External hard disk terbaik pastinya menjadi buruan para editor. Bagi mereka yang bekerja sebagai editor, mahupun yang memerlukan pengolahan CD, external hard disk pastinya menjadi barang yang penting bagi mereka. Hard disk pada mulanya direka berukuran besar tetapi telah ditambah baik sehingga menjadi ukuran yang lebih kecil. Disebabkan produk ini mampu menyimpan file yang sangat besar, hard disk mula diminati ramai.

Selain berfungsi sebagai media penyimpanan data, hard disk juga berperanan untuk menyimpan aplikasi yang diinstall ke dalam komputer. Menariknya mengenai external hard disk, data penyimpanannya lebih besar berbanding dengan internal hard disk. External hard disk juga mudah untuk digunakan kerana hanya perlu menyambungkan kabel USB ke laptop ataupun computer.

Senarai di bawah menunjukkan senarai external hard disk terbaik yang mungkin menjadi pilihan anda. Sekiranya anda mencari hard disk yang mungkin sesuai untuk kegunaan anda.

Seagate External Hard Disk Backup Plus

Sekiranya anda mencari hard disk yang dapat menyimpan gambar dan video yang berkapasiti tinggi, anda mungkin akan suka dengan jenama hard disk ini. Hal ini kerana, hard disk ini mempunyai kapasiti stor yang besar. Jadi, tiada masalah untuk anda menyimpan semua file gambar dan video yang besar.

Selain itu, jenama hard disk ini juga direka dengan saiz yang kecil bagi memudahkan hard disk ini dibawa ke mana-mana. Hard disk ini juga sangat ringan. Lebih menarik lagi, produk ini sangat nipis, jadi anda boleh memasukkan produk ini ke dalam poket anda. Hard disk ini mempunyai kapasiti sama seperti USB 3.0, 2.0 dan USB-C.

Bagi pelajar universiti yang kebiasaannnya mempunyai banyak file untuk disimpan, hard disk ini sememangnya sangat sesuai untuk mereka gunakan. Hard disk ini juga boleh ditetapkan jadual untuk membackup file. Jadi file anda akan backup dengan sendiri, jadi anda tidak perlu risau file anda akan hilang. Hard disk ini juga boleh di set kata laluan untuk privacy anda. Memang sangat menarik!

Western Digital My Passport External Hard Disk

Bagi mereka yang menggunakan gopro untuk mengambil video ketika pergi holiday, memori yang disimpan pastinya sangat banyak. Anda boleh menyimpan kesemua memory gopro ke dalam hard disk ini. Jenama hard disk Western Digital ini direka agar tipis dan mudah untuk dibawa. Lebih menarik lagi, hard disk yang ringan ini memudahkan penggunanya untuk membawa ke mana sahaja.

Tempoh waranti yang diberikan juga lama iaitu selama 3 tahun. Jadi sekiranya anda mengalami sebarang kerosakan dalam tempoh tersebut, anda boleh datang ke kedai yang anda beli. Terdapat pelbagai pilihan warna yang cantik. Antaranya ialah warna merah, hitam, putih dan biru.

Hard disk ini juga sesuai untuk digunakan dengan sistem window 10 dan window 8.1. Jika anda membeli hard disk berjenama ini, anda akan diberikan kabel USB beserta buku manual untuk memudahkan anda.

USB 3.1 8TB SSD External Hard Drive

Lain dari hard disk yang biasa, hard disk jenama ini direka dengan lapisan luar yang disaluti oleh aluminium alloy. Lapisan ini dapat mengelakkan lapisan luar dari cepat panas. Lebih menarik lagi, hard disk ini dilengkapi dengan fungsi auto sleep. Sekiranya anda tidak menggunakannya selama 10 minit, hard disk anda akan terpadam sendiri. Ini juga direka bagi mengelakkan hard disk menjadi panas.

Saiz hard disk yang kecil, dan ringan pastinya memudahkan penggunanya. Sesuai untuk dibawa dalam beg mahupun poket seluar. Hard disk ini juga dilengkapi dengan anti-kejutan. Hal ini dapat menghalang bahagian dalam disk ini rosak walaupun terjatuh. Secara umumnya, jenama external hard disk ini direka untuk tahan lasak dan menjaga privacy.

Toshiba Canvio Gaming USB 3.2 Portable External Hard Drive

External hard disk terbaik yang lain ialah Toshiba Canvio Gaming. Sekiranya anda seorang kaki game, anda pasti akan tercari hard disk yang dapat menyimpan semua koleksi game anda. Jom tengok hard disk Toshiba Canvio Gaming ini, hard disk ini sememangnya direka khas bagi tujuan tersebut.

Hard disk ini berkapasiti sehingga 1TB, 2TB dan 4TB. Hard disk ini sesuai digunakan dengan playstation, Xbox dan juga PC. Jika hard disk ini mengalami sebarang kerosakan, anda boleh mengantarnya ke kedai kerana terdapat 2 tahun warranty yang diberikan. Hard disk ini mudah dibawa ke mana-mana sekiranya anda ingin bermain dengan kawan-kawan.

Seagate Portable External Hard Disk HDD Game Drive for PS4

Hard disk jenama ini juga banyak memberikan kelebihan kepada penggunanya. Model hard disk ini sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai PS4. Hal ini kerana hard disk ini boleh mengakses data secara pantas. Sama dengan tempoh warranty yang diberikan selama 3 tahun, kapasiti hard disk ini juga sangat besar iaitu sebanyak 2TB.

Anda pasti merasa puas dengan proses hard disk yang cepat dan tidak mengalami sebarang lagging ketika menggunakannya. Penghantaran datanya juga sangat cepat kerana memiliki 5400rpm. Jika anda menggunakan hard disk ini untuk menyimpan koleksi data game anda, cuti anda pastinya lebih menarik kerana saiz hard disk yang kecil memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana.

Transcend StoreJet 25H3 Portable External Hard Drive

Sekiranya anda selalu mengalami masalah data hard disk yang rosak akibat terjauh, anda pastinya akan tertarik dengan kelebihan yang ditawarkan oleh hard disk ini. Hard disk ini menyediakan sistem perlindungan 3 peringkat. Perlindungan 3 peringkat ini pastinya dapat melindungi gambar serta video yang terdapat dalam hard disk ini.

Jika dilihat dari perlindungan yang ditawarkan oleh hard disk ini, hard disk ini kalis kejutan dimana bahagian luarnya dilengkapi dengan getah. Lebih menarik lagi, hard disk ini dilengkapi dengan butang auto backup yang pastinya dapat memudahkan anda. Kapasiti hard disk ini juga sangat besar dan ruang simpanan sehingga 4TB.

Kemudahan yang disediakan hard disk ini membolehkan anda untuk memindahkan data tanpa perlu menyambung wayar USB.

Adata EXT HDD Pro Durable HD710 Pro

Sama seperti jenama hard disk Transcend StoreJet, jenama hard disk ini juga dilengkapi dengan 3 lapisan perlindungan. Hard disk ini merupakan hard disk yang kalis air serta tahan kejutan. Hal ini menjadikan jenama hard disk ini sangat terkenal dengan daya tahan dan kecanggihannya. Hard disk ini juga mempunyai warranty selama 3 tahun.

Jenama hard disk ini juga telah diuji dengan menenggelamkannya ke dalam air sehingga 2-meter dsn dibiarkan selama 60 minit. Diingatkan, keberkesanan kalis air bagi hard disk ini akan terjamin sekiranya USB port ditutup dengan baik. Lebih menarik lagi, hard disk ini boleh disambungkan dengan pelbagai jenis window. Antaranya ialah window XP, 8, 7, 10, Linux dan banyak lagi.

Sekiranya anda memang seorang yang suka membuat video, anda boleh menyimpan video anda sehingga berdurasi 854 jam dengan quality HD. Terdapat dua storage yang anda boleh pilih iaitu 1TB atau 2TB. Anda juga dapat melihat proses pemindahan dengan menyalanya lampu berwarna biru. Manakala, sekiranya terdapat apa-apa masalah pada hard disk ini, lampunya akan bertukar berwarna merah.

Apacer AC236 1TB USB 3.1 Gen 1 Portable External Hard Disk Drive

Sekiranya anda salah seorang pengguna Macbook, external hard disk ini sememangnya sesuai untuk anda. Hard disk ini direka khas untuk pengguna Macbook. Rekaannya yang nipis dan menarik pastinya dapat menarik perhatian anda.

Lebih menarik lagi mengenai hard disk ini, ia direka dengan anti calar dan anti cap jari. Hal ini pastinya menjadi kelebihan bagi mereka yang selalu mencalarkan barangan mereka. Proses backupnya yang pantas juga memberikan anda kelebihan sekiranya anda seorang yang sibuk. Hard disk ini juga datang dengan pelbagai pilihan warna. Antaranya ialah hitam, biru, merah dan kuning.

Selain itu, hard disk ini turut dilengkapi dengan Smart Power Management yang dapat menukarkan produk ini kepada mod jimat tenaga jika pemindahan berhenti sehingga 10 minit. Hal ini menjadikan hard disk ini tahan lebih lama. Sambungan USB di hard disk ini juga akan tetap kemas walaupun digunakan dengan kerap.

Silicon Power A62 Game Drive External Hard Disk Drive

External hard disk terbaik yang lain ialah Silicon Power. Hard disk ini sangat menarik kerana mempunyai pelbagai kelebihan. Sekiranya anda mempunyai Xbox One, anda mesti akan suka dengan kelebihan hard disk ini.

Hard disk ini kalis air dan anti kejutan. Kelebihan ini menjadikan hard disk ini sangat tahan lasak. Walaupun hard disk ini adalah untuk kegunaan Xbox, hard disk ini juga boleh digunakan dengan PC. Selain itu, data untuk menyimpan dan memproses juga sangat cepat. Disebabkan hard disk ini anti kejutan, ia tetap bertahan walaupun jatuh dari ketinggian 122cm.

Sekiranya anda bermain game dan terpaksa berhenti, anda tidak perlu risau perlu memulakan semula permainan anda. Hal ini kerana, game tersebut akan bersambung di tempat anda berhenti. Tempoh warranty hard disk ini adalah sehingga 3 tahun. Memang sangat berbaloi dan menarik!

Toshiba HDD CANVIO Basics Portable External Hard Disk

Jenama ini menyajikan pelbagai kelebihan seperti portable dan nipis. Hard disk ini sesuai digunakan untuk PC kerana mempunyai saiz kapasiti yang besar. Proses penyimpanan anda akan lebih optimum sekiranya menggunakan jenama ini. Memudahkan anda untuk memindahkan file kerana anda hanya perlu drag dan drop gambar atau file yang anda mahukan.

Jika anda seorang yang tidak mempunyai masa, anda mungkin akan suka dengan pemindahan data yang cepat. Hard disk ini boleh memindahkan sehingga 5.0 GB dalam masa yang singkat. Tempoh jaminan yang ditawarkan oleh hard disk ini juga lama iaitu 2 tahun.

Di samping itu, anda juga akan diberikan buku panduan sekiranya baru ingin mencuba menggunakan produk ini. Harga yang ditawarkan oleh hard disk ini juga adalah harga mampu milik iaitu RM 200. Memang berbaloi!

Western Digital WD Black P10 Game Drive External Hard Disk productnation

Sesuai dengan Namanya, hard disk ini adalah hard disk yang dikhaskan untuk peminat gaming. Kelajuan hard disk sehingga 140MB sememangnya akan menarik perhatian para gamers. Hrd disk ini sesuai digunakan pada PC maupun konsol. Saiznya yang nipis dan ringan memudahkan penggunanya untuk membawa ke mana-mana sahaja.

Selain itu, anda boleh bermain game tanpa had ataupun masalah lagging. Walaupun saiz hard disk ini kecil, hard disk ini mampu menyimpan sehingga 125 buah game. Rekaannya yang menarik dengan warna yang mewah iaitu hitam menjadikannya hard disk yang exclusive.

Hard disk ini mempunyai warranty selama 3 tahun dan boleh digunakan untuk window, macOs, Xbox, PS4 dan banyak lagi. Pemint gaming, apa tunggu lagi? Memang berbaloi untuk dimiliki!

Kesimpulan

Penggunaan hard disk sememangnya memudahkan ramai orang. Walaupun banyak cara yang boleh digunakan untuk menyimpan file dan gambar-gambar, namun penggunaan harddisk lebih menjamin privacy. Hal ini kerana penggunaan hard disk tidak terdedah dengan risiko pencerobohan.

Penggunaan hard disk yang bersesuaian dengan anda juga pastinya memudahkan urusan harian anda. Anda juga boleh mengakses file, gambar, video, mahupun lagu di mana sahaja walaupun tanpa computer anda. Hard disk juga boleh diperoleh mengikut kesesuaian anda seperti untuk peminat game, pengguna macbook dan banyak lagi. Memang sangat berbaloi!

Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:

Rujukan:

Penulis: Saiful Izzuan

Menulis berkenaan tips motivasi dan kejayaan di blog drInspirasi.com. Seorang yang gemar berkongsi mengenai prinsip Kejayaan dan Bakat. Kebanyakan artikel beliau boleh dibaca di www.drinspirasi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.