Mesti ramai yang suka kuih talam untuk dijadikan sarapan atau minum petang. Kuih talam yang digemari ramai dan diketahui umum semestinya kuih talam pandan.

Ada juga yang sering keliru antara kuih talam dan kuih seri muka. Kedua-duanya memang kelihatan hampir sama namun terdapat perbezaan pada lapisan bawahnya. Kuih talam menggunakan tepung pada lapisan bawah manakala kuih seri muka menggunakan pulut yang telah dikukus.

Kini, terdapat pelbagai jenis resepi kuih talam yang boleh anda lihat tertutama jika anda ke pasar. Kesemuanya kelihatan menarik dan mempunyai rasa yang berbeza.

Anda boleh buatnya sendiri di rumah dengan resepi kuih talam yang kami kongsikan dari Facebook. Resepi-resepi ini telah banyak dikongsi dan di cuba ramai orang. Jom cubanya sekali, pasti nak lagi!

Talam Labu Lemak Manis

Imej via [ Facebook ]

Pernah cuba kuih talam labu lemak manis? Jika tidak apa kata anda cuba resepi dari Raja Amanina yang dikongsikan di Facebook. Sangat mudah dan pasti menyelerakan. Jom tengok bahan-bahan dan langkah-langkah untuk buat kuih ini.

Bahan A:
-2 cawan air
-1 1/4cawan gula
-secubit garam
-2helai daun pandan
Bahan B:
-2cawan tepung gandum
-1/2cawan tepung beras
-1/2cawan tepung jagung
-2cawan santan
-2cawan air
-sedikit garam

Cara-cara:

1. Masak hingga gula larut dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan B hingga sebati.
3. Campurkan bahan A dan bahan B dan nina masak hingga sedikit pekat.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
-1bahagian ditambahkan dengan 1/2cawan santan pekat.
-1bahagian lagi masukkan sedikit pewarna kuning dan 1cawan isi labu yang direbus & dilenyek.
5. Kisar adunan untuk bagi sebati dan halus.
6. Panaskan kukusan dan tuang adunan ke dalam loyang yang dialas plastik.
7. Kukus adunan putih lebih kurang 15 minit.
8. Lapiskan pula adunan kuning dan kukus 20-30minit atau sehingga masak.
9. Biarkan kuih talam sejuk sebelum dipotong.

Talam Kacang Merah

Resepi ini dikongsikan oleh Niessa Chang di Facebook. Ramai yang sudah mencuba resepi kuih talam yang sedap ini. Untuk resepi ini beliau menggunakan loyang bersaiz 10x10x3. Dalam masa 30 minit memasak, anda sudah boleh merasai talam kacang merah.

Bahan lapisan bawah:

Bahan A
200g kacang merah yang direndam semalaman. Kemudian rebus hingga empuk (boleh guna kacang merah dalam tin)

Bahan B
220g tepung beras
1sdb tepung Jagung
250ml santan
600ml air
130g gula pasir
1sdt garam
Setitis atau dua pewarna pink

Cara-cara memasak lapisan bawah:

1.Bancuh bahan B dan kacau sebati.

2. Masak sehingga naik wap.

3. Masukkan kacang yang telah direbus dan gaul rata.

4. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas dengan plastik.

5. Kukus selama 25 minit.

Bahan lapisan atas:
180g tepung gandum
230g gula pasir
2 biji telur
250ml santan
500ml air
1/2 sdt garam dan pewarna merah

Cara-cara memasak lapisan atas:
1.Bancuh dan kisar semua bahan.

2. Masukkan telur dan gaul sebati.

3. Masak hingga naik wap.

4. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit.

Talam Cendol

Imej via [ Facebook ]

Dah bosan minum cendol? Jom buat kuih talam cendol pula. Pasti sedap dihidangkan bersama minuman petang. Resepi mudah dan enak ini turut dikongsikan oleh Niessa Chang di halaman Facebooknya. Ini bahan-bahannya:

Lapisan bawah

Bahan A:
130g gula
230g Tepung beras
1sdb tepung jagung
250ml santan
500ml air
1 sdt garam

Bahan B:
200g cendol

Cara-cara memasak lapisan bawah:

1.Campurkan semua bahan kecuali cendol dan gaul hingga sebati.

2. Masak hingga naik wap.

3. Masukkan cendol ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang.

4. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

Lapisan atas
Bahan A:

230g gula merah
500ml air
(Masak gula hingga hancur dan tapis)

Bahan B:
180g tepung gandum
250ml santan
2 biji telur gred B
1/2 sdt garam
Sedikit Esen vanilla


Cara-cara memasak lapisan atas:
1. Campurkan bahan A bersama bahan B.

2. Kacau rata kemudian masak hingga naik wap.

3. Tuang ke atas lapisan bawah.

4.Kukus 25 minit hingga masak.

Talam Gula Merah

Imej via [ Facebook ]

Resepi talam gula merah ini dikongsikan oleh Maksu Ta di halaman Facebook. Resepi paling mudah kerana bahan-bahan yang diperluka sudah pasti ada di rumah anda. Anda yang suka akan manisan memang patut cuba resepi ini.

Bahan lapisan bawah:

  • 1 cawan gula merah
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • Sehelai daun pandan

Cara-cara:

1.Masak gula merah dengan air dan daun pandan.

2. Kacau hingga gula larut dan tutup api. (Tak perlu tunggu menggelegak)

3. Apabila air gula sudah sejuk, tapis kan ke dalam bekas.

4. Masukkan tepung-tepung dan kacau sebati.

5. Tapiskan sekali lagi.

6. Kemudian masukkan ke dalam periuk atau kuali.

7. Kacau sekejap di atas api yang sederhana sehingga naik wap dan tutup api.

8. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang dah dilapik plastik yang telah siap disapu sedikit minyak.

9.Kukus sehingga separa masak atau adunan agak keras lalu ketepikan.

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan tpg beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • Garam sesedap rasa

Cara-cara:

1.Campur semua bahan dan kacau sebati lalu tapiskannya.

2. Masukkan ke dalam periuk atau kuali.

3. Kacau sehingga naik wap dan tutup api.

4. Angkat dan curahkan ke atas lapisan gula merah tadi.

5. Kukus semula selama 15 atau 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.

6. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.

Talam Berlauk

Imej via [ Facebook ]

Resepi ini lebih unik kerana mempunyai inti berlauk. Rasanya manis dan sedikit pedas. Memang sedap untuk dijadikan minuman petang bersama keluarga. Resepi yang disediakan oleh Zainoor Aliza Ali ini memang patut anda cuba.

Bahan A:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 3 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 2 sb minyak masak
  • Garam
  • Pewarna kuning

Bahan B:

  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Cili merah

Inti daging:

  • 1 cawan / 300 gram daging kisar
  • 2 labu bawang holland dipotong halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara memasak inti daging:

1.Tumis bawang dengan sedikit minyak.

2. Masukkan daging cincang dan kacau rata.

3. Masukkan serbuk lada hitam dan garam dan masaklah hingga sedikit kering.

Cara-cara talam berlauk:

1. Campurkan kesemua bahan A dan kacau rata (anda boleh menggunakan mixer atau pengisar).

2. Sapukan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak.

3. Masukkan bancuhan ke dalam acuan atau loyang.

4. Masukkan inti daging, daun sup, daun bawang dan sedikit cili merah.

5. Setelah air kukusan mendidih, kukuslah selama 7 minit untuk acuan kecil manakala 20-25 minit untuk acuan loyang 8×8.

Talam Keledek Ungu

Imej via [ Facebook ]

Pernah rasa talam keledek ungu? Memang susah nak cari yang sudah siap di masak di kedai. Apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan oleh Niessa Chang di Facebook. Sangat mudah kerana anda hanya perlu mengisar dan mengukus. Jom cuba!

Bahan untuk lapisan bawah:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 2-3 titis pewarna violet (ungu)

Cara-cara memasak lapisan bawah:
1. Kisar hingga sebati semua bahan dan tuang ke dalam loyang.
2. Kukus selama 20 minit.

Bahan untuk lapisan atas:

  • 250g keledek (potong dadu) kukus sehingga masak
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • Pasta keladi
  • Sedikit garam

Cara memasak bahan lapisan atas:
1. Kisar sebati dan tuang atas lapisan bawah.
2. Kukus selama 20 minit.

Talam Kastard Jagung

Imej via [ Facebook ]

Resepi kuih talam kastard jagung turut dikongsi oleh Niessa Chang. Beliau memang mempunyai kepakaran dalam membuat aneka kuih talam. Kuih talam kastard jagung tak kurang hebatnya, pasti habis satu loyang dalam sekelip mata. Jom cuba respinya!

Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis
3 1/2 cawan santan
Sedikit perwarna oren
Sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
1. Satukan kesemua jenis tepung dalam sebuah mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
3. Gaul sebati dan tapiskan.

4. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap.

5. Masukkan jagung krim dan gaul sehingga sebati.
6. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak.

7.Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Pasta jagung
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Sesikit pewarna kuning

Cara Menyediakan Lapisan Atas:
1. Masukkan kesemua bahan dalam sebuah mangkuk.

2. Gaul sebati atau kisar kesemuanya.
3. Masukkan adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil.
4. Cakar-cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.

Mudahkan resepi kuih talam yang kami kongsikan untuk anda. Paling penting pasti tak menyesal kerana enak. Patutlah ramai yang berkongsi resepi tersebut di Facebook. Apa tunggu lagi? Jom sediakan bahan untuk membuat kuih talam dan dihidangkan buat keluarga.

Jom cuba resepi lain yang enak, mudah dan pasti menambah selera seperti:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.