Setiap orang memang perlu tahu saiz kasut sendiri agar mudah proses nak membeli kasut baru, tak kira secara bersemuka atau secara atas talian. Jika membelinya di kedai anda masih boleh dapat mencubanya satu persatu, namun jika membeli secara atas talian, pasti memeningkan.

Seperti sedia maklum, ukuran kasut memang berbeza mengikut negara. Di Malaysia juga terdapat kedai yang menjual kasut yang diimport dengan ukuran UK dan US. Jadi sangat penting untuk mengetahui ukuran kasut anda bukan sahaja dalam ukuran Malaysia tetapi saiz UK dan US.

Nak beli kasut secara dalam talian pun mudah. Kadangkala kasut yang dijual dari luar negara lebih murah dan lebih banyak pilihan dari segi jenama dan corak. Di sini kami sediakan cara untuk mengetahui saiz kasut anda dalam ketiga-tiga saiz ini.

Tips Memilih Saiz Kasut

Sebelum anda mengukur panjang kaki untuk mengetahui saiz kasut, ini tips yang anda perlu tahu sebelum membuat pilihan saiz dan mendapatkan kasut dengan saiz yang tepat.

  • Ukur panjang kaki menggunakan kaki sebelah kanan.
  • Setiap kasut berkemungkinan mempunyai ukuran yang berbeza mengikut jenama dan jenis kasut. Jadi anda digalakkan bertanya pada penjual tentang padanan saiz.
  • Pilih kasut yang berukuran 0.5 cm atau 1 cm lebih besar dari saiz asal untuk keselesaan kaki anda terutama jika anda memakai sarung kaki.

Cara Mengukur Panjang Kaki

Senang sahaja cara untuk mengukur panjang kaki anda sebelum memadankannya dengan ukuran kasut. Anda hanya perlukan pita pengukur atau pensil, pembaris dan kertas. Ini cara-caranya:

Cara Ukur Saiz Kaki Menggunakan Pita Pengukur

Imej via [ The Asian Parent ]

Cara ini adalah cara paling senang kerana anda perlu menggunakan satu barang sahaja iaitu pita pengukur. Namun cara ini digalakkan untuk mengukur ukuran kasut bayi dan kanak-kanak sahaja.

  1. Letakkan pita pengukur pada tapak kaki bayi atau kanak-kanak.
  2. Ukur panjang kaki bermula hujung tumit sehingga hujung ibu jari kari.
  3. Tandakan panjang kaki pada pita pengukur dan padankan dengan ukuran kasut.
  4. Rujuk jadual di bawah untuk melihat saiz kaki anda.

Cara Ukur Saiz Kaki Menggunakan Kertas, Pensil dan Pembaris.

Imej via [ Babab Net ]

Cara ini sangat sesuai untuk mengukur kaki orang dewasa kerana ukuran lebih tepat. Ini langkah-langkahnya:

  1. Sebelah kaki berdiri di atas kertas.
  2. Lukis atau tekap bentuk kaki pada kertas.
  3. Letakkan pembaris bermula hujung tumit sehingga ibu jari kaki.
  4. Ukur, catat dan padankan panjang kaki dengan ukuran kasut pada rajah di bawah.

Saiz Kasut Malaysia, UK dan US

Ukuran kasut untuk kanak-kanak, perempuan dan lelaki adalah berbeza. Untuk ukuran kasut Malaysia adalah dalam inci atau sentimeter. Rujuk jadual ini untuk padankan panjang kaki dengan ukuran kasut dalam saiz Malaysia, UK dan US:

Saiz Kasut Untuk Kanak-kanak (7-12 tahun)

US
Sizes
UK
Sizes
InchesCenti
meter
3.52.58.625″21.9
438.75″22.2
4.53.59″22.9
549.125″23.2
5.54.59.25″23.5
659.5″24.1
6.55.59.625″24.4
769.75″24.8

Saiz Kasut Untuk Perempuan

US
Sizes
UK
Sizes
InchesCenti
meter
428.1875″20.8
4.52.58.375″21.3
538.5″21.6
5.53.58.75″22.2
648.875″22.5
6.54.59.0625″23
759.25″23.5
7.55.59.375″23.8
869.5″24.1
8.56.59.6875″24.6
979.875″25.1
9.57.510″25.4
10810.1875″25.9
10.58.510.3125″26.2
11910.5″26.7
11.59.510.6875″27.1
121010.875″27.6

Saiz Kasut Untuk Lelaki

US
Sizes
UK
Sizes
InchesCenti
meter
65.59.25″23.5
6.569.5″24.1
76.59.625″24.4
7.579.75″24.8
87.59.9375″25.4
8.5810.125″25.7
98.510.25″26
9.5910.4375″26.7
109.510.5625″27
10.51010.75″27.3
1110.510.9375″27.9
11.51111.125″28.3
1211.511.25″28.6
1312.511.5625″29.4
1413.511.875″30.2
1514.512.1875″31
1615.512.5″31.8

Dah tahu ukuran kasut, bolehlah anda memilih kasut yang sesuai dengan saiz yang tepat. Nak beli kasut untuk suami dan anak-anak juga mudah dengan ukuran Malaysia, UK dan US. Kongsikan artikel ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar mereka juga ketahui ketiga-tiga ukuran kasut ini.

Rujukan:

  1. Saiz Kasut Malaysia. (2018). Katalog Terbaru. https://tokonaanakkudua.blogspot.com/2018/02/carta-saiz-dan-ukuran-kasut-uk-us-eu.html [link]

Jom baca artikel kami yang lain, pasti bermanfaat buat anda! Ini artikelnya:

  1. Cara ukur saiz cincin lelaki dan perempuan
  2. Cara mengatasi kurang keyakinan diri
  3. Cara kuruskan pipi tembam

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.