Bidara atau nama sainsnya dikenali sebagai Ziziphus mauritiana adalah sejenis pohon kecil berbuah. Dalam bahasa arab, namanya ialah Sidr. Pohon malar hijau yang tumbuh rimbun dan rendang dengan jangka hayat yang sederhana ini, biasanya tumbuh di Selatan Asia. Ia juga ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika.

Bidara tidak berduri mempunyai buah yang pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk bujur, lonjong, bulat dan obovate. Isinya berwarna putih, sedap, manis dan ranggup. Kulit buah bidara pula adalah licin, berkilat, nipis tetapi isinya padat.

khasiat daun bidara

Sumber: Obatmaagqnc

Jom ketahui apakah khasiat daun bidara.

1. Mandi wajib selepas haid

Daun bidara juga sunat digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah SAW tentang mandi haid, maka baginda bersabda (maksudnya):

“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air itu di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkan dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya.

Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Baginda bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).”

(Hadith Riwayat Muslim)

Mandi dengan air daun bidara membantu menghilangkan bau busuk darah haid dari badan.

khasiat daun bidara

Sumber: Mediamaklumat

2. Memandikan jenazah

Ketika memandikan jenazah dan menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah disarankan dimandikan dengan air yang dicampur daun bidara. Bagi masyarakat kita di malaysia jarang kita mempraktikkan amalan ini kerana kemungkinan kesukaran untuk mendapatkan tumbuhan ini atau mungkin saja tiada pengetahuan tentang sunnah yang satu ini.

Daun bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali.

Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur dengan daun bidara. Penggunaan daun bidara ini bukan sekadar kerana kepercayaan tradisi sebaliknya ia adalah sunnah daripada Rasulullah SAW sendiri.

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya lalu meninggal dunia, Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam bersabda : اغْسِلُوْهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَكَفِّنُوْهُ فِي ثَوْبَيْنِ
“Mandikanlah dia dengan air yang dicampur daun bidara dan kafanilah dengan dua baju”. (HR. Bukhary :1719)

Hadits Ummu ‘Athiyah tatkala anak Nabi shollallahu ‘alaihi wa ‘ala alihi wa sallam meninggal, baginda bersabda :اغْسِلْنَهَا ثَلاَثًا أَوْ خَمْسًا أَوْ سَبْعًا أَوْ أَكْثَرَ إِنْ رَأَيْتُنَّ ذَلِكَ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Mandikanlah dengan air yang dicampur daun bidara tiga kali atau lima atau tujuh atau lebih jika kalian anggap perlu … ”. (HR. Bukhary : 1175).

“Rasulullah masuk kepada kami ketika kami sedang memandikan puteri baginda lalu bersabda, ‘Mandikanlah dengan siraman yang ganjil, iaitu tiga kali, lima kali (tujuh kali), atau lebih banyak dari itu-jika kalian anggap perlu-dengan cara menggunakan air dan daun bidara. Berilah kapur barus di akhir kalinya.’

Baginda bersabda kepada kami ketika kami hendak memandikannya, ‘Mulailah dengan anggota badan bahagian kanan dan anggota-anggota wudhunya. Jika telah selesai, maka beritahukan kepada aku.’

Ketika kami telah selesai, kami memberi tahu baginda. Lalu, baginda memberikan sarung baginda  kepada kami seraya bersabda, ‘Pakaikanlah (sarung ini) kepada nya.’ (Dan baginda tidak menambah dari itu, dan aku tidak mengetahui puteri baginda yang mana dia itu). Kami sisir dia (dan dalam satu riwayat: lalu kami ikat rambutnya) tiga ikatan.

Apa istimewanya daun bidara ini sehingga Nabi kesayangan kita bersabda sebegitu? Untuk pengetahuan anda, daun bidara memiliki semacam zat yang membuat jenazah menjadi wangi selain menghilangkan kotoran.

Kemungkinan juga kelebihan daun bidara ini mampu untuk membunuh atau menghapuskan gas ammonia pada jenazah yang menyebabkan mereka yang memandikan jenazah berasa tidak tenang atau demam dikenali dengan nama badi mayat akibat dijangkiti kuman yang terhasil daripada gas ammonia.

khasiat daun bidara

Sumber: Jenazah2b

3. Mengatasi masalah gangguan jin dan makhluk halus

Daun bidara juga dipergunakan dalam proses Ruqyah untuk merawat orang yang dirasuk, masalah gangguan jin, dan sihir. Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi’in yang ahli dalam sejarah dan ilmu kedoktoran menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan dan kemudian dilarutkan dalam air lalu dibacakan ayat Kursi, surat Al Kafirun, Al Ikhlash, Al Falaq dan An Naas.

Jika anda menggunakan daun bidara asli, caranya, ambil tujuh helai daun bidara yang masih hijau dan tumbuk dengan lesung batu. Kemudian daun bidara yang lumat tadi diambil dan diletakkan dalam baldi lalu siramkan air diatasnya sebanyak jumlah air yang cukup untuk mandi dan bacakan ayat-ayat Al-Quran.

Seelok-eloknya gunakan air mineral yang bersih. Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air dalam baldi, ambil sedikit air tadi dan diberi minum sedikit dan kemudian mandi dengan menggunakan baki air dalam baldi tadi. Dengan demikian, insya Allah penyakit sihir akan hilang.

Jika orang yang terkena gangguan jin atau sihir merungut tidak selesa, bau busuk , pening kepala mahupun meraung-raung kesakitan, jangan terperdaya, tetap teruskan menyiramnya dengan air campuran daun bidara kerana itu adalah raungan dari jin kafir dan iblis yang kesakitan akibat kepanasan. Dan jika perlu, lakukan berulangan proses tadi dua kali atau lebih, sehingga penyakit sihir itu benar-benar sembuh.

khasiat daun bidara

Sumber: Rumahsae

Walaupun tidak daun bidara tidak digunakan untuk mandian, jika daun bidara ini dilekatkan pada orang yang sedang terkena gangguan jin dan sihir, maka jin kafir yang ada dalam tubuh seseorang akan menjerit kesakitan.

Apatah jika kita bakar tubuhnya dengan membacakan ayat-ayat alqur’an sambil memakai daun bidara yang masih lagi pada rantingnya, pasti jin jin yang mengganggu tersebut akan mengaku siapa yang telah mengirimnya dan akhirnya lari tercirit-birit.

Itulah 3 khasiat daun bidara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat buah naga, khasiat cempedak, dan khasiat peria katak.

Sumber: Bidaralife

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.