doktor :

"

1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam.

Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:

— Jangkitan/nanah 

— Bengkak/bentan 

— Jahitan terbuka

— Keruping melekat pada balutan

2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline.

Caranya:

— Bersihkan daki / darah beku sekitar luka

— Cuci luka dengan normal saline

— Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan

— Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda

3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan

Contohnya :

— Tahan sakit: diambil bila perlu

— Antibiotik: perlu diambil ikut jadual

— Ubat cucian: lazimnya normal saline

— Elak sapu minyak/herba pada luka

4. Rasa ngilu di bahagian kepala zakar adalah normal

Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.

5. Pakai pakaian yang longgar

Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.

6. Anak- anak boleh berjalan

Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.

7. Minum air secukupnya

Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.

8. Makan makanan yang berkhasiat

Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.

9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari.

Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor :

— Sakit/bengkak melampau

— Nanah yang banyak

— Demam tinggi

— Tak boleh kencing

10. Bergantung pada teknik khatan

Mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan. 

— Jahitan konvensional: tak perlu dibuka

— Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka

— Gam: tak perlu jumpa doktor semula

— Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.

*Ibu bapa yang begitu risaukan anak yang sedang berkhatan boleh mengikut tips yang dikongsikan oleh doktor ini. Apa-apa pun dapatkan nasihat daripada doktor pakar yang terdekat kerana mereka lebih mengetahu dan berpengalaman dalam bab ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.