Mencari artikel tentangt ips atau petua halau kucing berak? Membela kucing adalah perbuatan mulia yang boleh menjadi ladang pahala buat kita, namun jika kita biarkan kucing bebas keluar rumah dan membuang air di merata tempat terutamanya di kawasan rumah jiran, ia boleh mengundang dosa dan menyebabkan masam muka sesama jiran.

Jika anda mengalami masalah kucing datang berak di kawasan rumah, boleh amalkan petua halau kucing berak berkesan yang kami senaraikan di bawah untuk mengatasi masalah tersebut.

Sumber: Youtube

1. Clorox

Clorox atau apa-apa jenis bahan peluntur yang lain boleh digunakan untuk menghalau kucing daripada datang membuang di rumah anda. Sedangkan kita manusia yang bertubuh besar pun tidak tahan dengan gas yang dihasilkan oleh Clorox, inikan pula kucing yang bertubuh kecil. Cara yang boleh anda lakukan ialah sembur atau curahkan Clorox di kawasan yang selalu dicemari oleh kucing. Bau Clorox tadi akan menghalang kucing daripada datang lagi.

2. Minyak tanah

Selain Clorox, anda juga boleh curahkan minyak tanah ke kawasan yang selalu menjadi tandas awam untuk kucing. Minyak tanah mempunyai bau yang sangat kuat dan menyakitkan hidung. Malah ia juga panas dan akan menyebabkan punggung kucing berasa seolah-olah terbakar jika ia masih cuba untuk membuang di kawasan tersebut.

3. Ubat gegat

Petua halau kucing berak yang seterusnya ialah dengan menggunakan ubat gegat. Uba gegat biasa digunakan didalam rumah untuk mengatasi masalah makhluk perosak seperti lipas, namun ramai yang tak tahu bahawa ia juga berkesan untuk menghalau kucing. Kebanyakan kucing tidak menyukai bau ubat gegat yang kuat dan menyakitkan hidung. Letakkan ubat gegat dalam jumlah yang banyak di kawasan yang berkenaan.

4. Botol berisi air merah

Ini adalah petau halau kucing yang paling popular di Malaysia. Ada yang mengatakan ianya berkesan namun ada yang mengatakan bahawa ianya langsung tidak berfungsi untuk menghalau kucing. Berdasarkan pemgalaman peribadi kami, petua ini adalah berkesan. Caranya ialah:

  • Bancuh air merah pekat. Anda boleh gunakan pewarna merah atau cordial sirap. Pastikan anda bancuh dengan pekat dan air menjadi merah pekat, bukannya merah cair.
  • Kemudian masukkan air merah tadi kedalam botol jernih seperti botol air mineral.
  • Letakkan di kawasan yang berkenaan.

5. Cuka

Sumber: Thekitchn

Bau masam kuat yang dikeluarkan oleh cuka tidak disukai oleh kucing. Ia boleh menyakitkan mata dan hidung kucing lalu menyebabkan mereka menjauhi kawasan tersebut. Anda boleh curahkan cuka di kawasan yang berkenaan atau anda juga boleh sembur dengan kerap seperti setiap setengah jam bagi memastikan bau cuka sentiasa ada di situ dan tidak hilang.

6. Lemon, limau nipis, limau kasturi dan yang sejenis dengannya

Petua halau kucing yang seterusnya ingin kami kongsikan kepada anda ialah dengan menggunakan lemon, limau nipis, limau kasturi, dan buah-buahan sitrus yang sejenis dengannya. Seperti yang kita sedia maklum, buah-buahan sitrus ini adalah bersifat asid dan tajam. Ia akan menyebabkan kucing pedih pada bahagian mata dan hidung. Malah baunya yang berasid boleh dihidu oleh kucing dari jarak jauh. Kucing mempunyai deria bau yang lebih kuat berbanding manusia. Untuk menggunakan petua ini, apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Perah jus dari lemon atau limau tadi. Jangan dicampur dengan air. Kulitnya jangan dibuang. Jangan perah kesemua buah yang ada. Simpan sebiji dua yang dipotong namun tidak diperah jusnya.
  • Semburkan jus tadi di kawasan yang selalu menjadi kawasan kucing membuang air besar.
  • Kemudian letakkan sekali kulit limau yang telah diperah beserta limau yang belum diperah di kawasan tersebut. Biarkan kulit dan limau itu berterabur di situ. Bau sitrus yang kuat akan menghalau kucing daripada datang semula.

7. Minyak goreng ikan

Petua halau kucing yang seterusnya ialah dengan menggunakan minyak goreng ikan yang ada di dapur anda. Kalau selama ini anda membuang sahaja minyak masak yang tidak mahu digunakan lagi, apa kata lepas ni anda simpan minyak tersebut untuk kegunaan kecemasan seperti masalah kucing datang berak di rumah anda. Caranya ialah sapukan minyak goreng ikan di kawasan yang selalu diberak oleh kucing. Letakkan minyak yang banyak sehingga kawasan tersebut menjadi licin dan kucing tidak dapat meletakkan punggungnya untuk membuang air.

8. Garfu plastik

Garfu plastik juga sangat berkesan untuk menghalau kucing daripada membuang air besar atau air kecil di kawasan rumah anda. Caranya mudah sahaja:

  • Kenal pasti kawasan yang selalu menjad tumpuan kucing.
  • Bersihkan kawasan tersebut sehingga tiada bau najis atau air kencing.
  • Ambil garfu plastik, potong sedikit tangkainya jika terlalu panjang, cucukkan ke dalam tanah dengan tangkai di tanah dan bahagian garfu yang tajam di atas. Ideanya ialah apabila kucing meletakkan punggungnya untuk membuang air besar, ia akan dicucuk dengan mata garfu yang tajam lalu menyebabkan kucing mencari tempat lain yang lebih selesa.

9. Lidi sate

Sama seperti penggunaan garfu plastik, idea menggunakan lidi sate sebagai cara untuk menghalau kucing adalah sama. Cucuk lidi sate dengan bahagian tajam menghala ke atas di kawasan yang berkenaan. Percayalah, kucing tidak akan membuang air jika punggungnya dicucuk benda tajam. Ia akan mencari kawasan lain yang lebih selesa.

10. Simen

Petua halau kucing yang terkahir ialah dengan cara menyimen kawasan yang selalu dijadikan kawasan buang air oleh kucing. Biasanya kucing akan membuang air di kawasan berumput atau berpasir. Apabila anda menyimen kawasan tersebut, kucing tidak akan berminat untuk membuang di situ lagi.

Sumber: Binarumahsendiri

Itulah dia info  tentang petua halau kucing berak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang petua haluu lalat, petua hilangkan panas dalam badan dan petua bibir merah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.