Masalah habuk dan kotoran debu dalam rumah tak akan selesai jika kita hanya menyapu sahaja. Vacuum sangat penting untuk membersihkan rumah kerana ia menarik dan menyedut habuk-habuk dan radikal bebas halus yang sukar dihilangkan.

Terdapat banyak jenis vacuum di Malaysia, namun perlu untuk kita lihat apakah vacuum terbaik pilihan ramai. Barulah tahu kelebihannya dan kita akan lebih bijak memilih. Berikut adalah vacuum terbaik yang bakal membuatkan rumah anda berubah!

Vacuum Eksklusif Pilihan Ramai

1. Vacuum Philips SpeedPro Max Aqua

Menjadi pilihan ramai walaupun harganya mencecah RM 1K, Vacuum Philips SpeedPro Max Aqua sangat berbaloi untuk dimiliki. Bukan sahaja berfungsi sebagai vacuum, tetapi juga boleh mengemop sehingga memudahkan proses pengeringan.

Vacuum terbaik ini tidak memerlukan kita memasang wayar, malah ia juga boleh digunakan rapat ke lantai serta vacuum ke atas siling. Menariknya, ia berbeza dengan vacuum lain kerana mempunyai lampu LED di bahagian depan, salah satu kemudahan yang menjadi kegilaan ramai peminat vacuum.

Vacuum Stick/Upright

2. Vacuum Riino EVolution V8 

vacuum terbaik

Vacuum terbaik berjenama Riino Evolution V8 ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis permukaan. Antara adalah karpet, lantai dan lain-lain lagi. Mengejutkan, habuk seperti batu, kacang, pasir dan banyak lagi turut dapat dibersihkan dengan mudah sekali.

Ia sangat mudah dibawa ke mana sahaja, mempunyai reka bentuk yang cantik dan menggunakan sistem tapisan Hepa. Jenama Vacuum terbaik ini menjadi pilihan ramai kerana kualiti dan penggunaannya yang mudah.

3. Electrova Handheld Vacuum 

vacuum terbaik

Vacuum yang memiliki pemegang ini sangat menarik digunakan untuk membersihkan rumah dan bilik. Ia mengangkat 99.99% kotoran dan habuk kecil sehingga ke partikel micron 0.1. Pembersih vacuum terbaik berbentuk tongkat ini dapat menyedut kotoran di permaidani dan juga lantai yang keras.

Ia juga amat ringan iaitu 1.8kg, mudah dibawa ke mana sahaja. Tangki sampah adalah sebesar 800ml dan mempunyai ciri flat mouth yang dapat membersihkan sekitar ruangan yang sempit.

4. Corvan 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner & Cordless Mop K18

vakum 2-dalam-1 serba baharu daripada Corvan, Corvan 2-in-1 Cordless Vacuum & Mop K18. Kuasa Sedutan sehingga 201AW menjadikan vacum ini diminati ramai suri rumah terutamanya mereka yang mempunyai kucing.

Anda boleh menyimpan pembersih vakum tanpa wayar ini tegak tanpa perlu menggerudi dinding anda. Menariknya mengenai vacum ini ialah pra-penapis yang boleh dibasuh pastinya menjamin kebersihan vacum anda. Penapis juga boleh digunakan semula tanpa perlu menggantikannya. Terdapat penapisan 6 peringkat serta pad mop yang boleh dibasuh untuk menggunakan semula. Mudah digunakan dan diselenggara. Panel sentuh LED yang menunjukkan pembaharuan teknologi vacum serta waranti motor selama 5 tahun. Vcum ini didatangkan dengan lampiran yang berguna dan pengecasan automatik. Pemegang juga tidak berasa panas walaupun selepas 20 minit digunakan kerana motor yang digunakan sangat berkualiti.

5. Karcher Cordless Vacuum Stick VC 4S

Vakum tanpa wayar iaitu VC 4s kelihatan anggun dengan rekaannya yang nipis dan lain dari reka bentuk vacuum sedia ada. Dengan kapasiti 0.3 liter, anda mungkin perlu membersihkan tong selepas setiap sesi pembersihan. Vacum ini boleh ditukar menjadi kecil untuk anda gunakan bagi membersihkan kereta anda.

Karcher mahir membersihkan sekitar kaki perabot. Vacum yang fleksibel ini boleh berputar sehingga 180 darjah. Beralih kepada mod pegang tangan untuk membersihkan sofa dan bahagian dalam kereta menggunakan muncung celah 2 in 1 yang disertakan. Vacum ini boleh membersihkan ruang yang sukar dicapai seperti bawah katil, belakang perabot dan banyak lagi.

6. Samsung Power Stick Vacuum

Jenama vacum ini mempunyai kuasa sedutan yang cukup tinggi menjadikan habuk dan rambut senang untuk disedut. Bateri Lithium-Ion 18V yang berkuasa juga memastikan ia berfungsi sehingga 80 minit tanpa perlu mengecas semula. Anda boleh membersihkan rumah tanpa perlu risau tentang bateri yang habis. Anda juga boleh membersihkan kotoran yang disedut dengan mudah.

Rekaan vacum ini yang boleh berputar sehingga 180 menjadikan proses pembersihan mudah. Vacum ini sangat sesuai untuk membersihkan kawasan lantai yang besar. Reka bentuk berdiri dan kekal tegak ini juga memudahkan pengguna untuk menyimpannya. Hal ini kerana vacum tersebut boleh bersandar pada dinding atau perabot.

7. Dyson V12 Detect Slim

Produk Dyson terkenal dengan reka bentuk futuristik dan bergaya. Dyson V12 Detect Slim direka lebih ringan dan langsing dengan berat hanya 1.5kg sahaja dan 2.2kg dengan kepala dan tongkat pembersih Fluffy dilekatkan. Oleh itu, ia mudah untuk bergerak dan digunakan.

Terdapat butang kuasa merah besar di bahagian atas yang menjadikan penggunaannya lebih mudah. Pembersih vakum mempunyai cengkaman yang sangat baik dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama.

Dyson V12 mempunyai bateri boleh tanggal yang boleh dicas dalam dua cara- secara berasingan daripada peranti atau semasa masih dipasang. Anda boleh menukarnya dengan bateri tambahan untuk meningkatkan masa penggunaan tetapi bateri tambahan ini perlu dibeli secara berasingan.

Bahagian belakang pembersih vakum mempunyai panel LCD bulat yang menunjukkan mod kuasa, pemasa kira detik untuk bateri dan maklumat tentang habuk dan kotoran yang dikumpul apabila peranti dihidupkan. Apabila dicas, paparan menunjukkan tahap bateri. Anda juga boleh bertukar antara mod yang berbeza dengan bantuan butang tepat di bawah skrin paparan. Mod ini termasuk Eco, Auto atau Medium dan Boost.

Vacuum Jenis Canister

8. Sharp Bagless Vacuum Cleaner 1600W EC-NS16R

Pembersih Vakum Sharp SHP-ECNS16R ini mempunyai ciri yang direka untuk memisahkan habuk daripada udara. Hal ini udara ringan akan ditapis melalui penapis HEPA. Vacum ini juga didatangkan dengan Sistem Penapisan 4 peringkat.

Selain itu, pembersih vakum ini juga dilengkapi dengan Penapis HEPA. Ia membantu mengeluarkan udara yang lebih bersih dan menjadikan persekitaran tempat tinggal anda hampir bebas daripada bahan pencemar.

Dengan reka bentuk membuang sampah yang mudah, anda juga boleh mengeluarkan bekas habuk dan mengosongkan sampah dengan mudah. Roda Getah dalam pembersih vakum ini boleh memastikan pergerakan lancar semasa membersihkan dan melindungi lantai anda daripada calar.

9. Vacuum MIDEA MVC-V12K-GR

vacuum terbaik

Tampak ringan, tetapi siapa sangka kuasanya sangat kuat dan berkualiti. Vacuum terbaik MIDEA ini mempunyai sistem filter multistage yang mudah, pantas dan kuat menyedut habuk. Sistem vacuum terbaik ini juga mudah digunakan dimana anda hanya perlu tekan satu butang sahaja, filternya juga mudah dibersihkan dan digunakan semula.

Vacuum Midea ini membolehkan ia bergerak sehingga 8 meter diameter, bermaksud anda tidak perlu menukar lokasi plug elektrik sentiasa. Hanya duduk di satu tempat sahaja untuk membersihkan satu ruangan.

10. Vacuum PANASONIC MC-CL779RV47 MEGACYCLONE

Vacuum terbaik berjenama Panasonic ini merupakan salah satu vacuum pembersih pilihan ramai rakyat Malaysia. Ia dapat mengesan habuk dan mempunyai kuasa 2200W serta kapasiti 2L. Lengkap dengan 8 lapisan sistem tapisan, ia sangat berkesan membersihkan rumah anda dengan rapi. Itulah juga penangan sis tapis HEPA vacuum terbaik ini.

Vacuum Jenis Robot

11. DIBEA GT200

Dibea GT200 ini merupakan vacuum jenis robot yang berbentuk bulat dan sederhana. Ia mempunyai teknologi gyroscope yang mudah merancang pergerakan bagi membersihkan rumah. Vacuum terbaik ini sesuai membersihkan semua jenis lantai seperti jubin, lantai kasar, permaindani serta permukaan bercampur.

Anda boleh mengawal robot ini melalui aplikasinya di telefon bimbit anda. Kuasa bateri vacuum ini juga tahan lama. Amat menyeronokkan, anda tak perlu vacuum sendiri, biar robot yang lakukannya.

12. ILIFE V55 PRO

Jangan terkejut sekiranya vacuum jenis robot terbaik ini dapat melakukan tugasan mencuci rumah sehingga 2 jam. Vacuum terbaik berjenama ILIVE ini boleh membersihkan seluas kawasan 140 meter persegi (1500sqft). Dengan 4 mod pembersihan, anda boleh menentukan masa untuk robot vacuum melakukan tugasan. Selain vacuum, robot ini boleh menyapum mop dan mengilatkan lantai rumah anda.

13. ROIDMI EVE Plus Xiaomi

ROIDMI EVE Plus Xiaomi adalah pembersih vacuum robot yang sangat berkualiti pilihan ramai. Selain vacuum, ia juga boleh menyapu sampah, mengemop lantai, menyedut habuk kotoran serta mengeringkan lantai. Kehebatan vacuum terbaik ini dilengkapkan lagi dengan sistem pensterilan automatik – EVE PLUS.

Ia juga mempunyai fungsi sensor untuk memastikan ia terlindung daripada rosak dan fungsi terganggu. Sensor terbaik yang dimiliki vacuum terbaik ini adalah sensor pecutan, sensor anti langgar, anti jatuh, radar, steril dan banyak lagi.

Vacuum Lasak (Kering Dan Basah)

14. KARCHER DRY & WET VACUUM CLEANER NT 30

vacuum terbaik

Tahan lasak, begitulah dengan vacuum Karcher N30 ini. Ia boleh vacuum di tempat yang basah dan kering serta mempunyai pengasingan habuk pilihan dan juga beg penapis. Mesinnya juga besar sehingga mempunyai kuasa 30 liter bekas dan turbin 1500 watt untuk memudahkan proses sedutan habuk dan kotoran.

Walaupun sedikit besar berbanding vacuum lain, namun ia sangat mudah dikendalikan kerana bentuknya yang senang dibawa. Sangat berbaloi kerana vacuum terbaik ini juga boleh menyingkirkan turbin dalam masa 44 saat. Ia juga sangat jimat jika dibandingkan dengan kegunaan dan fungsinya.

15. EUROPOWER VAC5001

vacuum terbaik

Sama seperti vacuum Karcher tadi, Europower VAC5001 ini juga mempunyai kuasa 30 liter kapasiti. Paling menakjubkan, ia boleh membersihkan tilam, sofa dan juga karpet. Untuk pengetahuan anda, tangki keluli ini tahan pada karat dan pastinya anda boleh menggunakannya selama bertahun-tahun.

Vacuum Jenis Kering Dan Basah

16. BLACK & DECKER Cordless Wet & Dry Vacuum with Standard Accessories (7.2V) WD7201G

Dengan fungsi kering dan basah, tiada masalah jika anda membersihkan sofa, kusyen atau karpet selain dari lantai yang keras. Vacuum Black & Decker Cordless ini mempunyai kapasiti 175ml dan memerlukan anda cas semula baterinya untuk digunakan. Ia lengkap dengan aksesori yang boleh digunakan untuk kaedah vacuum tersebut.

17. Monlove Wet & Dry Vacuum Cleaner

vacuum terbaik

Vacuum terbaik lengkap dengan fungsi kering dan basah ini boleh digunakan untuk membersihkan sofa, kusyen kereta, permaidani dan sebagainya. Sememangnya ia sangat sesuai membersihkan kenderaan seperti van, kapal, kereta dan lain-lain.

Terdapat juga fungsi penyedut yang berkesan mengapungkan tilam udara, pelampung kolam dan kapal keselamatan. Ia turut dikatakan mempunyai pelbagai fungsi, malah kuasa 12V DC ini sangat mudah.

Berikut adalah vacuum robot terbaik paling berkualiti pilihan rakyat Malaysia. Jom lihat juga Pelitup Muka KN95Vacuum Robot Terbaik dan Fakta Tentang Emas.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.