Shampoo organik untuk rambut gugur, pastinya menjadi salah satu pertanyaan bagi wanita yang mempunyai masalah keguguran rambut yang teruk. Malu kalau rambut gugur, silap haribulan boleh jadi botak walaupun wanita!

Shampoo organik atau semulajadi penting kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan disebabkan kandungannya adalah tumbuh-tumbuhan, herba mahupun buah-buahan.

Jom lihat antara shampoo organik yang boleh anda gunakan untuk atasi masalah rambut gugur. Pastinya bersesuaian untuk anda.

1. Mama’s Choice Anti-Hair Loss Treatment Shampoo

Imej via [shope.ee]

Jenama shampoo ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah rambut gugur. Hal ini kerana shampoo ini dihasilkan khas untuk mengurangkan masalah rambut gugur setelah bersalin. Shampoo ini membantu menyuburkan rambut dari akar sehingga ke hujung rambut. Menariknya lagi, shampoo ini merangsang pertumbuhan rambut baru. Shampoo ini juga mengurangkan kelemumur dengan efektif dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kepala termasuk kulit sensitif.

Kandungan yang terdapat di dalam shampoo ini juga terdiri daripada bahan-bahan semulajadi. Antara bahan yang dapat anda lihat di dalam kandungan shampoo ini ialah kiwi yang kaya dengan vitamin C yang dapat menguatkan akar rambut, kemiri dan kacang hijau yang kaya dengan  zat besi dan biotin yang sangat penting untuk menggalakkan rambut yang sihat dan mencegah keguguran rambut.

Selain itu, shampoo ini juga mengandungi Candlenut secara tradisinya terkenal dengan sifat regeneratifnya, membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dengan mengaktifkan sel stem dalam folikel rambut. Shampoo ini juga telah direka dan diuji di makmal Singapura bagi memastikan kandungan bebas dari toksin, paraben, sulfat, alkohol, silikon dan bahan berbahaya yang lain. Kandungan shampoo ini terdiri dari bahan semulajadi, diyakini halal serta selamat untuk digunakan oleh ibu hamil dan menyusu.

2. Hask Argan Oil Repairing Shampoo

Imej via [shope.ee]

Bagi yang mempunyai masalah rambut bercabang dan rosak, apa kata anda cuba jenama shampoo ini. Hujung rambut bercabang dan rosak pastinya akan membuatkan rambut anda mudah kusut. Hal ini pastinya menyebabkan rambut anda lebih banyak gugur.

Kandungan shampoo ini juga sangat baik dan dapat membantu memperbaiki rambut anda. Antara kandungan yang terdapat di dalam shampoo ini ialah minyak argan, Rambut anda pastinya akan lebih sihat, terhidrasi serta sangat berkilat.

Shampoo ini sangat sesuai bagi mereka yang mengalami rambut rosak akibat diwarnakan, kering dan banyak lagi.

3. Palmer’s Cocoa Butter Formula Dengan Vitamin E Moisture Rich Shampoo

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Shampoo organik untuk rambut gugur dari jenama Palmer’s ini sering digunakan suatu masa dahulu. Sememangnya ia sarat dengan vitamin E dan kandungan minyak peppermint yang sangat elok untuk kulit kepala.

Selain dapat mengatasi masalah kulit kepala, ia juga dapat melembutkan kulit, mengatasi masalah gatal serta menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.

Sekiranya anda inginkan rambut panjang tetapi stress dengan masalah rambut gugur, shampoo ini amat sesuai kerana ia bertindak bagi pertumbuhan rambut yang lebih panjang, kuat dan sihat.

4. Follow Me Green Tea Shampoo Anti-Dandruft

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Jenama Follow Me adalah shampoo yang cukup dikenali sejak dahulu lagi. Ia bebas dari paraben dan sangat berkesan mengawal rambut gugur. Rambut juga lebih bersih dan tak berminyak lagi.

Anda boleh pilih jenis shampoo khas untuk rambut gugur (anti-dandruft). Ia dapat mengelakkan rambut gugur malah dapat sihatkan rambut secara semulajadi dengan bahan kandungan shampoo organik.

5. GRAFEN Emerald Blossom Perfume Shampoo

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Sangat eksklusif namanya, begitu juga rupanya. GRAFEN Emerald Blossom Shampoo ini bakal menampakkan rambut anda lebih cantik, licin dan segar setiap hari. 90% bahan kandungan shampoo ini adalah diperkayakan dengan bahan semulajadi.

Ia juga dapat elakkan daripada rambut gugur dan masalah botak. Bukan itu sahaja, bau yang wangi dan harum juga datangnya dari shampoo organik untuk rambut gugur ini.

6.  EcoHerbs Scalp Rejuvenation Hair Re-Born Herbal Shampoo

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Bukan sahaja digunakan sebagai shampoo rambut, EcoHerbs Scalp Rejuvenation Hair Re-Born Herbal Shampoo ini turut berfungsi sebagai rawatan rambut dimana ia dapat menguatkan rambut dan mengatasi masalah rambut yang lain.

Utamanya, jika rambut gugur, rawatan herba yang berkualiti dari enzim buah-buahan shampoo ini bertindak merangsang pertumbuhan akar rambut untuk lebih sihat.

Rambut tidak lagi berminyak dan gugur. Ia juga membuatkan rambut anda lebih harum dan segar semulajadi. Menarik bukan?

7. Shampoo Melaleuca (Natural) Herbal

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Terdapat 2 jenis Shampoo Melaleuca (Natural) ini di pasaran iaitu jenis biasa dan juga jenis herba. Bagi jenis herba, ia diperbuat daripada bahan semulajadi botanikal.

Shampoo organik untuk rambut gugur ini sesuai digunakan untuk semua jenis rambut. Ia juga dapat tanggalkan kotoran pada rambut dan kulit kepala sekaligus menyihatkan kulit dan mengelakkan rambut gugur.

8. Shiseido The Hair Care Adenovital Shampoo

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Sesuai untuk jenis rambut nipis, shampoo Shiseido The Hair Care Adenovital ini dapat melembabkan rambut dan kulit kepala supaya tidak kering dan gatal. Baunya juga cukup segar.

Untuk pengetahuan anda, shampoo organik ini diformulasikan dari buah aprikot, Adenosine, Ekstrak Ononis, Ekstrak Ashitaba, Ekstrak Lingzhi, Ekstrak Lada Jepun Dan Dipropylene Glycol.

9. Nature’s Organic Sense Hair Shampoo Anti-Dandruft

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Khas untuk rambut gugur dan individu yang mengalami masalah kehilangan rambut, Nature’s Organic Sense Hair Shampoo Anti-Dandruft ini adalah pilihan terbaik kerana ia mengandungi bahan organik untuk merawat rambut gugur.

Ia juga membantu merawat masalah kulit kepala gatal-gatal, rambut gugur, bercabang dan kering. Kandungan organik bunga chamomile menjadikan natures anti-hair loss shampoo ini salah satu shampoo organik untuk rambut gugur.

10. The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo adalah shampoo keluaran The Olive Tree yang merupakan shampoo organik untuk rambut gugur. Bahan organik yang digunakan sememangnya berkualiti dan diimport dari Australia.

Herba terbaik yang digunakan adalah Daun Aloe Vera, Minyak Buah Zaitun, Daun Rosemary, Daun Zaitun, Kulit Lemon, Pudina dan banyak lagi. Shampoo ini sesuai digunakan untuk mereka yang berambut nipis dan juga kulit kepala gatal. Kesan utama pemakaian shampoo ini adalah ia dapat mengurangkan rambut gugur.

11. Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Siapa tak kenal shampoo himalaya, yang pastinya merupakan shampoo organik sesuai digunakan untuk seisi keluarga. Ia membekalkan vitamin untuk kulit kepala sekaligus mengurang rambut gugur.

Tahukah anda masyarakat India sering menggunakan bahan semulajadi seperti Butea Frondosa yang menjadikan rambut mudah tumbuh dan Bhringaraja berfungsi sebagai pencegahan rambut gugur. Itulah bahan yang ada dalam shampoo himalaya anti-hair fall ini.

12. Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo

shampoo organik untuk rambut gugur
Imej via [invol.co]

Tak perlu risau dalam mencari shampoo organik terbaik untuk rambut gugur. Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo diperbuat daripada tumbuhan terbaik seperti daun pudina, minyak jojoba, minyak dauh teh, minyak kelapa, mentol dan lain-lain lagi.

Ia sangat berkesan dalam merawat masalah kelemumur yang teruk dimana kulit kepala atau kelemumur putih sering berkepingan di atas rambut anda. Justeru, ia mengelakkan daripada rambut gugur.

Itulah dia antara shampoo organik untuk rambut gugur. Jom baca juga lip balm terbaik, toner terbaik untuk jeragat, toner terbaik untuk kulit kering dan toner terbaik untuk kulit kusam.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.