Kalau anda bercuti ke Cameron highlands pastinya takkan lepaskan peluang untuk makan jagung rebus atau jagung bakar yang baru dimasak. Makan panas-panas sambil layan cuaca sejuk, nikmatnya tidak terkata. Jagung adalah buah manis yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Katakan anda mempunyai tanah kosong yang terbiar, apa kata anda usahakan dengan tanaman jagung yang pastinya membuahkan hasil.
Yang sebenarnya kalau anda tiada tanah untuk bercucuk tanam, anda juga boleh tanam jagung dalam pasu. Serius! Istimewa untuk anda hari ini kami akan kongsikan info menarik tentang penanaman jagung, dengan fokus kepada cara tanam jagung yang mudah.
Jika anda mempunyai tanah lapang untuk menanam jagung, apa kata anda cuba kaedah penanaman jagung yang ingin kami kongsikan di sini. Caranya adalah sangat mudah iaitu:
Betul ke ni? Boleh ke tanam jagung dalam pasu? Jawapannya ialah boleh. Dah ramai yang menanam jagung di dalam pasu dan berjaya menuai hasil yang lumayan. Maksudnya kalau anda tak punyai tanah yang luas untuk membuat batas, anda masih mempunyai peluang untuk anda pokok jagung sendiri. Jom kami kongsikan cara tanam jagung dalam pasu. Caranya:
Mudah sahaja kan! Sesiapa pun boleh ada pokok jagung sendiri dengan menggunakan kaedah menanam dalam pasu. Lapas ni tak perlu lagi anda beli jagung di kedai.
Itulah dia info tentang penanaman jagung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juiga dijemput untuk membaca artikel kami tentang bunga tercantik di dunia dan idea pokok hiasan