Sudah menjadi lumrah bahawa rakyat Malaysia suka makan makanan bergoreng. Lihat sahaja di luar sana, pelbagai jenis gerai yang menjual makanan bergoreng dan makanan ringan yang lazat. 

Walau bagaimanapun, menggoreng makanan di rumah boleh menyusahkan kebanyakan orang kerana memerlukan waktu yang tepat agar makanan tersebut tidak hangus. Itulah sebabnya Air Fryer adalah satu alat memasak tambahan yang hebat untuk memasak sekaligus menggoreng. 

Bagi anda yang masih bingung dalam memilih jenama dan model air fryer terbaik di luar sana, jom kami senaraikan 10 air fryer terbaik yang pasti akan membantu anda mendapatkan makanan yang lebih sihat dan lazat.

Air Fryer Khind ARF3000 3L

air fryer terbaik

Khind ARF3000 adalah air fryer pelbagai fungsi untuk memudahkan memasak atau menggoreng. Ia mempunyai fungsi pemanas, nyahbeku dan juga pelbagai jenis kegunaan memasak seperti kentang goreng, ayam, daging dan banyak lagi. 

Dengan kapasiti 3 Liter, anda boleh memasak dengan mudah untuk seisi keluarga tanpa sebarang masalah. Air Fryer terbaik ini direka dengan sangat baik dan skrin digitalnya menggunakan sensor sentuh untuk penggunaan yang lebih mudah. 

Ia turut menggunakan teknologi peredaran udara berkelajuan tinggi supaya anda boleh menggoreng makanan anda dengan kurang minyak untuk masakan yang lebih sihat. Jadi, Khind ARF3000 ini adalah antara Air Fryer terbaik yang sangat sesuai untuk sebarang jenis dapur.

Air Fryer Perysmith 4.8L 3D (Saiz XL) PS1530

air fryer terbaik

Perkara pertama mengenai PerySmith 3D Ecohealth II Series PS1530 ini adalah ia kelihatan seperti produk mewah kerana warnanya hitam matte digabungkan dengan warna emas. Air fryer terbaik ini menampilkan teknologi 9 Blade serba baru yang membolehkan sistem pemanasan aliran udara bertambah baik dengan lancar. 

Air fryer ini dapat menggoreng makanan dengan hampir 80% kurang minyak dan makanan digoreng dengan lebih cepat. Untuk pengetahuan anda, suhu termostatnya boleh dilaraskan daripada 80°C kepada sekitar 200°C dan dilengkapi dengan pemasa 30 minit serta pemadaman automatik bagi mengelakkan terlalu panas. 

Selain itu, Air Fryer PerySmith ini mampu menampung sehingga kapasiti 3.8 Liter yang menjadikannya mencukupi untuk memasak walaupun seisi keluarga kecil.

Air Fryer Amgo 3.8L

air fryer terbaik

Air Fryer Amgo 3.8L pula ialah alat menggoreng yang sangat sesuai untuk apa jua jenis dapur. Dengan kapasiti 3.8L, anda boleh memasukkan keseluruhan ayam untuk digoreng tanpa sebarang masalah. 

Selain itu, ia menggunakan Teknologi Rapid Air yang tidak memerlukan banyak minyak untuk menggoreng makanan dan memberikan anda gaya hidup pemakanan yang lebih sihat. Pemasa dan suhunya juga boleh dilaras.

Air Fryer Hiraki AF105

air fryer terbaik

Air Fryer terbaik seterusnya adalah Hiraki AF105 yang merupakan salah satu air fryer terbaik yang paling berpatutan dan hebat di pasaran dengan kapasiti 3.8L. Ia direka khas dengan sangat baik dan turut menggunakan Teknologi Udara Rapid supaya tidak perlu menggunakan jumlah minyak yang berlebihan semasa memasak makanan bergoreng. 

Selain itu, Hiraki AF105 ini tidak menggunakan banyak tenaga elektrik kerana hanya menggunakan 1300W sahaja. Jadi, sekiranya anda mencari air fryer terbaik yang mesra bajet dan mudah memasak, Hiraki AF105 adalah jawapannya.

Air Fryer Digital Giselle KEA0202 4.8L

air fryer terbaik

Mampu mengendalikan sebarang jenis masakan, membakar atau menggoreng, Air Fryer Digital Giselle KEA0202 4.8L ini menggunakan Teknologi Rapid Air. Ia mampu menghasilkan tekstur luar goreng yang rangup dengan bahagian dalam yang lembut tanpa memerlukan minyak. 

Pada saiz 4.8 Liter, air fryer terbaik berkapasiti besar yang mencukupi untuk memasak sehingga 7 orang dengan mudah. Air Fryer berjenama Giselle KEA0202 ini dilengkapi dengan 7 program pintar terbina yang menggunakan skrin sentuh. 

Anda boleh menggunakan program ini untuk memasak daging, kerepek, ayam dan pelbagai jenis menu atau memilih program secara manual untuk memasak hidangan anda dengan mudah. Giselle KEA0202 ini adalah pilihan yang tepat untuk anda sekiranya anda mencari air fryer terbaik dengan kapasiti yang besar.

Air Fryer Airbot AF100

air fryer terbaik

Air Fryer terbaik yang ringkas, mudah dan sangat sesuai untuk mana-mana dapur boleh dicuba juga adalah Airbot AF100.  Menggunakan teknologi 360 Turbo Star Wind, ia tidak memerlukan banyak minyak untuk menggoreng makanan, justeru memberikan anda gaya hidup pemakanan yang lebih sihat. Selain itu, ia juga tidak menggunakan banyak tenaga elektrik.

Dengan kapasiti 3L, anda boleh memasak, memanggang, membakar atau menggoreng untuk keluarga kecil anda tanpa sebarang masalah. Bagi anda sedang mencari Air Fryer yang ringkas, padat dan mudah, Airbot AF100 ini sesuai untuk anda.

Air Fryer Tefal Fry Delight FX1000

air fryer terbaik

Air Fryer Tefal Fry Delight FX1000 amat berbeza daripada air fryer lain kerana reka bentuknya segi empat sama yang menjadikan kelihatan lebih moden dan anggun. Tefal Fry Delight FX1000 ini adalah multi-cooker, mampu menggoreng, membakar dan memanggang tanpa sebarang masalah. 

Anda boleh memasak kentang goreng, memanggang daging dan juga ayam panggang mengikut kelembutan yang anda inginkan dengan mudah. Teknologi Air Pulse yang digunakannya dapat mengoptimumkan aliran udara panas yang membantu menggoreng dan memasak tanpa menggunakan sebarang minyak. 

Hidangan siap dengan cepat dan mudah. Menakjubkan lagi, ia mempunyai sensor untuk membuat masakan menjadi masak dengan sempurna. Tefal Fry Delight FX1000 ini juga mampu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. Jadi, ini juga merupakan Air Fryer terbaik yang kami syorkan kepada anda.

Air Fryer Philips HD9216 Analogue

air fryer terbaik

Bagi anda yang belum pernah menggunakan Air Fryer, kami syorkan Air Fryer Philips HD9216 Analogue. Sebagai air fryer pelbagai fungsi, segala keperluan anda boleh dipenuhi dengan menggunakannya. Ianya mungkin kecil tetapi amat sesuai untuk membuat makanan ringan atau makanan yang lebih kecil.

Masa dan suhu Air Fryer ini boleh dilaraskan secara manual mengikut keperluan anda dan anda boleh menetapkan masa sehingga 30 minit. Secara keseluruhannya, Philips HD9216 ini adalah salah satu air fryer terbaik yang perlu anda dapatkan.

Air Fryer Birkeshire AF-500-M XXL

air fryer terbaik

Birkeshire AF-500-M adalah salah satu air fryer terbaik berkapasiti 5 Liter. Salah satu perkara yang menjadikannya unik adalah ia menggunakan motor 1500W yang senyap dan menjimatkan tenaga. 

Birkeshire AF-500-M ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti perlindungan terlalu panas dan sebagainya. Secara keseluruhannya, Birkeshire AF-500-M XXL dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan merupakan air fryer berkapasiti besar yang boleh menjadi pilihan anda.

Air Fryer Haier HF-AF40 Analog

air fryer terbaik

Air Fryer Haier HF-AF40 boleh digunakan untuk menggoreng, memanggang dan membakar menggunakan sehingga 80% kurang minyak berbanding kaedah menggoreng konvensional. Dengan kapasiti 4 Liternya, anda boleh memasak pelbagai masakan setiap hari dengan mudah.

Haier HF-AF40 ini juga didatangkan dengan penapis udara bersepadu yang membantu mengurangkan bau minyak dan masakan di dapur. Jadi, boleh dikatakan bahawa ia sangat sesuai untuk kegunaan asas di dapur.

Berikut adalah 10 Air Fryer terbaik mudahkan anda memasak. Jom baca juga Mesin pengering baju terbaik, Vacuum Terbaik dan Blender Terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.