Lipas adalah makhluk perosak yang kehadirannya akan mengganggu ketenteraman para penghuni rumah. Ia bukan sahaja akan merosakkan perabot dan makanan anda, malah ia juga membawa parasit dan kuman yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Jom lihat 10 petua halau lipas secara semulajadi dan selamat tanpa racun serangga yang boleh anda cuba.

1. Perangkap lipas DIY

Sumber: Businessinsider

Terdapat perangkap lipas siap pasang yang dijual di kedai dan pasaraya namun ia mungkin merbahaya bagi anda yang mempunyai anak kecil. Malah harganya juga agak mahal. Apa kata anda buat sendiri perangkap lipas DIY. Ianya adalah sangat mudah, selamat, dan yang paling penting harganya jauh lebih murah berbanding jika dibeli di kedai. Apa yang anda perlukan ialah:

  • Minyak masak
  • Marjerin
  • Susu pekat
  • Bekas kosong kecil

Caranya ialah anda  campurkan minyak, marjerin dan juga susu pekat. Kacau sehingga sebati, kemudian masukkan ke dalam satu bekas kosong yang kecil. Tak perlu bekas yang besar. Letakkan di kawasan yang menjadi tumpuan lipas. Biarkan semalaman. Lipas akan tertarik untuk makan susu pekat dan marjerin yang terdapat dalam umpan anda tadi, sementara minyak masak pula akan memerangkap lipas agar tidak dapat lari.

2. Daun pandan

Daun pandan mempunyai bau yang sangat wangi. Tak hairanlah ianya digunakan sebagai pewangi semulajadi untuk rumah dan kereta. Malah sejak dulu lagi daun pandan digunakan sebagai bahan utama dalam daun rampai sebagai wangian bilik pengantin bagi mengalu-alukan pengantin baru. Namun tahukah anda bau daun pandan yang wangi itu dibenci oleh lipas? Oleh itu, kalau nak halau lipas, anda boleh gunakan daun pandan. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:

  • Letakkan sejambak daun pandan di kawasan yang mempunyai banyak lipas.
  • Racik halus daun pandan dan letakkan didalam bekas kecil dan diletakkan di tempat strategik.

3. Daun salam

Daun salam atau daun bay adalah daun yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan juga masakan barat. Daun salam mempunyai bau yang kuat dan seperti daun pandan, ia sangat berkesan untuk menghalau lipas dari rumah dan kereta. Caranya mudah saja, racik halus daun salam dan taburkan di kawasan yang menjadi tumpuan lipas. Untuk kereta, tabur daun salam di lantai kereta.

4. Bunga cengkih

Petua halau lipas yang seterusnya ialah dengan menggunakan bunga cengkih. Bunga cengkih mengeluarkan bau yang kuat dan tidak disukai oleh lipas. Taburkan bunga cengkih di kawasan laluan lipas atau kawasan yang menjadi tumpuan lipas. Hasilnya? Lipas tidak akan ada lagi.

5. Kulit kayu manis

Sumber: Shopee

Seperti bunga cengkih, kulit kayu manis juga mempunyai bau kuat yang dibenci oleh lipas. Bahan yang mudah ditemui di dapur setiap rumah ini boleh digunakan sebagai salah satu ikhtiar dalam menghalau lipas dari rumah dan kereta. Caranya, taburkan sahaja kulit kayu manis di kawasan yang berkenaan. Atau pun anda juga boleh kisar kering kulit kayu manis dan taburkan di kawasan yang sesuai.

 6. Asid boric

Asid boric adalah bahan yang boleh anda beli dari kedai hardware atau pun secara online. Ia adalah bahan yang selamat untuk anda gunakan, jadi anda tidak perlu risau. Asid boric lebih kepada fungsi untuk membunuh lipas yang berleluasa di rumah dan kereta anda. Ia berfungsi sebagai racun yang menghancurkan perut lipas apabila dimakan. Caranya mudah saja, taburkan asid boric di kawasan streategik dan biarkan saja ia dimakan oleh lipas. Lipas akan mati bergelimpangan.

7. Serai

Serai adalah petua halau lipas berkesan yang anda boleh cuba. Caranya juga sangat mudah. Potong serai kepada kepingan halus atau titik serai sehingga hancur dan keluar bau. Kemudian letakkan serai di kawasan kegemaran lipas. Anda juga boleh letakkan di atas lantai kereta. Bau serai yang kuat tidak disukai oleh lipas lalu menyebabkan mereka lari ke tempat lain.

8. Cuka dan cili

Anda ada cuka di dapur? Semburkan sahaja cuka di kawasan yang dipenuhi oleh lipas. Bau masak berasid cuka tidak disukai oleh lipas. Malah cuka juga akan menyebabkan mata lipas menjadi pedih. Nak lagi berkesan? Anda boleh gunakan gabungan cuka dan cili. Caranya:

  • Potong cili padi halus-halus.
  • Campurkan bersama cuka.
  • Peram semalaman.
  • Sembur di kawasan yang banyak lipas.

9. Lemon atau limau nipis

Lemon dan limau nipis juga boleh digunakan untuk menghalau lipas yang degil dari rumah dan kereta anda. Malah ia juga mudah untuk didapati. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:

  • Potong limau nipis atau lemon dan letakkan potongan tadi di kawasan berkenaan.
  • Perah jus lemon atau limau nipis. Masukkan ke dalam botol spray dan sembur di kawasan banyak lipas.

10. Serbuk kopi

Sumber: Freemalaysiatoday

Petua halau lipas terakhir yang ingin kami kongsikan kepada anda ialah dengan menggunakan serbuk kopi. Caranya mudah sahaja. Anda taburkan serbuk kopi di kawasan yang menjadi tumpuan lipas di rumah anda. Untuk kereta, anda boleh masukkan serbuk kopi di dalam bekas yang dilubangkan supaya kereta anda dipenuhi oleh aroma kopi. Lipas tidak suka bau kopi dan mereka akan lari ke tempat lain.

Itulah dia info  tentang petua halau lipas yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua halau cicak tips halau nyamuk dan cara halau tikus

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.