Sekiranya anda sedang mencari aircond terbaik untuk digunakan, artikel ini sangat bermanfaat untuk anda memilih dengan mudah. Cuaca yang kadangkala tidak menentu dan sedikit panas membuatkan ramai orang memasang aircond atau pendingin hawa di rumah atau pejabat.

Sebelum membuat pembelian, antara faktor yang perlu dipertimbangkan untuk membeli aircond adalah bajet, tahap kesejukan dan kadar penggunaan elektrik. Semua faktor ini ditentukan oleh jenis air-cond iaitu inverter atau non-inverter.

Setiap jenis aircond ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Aircond inverter dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik, berfungsi dengan senyap namun harga lebih mahal dari aircond biasa.

Manakala aircond non-inverter banyak menggunakan tenaga elektrik, berfungsi dengan sedikit bunyi tetapi harga asalnya dan harga penyelenggaraan lebih murah. Jom lihat jenis dan jenama aircond yang terbaik dan sesuai untuk anda.

Panasonic 1.0 HP Air-Cond Nanoe-X Inverter XPU Series R32

Produk keluaran Panasonic sememangnya terkenal kerana kualitinya yang bagus, tahan lama dan menjimatkan elektrik kerana menggunakan motor inverter. Menggunakan fungsi aerowings iaitu flap twins yang membolehkan udara disebarkan seluruh ruang dengan sama rata.

Paling spesial, model ini mempunyai teknologi nanoe-x dan nanoe-g yang bertindak menghilangkan bau busuk di segenap ruang serta menghapuskan bakteria yang melekat pada perabot atau mana-mana barang dalam rumah anda.

Bukan itu saja, aircond ini dilengkapi dengan Eco Mode with A.I, ketetapan masa, blue fin condenser dan sebagainya. Disertakan dengan remote LCD, ianya mampu berfungsi tanpa sebarang bunyi.

Hisense Standard Air-Cond 1.0HP R32 AN09CBG

Dengan program “one button, auto clean” bagi siri CB yang mengandungi proses pembekuan, penembusan, pelucutan, penyahbekuan dan pengeringan bagi menyegarkan penyaman udara anda seperti baharu.

Kelihatan sangat moden seiring dengan zaman kerana dilengkapi sistem LED. Smart mode dicipta khas pada model ini iaitu mampu bertindak secara automatik untuk menyesuaikan suhu aircond pada tahap yang bersesuaian dengan suhu bilik.

Model ini juga berfungsi dengan senyap kerana direka khas dengan saluran udara dan teknologi kawalan yang canggih. Jenis model ini adalah non-inverter dan sesuai untuk anda yang mempunyai bajet bawah RM 1000.

Midea Inverter Aircond 1.5 HP R32 Xtreme Series

Model aircond dari Midea ini mempunyai split-system aircond yang mampu mempercepatkan suhu bilik atau ruang untuk sejuk. Model ini juga mampu bertahan dengan lama kerana teknologi yang digunakan canggih dan berkualiti.

Ia mengandungi Eco Mode yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Fungsi khas yang lain adalah mesra alam, smart kits, kawalan wifi dan pengesan kebocoran pada penyaman udara ini.

2 tahun warranty diberikan bagi umum manakala 5 tahun warranty untuk pemampat.

Samsung 1.5HP AR12TGHQA R32

Penyaman udara keluaran Samsung ini mempunyai auto swing dengan dua arah yang mampu mengawal arah pengudaraan secara automatik seluruh ruang dengan cepat. Selain itu, HD filter yang terdapat pada model ini mampu memberi udara yang segar dan bersih.

Sesuai untuk diletakkan pada bilik tidur kerana mempunyai mode Good Sleep yang mengawal suhu yang sesuai agar lebih segar dan mendapat tidur yang nyenyak. Penggunaan tenaga juga lebih rendah berbanding suhu atau mode normal.

Program DuraFin+ pula dapat menyebarkan udara nyaman dan sejuk dengan selesa serta berpanjangan. Paling menarik, fungsi fast cooling yang ada mampu mempercepatkan penurunan atau peningkatan suhu berbanding mode normal.

LG S3NQ09JA3WA 1.0HP Dual Inverter Air-Cond

Penyaman udara inverter jenama LG model ini mempunyai Dual Inverter Compressor yang mampu menjimatkan 70% penggunaan tenaga dan 40% penyejukkan yang cepat selain menggunakan udara R32 yang mesra alam.

Bukan itu sahaja, malah model ini mempunyai sistem perbersihan udara yang bersifat anti-bakteria dan anti-habuk. Ia juga mempunyai sistem operasi dan pembersihan automatik. Sleep mode yang ditetapkan selama 7 jam.

Sharp 2.0HP Non-Inverter Air-Cond R32

Aircond non-inverter keluaran sharp adalah salah satu aircond terbaik dan berkualiti yang sering menjadi pilihan ramai. Dengan 12 bulan warranty pasti berguna buat anda.

Jenis motor yang digunakan adalah fixed frequency dan digunakan secara split-system yang mampu menyebarkan udara sejuk ke segenap ruang dengan sama rata.

Mitsubishi R32 Non-Inverter CXP Series

Jenama Mitsubishi memang tidak asing lagi dan mendapat banyak komen positif terutamanya produk aircond yang berkualiti dan tahan lama.

Aircond Mitsubishi Heavy Industries mempunyai prestasi yang bagus dengan kelas kecekapan tenaga A dan paling penting menggunakan bahan yang serba sedikit dapat mengelakkan penipisan lapisan ozon.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa penapis yang terdiri daripada beberapa proses pembersihan yang mampu mencegah bakteria, hama dan bauan busuk yang lain. Selain beroperasi dengan senyap, ianya boleh dibersihkan sendiri.

Haier 1.5 HP HSU-13VTH21 Aircond Inverter

Dengan sistem inverter sudah pasti dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik. Gas yang digunakan adalah R32. 3 tahun waranti am dan 10 tahun waranti pemampat pasti bermanfaat buat and ajika berlaku sebarang kerosakan.

Cara untuk dipasang sangat mudah. Terdapat fungsi smart clean yang menyebarkan udara yang bersih dan anti bakteria dengan kecekapan tenaga yang lebih tinggi. Hal ini dapat menjimatkan kos membersihkan penapis penyaman udara.

Fungsi Eco Mode yang ada pula dapat mengurangkan 20% hingga 60% penggunaan tenaga berbanding normal mode. Tak perlu lagi risau dengan bil elektrik, mode ini membantu anda rasa lebih nyaman dan selesa.

Daikin 2.5HP FTKF71BV1MF R32 Standard Inverter Air-Cond

Menggunakan motor secara inverter, penyaman udara Daikin ini sesuai untuk ruang rumah anda yang luas kerana dilengkapi split-system yang mampu menyejukkan ruang rumah anda yang luas. Aircond 2.5HP ini telah mendapat 5 bintang terhadap penjimatan tenaga.

Berfungsi dengan senyap pasti tidak mengganggu segala aktiviti anda. Selain itu, arah udara boleh dikawal dengan tetapan masa. Paling best, boleh dikawal dan disambungkan dengan wifi melalui fungsi smart control.

Pakej ini termasuk remote, 1 tahun waranti am dan 5 tahun waranti pemampat.

Hitachi 1.5HP Standard Inverter Series Aircond RAS-XH13CKM

Penyaman udara keluaran Hitachi terkenal dengan kualitinya yang bagus serta tidak perlu kerap untuk proses menyelenggara.

Sistem unik yang terdapat pada model ini adalah frost wash di mana semua habuk atau bakteria dikumpulkan pada heat exchanger ditukarkan dalam bentuk air. Dapat menyejukkan atau menyebarkan udara dengan pantas dan senyap.

Mode lain yang terdapat pada model ini adalah air sleep timer, refresh mode, powerfull mode, sensor dry operation dan sebagainya. Pakej juga termasuk remote kawalan jauh.

Acson R410 Non-Inverter Aircond + Elite Turbo TAC-C5A/XA61

Jika anda mempunyai bajet yang kecik, model ini sangat digalakkan bersesuaian dengan kualiti yang canggih. 3 tahun waranti khas dan 5 tahun waranti pemampat pasti bermanfaat jika berlaku kerosakan.

Mempunyai saluran udara yang canggih dan uniknya penyaman udara ini kerana terdapat butang kecemasan yang mampu memutuskan aliran elektrik terhadap aircond.

Seperti aircond jenama lain, ia mempunyai Eco Mode, Sleep Mode, Auto Mode dan Turbo Mode. Sistem penapis yang bersih juga terdapat pada model ini. Dengan lima kelajuan kipas, ia berfungsi dengan bunyi yang perlahan.

Electrolux 1.0 HP 9000 BTU Vita Cool Aircond ESM09CRR-B3

Electrolux juga menjadi salah satu jenama aircond terbaik di Malaysia. Pembentukan udara yang segar dan bersih daripada bakteria melalui sistem I Clean membolehkan ianya turut berfungsi walaupun aircond dimatikan. Hal ini menjadikan kurang keperluan untuk mencuci secara kerap dan profesional.

Selain itu, melalui I Feel remote yang mempunyai sensor mampu mengenalpasti suhu sekeliling lalu menyesuaikannya dengan suhu aircond secara automatik.

Beko 1.0 HP R32 Inverter Aircond BSVOC090/091

Penyaman udara ini menggunakan motor inverter dengan gas R32. Dengan sistem dehumidifying, ia dapat mengawasi atau mengurangkan kelembapan udara yang bagus untuk menghilangkan bau hapak, memberi keselesaan, mencegah pertumbuhan hama dan sebagainya.

Ciri yang lain pada aircond ini adalah mempunyai pengawalan suhu secara automatik, sleep mode dan mode penjimatan tenaga. 2 tahun waranti am dibekalkan dengan12 tahun waranti pemampat.

Aircond terbaik yang disenaraikan memang dari jenama yang terkenal dan berkualiti. Pilihlah mengikut bajet dan kesesuaian dengan ruang yang anda ingin letakkan. Selamat membeli!

Jom baca artikel Bidadari yang lain seperti:

Pendapat dan pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah perkongsian dan pendapat penulis.

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.