Biasanya kita dengar demam kuning berlaku kepada bayi yang baru lahir. Tapi tahukah anda bahawa orang dewasa juga berisiko untuk dijangkiti demam kuning. Hari ini kami akan kongsikan petua hilangkan demam kuning orang dewasa yang berkesan.

demam kuning

Sumber: Kosovapress

Apakah punca demam kuning?

Demam kuning adalah penyakit berjangkit yang berjangkit kepada manusia melalui:

  • Di kawasan bandar, biasanya manusia dijangkiti demam kuning akibat gigitan nyamuk
  • Bagi penduduk yang tinggal di dalam hutan, biasanya demam kuning berlaku disebabkan oleh jangkitan yang bermula daripada nyamuk, monyet, dan akhirnya sampai kepada manusia.

Apakah tanda anda dijangkiti demam kuning?

Tanda jangkitan demam kuning boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

  • Peringkat pertama. Ia juga dikenali sebagai peringkat permulaan dimana pesakit akan mula mengalami demam, berasa seram sejuk,  sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah dan loya, serta sakit pada sendi dan otot.
  • Peringkat kedua. Pada peringkat kedua, pesakit akan mengalami demam, kekuningan pada kulit dan mata, sakit perut, dan muntah yang lebih teruk berbanding pada peringkat pertama. Pendarahan juga akan mula berlaku.

Apakah komplikasi demam kuning? Adakah ia boleh membawa maut?

Di antara komplikasi demam kuning ialah:

  • Pendarahan hidung
  • Pendarahan gusi
  • Muntah darah
  • Najis berdarah
  • Kegagalan hati dan buah pinggang
  • Jangkitan demam kuning boleh membawa maut

Apakah rawatan untuk demam kuning?

Setakat hari ini, tiada rawatan untuk menyembuhkan penyakit demam kuning. Apa yang akan dilakukan ialah merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti:

  • Menurunkan suhu panas akibat demam
  • Ubat tahan sakit untuk sakit kepala dan sakit otot
  • Ubat untuk muntah dan loya-loya
  • Mengentikan pendarahan
  • Pesakit direhatkan di wad
  • Pesakit diberikan drip supaya badan mendapat air yang secukupnya

Bolehkah demam kuning dicegah?

Vaksin demam kuning boleh mencegah jangkitan demam kuning. Sekiranya anda akan melawat negara yang mempunyai rekod demam kuning yang tinggi, kami nasihatkan anda supaya mendapatkan suntikan vaksin sebelum memulakan perjalanan.

demam kuning

Sumber: Weszlo

Adakah kekuningan pada mata & kulit bermaksud anda dijangkiti demam kuning?

Kekuningan bukan sahaja disebabkan oleh jangkitan demam kuning. Selain demam kuning, kekuningan juga merupakan tanda anda menghidap penyakit berikut:

  • Penyakit batu dalam hempedu

Pesakit yang mempunyai batu dalam hempedu akan mempunyai masalah saluran hempedu tersumbat lalu menyebabkan air hempedu menjadi terlalu pekat. Apabila air hempedu menjadi terlalu pekat, di antara simptom yang akan ditunjukkan oleh badan ialah kekuningan pada mata putih, kegatakan kulit, dan air kencing yang lebih pekat daripada biasa. Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai jaundis obstruktif.

  • Jangkitan kuman pada hempedu

Selain batu dalam hempedu, jangkitan kuman pada hempedu juga boleh menyebabkan anda menglami kekuningan. Pundi hempedu anda akan mula membengkak, menghimpit saluran bilirubin lalu menyebabkan mata & kulit anda kelihatan kuning.

  • Penyempitan saluran hempedu

Penyempitan mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau kecederaan pada saluran hempedu.

  • Kanser pankreas

Kanser pankreas juga boleh menyebabkan saluran bilirubin anda tersumbat laluu menyebabkan anda kekuningan.

  • Kanser pundi hempedu

Kanser pundi hempedu akan menyebabkan berlakunya lebihan bilirubin dalam darah lalu menyebabkan mata putih dan kulit anda sentiasa kekuningan.

  • Kanser hati

Sama seperti kanser pundi hempedu, kanser hati juga akan menyebabkan anda mengalami kekuningan yang berpanjangan.

  • Hepatitis

Jangkitan Hepatitis A dan Hepatitis B juga boleh menjadi punca anda mengalami kekuningan.

Apakah petua hilangkan demam kuning dewasa?

Demam kuning boleh dikurangkan dengan mengamalkan petua berikut:

1. Berjemur

Berjemur bawah matahari pagi membantu menghilangkan demam kuning dengan cepat. Kandungan vitamin D membantu mengurangkan paras bilirubin dalam darah.

2. Jauhi warna kuning

Biasanya bayi yang mengidap demam kuning akan dijauhkan daripada pakaian, cadar, selimut, dan semua barang yang berwarna kuning kerana menurut orang tua, warna kuning dari barangan tersebut akan menyebabkan kekuningan menjadi semakin teruk. Oleh itu, apabila orang dewasa dijangkiti demam kuning, petua yang sama boleh diamalkan.

3. Susu kambing

Minum susu kambing membantu mengurangkan kadar bilirubin dalam darah dan menghilangkan demam kuning dengan cepat.

demam kuning

Sumber: Dokter-hanny

4. Kurma

Makan kurma juga membantu menurunkan paras bilirubin dalam darah. Anda boleh ambil 7 biji kurma sebagai sarapan pagi. Selain itu kurma juga memberikan anda tenaga supaya tidak terlalu lemah akibat simptom yang dialami.

5. Anggur hitam

Anggur hitam juga boleh dimakan untuk menghilangkan demam kuning.

6. Mandian daun inai

Tak salah kalau anda mencuba. Anda boleh mandi dengan air mandian daun inai sebagai salah satu usaha untuk menghilangkan demam kuning. Caranya:

  • Ambil beberapa tangkai daun inai
  • Ramas didalam sebesen air
  • Jadikan sebagai bilasan yang terakhir setiap kali anda mandi

7. Mandian daun kucai

Selain daun inai, mandian daun kucai juga dikatakan membantu menghilangkan demam kuning. Caranya sama seperti penyediaan air mandian daun inai.

8. Mandian pokok dukung anak

Kalau anda boleh dapatkan pokok dukung anak, ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan demam kuning. Caranya:

  • Rebus pokok dukung anak
  • Jadikan air rebusan tadi sebagai bilasan terakhir sewaktu mandi

9. Sengkuang cina

Makan sengkuang cina juga dikatakan boleh menghilangkan demam kuning.

Selain itu, anda juga boleh amalkan tips dibawah:

  • Elakkan makanan yang berlemak tinggi
  • Minum susu rendah lemak
  • Elakkan makanan berminyak dan bergoreng
  • Masak dengan cara mengukus, merebus, dan membakar
  • Elakkan makanan berkolesterol tinggi
  • Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan harian
  • Minum air secukupnya
  • Elakkan makanan laut
demam kuning

Sumber: Chicago

Itulah dia petua hilangkan demam kuning dewasa yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua sakit perutpetua hilangkan gastrik dan cara hilangkan parut jerawat.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.