Pasti anda teruja mengetahui bahawa serum untuk kulit berminyak biasanya diperbuat daripada beberapa bahan yang berasaskan vitamin dan bahan pelembab kulit.

Secara umumnya, serum digunakan secara sapuan pada luaran kulit muka pada waktu malam. Harganya pula bergantung atas kualiti produk serum yang dikeluarkan.

Fungsi Serum Untuk Kulit Muka

Serum sering kali mengandungi beberapa bahan aktif terbaik untuk kulit wajah. Ia mempunyai kepekatan bahan aktif yang tinggi seperti asid amino, antioksidan, vitamin, pencerah kulit dan sebagainya.

Semua keperluan untuk mengekalkan kecantikan wajah terdapat dalam serum termasuk vitamin dan antioksidan yang berfungsi untuk meresap ke dalam pangkal kulit lebih jauh, lebih cepat, lebih mudah dibandingkan dengan cecair pelembap biasa. 

Kekuatan serum menembusi jauh ke pangkal kulit berfungsi lebih tinggi 10 kali ganda berbanding krim muka biasa. Sekiranya anda mengalami masalah kulit berminyak, jom kami kongsikan antara serum terbaik untuk kulit berminyak.

1. Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop

set berpantang

Serum ini mengandungi 5% asid askorbik semula jadi yang dipercayai dapat menenangkan kulit wajah yang sensitif, ia telah diproses dengan teknologi terkini bagi semua masalah jenis kulit termasuklah kulit yang berjerawat.

Serum terbaik untuk kulit berminyak ini juga dapat mencegah jerawat dengan mengecutkan parut jerawat sehingga kering dan tidak menyebabkan kerengsaan.

Selain itu, ia juga dapat meratakan tona warna kulit wajah dan menghilangkan parut untuk hasil kulit yang lebih cerah, anjal, licin dan bersih.

2. Pyungkang Yul Cosmetic Moisture Serum

set berpantang

Serum terbaik untuk kulit berminyak ini dapat mengekalkan keseimbangan minyak dan kelembapan kulit dan mencegah kulit kering sehinggakan kulit tidak menghasilkan minyak secara berlebihan.

Serum ini juga sesuai untuk pengguna kulit sensitif kerana terdapatnya ekstrak akar Barberry dan minyak zaitun.

3. Pixi Overnight Glow Serum

serum terbaik untuk kulit berminyak

Serum ini bertindak semasa anda tidur sebagai pembuang sel-sel kulit mati untuk menampakkan lapisan baru yang lebih cerah, gebu, elastik dan licin pada keesokan harinya.

Sekiranya serum ini digunakan sebagai rutin harian, ianya dapat mengurangkan garis-garis halus, bintik hitam dan jeragat.

4. Farsali Skin Tune Blur Serum

serum terbaik untuk kulit berminyak

Serum ini terkenal dalam kalangan ‘influencer kecantikan’ media sosial kerana menjanjikan tekstur kulit lembut dalam sekelip mata. Ia juga dikatakan akan memberikan hasil yang lebih halus dan lembut seperti memakai bedak foudation dengan kemasan matte.

Vitamin C dalam serum terbaik untuk kulit berminyak ini juga dapat mencerahkan dan meratakan tona warna kulit yang tidak sekata.

5. Estee Lauder Advanced Night Repair Recovery Complex

serum terbaik untuk kulit berminyak

Serum muka ajaib ini harus dijadikan rutin pada waktu malam untuk memperbaiki kulit matang secara drastik bagi mengurangkan kesan penuaan. Pastinya ia khas untuk anda yang mahukan kulit yang sentiasa kekal muda.

Menariknya, serum ini dapat memperbaiki kulit wajah anda ketika tidur dengan teknologi eksklusif ChronoluxCB. Dengan mengamalkan serum ini, kulit anda kelihatan lebih licin, muda, berseri dan anjal.

6. The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution

serum terbaik untuk kulit berminyak

Tidak hairanlah serum The Ordinary kini melambung tinggi harganya kerana produknya sangat berkesan dengan harga yang berpatutan. Ia menawarkan rawatan untuk menyelesaikan masalah kulit berminyak yang mudah terdedah kepada jerawat.

Serum terbaik untuk kulit berminyak ini lengkap dengan formula Asid Salisilik yang terbukti dapat merawat kulit yang berjerawat. Ia juga dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan yang merupakan penyebab utama kulit berminyak.

7. Wardah C-defense With Vitamin C Serum

serum terbaik untuk kulit berminyak

Wadah C-Defense With Vitamin C serum ini bukan hanya sesuai untuk kulit berminyak tetapi ianya juga dapat mengekalkan kecerahan, struktur, tekstur dan kelembapan kulit.

Selain itu, serum ini juga dapat membantu melindungi kulit dari pencemaran bahan radikal yang akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

8. Physiogel Calming Relief Serum

serum terbaik untuk kulit berminyak

Serum ini sememangnya sesuai untuk kegunaan harian khususnya untuk kulit sensitif dan mempunyai alahan. Ia juga sesuai dijadikan asas solekan untuk kulit yang tampak cerah tanpa kemerahan.

Produk ini diperkaya dengan teknologi PEA dan Biomimik yang kompleks yang membantu melegakan kulit sensitif dengan lembut dan halus.

9. The Body Shop Tea Tree Anti-Imperfection Daily Solution

serum terbaik untuk kulit berminyak

Serum The Body Shop Tea Tree Anti-Imperfection Daily Solution yang merupakan serum terbaik untuk kulit berminyak ini dapat mengatasi cela wajah dan memperbaiki keadaan kulit secara keseluruhannya.

Ia diformulasikan dengan ekstrak daun pokok teh secara semulajadi ini dapat membersihkan, melicinkan dan melegakan keradangan kulit dengan mencegah pengeluaran minyak dan sebum yang berlebihan yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat.

10. SK-II Genoptics Aura Essence

serum terbaik untuk kulit berminyak

Serum SK-II Genoptics Aura Essence ini dihasilkan oleh gabungan PITERA & GenOptics Aura Complex yang dapat membantu menghilangkan bintik hitam dan parut halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kesan dengan mengamalkan serum ini adalah kulit akan menjadi berseri, bersinar dan tampak lebih sempurna. Serum ini cukup baik sehinggakan hanya satu titis sahaja sudah cukup untuk memberi 1001 kebaikan kepada kulit anda.

11. Garnier Light Complete Anti Spot White Serum

serum terbaik untuk kulit berminyak

Serum Garnier Light Complete Anti Spot White Serum ini merupakan serum pelbagai fungsi yang dapat melembapkan, menghilangkan bintik hitam, pigmentasi, parut jerawat dan tona yang tidak sekata.

Diformulasikan dengan ekstrak buah lemon dan asid Salisilik, serum ini lebih mudah diserap oleh kulit dan tidak berminyak. Ia mempunyai perlindungan UVA atau UVB yang sesuai untuk remaja aktif yang sering mengalami kulit berminyak, jerawat dan dapat mengelakkan selaran cahaya matahari.

Itulah antara serum terbaik untuk kulit berminyak yang sesuai untuk anda cuba. Jom baca juga Scrub badan terbaikset berpantanglip balm terbaik dan toner terbaik untuk kulit kering.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Avatar

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.