Anda sedang mencari kipas siling terbaik? Anda berada di ruangan yang tepat kerana kami menulis entang pilihan kipas siling yang berkualiti dan pasti memenuhi citarasa anda.

Ramai orang memilih untuk memasang kipas siling di rumah berbanding menggunakan pendingin hawa. Hal ini kerana dapat menjimatkan penggunaan elektrik, mudah untuk dicuci, merasakan angin semula jadi dan sebagainya.

Kipas siling juga adalah aksesori yang menghiasi ruangan rumah dan bilik. Jom baca kipas siling terbaik dengan spesifikasi yang pasti dapat menarik minat anda.

Kipas Siling Midea 60 Inch MFC-150A15

Kipas siling 60 inci dari Midea antara kipas siling termurah namun berkualiti tinggi di Malaysia. Dengan tiga bilah dan lima kelajuan, anda boleh laraskan kelajuan kipas yang cukup untuk menyejukkan ruang menginap anda.

Terdapat mekanisma keselamatan berganda yang dijamin selamat. Motor kipas juga berkualiti dan tahan lama. Warranty juga disertakan selama 12 bulan.  Kipas yang mempunyai design yang simple ini menggunakan tenaga elektrik 75W sahaja.

Kipas Siling Deka Kronos F5P

Kipas siling keluaran Deka antara jenama yang paling laris di pasaran dan mempunyai beberapa jenis kipas siling yang lain selain Deka Kronos F5P. Kipas siling berwarna hitam kelihatan simple tetapi sangat  eksklusif. Paling penting keselamatan kipas terjamin dan mendapat kelulusan SIRIM.

Saiz kipas adalah 56 inci, sesuai untuk anda yang mempunyai ruangan kecil. Terdapat lima bilah kipas dengan tiga kelajuan berbeza. Istimewanya kipas ini kerana mempunyai remote untuk mengawal dari jauh. Warranty tiga tahun untuk motor sahaja turut disertakan.

Kipas Siling Deka DDC21 LED

Jika anda inginkan kipas yang boleh bertindak sebagai aksesori juga, kipas keluaran Deka dengan model DDC21 LED perlu dimasukkan ke senarai pembelian. Reka bentuknya sesuai untuk anda yang mempunyai hiasan rumah berkonsepkan klasik atau minimalist.

Dengan lima bilah kipas bersama enam tahap kelajuan pasti dapat menyejukkan anda seperti menggunakan pendingin hawa.  Dengan remote yang ada, anda mampu mengawal kelajuan kipas atau laraskan tiga tahap pencahayaan lampu dari jarak jauh.

Kipas ini juga dilengkapi dengan fungsi ‘reverse dan forward’ iaitu berputar arah jam atau berlawanan jam. Fungsi ini sangat popular di negara luar yang mempunyai iklim panas dan sejuk. Di Malaysia, fungsi ini amat diperlukan semasa musim hujan kerana suhu sedikit sejuk. Dengan fungsi reverse, udara panas dari siling akan ditolak ke bawah.

Kipas Siling Panasonic  F-M15AO

Kipas siling jenama Panasonic dengan model F-M15AO memang sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet rendah. Walaupun begitu, kualiti produk dari Panasonic tidak dinafikan sangat berkualiti dan boleh bertahan dengan lama.

Kipas 60 inci bersama regulator atau pengatur ini mempunyai dua warna iaitu putih dan kelabu gelap. Dengan tiga bilah kipas dan lima kelajuan yang berbeza tidak akan menghasilkan bunyi yang kuat.

Kipas ini berkualiti kerana dilengkapi dengan ciri keselamatan yang baik dan menggunakan teknologi motor yang canggih.

Kipas Siling Panasonic Bayu 5

Panasonic pun ada kipas siling yang boleh dikawal menggunakan remote. Dengan saiz 56 inci sesuai sesuai untuk menghiasi dan menyejukkan ruangan rumah anda. 1 tahun warranty juga disertakan.

Lima bilah kipas dengan tiga tahap kelajuan mempunyai ciri keselamatan yang baik seperti dapat mengelakkan badan atau bilah kipas jatuh serta mengelakkan motor terlebih panas. Ketetapan masa adalah 1,3, dan 6 jam manakala 3 dan jam adalah berfungsi sebagai mode tidur.

Kipas Siling Sharp PJC116BK 56 Inci

Produk keluaran Sharp juga merupakan antara kipas siling terbaik yang dikenali ramai. Kipas yang bersaiz 56 inci ini mempunyai lima bilah dengan tiga tahap kelajuan. Ia mampu mengawal menggunakan remote seperti kipas moden yang lain. Warna hitam kipas membuatkannya kelihatan mewah.

Paling penting, warranty disediakan iaitu 3 tahun warranty untuk motor manakala 1 tahun untuk warranty umum. Tenaga yang digunakan adalah 75W sahaja.

 Kipas Siling Elba ECF-K5605(BK)

Berat hanya 5kg dengan saiz 56 Inci boleh befungsi dan menghasilkan udara dengan kuat. Lima bilah kipas yang boleh selaraskan lima kelajuan pasti dapat menyejukkan anda mengikut tahap yang anda mahu. Paling menarik, kipas keluaran Elba ini mempunyai pelbagai ketetapan kelajuan.

Tenaga yang digunakan pula sebanyak 60W dibina bersama fius haba keselamatan dan dilengkapkan dengan wayar keselamatan. Motor adalah 100% diperbuat dari tembaga. Warranty turut dibekalkan selama satu tahun.

Kipas Siling Khind CF615 / CF618

Terdapat tiga bilah kipas  dengan lima tahap kelajuan dengan kawalan elektrik menggunakan 80W tenaga elektrik sahaja dengan pengudaraan 240m³/min. Jika anda memilih kipas bersaiz 56 inci, kawalan remote disertakan berbeza kipas 60 inci yang hanya dikawal secara manual.

Masa kawalan kipas dengan remote boleh ditetapkan selama 1, 3 atau 6 jam dengan penggunaan tenaga elektrik 75W.

Kipas Siling Milux MCF-6001

Pengudaraan 250m³/ min dan penggunaan tenaga 100W dapat menyebarkan udara sejauh 20cm³ sehingga 30m³. Cukup sejuk dan menghasilkan angin yang kuat. Sangat sesuai untuk anda yang mencari kipas bajet kerana harga dalam lingkungan RM 100 sahaja.

Walaubagaimanapun, ia mempunyai motor bearing berganda yang akan membuatkan prestasi kipas bertahan lebih lama. Kipas ini dijamin selamat kerana dilindungi dengan fius haba keselamatan.

Kipas Siling REZO ZR56

Kipas siling REZO ZR56 merupakan model kipas keluaran REZO terbaru pada tahun 2022. Model ini memang tak dapat dinafikan lagi sangat berkualiti kerana boleh menyebarkan 30% angin tambahan daripada biasa.

Dengan saiz 56 inci serta bewarna hitam kelihatan lebih mewah dan moden. Terdapat lima bilah kipas dengan lima tahap kelajuan pasti menghasilkan pengudaraan yang baik untuk anda di pejabat ataupun di rumah.

Pakej termasuk kawalan remote dan warranty selama 1 tahun untuk aksesori dan 3 tahun untuk motor.

Kipas Siling Elmark Vifast

Elmark Vifast adalah model kipas siling terbaru yang dikeluarkan oleh Elmark pada tahun 2022. Design kelihatan mewah dan moden lebih-lebih lagi kipas berwarna emas. Kualitinya sangat bagus dan setanding harga sesuai dengan trademarknya ‘king of fans’.

Pengudaraan yang ekstrem, design yang kecil iaitu 52 inci beroperasi tanpa sebarang bunyi kitaran. Mudah dikawal kerana pakej termasuk remote. Ada lima bilah kipas dengan lima tahap kelajuan.

Warranty juga disertakan iaitu 1 tahun untuk IR Receiver dan 5 tahun warranty untuk motor.

Kipas Siling Alpha Alkova

Kipas siling jenama Alpha sememangnya terkenal dengan design kipas yang luar biasa, cantik dan lain daripada yang lain termasuklah model Alkova. Sesuai untuk anda yang mencari kipas untuk menghiasi seganap rumah ataupun pejabat.

Kipas 56 inci ini mempunyai tiga bilah kipas yang boleh menghasilkan sehingga lapan tahap kelajuan dengan kawalan remote. Menggunakan motor DC, dapat menjimatkan penggunaan tenaga, berfungsi dengan senyap serta menghasilkan angin yang kuat.

Bukan itu sahaja, ia mempunyai kawalan masa dan ketetapan pelbagai kelajuan. Warranti pula selama 10 tahun.

Kipas Siling Alpha Cosa CX699

Boleh dikawal menggunakan remote, kipas keluaran Alpha juga kelihatan eksklusif dan merupakan antara model yang terkenal. Kipas ini bersaiz 56 inci mempunyai lima bilah kipas dengan empat tahap kelajuan.

Kipas ini juga berfungsi dengan senyap dan paling istimewa ia tahan karat. Warranty dibekalkan sehingga tiga tahun untuk motor manakala satu tahun untuk pengawalan kelajuan.

Dalam banyak-banyak kipas siling terbaik yang disenaraikan, sudah tentu ada yang dapat menambat hati anda. Jangan risau, senarai yang ada memang sangat berkualiti. Pilih sahaja mengikut keinginan dan bajet anda.

Kami juga ada menulis beberapa artikel lain seperti:

Pendapat dan pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.