Masalah kedutan pada pakaian dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas menggunakan seterika terbaik yang berkualiti. Untuk mendapatkan seterika terbaik, pastikan saiznya bersesuaian dengan anda dan selesa untuk digunakan agar tidak terlalu berat. 

Selain itu, pastikan seterika yang dipilih bersesuaian dengan semua jenis fabrik yang digunakan.

Seterika juga sesuai untuk dijadikan hadiah pada majlis-majlis tertentu seperti majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan sebagainya. Jom lihat 13 seterika terbaik berkualiti yang mudah anda gunakan.

Seterika Black Decker Allure Professional Steam Iron D3030

seterika terbaik

Seterika Steam Black Decker Allure Professional D3030 ini mempunyai plat keluli tahan karat yang mampu bergerak lancar di atas pelbagai jenis fabrik. Ia juga memiliki pemegang yang selesa untuk dipegang dan digunakan. 

Seterika terbaik ini sangat hebat kualitinya dan harganya sangat berpatutan. Seterika Black Decker Allure Professional D3030 ini juga membolehkan anda mendapatkan seterika dengan fungsi terbaik walaupun harga mampu milik.

Seterika Rowenta SteamForce DW9280

seterika terbaik

Seterika Rowenta SteamForce DW9280 merupakan antara seterika terbaik berkualiti yang dapat meratakan kedutan pada pakaian dengan sempurna. Wap yang dihasilkan oleh seterika ini sangat banyak. Ia sedikit berat dan jauh lebih mahal daripada seterika lain tetapi berbaloi untuk dimiliki kerana tahan lama.

Seterika Maytag M400

seterika terbaik

Seterika Maytag M400 juga merupakan antara seterika paling berpatutan harganya.  Ia mampu memberikan hasil yang lebih pantas dan mempunyai tangki air berkapasiti 6.5 auns pastinya bertahan dengan lama. Selain itu, seterika terbaik ini juga agak ringan. Diberikan waranti 2 tahun, amat berbaloi bukan?

Seterika Philips Diva Dry Iron GC122/30

seterika terbaik

Seterika Philips Diva Dry Iron GC122/30 ini sangat kukuh dan ringan. Fungsinya cepat panas dan dilengkapi dengan salutan tidak melekat. Bagusnya, suhunya sangat mudah dilaraskan bagi disepadankan dengan fabrik yang digosok.

Seterika berjenama Philips ini merupakan seterika terbaik tanpa wap yang berfungsi dengan baik pada pakaian yang lembut dan nipis. Jadi dengan beberapa gosokan, kedutan pada pakaian tersebut akan hilang dengan berkesan.Harga seterika terbaik berkualiti ini sangat murah dan mampu milik iaitu bawah RM100.

Seterika Tefal FV1720

seterika terbaik

Pilihan yang sangat murah untuk seterika wap dengan jaminan 2 tahun ini adalah Seterika wap Tefal FV1720 Eco Master. Walaupun kapasiti tangki seterika ini adalah kecil, namun semburan wapnya sangat berkesan. 

Selain itu, ia menggunakan kuasa serendah 1,800W namun mampu memanaskan seterika dalam masa beberapa saat. Seterika terbaik ini amat berbaloi kerana ia berkualiti jenis wap di bawah bajet RM100.

Seterika Electrolux UltraSteam Precision Steam Iron ESI6123

seterika terbaik

Seterika Electrolux UltraSteam ESI6123 dapat mengeluarkan sejumlah wap yang baik secara berterusan untuk menjadikan fabrik lebih kemas. Ia juga sangat ringan namun keselesaaan menggunakannya dan fungsinya membuatkan harganya sedikit mahal. 

Menariknya, anda boleh menyeterika pada ruangan kecil dan sempit dengan sempurna. Selain itu, seterika terbaik ini mempunyai ciri penutupan secara automatik setelah 30 saat tidak digunakan.

Seterika Tefal SV7112 Steam Generator Express Compact Iron

seterika terbaik

Seterika yang berbentuk cantik ini mempunyai kapasiti air yang sangat besar bagi membuatkan masa pengewapan menjadi sangat lama. Ia juga mempunyai permukaan tapak yang licin, sistem pelarasan suhu automatik dan wapnya boleh dilaraskan. 

Seterika terbaik ini dapat menghilangkan lipatan dengan berkesan dan memudahkan kedutan yang sukar hilang. 

Tangki air pada seterika ini boleh ditanggalkan dan akan memudahkan pengisian semula apabila kehabisan air. Bagi anda yang mencari seterika wap yang dapat membuka tangki air, pilihlah jenama ini.

Seterika Panasonic Cordless Steam Iron NI-WL30VSK

seterika terbaik

Seterika ini kecil dan ringan yang mudah dikendalikan. Prestasinya sangat mengagumkan kerana dapat menghilangkan kedutan dengan baik. Ia sesuai untuk apa jua jenis fabrik tetapi tidak sesuai untuk fabrik jenis kapas. Walau bagaimanapun, seterika terbaik ini perlu diletakkan semula ke dalam tapaknya dengan kerap untuk dipanaskan kerana ia merupakan seterika jenis wap cordless. 

Seterika Panasonic Cordless Steam Iron NI-WL30VSK ini adalah pilihan yang terbaik untuk menyeterika pakaian secara harian. Jadi amat rugi jika anda tidak memiliki seterika jenis wap ini.

Seterika Haier Cordless Steam Iron

seterika terbaik

Seterika cordless jenis wap adalah seterika yang digemari ramai kerana ia sangat mudah dan selesa untuk menyeterika. Dilengkapi dengan tangki air 300ml, seterika terbaik ini boleh mengeluarkan wap secara berterusan. 

Tambahan pula, ia lengkap dengan ciri anti-calc dan anti-titisan yang dapat melindungi fabrik agar tidak rosak. Terdapat juga fungsi pemadaman automatik sekiranya iron tidak digunakan. Sangat istimewa, ia juga dapat menyeterika pakaian yang digantung secara menegak.

Seterika Elba ESI-1196V Steam Iron

seterika terbaik

Seterika wap Elba ini sangat ringkas dan merupakan pilihan yang sempurna untuk digunakan setiap hari. Seterika terbaik berkualiti ini dilengkapi dengan tiga fungsi utama iaitu fungsi kering, stim dan semburan yang disesuaikan dengan pelbagai jenis fabrik. Terdapat juga lampu indikator dan tapak yang tidak melekat supaya semuanya lebih mudah dan selesa.

Seterika Philips Powerlife Steam Iron GC2998

seterika terbaik

Bentuk yang sangat anggun dengan warna serba hitam pasti akan memukau pandangan anda. Selain penampilannya yang menarik, harganya pula sangat berpatutan. Dengan kuasa 2400W, kepanasannya sangat pantas dan berkuasa untuk menyeterika dengan lebih cepat.

Seterika Philips PowerLife Steam Iron GC2998 ini mempunyai permukaan anti-calar yang memastikannya tahan lama sepanjang tahun. Bagi anda yang meminati seterika berkuasa tinggi, seterika terbaik ini adalah jawapannya.

Seterika Panasonic NI-W950ALSK Steam Iron

seterika terbaik

Kami mengesyorkan seterika wap konvensional Panasonic ini kerana ia menawarkan ciri-ciri yang hebat seperti menjana wap yang kuat, tangki air yang besar, sistem anti-titisan dan kord sepanjang 3 meter. 

Ianya adalah seterika terbaik 2400W yang serba boleh dalam julat harganya dan seberat 1.5kg. Pemegangnya pula direka secara ergonomik untuk keselesaan pengguna.

Seterika ini dapat menghilangkan kedutan yang paling degil sekalipun.  Bagi ciri keselamatannya, seterika ini mempunyai sensor penutupan automatik yang dapat menghalang kerosakan pada fabrik.

Seterika Tefal Fasteo SV6040 Steam Generator Iron

seterika terbaik

Akhir sekali, seterika Tefal Fasteo SV6040 Steam Generator Iron adalah seterika terbaik berkualiti boleh anda gunakan. Plat tapak seramiknya akan memastikan ia digosok dengan mudah semasa menyeterika. Selain itu,  mod ECO juga berfungsi untuk menjimatkan tenaga yang digunakan.

Seterika ini dapat dipanaskan dengan cepat dalam masa 2 minit. Dengan harganya yang mampu milik, ia amat berbaloi untuk dimiliki.

Berikut adalah seterika terbaik berkualiti mudah digunakan. Jom lihat juga antara hair dryer terbaik, mesin pengering baju terbaik, Mesin basuh terbaik dan air fryer terbaik.

Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.