Menjadi cantik memerlukan kita mengikuti segala penjagaan wajah dan rutin kesihatan wajah dengan betul dan sempurna. Sekiranya anda sememangnya mengikuti peraturan penjagaan kulit, pastikan langkah-langkah yang ditetapkan dalam pemakaian serum tidak anda tinggalkan.

Serum merupakan cecair pekat dan mengandungi bahan aktif dan zarah kecil di dalamnya untuk melawan segala cela pada kulit wajah. Serum yang berharga murah ini tidak semestinya setanding dengan jenama mahal.

Yang penting terdapat cop pengesahan daripada KKM. Jom kita lihat senarai serum murah terbaik yang mampu anda miliki dan pastinya berkesan.

1. Nano White Dark Spot Corrective Serum

serum murah terbaik

Serum ini telah diinokulasi dengan Nanoteknologi untuk membasmi bintik-bintik gelap dan parut jerawat serta melambatkan proses menghasilkan jerawat baru.

Ekstrak semula jadi dan Omega White-C yang diperkaya dalam serum Nano White Dark Spot Corrective. Serum ini juga bertindak untuk mengawal kuantiti sebum dan pengeluaran lebihan minyak yang dihasilkan di permukaan kulit.

Menariknya, serum murah erbaik nitidak berminyak dan melekit serta sesuai dibuat layer dengan alat solek.

2. The Ordinary Vitamin C  Suspension 23% + HA Spheres 2%

serum murah terbaik

Serum wajah dari The Ordinary mempunyai sumber Vitamin C yang juga dikenali sebagai L-Ascorbic Acid. Ia berfungsi meningkatkan pengeluaran kolagen.

Serum murah terbaik ini bersifat antioksidan berfungsi melindungi kulit dari penuaan dan tona kulit yang tidak sekata. Serum ini juga disokong dengan penambahan HA dehidrasi sfera yang mampu menarik 1000 kali berat ke dalam air.

Ia pasti dapat membantu mengembalikan kelembapan dan menjadikan kulit anda sentiasa terhidrat sepanjang hari.

3. Garnier Sakura White Ultimate Serum

serum murah terbaik

Adakah anda mahukan kulit cerah? Cubalah Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum yang sangat menakjubkan ini. Ia mengandungi ekstrak bunga Sakura dan 5,000 kapsul pemutih bagi meningkatkan kualiti kulit lebih berhasil keanggunan putih berseri. 

Teksturnya juga amat ringan dan mengekalkan kelembapan pada kulit anda agar tetap segar dan sempurna. Serum ini juga sesuai digunakan selepas pembersihan dan sebelum menggunakan krim siang atau malam. Penggunaan serum ini secara konsisten akan membuatkan kulit anda menjadi satu tona lebih cerah.

4. Sendayu Tinggi Brightening Series Super Hyaluronic Serum

serum murah terbaik

Bagi anda yang mencari serum yang merangkumi bahan kulit yang berhidrasi tinggi seperti Trehalose dan Hyaluronic Acid, anda boleh gunakan Sendayu Tinggi Brightening Series Serum.

Serum ini mempunyai gabungan kombinasi yang dibuat untuk memberikan hidrasi tinggi kerana kedua-duanya membantu mencegah pengeringan sel dan mengekalkan kelembapan kepada kulit wajah.

Bahan ekstrim tambahan dalam serum murah terbaik ini adalah Vitamin C, E dan Zinc yang bertujuan untuk memelihara dan membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Sementara itu, Ethyl Ascorbic Acid pula berfungsi untuk mencegah pengeluaran melanin yang menyebabkan pigmentasi dan tona warna yang tidak sekata.

5. Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x

serum murah terbaik

Serum murah terbaik ini diperkaya dengan Beetox & Nano Gold 24K yang mampu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan dan memelihara struktur kulit.

Selain itu, ia juga menutup struktur dalaman lapisan epidermis kulit. Serum Safia Rania Gold ini juga dapat melambatkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.

6. Rosken Skin Repair Bio Serum

serum murah terbaik

Serum Rosken Skin Repair Bio Serum mengandungi Vitamin A & E anti-oksidan, minyak Calendula dan Chamomile yang berfungsi memudarkan jeragat. Ia digunakan sebagai kitaran pembaharuan pada kulit wajah.

Bahan tambahan dalam serum Rosken Skin Repair Bio Serum ini adalah minyak Rosehip yang dapat mengurangkan kesan parut jerawat dan menghilangkan pigmentasi serta garis-garis halus.

Formula khas yang terdapat dalam serum ini mampu membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit seperti parut, warna kulit tidak sekata, kulit kering yang melampau dan penuaan.

7. Wardah C-defense with Vitamin C Serum

serum murah terbaik

Bertindak sebagai anti-radang, Wardah C Defence yang diperkaya dengan serum Vitamin C mengandungi antioksidan kuat. Ia mempunyai kemampuan menembus terus ke lapisan kulit.

Serum ini berfungsi untuk membentuk kulit yang lebih cerah, lebih muda dan sihat. Selain itu, ianya juga dapt membantu merangsang sintesis kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.

8. Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum

serum murah terbaik

Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, serum ini membantu mengimbangi dan mengawal rembesan minyak yang tersumbat di liang-liang pori.

Di samping itu, serum ini juga dapat mencegah bakteria serta meningkatkan pengekalan air. Ia bebas dari bahan tambahan terlarang dan sangat kaya dengan ekstrak buah-buahan seperti lemon dan lidah buaya.

Serum Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control ini sangat lembut pada kulit wajah, mesra alam dan dapat membantu menghasilkan kulit yang lebih segar dan bersih. Serum ini juga membantu mencegah pengeluaran minyak dan sebum yang berlebihan pada kulit muka.

9. Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum

serum murah terbaik

Serum murah terbaik ini mengandungi elixir minyak biji Rosehip, anggur dan Vitamin E. Ia dapat menghilangkan bintik-bintik gelap dan pigmentasi yang berlaku pada wajah.

Permukaan kulit dan pembaikan sel akan dilakukan pada kulit wajah. Gunakan serum Garden of Eden Rosa Pigmentation Serum ini pada waktu malam atau siang hari untuk mendapatkan hasil kulit yang lembut, licin dan cerah yang sempurna.

10. L’Oreal Men Expert Hydra Power Serum

SERUM MUDAH TERBAIK

Serum murah terbaik ini adalah pelembap pertama yang menyegarkan dari L’Oréal Men Expert yang diperkaya dengan Mountain Water dan asid Hyaluronik.

Ia mengandungi gel yang sangat segar yang akan menjadikan kulit anda sentiasa terhidrat selama 48 jam. Serum ini tidak berminyak, tidak melekit dan menyerap dengan cepat yang amat sesuai untuki lelaki yang suka aktiviti luar.

Itulah antara serum murah terbaik yang boleh anda pilih, pastinya berkesan dengan baik! Jom baca juga Serum terbaik untuk jerawatSet berpantangserum terbaik untuk kulit berminyak dan Serum terbaik untuk whitehead.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.