Tepung tidak asing lagi dalam pembuatan kek, kuih muih dan juga goreng-gorengan. Salah satu bahan utama yang wajib digunakan ini memainkan peranan yang cukup besar untuk menjadikan menu dessert anda berjaya!

Terdapat banyak jenis tepung dan kegunaannya yang harus anda tahu biarpun tidak semua yang selalu anda gunakan. Namun, mana tahu anda ingin mencuba resepi menu baru, pastinya anda perlu tahu apakah tepung yang paling sesuai untuk menu tersebut!

Dengan mengetahui jenis tepung dan kegunaannya juga, anda dapat menambah baik resepi sedia ada yang selalu anda cuba. Agaknya sebab itu chef pandai buat roti dan kek, mereka benar-benar arif akan setiap jenis tepung dan kegunaannya.

Jom lihat jenis tepung dan kegunaannya dalam masakan yang juga dapat membantu urusan anda kelak.

1. Tepung High Protein (Tepung Roti)

tepung
Imej via [sentiasapanas]

Tepung high protein mempunyai protein yang cukup tinggi dimana ia membantu anda menghasilkan roti yang lebih kenyal. Apabila menguli tepung, ia lebih kenyal kerana terhasil dari zat gluten.

Jenis tepung ini wajib anda gunakan untuk menghasilkan roti yang berkualiti tinggi. Dari segi tekstur dan rasa roti, ia sememangnya terbaik!

2. Tepung Low Protein (Tepung Kek)

tepung
Imej via [citarasawan]

Selain digelar tepung kek, jenis tepung ini juga dikenali dengan nama tepung superfine. Tekstur tepung ini agak ringan, tidak terlalu kenyal dan mempunyai kandungan protein yang agak rendah.

Antara menu yang boleh anda hasilkan dengan menggunakan tepung low protein ini adalah kek, kulit tart dan juga pai.

3. Tepung Serbaguna

tepung
Imej via [hasrulhassan]

Jika kedua-dua jenis tepung tadi mempunyai protein yang tinggi dan kurang, tepung jenis serbaguna ini pula mempunyai kandungan protein yang agak sederhana.

Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan kuih muih, pau, mee, pastri, biskut, kek dan lain-lain lagi. Anda boleh menambah tepung penaik dan mengayak 2 atau 3 kali sekiranya ingin membuat pau atau kek.

Tepung serbaguna ini boleh anda dapati banyak di pasaran dengan harganya yang agak murah. Antaranya adalah tepung cap sauh, cap kunci dan cap wau.

4. Tepung Naik Sendiri

tepung
Imej via [100comments]

Untuk menaikkan atau mencantikkan kek anda, pastinya tepung naik sendiri ini penting digunakan. Ia adalah sejenis tepung kek namun ia mempunyai kandungan serbuk penaik dan soda penaik iaitu soda bikarbonat atau baking powder.

Sekiranya menggunakan tepung ini, anda tak perlu lagi gunakan agen penaik. Sukatan yang betul juga penting supaya kek anda tidak rosak dan jadi bentuk lain. Antara menu yang boleh anda gunakan tepung naik sendiri ini adalah scone, muffin, pancake dan juga kek.

5. Tepung Pulut

tepung
Imej via [mydin]

Tahukah anda, tepung pulut ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi moden yang menyebabkan khasiat dan zat beras pada tepung ini tidak hilang? Ya. Ia selalunya diimport dari negara Thailand dan dijual di sini.

Untuk pengetahuan anda, tepung pulut ini mengandungi 100% beras merah iaitu beras yang telah dibuang merah pada mata padinya. Ia kaya dengan vitamin B dan E yang dikatakan baik untuk penghidap kencing manis dan ibu mengandung.

Tepung beras dan tepung pulut adalah sesuatu yang berbeza walaupun plastiknya seakan-akan sama. Janganlah anda tersilap pula ya.

6. Tepung Kastad

tepung
Imej via [shopee]

1 rumah 1 tepung kastad. Itulah realiti yang dapat kita lihat di kebanyakan rumah. Pasti akan mempunyai tepung kastad berbanding tepung lain. Hal ini kerana tepung kastad mempunyai fungsi yang pelbagai di samping mencantikkan tekstur kek.

Untuk masakan, ia juga boleh digunakan bagi mewangikan puding anda, biskut dan sebagainya. Tepung yang wangi ini dapat menjadikan sesebuah dessert itu berkualiti dan lebih gebu. Antara jenama tepung kastad yang dikenali ramai adalah jenama BIRDS.

7. Tepung Gandum

tepung
Imej via [borneokaki]

Tepung gandum cukup terkenal di Malaysia kerana ia adalah tepung yang dipasarkan di Malaysia dalam kuantiti yang banyak sekali. Anda mungkin mengenali jenama seperti Cap Sauh, Cap Kunci dan banyak lagi kan?

Tepung gandum terhasil daripada bijirin gandum yang dikisar halus sehingga bewarna putih. Ia amat halus dan sesuai untuk dijadikan sebagai produk makanan yang pelbagai.

Itulah yang menghasilkan pelbagai kualiti makanan dan jenama di pasaran.Ia lebih kurang sama seperti tepung serbaguna dan boleh anda gunakan untuk pelbagai tujuan.

8. Tepung Biskut / Tepung Cookies

tepung
Imej via [citarasawan]

Selain disebut sebagai tepung cookies atau tepung biskut, ia juga dikenali dengan nama tepung red roses. Kandungan tepung cookies ini adalah campuran tepung jagung dan bahan perangup.

Ia bertekstur lembut dan ringan berbanding tepung-tepung lain. Anda mungkin kerap akan menggunakannya dalam pembuatan biskut dan pastri. Ia juga selalu digunakan bersama dengan tepung yang lain seperti tepung ubi, tepung jagung, tepung kastad dan lain-lain lagi.

9. Tepung Ubi / Tepung Jagung

tepung
Imej via [tokopedia]

Tepung ubi yang juga dikatakan tepung jagung ini diperbuat daripada ubi kayu. Apabila ia diadunkan, ia kelihatan agak liat dan itulah sebabnya juga ia turut dikenali sebagai tepung kanji juga.

Lebih kurang dengan tepung sagu juga yang kebanyakannya digunakan di Sarawak. Ciri-ciri isi pokok sagu adalah menyamai dengan ubi kayu iaitu ia liat, kenyal dan gluten free. Untuk pengetahuan anda, tepung jenis ini boleh digunakan untuk masakan bubur, keropok dan juga lempeng.

10. Tepung Krimer

Imej via [indiamart]

Ramai yang tak tahu akan tepung krimer ini. Kebanyakan tepung ini amat diperlukan di restoran dan juga tempat makan yang menghidangkan aneka minuman. Ia adalah seperti krimer yang mempunyai lemak tambahan yang akan digunakan dalam nescafe, kopi dan sebagainya.

11. Tepung Hong Kong

Water Lily Flour juga adalah nama lain bagi tepung Hong Kong. Ia amat putih dan sesuai untuk membuat pau. Keburukannya adalah tepung ini cepat rosak, oleh itu, tidak banyak kedai menjualnya.

12. Tepung Hoen Kwee

Tepung Hoen Kwee digunakan oleh masyarakat cina untuk membuat kuih muih. Ada tepung yang berwarna kekuningan dan ada juga warnanya hijau serta yang putih. Semuanya mengikut kesesuaian kuih.

tepung
Imej via [khalifahmedia]

Lain-Lain Jenis Tepung Adalah:

13. Tepung beras

14. Tepung sagu

15. Tepung Susu

Itulah dia 15 jenis tepung dan kegunaannya dalam masakan yang harus anda tahu, semuanya terdapat dalam pasaran. Jom baca juga resepi kuih tepung pelita, resepi tepung bungkus dan resepi biskut tepung bistari.

Rujukan:

  1. sentiasapanas
  2. khalifahmedia
  3. citarasawan

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.