petua hilangkan cirit biritMencari petua hilangkan hidung tersumbat?

Hidung tersumbat sangat menyiksakan. Serba tak kena dibuatnya. Lagi kesian kalau kena kat anak kecil. Tidak tahu nak buat apa lagi untuk membantu. Nak bagi ubat tak berapa elok. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan petua hilangkan hidung tersumbat tanpa ubat yang dijamin berkesan.

1. Daun sirih

Anda boleh gunakan daun sirih untuk menghilangkan hidung tersumbat. Caranya:

  • Layur daun sirih tersebut di atas lilin atau api dapur sehingga daun terasa panas
  • Seelok-eloknya, gunakan 2 helai daun sirih
  • Sapukan balm, vicks atau minyak panas pada daun sireh dan pada dada
  • Letak daun tersebut di dada dan di belakang badan

Macam mana daun sirih boleh mneghilangkan hidung tersumbat? Menurut perubatan Ayurveda dan perubatan Cina, daun sirih amat berguna untuk melegakan hidung tersumbat, sakit perut, merawat alahan, kemerah-merahan dan kerengsaan akibat ruam.

Ini kerana daun sirih mempunyai antiseptik yang mampu melawan kuman. Masyarakat cina juga percaya daun sireh mampu merawat pelbagai penyakit kerana ia mempunyai ciri-ciri detoksifikasi, antioksidan dan antimutasi.  Ramai penyelidik mempercayai bahawa minyak yang diekstrak dari daun sirih bersifat pana” maka ia boleh membantu memanaskan badan dan melegakan hidung tersumbat.

2. Urutan

Apabila bayi hidung tersumbat, apa kata kalau ibu bapa cuba urutan? Anda cuma perlukan minyak bayi, minyak kelapa dara ataupun minyak angin khas untuk bayi  semasa mengurut untuk memanaskan badan bayi. Jika ingin menggunakan minyak angin, jangan guna terlalu banyak kerana anda akan perlu mengurut bahagian hidung anak.

Caranya:

  • Sapukan minyak pada tangan, kemudian letakkan tangan anda pada dada bayi. Urut dada bayi anda dengan lembut dalam bentuk jantung secara perlahan-lahan.
  • Ketika mengurut bayi dengan lembut itu, tenangkannya dengan sedikit nyanyian atau dodoian yang enak didengar.
  • Urut bahagian dada anak dengan gerakan tangan yang menyilang pula. Lakukan ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.
  • Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Urut dengan perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.

Senang sahaja bukan? Apabila bayi hidung tersumbat, anda pasti dapat melegakannya dengan cara mengurut ini.

hidung tersumbat

Sumber: Hellosehat

3. Elakkan dari minum susu

Minum susu boleh menyebabkan masalah hidung tersumbat menjadi semakin parah. Selain daripada susu, elakkan juga semua produk tenusu dan makanan yang mengandungi susu ketika mengalami hidung tersumbat.

4. Sapu minyak aromaterapi

Jika hidung anda tersumbat, boleh sapu minyak aromaterapi seperti eucalpytus, minyak tea tree, atau krim yang sesuai pada leher dan dada untuk memudahkan pernafasan.

5. Tuam kawasan hidung

Basahkan tuala dengan air panas, dan tekap di kawasan batang hidung. Elak diletakkan pada laluan udara. Lakukan berulang kali, sehingga anda dapat melegakan hidung tersumbat dan boleh bernafas dengan selesa.

6. Elak hembus hidung dengan kuat

Kalau anda hembus hidung dengan kuat, ianya akan menyebabkan masalah tersumbat dengan lebih teruk dan membran lembut dalam hidung bertambah radang.

7. Mandi air panas

Wap yang keluar daripada haba panas membantu melancarkan pernafasan. Jika tidak mahu mandi, memadai menyedut wap panas.

8. Sedut wap panas

Masak air panas dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, sedut wap panas sehingga selesa bernafas.

9. Minum dan makan cecair yang banyak

Jika mengalami hidung tersumbat, banyakkan pengambilan cecair seperti air, sup, dan teh herba.. Ini kerana ianya akan mengurangkan mukus dalam hidung yang menyebabkan hidung kita boleh tersumbat.

hidung tersumbat

Sumber: Foxnews

10. Hidu Vicks Vapour Rub

Sapu Vicks vapour ru’ pada tisu dan hidu. Menthol dan eucalpytus di dalamnya memberi kelegaan pada hidung yang tersumbat. Atau pun anda boleh juga gunakan teknik berikut:

  • Masukkan air panas ke dalam besen
  • Masukkan sesudu Vick Vapour Rub
  • Tundukkan kepala di atas besen tadi sambil tutup kepala dengan tuala
  • Sedut wap yang keluar dari besen.

11. Pakai pelekat pada hidung

Anda boleh beli pelekat hidung untuk mengatasi masalag tidur berdengkur. Walaupun fungsi ‘nasal adhesive strip’ ini adalah untuk kurangkan dengkur, namun ia juga boleh membantu anda bernafas dengan selesa terutamanya apabila mengalami hidung tersumbat.

12. Makan makanan pedas

Perasan tak, bila kita makan makanan pedas mesti air akan keluar daripada hidung. Jadi, makanlah makanan pedas untuk membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung yang membuatkan hidung tersumbat.

13. Calit Peppermint Oil di bawah hidung

Tuang setitik Peppermint Oil pada jari dan calitkan di bawah hidung. Ini adalah salah satu cara juga untuk melegakan daripada hidung tersumbat.

14. Posisi kepala terangkat semasa tidur

Semasa tidur, anda boleh tinggikan kepala dengan meletakkan bantal tambahan. Cara ini akan membolehkan lendir yang terdapat dalam hidung tersumbat untuk keluar. Dan, dengan cara ini jugalah cukup efektif untuk membuatkan waktu tidur anda tidak terganggu disebabkan sukar untuk bernafas.

15. Berkumur air garam

Masukkan garam ke dalam air panas. Kacau sehingga larut. Berkumurlah beberapa kali dengan larutan tersebut. Ini adalah cara terbaik untuk mengalirkan lendir dan membuka sumbatan pada hidung anda.

16. Berjalan-jalan

Kalau hidung anda masih tersumbat, anda boleh cuba untuk keluar berjalan-jalan dan ‘refresh’ kan diri. Gerakan yang sederhana seperti berjalan kaki dapat meningkatkan sirkulasi pernafasan dan terus dapat melegakan hidung yang tersumbat tu.

17. Pasang Humidifier

Stim yang keluar daripada humidifier dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.

hidung tersumbat

Sumber: Alibaba

Itulah dia petua hilangkan hidung tersumbat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua hilangkan selsema dan petua hilangkan cirit birit.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.