Pasti anda tertanya-tanya, apakah gadget terkini yang elok digunakan dengan nilai harga RM 1,000 ke bawah. Pastinya ia merupakan keperluan untuk hiburan, perniagaan, pekerjaan dan banyak lagi!
Anda boleh dapatkan model smartphone terbaru dan terkini serta menepati citarasa anda. Jom lihat antara 10 smartphone terbaik Malaysia bawah RM 1,000 yang boleh anda pilih.
Walaupun dipasarkan pada 21 Disember tahun lalu, smartphone ini masih lagi mahal harganya. Vivo V17 hadir dengan skrin Super AMOLED 6.44 inci dengan resolusi FHD plus.
Terdapat kamera selfie 32MP yang membuatkan smartphone ini patut dibeli oleh anda yang sememangnya kaki selfie. Untuk kamera belakang, smartphone ini mempunyai kamera quad dengan 48MP utama, sudut lebar 8MP, makro 2MP dan kedalaman 2MP.
Vivo V17 dikuasakan oleh chipset Snapdragon 675 dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Fungsi lain yang terdapat dalam smartphone terbaik malaysia bawah rm1000 ini adalah sokongan pengimbasan cap jari pada skrin, bateri berkapasiti 4500 mAh dan pengecasan pantas 18W.
Redmi Note 9s adalah salah satu model daripada siri Redmi Note 9. Smartphone ini mempunyai spesifikasi yang sedikit lebih rendah daripada Redmi Note 9 Pro.
Redmi Note 9s menggunakan layar FHD plus 6.67 inci dengan panel IPS LCD. Ia dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan RAM 6GB dan storan berkapasiti 128 GB.
Redmi Note 9s mempunyai quad kamera dengan 48MP utama, sudut lebar 8MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP dan kamera selfie di hadapannya adalah 16MP. Kapasiti baterinya pula sebesar 5020 mAh yang juga dicas melalui pengecasan pantas 18W.
Smartphone Samsung Galaxy M31 hadir dengan skrin Super AMOLED 6.4 inci dengan resolusi FHD plus dan dilengkapi dengan cip Exynos 9611 dengan memori 6GB RAM dan storan 128GB.
Untuk kamera smartphone terbaik malaysia bawah RM 1,000 ini, terdapat 4 lensa di bahagian belakang yang menempatkan 64MP utama, sudut lebar 8MP, makro 5MP dan kedalaman 5MP dan kamera selfie hadapannya dilengkapi dengan sensor 32MP.
Smartphone ini juga mempunyai bateri berkapasiti 6000 mAh dengan pengecasan pantas 15W. Jom cuba! Pasti menarik.
Smartphone terbaik Malaysia bawah RM 1,000 Realme 7i ini mempunyai memori dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman dan menggunakan chipset Snapdragon 662. Ia dilengkapi dengan skrin paparan IPS LCD 6.5 inci dan menyokong kadar penyegaran 90Hz.
Walau bagaimanapun, smartphone ini hanya disokong oleh resolusi HD plus. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan kamera selfie 16MP dan di bahagian belakang smartphone Realme 7i dilengkapi dengan pengimbas cap jari serta 4 tetapan kamera.
4 Kamera ini terdiri daripada 64MP utama, sudut lebar 8MP, 2MP B&W, dan makro 2MP. Ciri-ciri lain yang terdapat pada smartphone ini adalah kapasiti bateri 5000 mAh dan pengecasan pantas 18W.
Realme 6 memasuki pasaran tempatan pada Mac tahun lalu dan dilengkapi dengan layar LCD 6.5 inci dengan resolusi FHD plus yang disokong oleh kadar penyegaran 90Hz.
Terdapat reka bentuk berlubang di sudut kiri atas yang menempatkan kamera 16MP dan mempunyai chipset MediaTek Helio G90T dengan RAM 4GB dan storan 128GB.
Realme 6 mempunyai quad kamera belakang yang diketuai oleh kamera utama 64MP, sudut lebar 8MP, makro 2MP dan potret 2MP. Ianya dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4300 mAh dan menyokong pengecasan pantas setinggi 30W.
Smartphone Oppo A53 pula hadir dengan layar LCD IPS 6.5 inci, resolusi HD plus dan mempunyai kadar penyegaran 90Hz. Oppo A53 ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 460 dengan pilihan memori 4GB / 64GB dan 4GB / 128GB.
Di bahagian depan, terdapat kamera 16 MP dan trio kamera di bahagian belakang dengan 13 MP utama, sudut lebar 2MP dan makro 2 MP.
Ciri-ciri lain yang terdapat pada smartphone Oppo A53 ialah kapasiti bateri 5000 mAh. Dari segi sokongan pengecasan pantas pula, setinggi 18W.
Poco X3 NFC dikeluarkan pada September lalu dan mempunyai skrin LCD 6.67 inci dengan resolusi Full HD plus serta perlindungan Corning Gorilla Glass 5.
Spesifikasi lain yang terdapat pada smartphone terbaik Malaysia bawah RM 1,000 ini termasuklah sokongan kadar penyegaran 120Hz, chipset Snapdragon 732G, bateri berkapasiti 5160 mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W.
Dari segi kamera, ianya hadir dengan 4 tetapan kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, sudut lebar 13MP, makro 2MP, dan kedalaman 2MP. Kamera selfie pula dilengkapi dengan sensor dan beresolusi 20MP.
Redmi Note 9 Pro tiba di pasaran tempatan pada Mei 2020 dengan skrin FHD plus IPS LCD 6.67 inci. Smartphone ini dikuasakan oleh chipset Snapdragon 720G dengan padanan memori 6GB dan kapasiti penyimpanan 128GB.
Ia juga dilengkapi dengan tetapan 4 kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, sudut lebar 8MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP dan kamera selfie 32MP.
Antara kelebihan lain yang terdapat pada smartphone ini ialah bateri 5020 mAh dan sokongan pengecasan pantas 33W. Ianya juga mempunyai pengimbas cap jari di bahagian belakang smartphone ini.
Smartphone Oppo A92 pula dikuasakan oleh chipset Snapdragon 665 dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128 GB. Ia turut mempunyai skrin IPS LCD 6.5 inci yang disokong oleh resolusi Full HD plus.
Untuk fungsi kamera, OPPO A92 membariskan quad kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, sudut lebar 8MP, mono 2MP dan potret 2MP.
Bagi kamera selfie pula, ia didatangkan dengan kamera 16MP. Antara ciri lain yang terdapat pada smartphone Oppo A92 ini adalah ianya dilengkapi dengan bateri 5000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.
Honor 9X Pro diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan April tahun lalu ini merupakan smartphone pertama yang memasuki pasaran menggunakan Huawei AppGallery untuk menggantikan Google Play Store.
Smartphone ini mempunyai sistem cecair yang dapat menyejukkan telefon semasa penggunaan berpanjangan dan dilengkapi dengan chipset Kirin 810 berkelajuan 8GB RAM.
Skrin Honor 9X Pro didatangkan dengan 6.59 inci dan membariskan trio kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP, sudut lebar 8MP dan kedalaman 2MP. Kamera selfie Honor 9X Pro pula 16MP.
Berikut adalah 10 smartphone terbaik malaysia bawah rm1000 yang boleh anda dapatkan. Jom baca juga smartphone terbaik Malaysia bawah RM500. skincare Korea Terbaik, serum terbaik untuk kulit kering dan Produk Hilangkan Parut.
Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ianya adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis.