Setiap wanita yang gemar memasak pasti mengimpikan untuk memiliki sebuah oven terbaik bagi melengkapkan peralatan masakan di dapur. Perlu diketahui bahawa oven dapat mengatasi kelebihan sebarang jenis dapur dalam memasak pelbagai jenis hidangan. Bukan hanya kek dan kuih raya sahaja, tetapi ke semua jenis makanan yang anda inginkan seperti ayam, pizza, roti dan banyak lagi.

Dari segi harga, ia bergantung atas saiz, jenama dan kualiti. Jom lihat antara 12 oven terbaik yang membantu anda yang sedang mencari oven.

Oven Butterfly BEO-5221

oven terbaik

Jika anda ingin membuat kek, roti, biskut dan juga pizza, oven ini sesuai kerana ia mudah dan senang digunakan. Oven terbaik ini direka khas bagi kegunaan harian dan mempunyai elemen pemanas yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Selain itu, oven Butterfly BEO-5221 ini mempunyai kapasiti sebesar 20L.

Oven terbaik ini turut mempunyai sistem kawalan masa sehingga 1 jam dan suhunya juga boleh diubah mengikut kehendak anda. Jadi, dengan oven terbaik dari jenama Butterfly ini, segala masalah anda dalam masakan pasti dapat diselesaikan dengan cepat.

Oven Morgan MEO-HC23B

oven terbaik

Oven Morgan MEO-HC23B bakal memberikan anda pengalaman membakar yang menyenangkan kerana ia mempunyai elemen keluli tahan karat untuk memastikan pemanasan kekal konsisten.

Terdapat juga pemasa sehingga 1 jam untuk memastikan bersesuaian dengan bahan makanan yang ingin dimasak. Lebih menyeronokkan, oven terbaik ini datang dengan dulang pembakar, rak dan juga pemegang dulang.

Pembakar masakan Morgan ini mempunyai kapasiti 20L yang menggunakan kuasa 1380W bagi memastikan hidangan yang dimasak menjadi enak dan cukup sempurna. Bagi anda yang amat menyukai pengalaman memasak yang menakjubkan, kami sarankan kepada anda untuk memiliki oven terbaik ini.

Oven Khind Electric Oven OT5205

oven terbaik

Oven Khind Electric Oven OT5205 menggunakan fungsi konveksi untuk memastikan haba panas diedarkan secara sama rata di dalamnya. Malah, ia juga mempunyai pemutar panggang yang mampu berpusing 360 darjah untuk menjadikan proses pemanggangan lebih sempurna. Dengan suhu kawalan sehingga 230 darjah celcius, ianya dapat memberi keenakan yang cukup lazat untuk kek, biskut atau apa sahaja makanan yang dimasak. 

Kapasiti oven ini cukup besar iaitu 52L yang sememangnya terbaik untuk anda yang mempunyai bilangan keluarga bersaiz sederhana.

Oven Firenzzi TO-3035

oven terbaik

Dilengkapi dengan 6 fungsi yang dapat mengawal elemen pemanasan, Oven Firenzzi TO-3035 menjadikan makanan dimasak dengan sempurna. Termostat pada oven ini dapat mengawal keseluruhan dalaman oven ini agar masakan anda dimasak dengan baik. Ia berkapasiti seluas 35L yang membolehkan anda membakar kek atau biskut tanpa mengalami sebarang masalah.

Oven Trio New Extra Large Electric Oven TEO-1203SS

oven terbaik

Bagi anda yang merupakan peniaga pastri, kek, biskut atau roti, amat sesuai sekiranya anda memiliki oven ini kerana kapasitinya sebesar 120L yang membolehkan memasak dalam kuantiti yang banyak.

Ia juga turut mempunyai fungsi dalam menyahbeku makanan. Mudah dan senanglah proses memasak dilakukan setiap hari. Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan oven terbaik ini yang sememangnya berbaloi untuk dibeli.

Oven Cornell CEO-E-46SL

Oven terbaik

Oven Cornell CEO-E-46SL yang berkapasiti 46L berkebolehan untuk membakar makanan yang diinginkan dalam satu masa dengan kuantiti yang sangat banyak. Ia dilengkapi dengan 6 pilihan mod kawalan suhu dan fungsi konveksi yang boleh digunakan mengikut jenis masakan.

Dengan menggunakan oven ini, anda tidak perlu lagi untuk membeli oven lain kerana ianya berkebolehan membakar, menggril, memasak dan memanggang dengan sempurna mengikut keinginan anda.

Oven Milux 45L

oven terbaik

Oven digital berjenama Milux ini mempunyai tombol kawalan yang berbeza untuk suhu, pemasa dan kawasan pemanasan. Selain itu, ia turut lengkap dengan lampu di bahagian dalam bagi memudahkan pemantauan masakan yang dimasak. Di samping itu, oven terbaik ini berkapasiti seluas 45 liter untuk memudahkan anda membakar kek bersaiz besar seperti kek untuk majlis perkahwinan.

Oven Singer EO35

oven terbaik

Oven Singer EO35 ini merupakan salah satu oven terbaik keluaran Singer yang boleh memanggang dan membakar. Sudah tentu anda boleh memasak pizza. Elemen pemanasan pada oven ini diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan ia bertahan dengan lebih lama. Berkualiti kan?

Jika anda membeli oven ini, anda akan mendapat aksesori tambahan seperti loyang pembakar, rak pembakar dan juga stik pemanggang.

Oven Faber FEO R19 Electric Oven

oven terbaik

Dengan oven ini, anda boleh memanggang, mengukus dan membakar masakan dengan sangat jimat kerana penggunaan elektriknya sangat rendah. Dengan kapasiti 19L, oven terbaik berkualiti ini sangat sesuai untuk diletakkan di ruang dapur moden kerana warnanya yang cukup memukau. Dengan kombinasi elemen pemanasan yang terdapat pada oven ini, pasti masakan anda menjadi sangat sempurna.

Oven Breville Smart Oven Pro

oven terbaik

Sebuah oven yang pintar dengan 10 fungsi pra-tetap dan ciri-ciri auto-shutoff tak lain tak bukan adalah Oven Breville Smart Oven Pro. Terdapat ciri-ciri memasak secara automatik untuk menjadikan makanan yang dimasak dengan tepat dan sempurna. Oven terbaik ini juga mempunyai fungsi pengubah suhu dan boleh menyimpan makanan panas sehingga dua jam.

Oven Oster

oven terbaik

Oven Oster ini mempunyai kelebihan dalam membuatkan makanan yang bersaiz besar seperti membakar enam keping roti sekali gus, memasak pizza bersaiz 12 inci ataupun memanggang ayam seekor sepenuhnya. Ia mempunyai rak yang boleh diubah kedudukannya mengikut kehendak yang anda inginkan.

Selain itu, oven ini juga mempunyai fungsi memasak pra tetap dan fungsi penetapan masa dan suhu untuk resipi masakan anda.

Oven Oster turut dilengkapi dengan lampu dalaman supaya anda boleh menyemak keadaan makanan tersebut semasa memasak. Jadi, ianya merupakan oven terbaik bagi anda yang sering memasak dalam jumlah yang banyak.

Oven Black Decker 4-Slice

oven terbaik

Jika anda sedang mencari oven mesra bajet yang boleh membakar dan memanaskan makanan dengan baik, Oven Black Decker ini sesuai dengan anda. Ia boleh membakar sehingga empat keping roti pada satu masa dan mempunyai ruang yang dapat memuatkan pizza 9 inci. Selain itu, oven ini mempunyai fungsi untuk memanggang, membakar serta memastikan masakan yang dimasak kekal hangat.

Itulah dia antara oven terbaik berkualiti boleh anda dapatkan. Boleh juga beli di Shopee! Jom baca juga

Itulah antara tuala mandian terbaik, selesa dan seronok digunakan serta membuatkan anda seolah-olah mandi di hotel mewah. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan Blender Terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.