Mencari pencuci muka untuk kulit kusam mungkin tidak semudah yang difikirkan. Apabila melibatkan masalah kulit kusam, penting kita pastikan pencuci muka tersebut bebas minyak dan bukan komedogenik serta mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Namun, setiap individu memiliki kulit yang berbeza dan produk yang diperlukan juga pasti berbeza. Oleh itu, bagi memudahkan anda mendapatkan pencuci muka untuk kulit kusam yang sesuai, jom lihat senarai yang disyorkan oleh pakar kecantikan. Berikut adalah 15 pencuci muka untuk kulit kusam yang selamat dan sesuai.

Mama’s Choice Gentle Face Wash

Imej via [shope.ee]

Sama seperti nama yang diberikan, pencuci muka pilihan Mama’s Choice sememangnya sangat selamat dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Pencuci ini mengandungi ekstrak beras menjadikan kulit lebih lembap dan berseri-seri. Kandungan Hydrolyzed Collagen Extract yang berfungsi sebagai suplemen yang menyihatkan serta menjadikan kulit wajah lebih anjal.

Pencuci ini bukan sahaja dapat membersihkan wajah anda, malah dapat membuang habuk, makeup dan kotoran yang terdapat di wajah anda. Pencuci ini juga direka untuk menangani masalah jerawat semasa hamil. Teksturenya yang bergel dan tidak terlalu berbuih yang boleh mengeringkan membantu wajah anda tidak terasa ketat dan kering selepas mencuci muka.

Selain itu, pencuci ini juga dapat membantu mencerahkan wajah anda. Anda juga tidak perlu risau mengenai bahan yang terdapat di dalam pencuci ini. Hal ini kerana pencuci ini menggunakan bahan semulajadi dan halal. Pencuci ini juga bebas dari paraben, alcohol, SLS dan pewarna tiruan, menjadikannya selamat untuk digunakan oleh ibu yang sedang mengandung.

Hada Labo Ultimate Moisturizing Face Wash

Siapa yang tidak tahu tentang pencuci muka Hada Labo ini. Jenamanya yang cukup terkenal kerana keberkesanan dan kandungan bahan kimia yang sesuai untuk kulit kering dan kusam. Sama seperti namanya iaitu Hada Labo Ultimate Moisturizing, pencuci ini membantu meningkatkan kelembapan kulit setelah anda mencuci wajah anda dengan pencuci ini.

Selain itu, kelebihan pencuci ini yang mencuci sebanyak 2 kali ganda menjadikan kulit anda terasa lebih bersih dan segar. Antara bahan kimia yang terdapat di dalam pencuci ini ialah aqua, 2 jenis Hyaluronic Acid dan banyak lagi. Kandungan yang terdapat di dalam pencuci ini juga membantu agar kulit anda kelihatan lebih segar dan tidak kusam.

CeraVe Hydrating Facial Cleanser

Bagi anda yang selalu mengalami masalah kulit kering, pencuci muka ini pastinya dapat membantu melembabkan kulit anda. Hal ini kerana, di dalam pencuci ini terdapat kandungan asid yang baik untuk membantu melembabkan kulit kering. Antara kandungan asidnya ialah ceramides dan hyaluronic acid. Walaupun begitu, kandungan asid ini tidak akan merosakkan kulit muka anda.

Selain itu, ramai yang menyatakan bahawa pencuci yang mempunyai banyak buih akan membuatkan kulit anda menjadi lebih kering. Berbeza dengan pencuci jenama CeraVe ini, jenama ini tidak mempunyai buih langsung. Menariknya lagi, pencuci ini turut menanggalkan kotoran dengan sangat baik. Bukan itu sahaja, malah pencuci ini juga menanggalkan minyak dan makeup dengan sedikit.

Dermalogica Special Cleansing Gel

pencuci muka untuk kulit kusam

Bahan utama yang terdapat di dalam pencuci muka untuk kulit kusam ini adalah Sodium Laureth Sulfate atau SLES. Ia menggalakkan pencuci muka ini membersihkan dengan lebih berkesan.

Dermalogica Special Cleansing Gel ini sememangnya berkesan untuk kulit kusam, berminyak, tidak sekata dan berjerawat. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan solek tetapi perlu membersihkannya dua kali ganda dan tidak meninggalkan sebarang sisa pada kulit anda.

Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser adalah pencuci muka untuk kegunaan harian yang mengandungi bahan BHA yang bertindak sebagai pengelupasan semulajadi. Ia tidak mengeringkan kulit dan amat berkesan untuk jenis kulit kusam, kering dan berminyak. Di samping itu, pencuci muka untuk kulit kusam ini juga mempunyai face mist yang hebat!

Origins Checks And Balances Frothy Face Wash

pencuci muka untuk kulit kusam

Tahukah anda, Origins Checks And Balancing Frothy Face Wash adalah pencuci muka popular? Ia mempunyai lebih 3,000 ulasan kebanyakannya positif di Sephora. Pencuci muka ini dikatakan berkesan dalam memulihkan kulit kering dan kusam. Namun, baunya yang sedikit kuat mungkin tidak disukai oleh sesetengah orang.

SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser

Pencuci muka untuk kulit kusam

Seperti produk mereka yang lain, SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser mengandungi ramuan unik iaitu Pitera. SK-II Facial Treatment Gentle Cleanser ini adalah antara pencuci muka untuk kulit kusam yang terbaik. Kelebihannya, ia dapat menghilangkan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan kulit.

Ramai yang mendapati bahawa penggunaannya secara konsistent dapat menjadikan wajah terasa segar, bersih dan licin. Apa yang hebatnya, ianya juga amat berkesan untuk menanggalkan solekan.

Clinique Liquid Facial Soap Mild

pencuci muka terbaik untuk kulit kusam

Ramai mendapati bahawa Clinique Liquid Facial Soap Mild ini adalah pencuci muka untuk kulit kusam yang dapat membersihkan wajah tanpa menghilangkan kelembapan pada kulit. Selain itu, ianya tidak merengsakan kulit dan mampu menghilangkan jerawat.

Philosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Pencuci muka Philosophy Purity Made Simple dapat memberikan rasa lembut pada kulit dan mengurangkan kulit kusam. Dari segi baunya, ada pengguna yang menyukainya dan ada juga yang tidak. Rata-rata pengguna mengatakan bahawa Philosophy Purity Made Simple One-Step Facial Cleanser ini adalah pencuci muka untuk kulit kusam yang bagus. Selain itu, harganya juga lebih murah berbanding pencuci muka yang lain.

Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Facial Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Satu lagi pencuci muka untuk kulit kusam dari jenama Cosrx iaitu Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Facial Cleanser. Ianya dapat membendung pengeluaran sebum yang berlebihan dan baik untuk kulit berminyak yang terdedah kepada jerawat.  Selain itu, ia juga sesuai bagi anda yang memiliki tona kulit yang tidak sekata.

Fresh Soy Face Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Pencuci muka ini tidak menghilangkan minyak semula jadi pada kulit dan mengandungi bahan semula jadi yang boleh menenangkan kulit seperti aloe vera, soya dan timun.

Dari segi baunya, pencuci muka Fresh Soy Face Cleanser ini mempunyai bau yang lembut dan menarik. Walaupun harganya sedikit mahal tetapi tiub 150ml pencuci muka ini mampu bertahan selama beberapa bulan.

Sukin Signature Foaming Facial Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Berasal dari Australia, Sukin Foaming Facial Cleanser ini harus dielakkan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat tetapi ia berkesan untuk kulit kering, kusam, tona tidak sekata dan kulit sensitif.

Pencuci muka untuk kulit kusam yang terbaik ini kurang buih tetapi tidak mengeringkan kulit. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menanggalkan solekan, minyak berlebihan dan pelindung sinar UV.

Vanicream Gentle Facial Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Vanicream Gentle Facial Cleanser mempunyai bahan yang amat sesuai bagi mereka yang memiliki kulit sensitif dan bermasalah ekzema. Pencuci muka untuk kulit kusam ini mengandungi bahan seperti gliserin untuk memastikan kulit sentiasa terhidrat dan kandungannya adalah bebas sulfat.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang berminyak, pencuci muka ini tidak memberikan kesan yang efektif kerana fungsinya untuk merawat kulit kusam dan kering.

Laneige Moist Cream Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Diperkaya dengan 14.9% minyak tumbuhan, Laneige Moist Cream Cleanser ini direka untuk mereka yang mahukan kulit kekal lembap dan terhidrat selama berjam-jam. Ia dapat membersihkan kotoran sehingga ke liang pori supaya kulit kekal bersih, anjal dan licin. Bagi anda yang mempunyai kulit kusam, Laneige Moist Cream Cleanser adalah jawapannya!

Kiehl’s Ultra Facial Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Pembersih muka Kiehl’s Ultra Facial Cleanser ini dapat membersihkan lebihan minyak, kotoran dan pori yang tersumbat secara menyeluruh. Walaupun harga sangat mahal, namun hasilnya amat memberangsangkan. Selain itu, ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Sekkisei Clear Wellness Gentle Wash

pencuci muka untuk kulit kusam

Sekiranya anda ingin menghilangkan kulit kusam dengan risiko kerengsaan yang rendah, apa kata anda cuba gunakan Sekkisei Clear Wellness Gentle Wash. Ia mengandungi herba Asia dan bahan botani lain yang dapat membersihkan sambil menjadikan kulit sihat dan tahan terhadap persekitaran.

Pencuci muka untuk kulit kusam ini juga dapat mengekalkan kelembapan kulit. Tanpa mengandungi bahan seperti alkohol, paraben, pewangi dan pewarna, ia amat sesuai untuk sebarang jenis kulit.

Innisfree Sea Salt Perfect Cleanser

pencuci muka untuk kulit kusam

Seterusnya, produk yang dapat menangani pelbagai jenis masalah kulit adalah pencuci muka Innisfree Sea Salt. Pembersih muka ini mengandungi bijirin yang kaya dengan mineral Jeju yang berfungsi sebagai scrub untuk menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan pori kulit supaya kulit kelihatan segar, licin dan lembap. Ia juga merupakan pilihan yang baik untuk melegakan dan mengurangkan ruam kulit yang gatal.

Itulah antara pencuci muka untuk kulit kusam yang sesuai dan selamat untuk digunakan. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga bantal terbaik, tuala wanita terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan Blender Terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.